Wednesday, January 16, 2013

Berhenti menyusu malam :: gigih & sedih


As Ezekiel dah pon setahun 3bulan, aku dah stopkan DF dia malam-malam. Mula tu ingat cukup setahun je nak stop tapi tak jadi sebab baru elok dari sakit. So teruskan je macam biasa. Tapi...elok je lepas sakit tu, dia punya kuat menyusu malam macam baby baru lahir, 2jam sekali memang confirm bangun, bangun siap dengan tangisan meraung-raung. hohohoh!!! sakit jiwa raga mak incik sebentar, kenapakah ini anak. Tak paham mak!

Dah mengamuk nak susu, bila disua tak pulak dia hisap, dia ngamuk jugak, kena bagi dia puas nangis baru boleh pujuk and susukan. Masa tu memang ting tong2x pergi kerja. Malam memang Ezekiel tidur lewat, pukul 12 baru dia lelap, pastu asyik bangun, huhuiii!!

Bila dah nak masuk setahun 3bulan hari tu, aku cakap kat apaknya nak stopkan susu malam, sebab pernah terbaca budak dah setahun ni dah tak ada keperluan untuk dia menyusu malam, sebab dia dah makan, so dah kenyang, yang buat dia bangun malam tu sebab dah jadi kebiasaan. So, aku pon cuba ajar dia tak bangun malam lagi.

Macam yang selalu aku bacalah... memang awal-awal agak susah, tapi after a week semuanya ok je... :)

Malam pertama memang dia menangis tersedu-sedu, omaknya ni pon rasa nak nangis sama. Sedih oooooo.... Menonggeng nonggeng anak aku oii!! Sayu je hati tengok dia. Lama-lama tertidur jugak. Tapi dalam tidur tu tersedu-sedu dia. :(

Malam kedua, dia siap bangun ko.... even aku kat sebelah tepuk-tepuk dia, dia bangun jugak, pergi berdiri, jalan ke dapur. Sekarang ni aku tidur dekat hall je, takut Ezekiel jatuh katil, so dia bangun tu dia pergi cari mummy kat dapur. waaaa!!! tak sampai hati sangat time ni. Aku panggil-panggil pon dia buat tak tau je, nangis jugak depan pagar dapur. hukhuk!! last-last amik dia, susukan je. Rasa nak tik tik air mata mak incik.

Malam ketiga, bangun jugak tapi merengek je sikit-sikit. Pok pok montot dia tidur semula, kejap kang pukul 5pg bangun lagi merengek, pok pok montot tidur lagi. Sampai pagi.

Malam keempat dan seterusnya Alhamdulillah...dah tak bangun dah..cuma sesekali ada merengek sikit-sikit.

Rasanya malam pertama dan kedua memang paling mencabar hati kot. Sedih, sayu, semua ada. Husben memang kena main peranan jugak, jangan pulak husben marah wife suruh bagi jugak susu kat anak, memang usaha gagal lah jawabnya.

Masa 1st night tu apak Ezekiel nak jugak bersuara suruh bagi, tapi takut mummy marah, dia diamkan jugak. Sedih dia tengok anak nangis. hoihhhh!! ingat mak nye tak sedih. huhuhu... sedih tau...rasa rindu pon ye jugak, sebab dah hari-hari kot peluk dia nyusu dia, tetiba macam hilang je. Jauh je dia tidur. :( sobsob!!

Lepas seminggu memang totally ok. Bangun pagi pon happy je. Tapi bangun pagi tu memang kena bagi susu terus, barulah ceria!! hehehehe

Kesan pada aku. Aku merindui mu ting tong!! rindu sangat-sangat. Malam tak nyusu, pagi pon kadang tak nyusu jugak, hantar pengasuh petang baru jumpa, balik tu la baru DF dia, tu pon kadang macam tak cukup dia amukan, bila amukan kena bagi botol, dah dapat botol baru happy. huhuhuh... rindu kat anak sendiri.hukhuk!!

Itulah hakikatnya...sampai satu masa tetap kena wean off jugak. Ye tak. :)

Since dah tau aku mengandung adik baby badan ni lagi tak larat nak susukan Sepet, after menyusu je memang badan aku mengigil kelaparan, terus macam nak pitam huhuhu..dugaan sungguh. Ezekiel pon macam dah kurang suka DF, kalau DF pon sekejap sangat macam buat lepas rindu jek. amboi amboi... dah tak sayang ami dah eh? Semalam dia rindu sangat kot, siap selak baju ami, tunjuk2 sambil 'nak nak' comel sangat, bila dah bagi tak sampai 5minit dah bangun siap geleng kepala 'anakk anakk' pastu p ambil botol air nak pok pok ami.kemain lagi yeh?? gigit nak?

Sekarang pon tidur dah boleh tidur dengan daddy, ami tak tepuk pon tak pe, malam pon tidur himpit2 dekat daddy. Cewahhh...habis madu sepah dibuang sangat tau! hahahah!!

Apa pon ami sayang sangat Abang baby dengan Adik baby. muahhhh!!!

Friday, January 11, 2013

Lil pumpkin inside mommy's womb ^^,



Syukur Alhamdulillah...
Semoga semuanya selamat sehingga melahirkan.
Selamat beradu sayang hingga ketemu nanti.
Mommy Daddy Abang Love u so much!!

Dikala berusia 7minggu :) :: 31/12/2012


Doa buat adik baby. 



Monday, January 7, 2013

AJL27




Semua tengok tak?? haruslah kan....

Lagu Yuna memang best, Aizat bawak cara tersendiri, sedap didengar, sikit-sikit dia ubah tapi masih sedap, masih lunak. Aizat pong ensem gitewww semalam. Macho sangat dengan rambut, dengan kumis nipis auwww kumis gitewww..hakhak!!

Tapi kalau aku, aku lagi suka kalau Teman Pengganti yang menang Juara Lagu. Lagu dia meaningful, sayu, dengan suara Black, dengan susunan lagu, mendayu-dayu je, sayup masuk ke hati. Hiba je rasa. Mendalam sangat rasa.

TEMAN PENGGANTI 
(Black ft Malique)

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

sedihkan.