Friday, April 27, 2012

Mr Panda Kesayangan


Mula-mula salam berkenalan. 

Hi Mr panda, my name Ezekiel ;D


Ok now! dah fren, kita laga-laga kepala pulak lah! 


Lepas tu kita mamam Mr Panda! Auuummmm!!!!


Wrestling time!! hiyarrkkkk!!! 
Kasi penyek sama dia!!! 

Hi all!! esok saya nak balik kampung JB!!  Bubye!!!
Happy Holiday! :D

Wednesday, April 25, 2012

Maher Zain - Number One For Me


seriously dis song bring me to tears! 

Maher Zain - Number One For Me Lyrics

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you 2x

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me 

owhh!! i miss u mom!! :(

Monday, April 23, 2012

Ezekiel buat onar!!

Korang pergi Pureen Warehouse tak?

Hakaq pergi uoollssss..tapi tak lah pergi time orang macam semut hurung gula tu, pergi time dah suam-suam kuku, stok barang dah banyak kena borong...hahak! kesah?? tak pon...janji aku dapat beli apa aku nak cari.

Dalam pada barang banyak dah habis di borong dapat jugak aku menghabiskan duhet almost RM200. huahuauah..tak lah banyak pon tapi kira banyaklah jugak aku mencapainya dikala barang tak banyak nun, kalau time barang penuh berlori aku rasa ada chance aku perabih duit berganda dari yang aku habiskan tu. kikikiki....

Pergi situ aku punya aim, baby detergent RM 16(2L), cleanser refill RM11, shower RM9, dengan baju, baju ni price dia dari RM3-15 je kot. Sementelah baju Ezekiel dah rupa kain balut nangka, mari kita membeli baju baru. Dapat juga ku sambar 8-9 pasang baju. Jadilah nak! kalau tak cukup aku beli je kat Jusco sudey. Lagipun ni baju nak pakai pergi school je pon, baju nak melawa jalan-jalan kita online jek! haha! ** penyakit beli online ni makin parah weiiii** sigh!

Hoh! citer pasal onar yang Ezekiel buat semalam... Ya ampunnnnnn... ni anak sekarang semakin kuat ragam dia. Pitam mak pak!

Lepas pergi Pureen tu aku pergi Mid Valley, kenkunun nak jugak menyopping barang mak pak, barang sehelai dua baju or seluar, tapiiiii nan hado!!

Masa makan dekat Carl's Junior Ezekiel amukkan. Aku siap bagi makan dulu, nak bagi dia relax n chill. Bukak bekal dia bagai, orang tengok ajalah akak mi-italy ni suap anak makan.haha..lawak pulak aku rasa bila bawak bekal dia makan dekat open public. ;p kalau NIP ni dah tak heran, dimana saja janji terselamat segala yang perlu dilindung.

Lepas suap, kenyang dah burp, masukkan dalam stroller meraung tak ingat, sudahnya aku pegang sambil makan. Bila dia dok meronta apak take over. Mula ok lah, tak lama lepas tu, pegang letak atas meja, main-main, lompat-lompat,  tiba-tiba dia amukkan semula habis kaki tendang sana sini tak sempat-sempat nak angkat, dia tendang tray makanan apak nyer! paaangggg!!!! berterabur semua fries, burger, nasib baik air tak tumpah. fffuuuhhhh!!!!!
Kutip burger ** belum bukak lagi, masih elok terbungkus**, kemas meja, terus angkat kaki. hahahahah!! apak dia punya muka memang tak boleh blah, nak kata marah tu tak lah, lebih pada malu kot. hahaha!
Ye la, kitaorang duduk betul2 meja paling luar, sebab senang letak stroller bagai. Masa Ezekiel buat onar nangis-nangis boleh lagi handle even orang dok tengok-tengok, tapi bila dia mengamuk sampai jatuh tray bagai, marilah kita undur diri dan challlooo!! balik rumah!

Akhirnya, tak ada apa untuk mak pak... nak beli baju jalan-jalan untuk Tuan kecik pon tak adoooo.... haihlaaa...anak anak....tak paham mak!

Anak korang pernah buat onar tak? share lah! huhuhu....

hi auntieess!!! saya lah budak yang buar onar tu! hihihi.....

Friday, April 13, 2012

goyang goyang montot goyang & 6m jab

salam jumaat penuh barakah!

