Thursday, December 20, 2012

Wad kanak-kanak Hospital Putrajaya



20122012

Nice number, nice date.

Hari tu masa Sepet admitted, aku ni agak risau jugak keadaan wad dia. Tak tahu nak bayangkan. Lagipon aku ni pergi Hospital Putrajaya tu ada la beberapa kali je, pergi tengok orang sakit tak pernah lagi. Jadi aku tak tau nak bayang rupa wad dia, cuma dalam hati doa2 dapatlah bilik yang semenggah.

Alhamdulillah, al-maklum Hospital Putrajaya katakan...so semua adalah Kelas 1. Maka tak usahlah risau... kiranya bilik tak ada kongsi sampai 12 orang pesakit untuk 1 bilik. Aku dapat bilik untuk 4orang, ok lah aku suka je. Aku tak mau bilik sorang or 2 orang even layak sekalipun, aku tak suka, sebab I is penakut hahahah!! Kang kalau sorang, nak kena tidur malam sensorang acanerrr?? gegurl akut tawu! ;p!

Bila dah masuk bilik, terus senang hati, sebab bilik dia besar dan best. Each katil sebelahnya ada kerusi besar untuk duduk dan tidur waktu malam, ada kerusi tetamu, then ok la kan. Bilik pon besar, selesa sangat, bilik air pon ada sekali dalam tu, senang. Nak mandi pon ada ruang mandi. 4hari duduk hospital, 4hari aku mandi dekat situ, tapi sehari sekali je, sejuk nak mam kottt...bilik memang air cond semedang, nak kenc pon terkejut2 kena air.kahkahkah!!

Cerita kemain detail lagi, harap maklum, mak incik kamu ni tak pernah duduk hospital lama2, paling lama masa bersalin hari tu, tu pon tidur 1 malam, itu pon bukan Putrajaya, tapi PPUKM Cheras nun, pastu esok tengah hari dah boleh keluar, tak sempat nak menikmati keadaan wad sepenuhnya. kihkih!!

Meh la aku share sikit gambar bilik dia ek. Owh lagi 1 aku suka, doktor memang 24/7 ada dekat situ, pastu semua pon mesra2, muda2,cantik & hensem (nak jugak cakap hensem) ;P Nurse pon ramah dan baik. Senang je nak mintak tolong apa2.

tu kerusi besar gabak tu, sedap ooo baring duduk atas tu..lagi2 kena aircond, bukan main lena apak sepet tido.hahahah!!

Fokus atas ceiling yer. Kemain lagi kan. Siap ada bintang-bintang bagai.
Owh! sian budak depan tu, asthma jugak, tapi teruk. Tak boleh pergi sana sini kena duduk & baring je.


Playroom. Bergedik Sepet kalau dapat masuk sini, macam orang tak sakit. Terkedek-kedek berjalan nak pergi main.





hoihh!! tergoda mummy tengok adik buat muka gitu! hakhak!!cair tau!
 Ni pulak TV room dia. Cosy kan. 


cantikkan. Tak delah rasa macam kita ni sakit sangat. Walaupon bukan aku yang sakit, tapi kalau aku yang masuk situ, mesti aku  happy huhuh!! Ramai yang masuk wad time tu sebab lung infection, ada pnenomonia, ada bronchitis, macam2 lah, kalau salah eja abaikan je lah, malas nak cek betul ke idok. korang pahamkan.... ;p!

So, pada yang ada keraguan nak bagi anak masuk wad hospital kerajaan jangan risaulah, terutama Wad Putrajaya, dijamin selesa & keluar sebagai orang yang sihat.kihkih!!

Tapi kalau hospital kerajaan yang dah lama dan uzur tu janganlah expect secantik ni, pastilah tidak, kalau hospital baru2, Insyallah semua macam ni. Moga2 hospital2 kerajaan dekat Malaysia bertambah baik dari segi peralatan, keselesaan & layanan. :)

eh? macam tengah promote hospital pulak.haha!!

Tuesday, December 18, 2012

Fever :: Asthma :: Stomach Flu :: poor my lil baby

salam semua, 

UNTUK PERINGATAN, entri ni panjang berjela. kalau mampu baca terima kasih diucapkan. :)

berkurun ye tak hapdet. Kalau yang kenal aku di facebook pasti tau lah cerita tajuk kat atas nun. 


ye, sepanjang 2 minggu Ezekiel adalah tak sihat.  Kali terakhir Sepet sakit teruk masa raya puasa, lepas tu alhamdulillah sehat je, setakat demam semalam lepas tu elok dah. Tapi kali ni sakit sampai membawa ke hospital berumah bertangga, sampai berlanjut berminggu-minggu. Sedih luluh hati tengok anak sakit, air mata je tak keluar. 

