Friday, June 21, 2013

it's a girl yaww!!



As salam semua...

sempena hari baik ni..aku nak kongsikan gender lil baby ni...

Alhamdulillah..dan insyallah baby ni baby girl... :)

Im a happy ami!!

Sebelum ni sape yang ada fb or ig aku tau dah lah, sebab aku dah beli sehelai, ye SEHELAI sahaja dress untuk lil baby. Tu je la pon baju girl yang adik baby ade. Tapi rasanya hujung bulan ni nak pergi shopping lebih sket baju gegirl sebab dah confirm adik baby ni baby perempuan.....
Kalau baju abang kebanyakkan memang baju boboy la kan, so kita cari baju siang n baju tido girl lagi sikit, buat tambah2 je..kalau beli terlebih pon mungkin stok untuk dia da besar2 sket bukan untuk lepas lahir or dalam pantang.

Daddy dia senyummmmmmmmmm sampai telinga, dapat tahu adik baby ni girl. He was hoping for girl this time, alhamdulillah..it's a girl.

Masa 1st time pergi buat 4D scan, memang tahu dah waktu tu adik baby ni girl, tapi aku ni memang jenis susah sikit nak terus terima, padahal masa tu adik baby siap kangkang lagi tunjuk beger dia. Tataaaapppp mak hincek ragu2... so aku tunggu scan 2D kat KK, ehhhh dia kepit pulak kaki tu tak nak tunjuk...pemalusss sangat anak ami ni. :D
Then rabu baru ni aku pergi PPUKM untuk booking bersalin kat sana, samalah macam abang dia, dulu pon booking PPUKM jugak. so far aku puas hati. Masa scan kt PPUKM sekali lagi doktor cakap " ok...baby girl yer puan.." terus hati ku berbunga-bunga hahah... siap je check up, cakap kat hubby ' dy, hujung bulan kita pergi shopping baju adik baby dengan baju raya abang eh", daddy pon angguk je la..dia pon excited sama...sebab sebelum ni aku dok cakap, tak nak beli, nak tunggu dah keluar jugak2 baru nak pergi beli.
Tapi uolss..penpaham je la kan...kalau dah baby girl memang tak boleh nak tahan diri dari beli barang2 dia...so ami nak shopping!!! hoyeehhhhh!!!
Hari-hari ni lah muka yang aku tatap dekat PC. dengan harapan adik baby ikut muka dia. 
Tinggi sungguh impian mak ko dik...hehehehe
mak muka jawa ada hati anak muka minah salleh tantek gini.

Tengoklah...tak make up pon cun melacun giler kottttt...
cer tengok muka kita-kita tak de make up. fitammm 44x hahahahha



Tuesday, June 11, 2013

Stretch Marks oh kesan cakaran! sob!sob!



kesan cakaran ke regangan?

pada aku cakaran lagi tepat kot dari regangan hahah...
serius kali ni aku memang gila menggaru kot, perut aku memang gatal tahap dewa punya. Ya ampun gatal dia memang tak leh nak kontrol hoi! jadi aku garu tak pon aku gosok kuat2 pakai baju.Garu pon luar baju la, tak direct to skin. Tapi tataaappppp sampai melecet jadinya. huiisshhh!!

Selain dari cakaran yang aku buat sendirian berhad tu, kesan regangan pon menjadi2..tapi this time warna putih2 halus je, masa Ezekiel dulu color hitam tapi tak banyak, kali ni putih2 tapi banyakkkkkkkk....huwaaaa!!!!! acaner nih?acaner? matiklah nak kena lumur bio oil secara gigih lepas bersalin.

Sekarang aku pakai palmers, bau dia tu dah kurang banyakkk dari dulu, dulu bau dia sedap tapi kuat sangat, aku tak suka. Packaging baru ni bau dia soft je, aku sukakan la jugak :p
Kulit memang moist sangat2, even nampak macam kering tapi bila pegang lembut je..soft sangat.Kegatalan pon berkurangan la sikit...

Masalahnya sekarang ni..perut guwe kembali gatal macam awal2 preggy hari tu...hukhuk!! nak garu takut kulit pecah2, tak garu haku tak tahannnnnnn dia punya merenyam tu.hadoiiiiiii!! Mengapakah ini berlaku mengapakah?



Sebenarnya nak mintak tolong suggest krim or oil or losyen yang bagus nak hilangkan stretch marks ni hehehe...lepas bersalin mau guna. Bio oil memang dalam list, selain dari tu yang korang pakai and beri kesan, paling bagus kalau boleh hilangkan terus kihkih..hover pulok permintaan ;p Pliss eh korang. lebiu lah!


Saturday, June 8, 2013

Set Berpantang Pilihan: Nona Roguy or Mak dara lagi? atau lain-lain?