Salam Jumaat auntiessss!!! ;D

semalam dah entri sesedih, hari ni bagi ceria sikit. ;)

semalam Ezekiel cukup 6bulan. Kejap je kan.
Haihhh!! setiap kali dia beralih bulan, tiap kali tu aku rasa, sekejapnyer, cepat nyer, lambatkan sikit boleh. rindu.rindu bau baby, rindu dia kecik2 halus, rindu semualah. eh! tak la kata tak suka yang sekarang. Sekarang pon suka, suka dengan keletah dia. rindulah pulak kat dak bam, padahal baru kejap hantar school.

Dan dalam diam-diam dah 6bulan rupanya aku breastfeed Ezekiel..alhamdulillah rezeki Ezekiel masih diberi hingga sekarang, walaupun aku tak pernah ada stok, awal-awal je ada, tu pun sikit sangat-sangat, dan sekarang, hari ni pam untuk esok. Begitulah sehari-hari. Kalau agak-agak tak cukup, pagi-pagi aku tandem dengan Ezekiel untuk cukupkan stock hari ni pergi school.

tak risau?? risau jugak, tapi malas nak fikir, yang penting aku cuba sediakan selagi termampu. Mengigihlah pam walau macam mana pon. Cukupkan jugak stock untuk school dia. Kadang terbit rasa cemburu tengok stok orang lain, tapi tak pe lah, itu bahagian dia, ini bahagian aku. Syukur dengan apa yang ada. kan. ;)

muka happy nak pergi klinik. Ala cepet betul lah mata tu! hihihi

Ok, semalam ambil jab untuk hepatitis B & measles, jab ni tak demam, tapi Ezekiel tetap merengek, mungkin kaki bekas cucuk tu sakit kot + batuk tu buat dia kurang selesa agaknya. Tapi dia ok je la, cuma tak bagi langsung mak dia ni bergerak kemana-mana, duduk lah kau depan muka dia je, cukup. Tak angkat pon tak pe janji ada je dekat dia. heh! manja!

Berat adalah statik! ajaib sungguh! hahahaha..kalau sebelum ni berat tu kalau tak cecah 1kg jangan panggil Ezekiel, tak sah. Tapi kali ni naik 5gram je, aci tak? hahahah...
Berat 8.15kg, semakin meninggi 72cm, naik 3cm dari sebelumnya. Chest makin lebar, head sama je, tak de perubahan.

muka layan mata nak tidur. melepek begitu adalah feberet all time dia.


Nurse dah suruh bagi makan bubur. Sebenarnya Ezekiel memang dah mamam pon, dari dia 5m1w tak silap aku dah bagi puree, puree buah & sayur (ubi ubi an ;p)
Tapi emang dasar pemalas mummy nyer, aku bagi puree dalam botol, brand HEINZ.

puree like :

Banana+pear
Apple+manggo
Pumpkin+corn
Pear+grape
Strawberry+banana

eh banyaklah nak senarai, tapi itulah puree nya yang dia makan, dan aku tetap amalkan 4days rules. So far Ezekiel tak ada sebarang masalah dengan makanan2 diatas.

Bermula last week aku buat sendiri puree tu, sian anak den makan benda dari botol. Bak kata mak mak lain, air tangan ibu lagi sedap, sebab penuh kasih sayang. ;) Next entry aku share yer puree buatan tangan mak Ezekiel nih. ;p

Sekarang Ezekiel dah pandai angkat montot goyang-goyang..ecewahhh... meniarap tak pandai angkat montot pulak dah dia. Asal boleh la nak....
Tapi bagus jugak tak pandai tiarap, idok le hazab sangat nak pakaikan dia diapers muahahahahh....

Meh la layan goyang goyang montot goyang!

ni kali pertama dia dok menonggeng. hahahah
sebok main toys dia, tetiba dia angkat montot tapi tak goyang-goyang lagi la. Ni last week kot. Malam sebelum dia batuk teruk. haa..ye lah, betul dah tu.

Selepas dari aksi tu dia keep angkat, angkat dan angkat, dan akhirnya, angkat dan goyang-goyang. huhuhu...



 eceewahhh...tengok gaya orang goyang montot. huhuhuhu

semalam pulak, dah sebok nak angkat kaki, tapi bila angkat kaki makanya tersembam. nasib baik ada tikar Eva tu, tak sesia mummy membeli. hhihih...

mommies! kalau nak beli tikar Evamatik tu calling-calling lah!
eheh?? promo yer? hahahah!!








