Monday, March 25, 2013

adik ku bertunang sudah...

Buat peminat2 adik saya sila berundur diri...
perghhhh!! ayat kau! macam adik ko retis sangat! kahkah!!

ampun di pinta saja buat lawak tak berapa nak lawak.

Alhamdulillah adik aku dah selamat bertunang 3 Mac lepas..
gila kepam punya cerita yer? hakhak!!

Orang johor jugak, kalau akak dia ni orang jauh nun disana hehehehe...

Majlis berjalan dengan lancar. Makan sedap, hagak2 puji lauk kenduri sendiri :P
Tak de lah..di saat2 tekak aku yang meragam tak leh makan itu tak leh makan ini, bila aku makan lauk kenduri tu aku rasa selera so sedaplah kan.kihkih! Lauk pauk pon sedang elok tak lebih tak kurang. Aku rasa paling best sebab ada air katira, nyum nyum sangat rasa, kalau tak nak jumpa katira ni time bulan puasa je.

Hantaran semua hasil air tangan mak yong dan si pengantin kah? pentunang kot?? :D
Hantaran buat sendiri, pihak perempuan, kami buat sendiri, pihak lelaki si pentunang lelaki buat sendiri, gila kreatif sentap hati akak tengok hasil air tangan beliau. Orang kalau dah kretif ko bagi apa pon lawa aje.

Pelamin mini aku sewa barang basic dan selebihnya DIY je, DIY pon ala-ala je, cukuplah ada tempat nak sarung cincin. Pelamin mini tu aku sewa dari Sangkar Emas, murah je der...RM150 je. Barang basic dia, bantal nikah, back drop, spotlite 2, karpet bulu putih, bunga besar 2, bantal2 kecik 6. Ini FB dia Sangkar Emas Collection, aku pilih paling basic punya barang, derrrr nak bawak balik JB kot! kat JB aku tak tau la ada tak orang sewakan barang macam ni, mungkin ada tapi aku tak jumpa, pastu malas nak godeh2 tenet ni, mana yang ada aku rasa berpatutan dan berbaloi gua rembat je der tak yah leceh sangat. Lepas tu beli la addtional barang yang nak dihias sikit2. Cukuplah kan.

So ni lah serba sedikit gambar di hari kejadian, mak yong masa ni tak kelihatan mak yong pon, tak macam mengandung perut kecik katanya...

 
Tak de full view pelamin, sory yer..ni je yang ada.
DIY saje...gigih haku tunggang langgang berdiri duduk.semput. konon sangat kan.
padahal hado saje hasilnyer.kihkih!

orang yang bertunang.
 Inilah orang yang datang rumah aku masa aku awal2 preggy, tolong masak dan kemas rumah, sebab akak dia ni over sangat lemaunya sampai apa pon tak boleh buat. :D


Makcik2 kami yang kepoh, dorang je ambil gambar paling banyak. hover sangat.
Tuan belog yang depan sekali, muka besar pinggang, harap maklong!

Mak itew yang homel sekali. 
 
Dengan FMiL.

Hantaran hasil tangan mak hincek dan si pentunang.
 
Ini hantaran dari pihak lelaki, di buat oleh si pentunang lelaki. iolss is sentap. mihmih ^-^v 


My sister wif tunangnya.



Besar dah adik aku, nak kawen dah tak lama lagi. 
Along doakan gurl & ace akan bahagia hingga ke jinjang pelamin dan keanak cucu.



ps :: sorry gambar huru hara ada cantik ada tak, dari banyak camera & henpon. bedal je.


Saturday, March 16, 2013

Fully wean -off

Putus susu badan.

Rasanya ramai ibu-ibu yang BF ada dilema nak putuskan or teruskan, lagi2 bila dah preggy anak yang ke-2 atau yang seterusnya, pulak tu yang abang/kakak masih menyusu dan belum cukup 2 tahun.

Tapi aku bukan nak cerita boleh atau tidak meneruskan ketika kita mengandung sebab jawapan dia adalah BOLEH sekiranya tidak membawa mudarat.
Sekarang aku just nak cerita pasal anak aku dah fully wean-off, Ezekiel dah putus susu badan tak lama selepas dia tidak menyusu malam.
Alhamdulillah mudah je. Aku tak perlu nak tengok dia tercari-cari, or menangis2 nak susu tapi aku pulak tak bagi. Aku mula stopkan bila terasa badan ni lemah longlai every time dia lepas menyusu. Terus tak bermaya, menggigil satu badan, sampai pitam-pitam, pulak tu air susu pon memang merudum until bila Ezekiel menyusu terasa perit dan sakit.

Masa tak mau bagi dia menyusu tu tak de lah mengejut, tiba-tiba tak bagi. Biasanya weekdays dia memang dapat menyusu bila balik dari school, aku plak balik kerja sampai rumah je dah pukul 7, balik tu dia menyusulah sekejap buat lepas rindu. Then nak tidur sekali lagi, maknanya weekdays sehari tu 2x, kadang sekali je, sebab malam dia dah tak bangun menyusu dah, samada DF or bottle. Jadi weekends je dia DF dalam 4x, sebab mesti ada 1 session tu aku bagi botol instead of DF, tak larat sangat rasa, lepas menyusukan mesti aku terlepek je, berpinar-pinar mato den.