Aku dok memikir apelah set berpantang aku nak amik kali ni.
Masa Ezekiel aku amik Set bersalin Mak Dara / Ibu Halimah.


Isi dalam dia ada

Jamu Mak Dara (Serbuk) - habis dimakan
Jamu Mak Dara (Kapsul) -  habis dimakan
Losyen Param Ibu Halimah - suka sangat!! bau jamu yang tak menyakitkan hidung.sedap je.
Bedak Sejuk - masih digunakan untuk mandi, bancuh, sapu kat badan. 
Lulur Kopi - Campurkan dengan bedak sejuk, elok hilangkan hitam2 dekat celahan & perut.
Bengkung - TERBAIK! panjang (sesuai dgn aku yang tinggi galah ni) tebal. senang nak pakai.
Tungku Kukus Herba  - Tak pakai. Elok tersimpan.
Rempah Mandi  - Tak pakai. Elok tersimpan. Aku mandi air daun2 asli :p
 
Alhamdulillah semua dalam tu pon habis aku guna dan aku sangatlah suka! Jamu dia memang terrrrbaikkkkk! baik yang serbuk or yang kapsul, 2 2 pon aku suka, tapi yang serbuk hazabedah sikitlah nak minum. Masa minum tu aku campur madu so tak de lah kelat pedas sangat rasa dia. Yang aku tak guna langsung dalam set tu, tungku and rempah mandian sebab untuk mandian tu mak mertua aku dah bawak segala jenis daun dari kampung, orang panggil mandi serom kot. Daun-daun dia like serai wangi, kunyit bara (yeke???) daun-daun lain lagi lah hahahhaha..tak tau la aku. Tungku plak, aku pakai batu sungai, pon ibu martua ku bawak, i lebiu mama!! so tak gunalah 2 benda ni...ada lagi kat rumah nun. Jadi kalau belum tamat tempoh, mungkin akan digunakan untuk adik baby kali ni. Kalau dah tamat tempoh selamat ke tong sampah je lah. ;p

so this time macam tak nak pakai ibu halimah punya set, aku beli jamu dia je nanti, tu pon lepas habis pantang baru makan, dalam pantang tak makan la, sian anak panas kang.
Kali ni aku macam nak pakai NR produk pulak.

1 set ada benda-benda dalam gambar bawah ni




1. Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman - paling aku nak sangat! sebab lawas buang air. Masa pantang inilah yang paling digeruni. Masa nak membuang rasa berpeluh-peluh takut sembelit, so aku sangatlah berkenan dengan phytonatal ni.

2. Akar Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan dalaman - ni untuk minum, aku macam tak berapa nak sangat yang ni. bab-bab minum ni aku agak payah. ecehhhh...padahal air ubat periuk tu aku telan jugak walau nak termuntah2 hahahhah..makanya cukuplah aku minum air ubat periuk, tak yah lah tambah lagi 1 jenis minuman. muntoh okeh!

3. Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar - ini kira macam tapel la kan. Ini aku nak, yang ibu halimah punya tak ada, dia ada param je untuk sapu satu badan, biar badan rasa warm..so dulu aku sapu limau + kapur, mengelupur rasa panas & gatal hahhaha..tapi ku tahan jugak jebat! nak kempis punya pasal. ;p

4. Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar - tak berapa nak penting, tapi memang sangat memudahkan. Macam masa Ezekiel aku cuci pakai air garam, air sirih pastu sapu manjakani. Sapu manjakani ni rasa dia aucchhhhhhhh!!! pedih! tapi insyallah cepat kering n baik. Cara dia, ko asah biji manjakani tu, then serbuk dia sapu kat benang tu, insyallah cepat baik luka. Kalau rajin terlebih boleh rebus & minum, tapi yang ni aku tak buat. tak daya nak minum macam2.

5. Herbanika Lulur (100 gm) ~ Untuk kegunaan Luar - Lulur ni aku baca review katanya bau rempah ratus, so tak nak! baik aku pakai lulur binari susu kambing. putih mulus terus hitam-hitam ku dulu. ;p lagipun wangi, rempah2 tak mau.

6. Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar - ini aku nak, boleh titis kat pad, so rasa macam pakai pad berubat tu kan. macam best je, pastu ramai cakap dia best, so semangat nak mencuba.

Jadinya dari banyak2 tu hanya 3 benda je yang aku suka, so....beli loose item je la nanti. Param & pilis boleh beli yang murah2. Yang jenis serbuk, yang serbuk ni biasanya produk air mancur kot, sepeket RM1, beli 3 4 paket dah cukup dah, tak pon aku beli sari ayu punya produk, param,pilis dia jenis krim, so ko sapu je la. kalau sapu krim pon malas apa pon tak bleh ;D

gambar produk dia. Nak beli boleh klik link bawah tu.