Thursday, April 12, 2012

Dr Nadir Khan fofuler!!

hi all!!!..

haishh! lama tak update tentiba tentiba nak hapdet pasal benda tak best. ;(

Ezekiel batuk kahak again, since last saturday untill today (getting better).
On saturday dia batuk sikit tapi berhingus, aku dah mula risau dah ni, confirm boleh batuk nanti.
Hari ahad, dah start batuk kuat, tapi tak ada kahak, selsema still on, aku just bagi ubat dari An nur. Demam tak ada, nasib baik. Tapi bila dah tengah malam dia punya batuk memang ko akan kesian bila dengar. Kuat dan berkahak sangat sangat. Dia start tak boleh tidur, merengek, menangis meradang-radang. Sudahnya tidur atas badan aku baru lena.

Isnin pagi, batuk makin kuat, siap ada weez sound macam orang ashtma. haisshh!! Aku ambil MC konon nak monitor dia. Dengan harapan makan ubat dari An nur dia akan ok. Tapi nan hadooooo...
Pagi selasa, Ezekiel lagi meragam, batuk sampai macam nak muntah, menangis, merengek jek. Mula ingat nak bawak An nur je amik neb, fikir balik baik pergi Dr Nadir Klinik Wangsa. Aku text Farah (FF) minta no Amelyn ibu Adri. Pastu tanya Amelyn, Dr Nadir ada tak sebab Amelyn ada Dr Nadir schedule.kan Lyn kan?? TQ ya!!

Siap-siap terus berdesup ke Wangsa maju. Dekat betul yeh? hahaah...untuk mu sayang, apa saja!

Sampai je, klinik tak ada orang, alhamdulillah...Tak yah tunggu lama.

As we know, Dr Nadir tersangat friendly..siap panggil nama patience, bukakkan pintu siap ;)
Masuk je, dia tanya kenapa, then tanya aku bersalin normal ke, takes any drugs and so on.
Bila Ezekiel batuk je, terus dia cakap...bila dengar pakai stetoskop weez tak kuat, tapi dari batuk memang tau banyak kahak. I suggest you neb & sedut. ok?

Sebelum banyaklah dia cakap pasal batuk ni, korang boleh refer sini, sini dan sini.

paling penting, kahak adalah perlu dikeluarkan bukan disimpan, kalau simpan jadilah macam anak aku. ;(

Masa tengah neb, Ezekiel punya meraung memang tak ingat la....time dekat An nur kemain gembira, tapi kali ni dia tak mahu langsung. Menangis sampai berpeluh peluh basah baju, sampaikan termuntah muntah..keluar lendir-lendir which is sangat bagus.

menangis-nangis minta lepas.

Then doktor ajar aku how to tepuk (cupping) your baby after nebulizing or steaming (dekat rumah). Lagi kerap steam lagi elok.

Tapi doktor punya tepuk memang ya ampun! kuat ok! yang ajaibnya anak aku ok, senyap je boleh senyum-senyum. heh!
sedeh sangat tengok mata dia, macam minta tolong .;( 
berpeluh sampai basah baju.

Lepas tepuk, sedut time!

timelah kemampuan hati mak mak diuji. ;(
seyes aku menangis time ni. tak boleh tahan tahan dah. Sampai doktor pon dah tak terangkan kat aku, dia dok cakap dengan mr hubby je. Omak eh sodeh nengokkan anak meraung.
Bila tiub halus tu masuk dekat mulut aku boleh tahan lagi, tapi bila masuk dekat hidung...tak sanggup!!!!!! teruslah air mata berjuraian..berguguran menitis nitis ke lantai.

sedut! mampu? 
alhamdulillah aku mampu, asalkan anak baik. 
sedeh??jangan cerita, tengok gambar tau lah aku sedeh ke tak.

Even berguguran berjuraian, bila nampak kahak yang keluar ke tiub tu, memang rasa puas hati, banyakkkkk gile!!!
tapi.....anak bujang ai tu cerdikkkkk..bila doktor masukkan tiub dalam mulut dia geget tiub tu tak bagi doktor gelikan tekak dia. cerdik yer kamu anak!

sambil pegang sambil nangis. 
 