Aku ni tak boleh, bangsa kalau dah menangis jawabnya habis longlai dah hati aku ni. Tak leh nak cekal-cekal hati lagi dah, sebab tu aku tak suka menangis. Kalau sakit TAHAN, kalau sedih TAHAN, kalau marah TAHAN. Supaya aku jadi kuat hati, kalau meleleh-leleh air mata siapa nak jadi kuat, pada siapa nak harap. Mak ayah jauh, adik beradik jauh, ada tak ada laki bini je kena hadap. Alhamdulillah ada kawan-kawan rapat yang boleh minta tolong sedikit sebanyak. Terima kasih korang. 

Ezekiel demam mulanya, demam biasa. Lepas tu selsema dan batuk, pon biasa. Aku just rajin buat cupping pada dia. batuk-batuk lama-lama jadi berkahak, biasalah dah selsema sah sah lepas tu ada kahak, bila dah kahak aku dah risau dah. Bila start wheezing aku bawak klinik. Sampai klinik amik neb, biasalah Ezekiel  dengan neb memang sahabat karib. Doktor cakap kahak memang banyak sangat ni, lepas neb ok sikit.

Esoknya bangun pagi Ezekiel nampak macam susah sangat nak bernafas, lagipun dia menangis je mintak dukung, macam restless sangat. Kesian. So aku EL je, pagi & petang buat wap pada dia, nampak ok, dah boleh main-main, wheezing pon kurang. Lega dah konon hati ni. Sekali je malam tu dia demam panas gila sampai 39deg, sampai menggigil-gigil, nak menangis aku tengok anak aku macam tu sekali panasnya. Ambil tuala basah aku lapkan satu badan, bagi ubat, tampal cool fever dekat belakang badan dia. Time tu nafas dia memang laju sangat, nampak sangat susah nak nafas sebab nafas pendek-pendek. Dapat aku bayang macam mana seksa dia nak bernafas, sebab aku ni pon ada asthma jugak. 

Rabu pagi siap-siap nak pergi kerja, tapi tengok anak tak sehat ko ingat hati tenang lalalala nak pergi kerja? Terus ajak pergi klinik lagi, kali amik neb sekali lagi. Lepas neb, doktor cakap kahak masih lagi banyak sangat, so dia tulis surat suruh pergi hospital. Time tu hati ni belah bahagi, nak ke tak nak. NAK sebab dah tak tau nak tolong macam mana, tak daya tengok anak nak bernyawa pon seksa, TAK NAK sebab takut dia kena cucuk sana sini. Sudahnya, sebelum aku menyesal, baik aku bawak pergi hospital, siapalah kita ni nak buat-buat pandai. Sampai hospital terus masuk bilik SEMI KRITIKAL. Amik neb lagi 2x, lepas tu doktor cek, dia cakap mungkin kena warded, tunggu Paed datang, sementara Paed nak sampai amik lagi 2x neb. dalam sehari dari pagi ke petang amik nebuliser je 5x. 

Dalam ER, sambil neb sambil tidur keletihan. 
Muka mengadu kat daddy, tangan kena cucuk. pandai sangat!

Petang terus masuk ward, masuk air, amik darah. Sebelum masuk ward tu dah amik darah dulu masa dekat ER & x-ray sekali. Bila boleh masuk wad amik darah lagi. sigh! -.-'
Anak menangis, meraung hadap je la kena cucuk, kena amik darah, menangis je la dalam hati. aku selalu pesan pada diri sendiri " NAK JADI MAK KENA SABAR" ni aku baca dalam 1 group kat FB, terus terkesan dalam hati. Nak jadi mak memang kena banyak sabar, benda ni la aku dok ingat, buat kuatkan hati dan diri sendiri. 

Hari pertama amik neb selang 2jam
masuk hari kedua 3jam sekali
Lepas neb memang nampak sehat, jalan sikit main sikit pastu mengah-mengah nak bernafas.
hari ketiga 4jam sekali
masa ni dah semakin baik, dah mula ada selera nak makan tapi botol langsung tak mau. Nak DF je.
hari last 6jam then terus dapat ventolin inhaler dengan steroid budesonide. 