Dalam 2 3 minggu macam tu aku try reduce dia DF masa hari minggu, aku just DF time dia nak tidur je, siang nap 2x, malam before sleep, then slowly nap siang bagi botol sambil aku peluk2 dia & pok pok je suruh tidur, malam je dapat DF. Lepas tu weekdays pulak balik kerja je DF nak tidur bagi botol, less than 2month Ezekiel fully wean-off tanpa merengek or menangis, sebab last-last dia sendiri yang DF tak sampai 5minit lepas tu 'dah dah sambil tutup baju mami'.

Bila dah tak DF kesan dia pada aku, rindu sangat pada anak sendiri, lagi pulak aku kurang melayan dia sangat dek kerana sickness, dia banyak dengan dady dia je. Malam je tidur nak peluk2 leher mami. Sedih, kadang rasa sayu je hati, sesekali macam merajuk kat anak sendiri. hohohoh!! memang ter'emo' sendiri. Sebab dah terbiasa kita tidur sambil dia pon menyusu, pastu dia tidur selit2 celah ketiak, tetiba macam hilang je rasa. Lagi pulak dah tak selit celah ketiak ami, tidur cari ketiak dady. Merajuk rasa hati.hahahahah...

Kesan pada Ezekiel pulak, he seem kuat merengek, merajuk mintak perhatian sangat2 tapi tak pulak mintak nak menyusu, cuma sesekali dia datang selak2 baju then muahhhh!! pastu tunjuk NAK! sampai sekarang pon rajin je dia nak tengok, tapi dia dok giggles je bila ami bagi tengok, malah sekarang ni dia pulak yang kekok bila kita baringkan macam nak bagi susu. Cepat2 nak bangun. Dia cuma suka tengok pastu muahh je, pastu dah tutup.

Alhamdulillah urusan stopkan menyusu Ezekiel dipermudahakan, sebab memang sedih bila tengok anak  susah nak stop menyusu, macam kerinduaan, sebagai ibu hati ni memang cepat rasa sedih, sayu hati. Bila urusan dipermudah alhamdulillah..

Semoga bila adik dah lahir nanti rezeki untuk adik ada, sebab mummy memang tetap nak susukan anak2 mummy selagi mampu dan diberi rezeki. :)

Friday, March 15, 2013

kata orang..eh kata aku kot? ;p



kata orang..sat sat..kata aku....

isteri cermin suami, suami cermin isteri. kan? ke tak?

bagi aku, kalau nak tengok suami tengok isteri dia. kalau nak tengok isteri tengok suami dia. CERMIN.

paling tidak pon bila dah jadi isteri ni jadilah cermin yang baik untuk suami.

kalau pakai cantik orang cakap pandai alim jaga bini.
kalau rumah kemas orang cakap pandai bini alim kemas rumah
kalau anak gemok gedebob pandai bini alim jaga anak
kalau bini pon gemok jugak pandai alim bagi bini makan

gituuuuu....

kalau part suami pulak

orang akan cakap pandai bini alim jaga dia.

gituuuuuu......

kan? ke tak?

tapi apa pon sebagai suami dan isteri pandai2lah menjaga kekurangan bersama..aib suami isteri jaga, aib isteri suami jaga. Isnyallah terpelihara rumah tangga. Amin.






Perkongsian secara menyeluruh :D

salam penuh barakah untuk semua,

sori korang lama sangat aku menyepi diri, adew kew yang merinduw kitew nieww...puihh!!

Sejak2 berbadan dua ni mood nak update blog memang kelaut biru saujana mata memandang, jauh lagi kemalasan jari jemari ini.hahahhaha.....

Kesian adik baby ami tak update apa pon tentang dia. Alhamdulillah, hari selasa baru ni checkup adik baby kali ke 2, aku dah masuk 17minggu. Hb agak rendah kali ni 11.5 nak banding 1st checkup Hb aku 12.0, berat pon turun sikit 51.4kg sebelum ni 52kg. Manakan tidak sampai ke minggu 17 ni pon aku masih lagi muntah2 dan tak de selera makan, bila bab makan memang paling susah sampai apak dia pon naik geram, serba tak kena huhuhuhu....

Tapi gagahkan jugaklah makan sebab lapar kan, so kena jugak makan nanti masuk angin lagi seksa. Masa Ezekiel soal makan rasanya aku lagi ok, makan secara normal kuantiti, tapi adik baby, ami makan nasi separuh je, tu pon tak habis. Bila dah terstop makan dalam 10minit memang tak kan aku sentuh lagi nasi tu, tiba-tiba tekak jadi kembang nak muntah. hhohohoh... lain anak lain penangan dia. Tapi adik baby memang buat ami jadi lembik macam sayur terlebih masak hahahah... cuma sekarang ni dah semakin ok, rumah pon dah kurang kapal pecahnya, dah berkederat jugak nak kemas dan bersihkan, kalau sebelum ni kalau orang datang rumah mahunya aku sorok belakang pintu. I is malu rumah macam dilanda ribut.