Dah settle semua, doktor bekalkan ubat penggalak batu, ubat kahak dan antibiotik. Lepas tu dia suruh datang lagi esoknya, since kahak Ezekiel masih banyak yang belum keluar. So datanglah kami anak beranak ke klinik esoknya dan sekali lagi melalui proses yang serupa....
Kali ni lagi sedeh sebab ada darah yang keluar, jangan takut ye bila dengar darah, tak ada pape sebenarnya, itu sebab kahak tu dah melekat dan likat dats y ada darah sikit. After tarik tiub tu tak de pon darah keluar dari mana-mana rongga.

Itu pon lepas kali ke 2 datang, doktor cakap kahak dia masih lagi banyak, dan aku kena kerap steamkan dia dan muntahkan dia untuk bagi kahak yang ada tu keluar. Insyallah akan aku teruskan proses steam tu.

owh, masa 1st time datang tu doktor ada praktis tepuk belakang aku dengan my vitamin, dia nak menunjukkan tepukkan dia tu tidaklah kuat walaupun bunyi tu kuat sampai keluar klinik boleh dengar. Lagi pun dia nak tunjukkan kalau orang yang ada kahak, selepas di tepuk di satu satu tempat samada kiri atau kanan badan, dia akan trigger rasa nak batuk. dan! memang lepas dia tepuk belakang aku sebelah kanan, aku batuk sampai rasa nak sesak nafas! huu....maknanya sebelah kanan tu memang banyaklah kahaknya..alkisah...kalau nak merasa kena tepuk datanglah. hihihi...

Before balik dia siap tanya, mana you tahu klinik ni.
Aku jawab la : u very pouplar la doc. hihihih...


Alhamdulillah Ezekiel getting better today, but still batuk, belum baik sepenuhnya.

Ni alamat Klinik :

Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614

(dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN)

setakat ni Dr Nadir bertugas hari selasa & rabu pagi. (sebab aku datang selasa & rabu) hari lain aku tak tau, better call dulu yer. ;)


Friday, April 6, 2012

Entri khas untuk cik gurl Ezekiel! hamek nah!


cik gurl!! nah video adik. lama perap. yang baru besar sangat pulak, nanti la upload.
peel dia suka jerit secara high pitch! ;p

nih sebijik lagi gambar dak bam ngada-ngada!


hye cik gurl! encem tak mata adek. ada tak gurlpren nak jatuh hati kt mata adek?
hahahah!!

New style by Ezekiel

Ini kici sudah pandai benda baru. Nak nangis mesti buat muka muncung muncung macam tu. hahaha... 


Ni nak start nangis, geram macam nak lempang lempang. hahah..ganas tak mummy ezekiel. ;p
 


Owh! tipu rupanya....saja nak tarik perhatian. ceh! notty tau!

sambung lagi nak nangis...
tengok lah, saja dia muncung cebek cebek...

huhu...alololo....mummy macam nak lempang je dik! geram! sayang sangat sangat banyak banyak!!

selepas kejadian mencebek memuncung, ketiduran akhirnya...
pandai sangat mengada-ngada sekarang. Pantang nampak mummy daddy minta angkat je. Muka ni la dia dok tayang dekat mummy dengan daddy. Bila dah kena angkat terus senyum ajak main. heh! cerdik sangat!

Thursday, April 5, 2012

thisiswhatithinkiam ;D

dah petang, aku mula la tak sabar nak balik, rindu dak bam!

korang rasa korang ni orangnyer macam mana?

ni hanyalah repekkan di waktu petang yer. harap maklum, suka nak baca silakan, tak suka pangkah je X kat atas nun! ;D




Dulu masa aku dibawah 12 tahun, aku agak tomboi, rambut pendek, boleh spicky kenkunun, tapi tak lah hihhi..
kawan semua lelaki, kawan perempuan ada tapi sikit je. Lelaki? raaaammmaaaiiiii....
suka main ronders kot nama dia, tapi kalau nama kat sekolah baseball.
mandi perigi dengan budak lelaki, tangkap burung, main lastik. Kalau main kawen kawen tak suka jadi mak, suka jadi anak sulung stok garang nak mampos. hahah..ntahpapentah. ;p

Lepas 12 tahun, dah anak dara sunti gitewwww....
Dah start bela rambut panjang, malu la rambut pendek cam jantan.
Perangai dah perempuan sikit, tapi suka je kawan dengan lelaki, sebab boleh gurau kasar kasar tak yah nak merajuk rajuk.lemas lah!
Ada bestfriend pompuan, paling besfren foreber reber mestilah cousin aku. boleh aci tak??
Gila baca novel Ahadiat akashah, Ya Allah punyalah suka dekat dia.......... rasa nak ada boyfriend macam semua dalam novel dia.
Gila jugak baca novel Liana Afira Malek, cerita si kembar Yohana & Yohani.