Doktor dah diagnose Ezekiel as asthma, kena follow up hospital 3bulan lagi. 
Ezekiel's gadget. ohsem kan! sigh! -.-"

Mana dapat asthma kalau bukan dari mak nyer ni. Aku kecik-kecik memang ada semput senang cerita. Inhaler tu memang gajet paling hebat pada aku masa kekecik. Serius bila datang semput ni aku rasa macam nak mati, sebab ko tak tau mana pergi oksigen yang ada dalam dunia ni, ko pusing mana-mana pon macam tak ada. huishhh!! takut!. Tapi alhamdulillah aku pakai tak lama, sampai sekolah menengah aku dah stop pakai, tapi kalau musim hujan aku memang kena sentiasa berjaga-jaga, bila-bila je boleh semput. TApi aku aktif sukan & any outdoor actvt.camno tu?? hahah!! 
Same goes to Ezekiel, dia pon tak boleh sejuk, itu trigger factor dia, lagi satu Ezekiel tak boleh habuk macam daddy dia. Kesian kan. Mudah-mudahan esok dah besar eloklah asthma dia. Amin.

Balik je rumah terus pergi main excavator.

Lepas elok keluar hospital sebab asthma, aku balik kampung, balik JB. Dekat sana dia ok sehat walafiat,cergas kehulu kehilir. Sikit pon tak reti diam macam orang yang xsakit langsung sebelum ni.

Sabtu discharge.
Sabtu malam balik JB.
Ahad SIHAT
Isnin SIHAT
Selasa?

Selasa pagi bangun tidur tiba-tiba muntah selambak. Pagi tu muntah-muntah, tapi kebanyakkan yang keluar adalah kahak dan lendir, bila nampak keluarnya kahak lendir, aku fikir mungkin sebab kesan dari antibiotik & ubat cair kahak yang doktor bagi, so tak kisah sangat. Tapi nak ke petang sikit barulah muntah air sahaja dan cirit pulak, malamnya demam. Terus serba tak kena dah jadinya. :(

Rabu masih muntah dan cirit, terus zasss bawak klinik, time tu dah tak leh nak fikir apa nak buat, macam blank n blur. Baru nampak sihat tiba-tiba anak aku lembik longlai. Sayu hati ni, Allah yang tahu.
Doktor bagi ubat demam dengan garam tak mau bagi dehydrate. 

Lepas minum air garam nampak kurang jugak sikit. Susu langsung tak bagi, minum air putih je banyak. Malam tu balik KL semula. Alhamdulillah dah nak makan and main-main sikit. Nampak segar sikit tapi lemah.

Khamis aku dah kerja, hantar kat pengasuh. Rupanya dekat rumah pengasuh dia muntah & cirit semula, sepanjang hari melepek je, tak bangun langsung & tak main-main pon. Bila amik petang tu, baring je kat bahu, nak angkat tangan pon macam tak mampu. Sedeh :(

Try bawa pergi homeopati, nampak berkesan. Malam tak ada muntah dan tidur lena. Aku tak bawa pergi hospital sebab tak sampai hati baru je lepas kena cucuk-cucuk, tetiba nak bawak lagi pergi cucuk masuk air. haishhh!!

Rupanya tak kemana, hari Sabtu dia muntah+cirit semula and kali ni dia flat balik semula. Terus zass!! bawak ER Putrajaya, masuk drip. elok je lepas drip, alhamdulillah....nampak way better. nampak segar, tak lembik, nak berdiri, nak main-main. Kalau tidak, memang 24/7 nak berdukung je, sampai kebas rasa tangan. 

Slim dah dia kan. 
Ahad. semakin aktif dan mula melepuk muka semua orang. barulah anak ami!! 
Tapi bila tiap kali tengok dia pakai seluar baju, tapi kurus panjang je, rasa sedih sangat. :(

Apa pon, bila anak sakit cepatlah bawak pergi jumpa doktor, jangan tunggu. Menyesal kemudian hari tak berguna. Kita doa mudah2han semua selamat dilindungi Allah s.w.t. Amin.

ps :: bila waktu macam ni, selalu ingat mak ayah. :( banyak salah dan silap, mudah2an sempat senangkan hati tua mereka.