Itu perkongsian adik baby dan ami. Ni cerita abang Ezekiel pulak.

Owh Ezekiel dah tukar jadi panggilan, dah tak panggil adik, kita panggil ABANG. Mula-mula kekok jugak, dia pon buat tak paham je, kalau panggil Ezekiel dia ok, panggil abang dia xfamiliar kot, sekarang ni dah tau dah, kalau panggil abang tu, kita panggil dia lah tu.

Tahap manja kededek aku rasa macam berkurangan sedikit dari masa mula2 tau aku pregnant, masa tu masyallah....sumpah aku bertabah hati dan ishtighfar banyak2 jangan sampai termarah dia berlebihan. Yelah waktu tu aku memang lembik habis, tak berdaya rasa nak melayan kerenah dia, kesian tapi tak larat sangat2, apak je la tukang layan dia, kadang2 apak pon naik hangin mihmihmih....

Tapi sekarang dah big boy, dah pandai tidur sendiri, tak de lagi adegan amukan tak tentu pasal, menangis mintak dukung je, merajuk menonggeng nonggeng hhahaha... sekarang bila balik rumah, masuk je rumah dah boleh cool je tengok ami simpan beg dulu, ami pergi toilet melepas hajat, dady tutup pintu pagar, basuh kaki segala, dia jalan kedek-kedek pergi bakul mainan punggah mainan sorang2, kadang2 cari book, baca book dulu.

Communication skills..ecewahhhh...
anak mak hincek belum pandei bercakap laeiii...kihkih..berbahasa jerman terer.

Perkataan yang dia boleh sebut

Nak - Nak (paling pandai sekali, pantang nampak plastik or dengar bunyi plastik confirm NAK! sambil hulur tangan or tunjuk)
Cat - tet
tak nak - anakk (sambil geleng kepala)
Jangan - anann
Bird - berk
Mummy - mey / meme (datang angin baik baru panggil, kalau tak MA!)
Daddy - dede (kadang2 je sebut pon)
sedap - tap tap
T*t** - JELAS sebijik sebutir hahahahha
Allahuakbar - dengan pelat sambil pekup telinga
Alhamdulillah - dengan pelat dia, ssh nak tulis
Susu - cu sambil merengek-rengek, lari-lari pergi toto dia tepuk2 bantal.

rasanya tu je kot yang dia reti setakat ni, lain-lain cuma ikut suka hati den, mulut memang membebel je, kadang tu siap menyanyi.

Masih suka nursery ryhmes, tapi dah suka jugak dengar any song dekat radio sambil joget menari balet pusing dan sengih2. Dengar Alif BaTa pon goyang2 kepala. Bila ajak mandi "ezekiel jom wash up" cepat2 nak bukak baju seluar, dah bukak amik baju kedek-kedek bawak dapur letak dalam bakul baju, omey angat anak ami, paling gumbira dihati ami bawak mangkuk makan dia, terus2 bersila ajak ami duduk mamam, Kuantiti susu masih lagi di tahap 4-5oz, habit menggaru masa menyusu dan nak tidur tetap serupa, bangun tidur bau dia mak oiiiii mashammmmmmm amat hahahahha!! Nak tidur je, baring atas katil dah standby tangan nak baca doa tidur, kalau ami terlupa dia plak tiba-tiba amin, amboiii malu ami tau sebab lupa :P, doa makan gitu jugak, alhamdulillah..moga2 abang ingat sampai besar yer. Bila ami marah dia kadang-kadang dia macam terisak nak nangis tapi tak nangis, sat lagi dia lentok2 senyum2 amik hati ami siap peluk ami tepuk2 ami dengan jari2 demok dia tu..owh sejuknya hati...tak jadi nak marah, pandai sangat amik hati ami dia. Kalau suruh cium adik baby datang selak baju ami, muaaahhhh!!! meltted ami abang oiii....

Banyak sangat nak citer, ye lah budak tengah membesar memang banyaklah benda yang dia pandai ye tak, nak update semua macam over plak, sama je perkembangan budak-budak lebih kurang je, ada cepat sikit ada lambat sikit. Cerita pasal anak memang seronok. Bila baca cerita anak kengkawan blog pon aku sengih2, bestnye tengok anak-anak dorang, kalau ada yang kongsi cerita sedih aku pon sesama sebak, kalau cerita happy aku pon sesama tersengih-sengih.

abang yang dah big boy
 
Anak-anak ni memang perghibur hati setiap yang dah jadi ibu ayah, penyejuk jiwa, mengajar kita jadi penyabar. Anak tu memang anugerah.