Masa ni rambut dah panjang, perangai pulak macam perempuan melayu terakhir. Macam lemah lembut gitewww...ayu je sepanjang masa.
Tapi aku memang gila aktiviti sekolah, apa semua nak masuk.
Mula-mula tak boleh blah bila masuk Pandu Puteri wat the hennnnnn....ciken sangat tauuuuu...
Keluar PP, masuk KRS. Tukar sekolah pulak, masuk Kadet Polis. Boleh tahan kena bahan jugaklah bila berkawad rupa model catwalk.kakakakak... APTB.

Masa ni kawan semua PEREMPUAN, sampai ada cakap aku anti-lelaki...hoiiiiiiiii...aku SUKA okehhhh lelakiiiiii...hahahha..
Pastu time ni, aku suka garang-garang dengan lelaki, bo layan. Aku layan geng-geng aku je. Eceh! geli lah kau! hahah

Masuk 17 tahun ok, dah start ada boipren gitewww..gedix kan ko....
Masa ni aku rasa aku macam lemah lembut, cakap tak kasar, manja, kurang independent.
Bila outing dengan kawan-kawan pakai konon nak stylo mylo, padahal poyo.hhaaiiiilahhhh...
Sampai ada pergi 1 math camp kot, budak mana entah siap tegur, Kite selalu nampak awak dekat *****. eeuuuuww gelamorrr dicitu.cet!

i do LOVE this kind of colors. LOVE to the MAX!!

Zaman POLITEKNIK owwhhh rinduuuuuu!!!

hari pertama daftar aku demam panas! APTB lah kau ni juneeee...hahahahha..ye la orang tak pernah duduk asrama, maka agak jakun di situ. ;p

Masuk Askar Wataniah..kalau orang tengok aku mesti rasa..alahaiiiii si lembik ni... ;p
Tapi percayalah 3 tahun berkhidmat yer. Walaupon selalu pengsan lepas berbaris, lama kottt...berjam jam nak tunggu panglima rimau datang okeh...
Berjaya jugaklah bawaklah title Akademi Terbaik, tak tahulah terbaik rupa apa. Janji baik.
Dah start independent. Ko suruh aku pergi mana-mana sorang-sorang pon aku tak de hal.
Jogging sorang, masuk poli sorang sebab aktiviti tu aku sorang join, aku ok jek. ON!
Time cuti memang sebuk dengan camping,camping,camping.

Ini adalah zaman muka aku paling buruk pernah aku ada. HITAM, MUKA BELANG, PIMPLES segala yang buruk boleh bagi kat aku.
Sampaikan ada kawan aku cakap, June, masa baru masuk poli aku tengok ko cun giler, apehal sekarang ko jadi macam ni???. Dapatkah korang bayangkan?? hahahah..

Aku?? ada aku kesah?? aku suka dengan apa aku buat, muka nak cantik nanti nanti boleh cantik, boleh kasi touch up. Masa zaman belajar ni lah masa ko pulun segala keseronokkan. Ni seronok, enjoy versi aku lah. owh nerd! ;p! tapi percayalah aku sangat happy masa ni.

how i miss my stripes,checkered, newspaper pants. Semua dah tak tahu kat mana, dah bagi orang agaknya, tak pon terperuk dalam almari kat rumah mak aku.

Masa dalam zaman poli tu aku dah mula kenal karektor diri aku sikit sikit.

Sifat manja aku kikis perlahan-lahan, sebab dikalangan perempuan dorang akan meluat dengan perempuan manja terlebih. aku tak tau lah manja aku ni terlebih ke tak, tapi bila ada girlfriend yang tegur cakap ko ni manja, wat do u expect kan?jadi pempaham lah sendiri. jangan sampai orang meluat nak buat ko kawan.
Keras kepala rupanya aku ni
Boleh tahan sakit
I HATE PINK! but I LOVE VIOLET. heh!

Ini setakat yang aku discover masa zaman poli.

Lepas masuk zaman berkerja. Semakin tahu kehendak hati.