Atas ni gambar produk Sari Ayu, ada tapel, param, pilis, minyak telon baby & bengkung lilit 5meter panjang dia. Harga RM48. Berbaloikan? Aku suka sebab semua pon jenis losyen, so ko tak payah nak berdebu-debu dengan param kat badan, dengan pilis kat dahi. Anak pon selesa, kita pon selesa. Tapi aku tetap tak beli set, aku beli 2 benda je. Mungkin cari kat Mydin ada la kot, kalau tak de, aku beli online je.

Setakat ni hati aku memang dah stick dengan NR & Sari Ayu ni, tapi kalau tentiba masa berpantang nanti aku pakai yang lain, tu nanti aku cerita ye. :)

Lagi 2 3 bulan je ni nak bersalin...nebes hoii!!!

Friday, June 7, 2013

MGTT @29weeks

Hi uolls!!

Meh menyembang dengan aku eh. Boring nih. :D

Semalam aku ada checkup adik baby, alhamdulillah semua ok je. Ami telah menambah berat sekian kali dengan jaya, 2 minggu naik 2kilo, so i is 60kilo lady now huhuhuh...
Hb ada sikit turun, so doktor tukar obimin ke Iberet, entah akan aku makan atau tidak tengoklah nanti. Buat masa sekarang dari awal preggy sampai ni aku tak pernah ambil sebarang pil selain fish oil dan pil homeopati serta makan makanan sihat. So far kandungan kali ni aku rasa lebih segar berbanding abang Ezekiel. Kita tunggu lagi 2 minggu, kalau Hb turun lagi mungkin aku pertimbangkan untuk makan jugak Iberet tu.

Pastu ada scan baby, masa scan sekali lagi adik baby is pemalu yang hamat, tak mau tunjuk tut tut dia. notty tau! nasib baik ami dah buat 4d hari tu, kemain yeh, time 4d siap kangkang lagi tunjuk beger dia, kali ni 2d scan dia kepit rapat2. Dari scan tu tarikh EDD aku berubah, ni bukan kali pertama, since 1st scan lagi tarikh EDD xsama dengan LMP, ikut LMP tarikh EDD 22 Aug, tapi kalau ikut saiz besar baby EDD dia 1 Sept and aku rasa baby akan keluar lambat macam abang dia, so aku stick with 1 Sept. Sekarang adik baby dah 1kilo tapi emak dia 60kilo dah ni, apakah ini????

Pagi tadi pulak ada test MGTT. MGTT ni stands for Modified Glucose Tolerance Test, semua ibu yang berusia 25tahun keatas (kot?) aku lupa la, samada ada family history or not tetap kena test jugak, apatah lagi aku yang kertu ini kuikuikui....tapi those with high risk (berat naik berlebihan, genetic history of kencing manis, keguguran sebelumnya) mmg wajib ambil test ni, lebih awal dari yang tak ada history. iolls amik sebab umur dah 29 jadi kena amik test masa kandungan 28w, dek kerana minggu lepas balik kampung so tunda la hari ni, terlebih 1w la. halal je la.

Prosedur dia, ko kena puasa dari 10malam, last meal adalah 10malam. Esok pagi2 tencongoklah di KK seawal yang boleh. Aku pukul 8 dah depan KK.

Mula2 dia akan ambil darah FSB (fasting sugar blood). Semalam baru cucuk lengan kanan, hari ni kiri pulak heh!
Lepas amik darah, minumlah air gula itu.....
Manis ya ampun!!!! nasib ada perisa oren sedap jugaklah, tapi perit sikitlah tekak sebab air manis + masam. Dah minum tu pergilah kau berjalan-jalan selama 2 jam. Masa pergi jalan2 tu jangan makan atau minum.
Aku tak kemana pon, lepak cafe dekat area KK tu je. Mr hubby bersarapan aku berceloteh je la yang boleh, kesian sangat ;p
Tapi serius lepas minum air gula tu memang ada rasa mual nak muntah, ku tahan-tahankan je tekak ni. Tak nak la muntah, kang kena repeat pulak.

After 2hours amik darah sekali lagi. Kali ni amik dekat tangan je, tapi nurse cakap aku ni kurus sangat, kulit je ada hahahhah..sadis bebenor, so akan sakit bila kena cucuk tu. Dalam 2 hari 3 tempat dah lebam. Owh demi mu anak, apa saja untuk kamu.

Mudah-mudahan gula dalam darah aku normal, tak mau lah ada diabetis ke apa, even masa waktu preggy je. Tak elok untuk baby.

Risiko jika ada diabetis ketika mengandung :

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Info dari : Baby Center

ps : dah rasa gedik sangat nak basuh baju baby, boleh ke tidok?? ;p