Aku tak suka pakai high heels/ stiletto. LOVE ballerina. Tapi mesti ada jugak lah high heels ni, untuk majlis majlis tertentu, well aku tetap perempuan kan. -____-"
LOVE jeans
shirt
simple make up
short hair
BOLD colors
unique items (baju, kasut apaapayangunikyangorangtakberapanaksuka)
Tak romantik
Tak kuat merajuk
Kadang macam kurang prihatin
Penyabar jugak lah, tapi kalau dah amukan jangan tanya kenapa aku begitu...haiiiihhhh..syaiton merasuk sungguh. BURUK!
Garang tapi penyayang
Tegas
Susah nak ubah keputusan aku. sanggup aku kecewa dari aku ubah. BAD.
kurang membebel. kotsss..hahahha
DAH GILER PINK!! hamekk kauuu!! TAPI..... SHOCKING PINK not pastel color.


all this vibrant colors ada dalam koleksi baju aku. haha! 


ini rumah mak dugong.haha! saja nak tunjuk, rumah jugak ada tempias color color bold. C! 
Esok dapat rumah sendiri, jadi taska agaknya rumah aku. penuh color. hahahah!!

tapi.................................................... silalah lihat aku di tempat kerja. 



BLACK DRESS CODE for 3 YEARS!!!!!
pitam!

 ok, reperkkan dah habis! bye!

Wednesday, April 4, 2012

Anak itu harta dunia akhirat

9 FHADILAT MENDIDIK ANAK

1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,
nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya.
Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. Insyallah..


dari FB : persatuan ibu-ibu muda. 

dak bam ni anak saya. 
Saya tak ada harta bertimbun nak bagi pada dia, tapi saya ada banyak kasih dan sayang untuk saya berikan seumur hidup saya. InsyaAllah.
 

ps:: rajin2 bisik-bisik pada anak ketika tidurnya, dan perbanyakkan zikir Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ & Ya Syahid sebanyak 137x. Mudah-mudahan dengan izin Allah menjadi anak yang mendengar kata, cerdik pandai.

pss:: dari pagi buat entri ni, copy paste je pon, tapi petang baru publish. huhui!! ;p
 

 

Tuesday, April 3, 2012

Bullous impetigo :: PENTING!!



 
bullous impetigo

baru je balik dari Paed An Nur Bangi..cek Ezekiel.

Semalam balik dari school nampak kaki dia bintat-bintat, tangan pon ada jugak, so sapu vicks & zam-buk, ubat untuk gatal-gatal, dia cam menthol je rasa tapi tersangat lah sedikit menthol tu, tiada bau pon zam-buk ni.
nampak tak bintat-bintat tu. banyak okkkkk....bayangkan lah gatal dia macam mana.


ni la gambar zam-buk tu, aku ambil gambar ni dari sini , boleh baca sekali pasal Zam-Buk ni yer. 
 

Dalam hati memang dah rasa geram je ni, apalah yang gigit kaki tangan anak aku sampai cam ni, aku just pikir mungkin kena gigit semut, ni bukan kali pertama kaki dia jadi macam ni. Tapi biasanya bintat tu sebiji atau 2 biji je, ini kemain berderet lagi. 
Dapat aku bayangkan gatalnya macam mana. Kesian anak aku. Dia pon dok nak menggaru je, sikit-sikit tarik kaki, jari kuis-kuis tempat bintat. Nak pakaikan stokin kang peluh lagi lah gatal. Sudahnya, aku tidurkan cepat-cepat.

Pagi tadi tengah siap-siapkan nak pergi school, bukak baju nampak pulak tangan dia jadi macam nih!!!

terkejut giler kottt!!! apa ke halll nih????

Terus ajak daddy dia pergi klinik. Mula ingat nak pergi klinik dekat rumah je, coz just tots kesan gigitan serangga je. Tengokk!!!! apalah mummy nih!!!! sangat tak prihatin!  :( sorry adik.. 

Then bila post gambar kat FB banyak feedback, ada cakap HFMD, ciken pox la, terus tak senang hati. Apatah lagi ada kawan yang sangat-sangat baik hati call me directly cakap takut tu HFMD, sebab ada anak kawan dia kene macam tu. Since ada belon-belon air then pecah pulak, so memang macam simptom HFMD.

Aku pon terus gelabah puyuh jam jam tu jugak. haaiiilaaahhhh!!! dari awal ko tak gelabah yeh???? ;(

Cakap daddy bawak pergi Annur je.

Bawak jumpa Dr Khairul, dia ingat batuk Ezekiel tak baik lagi, alhamdulillah batuk,selsema dah ok sangat-sangat. ;)
Bila aku tunjuk je tangan Ezekiel, terus dia reply " oowwwwww!!!" hati aku berdegup degup weiii...takut!
Dia tengok kaki, tengok tangan kanan pulak, tengok kaki kanan pulak. ok clear! tengok tapak tangan kedua-dua belah, tapak kaki. clear!

Lepas tu dia suruh timbang. Letak dekat katil, buka baju, cek badan depan, belakang, bukak diapers, cek bebird, cek montot, clear!

Then Dr Khairul said ::

"Ok...ni bukan HFMD..bukan chicken pox, ini impetigo, bullous impetigo. Kalau HFMD dia simetri, mesti kedua-dua belah kaki dan tangan ada gelembung. Chicken pox mesti ada di bahagian badan, tapi ni tak ada"

Dia amik buku, then tunjuk gambar kat atas tu yang aku tunjuk awal-awal. Sebenarnya banyak lagi dia cakap, tapi aku ambil point yang penting je la yer? ;p

aku tanya apa tu impetigo Dr? tak sempat-sempat Dr nak terangkan, dah tanya.gelojoh bebenor! hahah

Bullous impetigo ni ialah sejenis jangkitan bacteria, kuman dibawah lapisan kulit yang boleh menyebabkan gelembung air. Ianya gatal. Mungkin ada yang membawa lah ni. Nothing serius, kena makan antibiotik dan sapu ubat gatal. 
Since dia tak demam tak ada apa-apa. Makan antibiotik, ubat demam dan ubat selsema yang saya bagi hari tu (yang dapat masa batuk), tu untuk gatal jugak.

Lepas tu dia terangkan simptoms HFMD & chicken pox. TAKE NOTE ye mommies!

HFMD paling nyata, gelembung air yang simetri, maknanya kiri dan kanan, kaki dan tangan ada gelembung air/lepuhan tu. Dalam mulut mesti ada lepuhan tu jugak. Bayi tak nak minum dan makan, demam.

Chicken pox, paling nyata, gelembung air bermula di bahagian badan, di kawasan DADA depan dan belakang, kemudian dia akan membawa ke tangan dan kaki, bayi juga akan demam.


Aku terangkan sikit tentang Bullous Impetigo, aku amik dari Wiki je pon tapi ringkaskan je la. Mudah nak paham, Wiki tu complex sangat ;p

Bullous impetigo ni biasanya akan kena pada baby yang baru lahir, disebabkan oleh jangkitan bakteria, yang menyebabkan gelembung air atau lepuhan.


Kebiasaan ia akan muncul di kawasan lampin, ketiak dan celahan leher. impetigo ni gatal, dan boleh menyebabkan demam dan cirit-birit (kalau teruk). 


Kebiasaan boleh di dapati di wad hospital, PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK (haiyooooo... ) , atau dibawa oleh seorang ke seorang (bawaan/jangkitan).


Pastikan kuku anak-anak dipotong untuk elakkan dia menggaru dan elakkan menggunakan tuala dari kanak-kanak/orang yang telah dijangkiti.


Cara mngubati, wajib makan antibiotik! lebih kurang 7-10 hari.

Tapi Ezekiel kena makan 5 hari je. Harap-harap bukan benda yang serius. Lagipon doktor pon cakap dia aktif je, very cheerful. Sebok doktor terlentangkan dia, sebok dia mengiring nak main mainan yang banyak tepi dia. Tengok doktor, tegur-tegur, senyum-senyum. Happy je muka tu.

Masa dekat An Nur jumpa pulak si comel Aira Aryssa....ololololo...tersangatlah!!! cute!! mummy pon comel!! tak sangka boleh jumpa. hihi!! suka!!
tengoklahhh...comelnyerrrr!!! nak baby girl! pliissss!! oppsss!!! hahahahah

baru lepas kena jab, nangis manja-manja gitu..cute sangat suara..bulu mata lebat macam mummy..mata dia cairrrrr lah mummy june tengok.... suweet sangatlah kamu sayang! 

Mummy aira! nice meeting u dear! len kali jumpa lagi yer! cepat arrange gathering! hihihi...