Friday, July 12, 2013

Keperluan Bayi dan Ibu - Persediaan menerima orang baru


Assalamualaikum....selamat hari jumaat dan selamat menjalankan ibadah puasa di hari ke-3

Saja hari ni nak share pasal checklist baby.
Dari dulu pon inilah checklist yang aku ada untuk sambut kelahiran new born. Tapi checklist ni dah di pendekkan mengikut keperluan la, since ini baby kedua so tak banyak macam pertama, masa Ezekiel berjela lagi panjangnya. :D

Bila dah masuk yang kedua, rasanya duit tu tak de lah laju sangat macam yang 1st, masa yang pertama macam air turujunnnn....derassssss...heheheh yang kedua ni macam air sungai mengalir je..tenang...
membeli pon secara berhemah sebab boleh jugak guna pakai baju abang. Tapi tetap kena ada jugak baju baru as kita menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.kan.

Setakat ni rasanya dah mencukupi dah, ada la sikit2 lagi yang belum beli, yang belum beli tu maksudnya prioriti tu tak tinggi, dah lahir pon boleh beli lagi. Mana yang dah siap berpalang tu, itu barang penting.

Ini list barang untuk baby ;)

Clothes :
·         Long sleeve - 5pcs – 2pcs done
·         short sleeve - 5pcs – 3pcs done
·         rompers - 7pcs -
·         Mittens & Booties - 8pcs – 2pcs done
·         Receiving Blankets - bought 3pcs- 
·         Barut/tummy binder – seri
·         Baby laundry detergent – NappiKleen/Pureen

Feeding : 

·         Breast pump :  autumz single (2nd pump)  
·         Feeding bottles – 
·         Bottle drying rack
·         Bottle Cleanser 


Bathing/Baby Care :
·         Baby shampoo /baby bath - eubos
·         Baby lotion /oil -
·         Cotton buds
·         Cotton balls
·         Towels - 2pcs
·         Disposable diaper
·         Minyak Yuyi

Beddings :
·         Bedding set

Travel :
·         Maxi cosi 
·         Rocker
·         Baby Sling
·         Diaper bag - pureen

Ini pulak list untuk ibu a.k.a aku ler tu...hehehe
semua benda pon dah beli kecuali jamu-jamu..itu tunggu hujung bulan ni insyallah..sebab barang pon loose item je..Nr produk ni mana-mana je boleh cari so tak risau sangat. Kalau dah terrrbesalin awal pon tak risau jugak, coz boleh klik online esok dijamin sampai kekdahnya hehehehe...

For me :
·         Disposable/ washable breast pads -- guna yang lama
·         Nursing bras -3pcs
·         Maternity pads – night pad/ bought maternity 1pack
·         Warm socks
·         Nursing tops
·         Disposable panties
·         Set Bersalin –Nona Roguy & sari ayu- loose item

Ini pula keperluan untuk dibawa ke hospital. Aku pernah je listkan, tapi tak pe rajin punya pasal, aku kasi up sekali lagi :D
So far beg baby dah settle dah semua, termasuk barangan yang nak bawa balik untuk berpantang kt JB, hari raya ni kasi angkut terus semua.

Beg hospital mummy pon dah siap, cuma belu masukkan elok2 dalam beg je, by this week or next week dah boleh completekan kot. Beg balik untuk berpantang still in progress, lagi pulak beg balik berpantang untuk abang sepet pon kena sediakan jugak..aiyyoooo banyaknya beg?? huhuhuh

Here the list for pergi hospital yer :)

Senarai keperluan BAYI di hospital

* 2 helai tuala mandi - done
* 2 helai selimut - done
* pampers
* 2 pin besar - done
* 4 helai baju / baju sejuk - done
* 4 pasang seluar panjang - done
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan - done

 Senarai keperluan IBU di hospital

* 1 helai tuala mandi - done
* 1 helai tuala muka - done
* 20 keping tuala wanita bersalin - done
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi) - done
* 1 helai pakaian biasa - done
* 2 pasang stokin - done
* 1 pasang selipar - done
* 3 helai coli khas untuk menyusu - done
* 2 pasang pelapik coli - done
* 5 helai seluar dalam pakai buang - done
* sikat * berus gigi dan ubat gigi * barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll) - done
* pakaian untuk pulang ke rumah - done
* bahan bacaan - Yassin
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM LACTA - later
* Cawan termos - done
* Baby wipes - done
* Kain sarung - done

Senarai yang perlu dibawa oleh BAPA

* surat rujukan doktor & GL
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* surat nikah
* duit

Meh la tengok muka mummy di kala 34minggu :D
 Lama rasanya tak share muka sendiri ;p



Wednesday, July 10, 2013

Cheesekut oh cheesekut..



Salam Ramadhan uolls...semoga ramadhan kali ni lebih baik dan membawa barakah untuk kita semua.

Sempena hari pertama sambut ramadhan ni aku nak jugekkkk kongsi resepi cheesekut ni ;p
Padahal ramai je yang dah share, tapi tetappppp aku nak share jugak..yelah blog hado tak hado aku ni ade jugak sedara sepupu sepapat yang membaca, kot dorang nak cuba resepi ni kan.kan kan kan..

Al maklum resepi senang sap sap soi cam ni sape yang tak suka kan. Aku ni memang orang yang paling sukalah, sebab nak buat dia tak sampai 1/2 jam pon, bahan-bahan pon senang nak cari, pastu ko tak yah nak bake ke apa. Ko campak2 bahan pastu sumbat dalam peti ais,dah sejuk kang ko ngap lah! aummmm!! sedappppppp.....

My vitamin plak memang penggila cheese, maka cheesekut ni telah menambat hati beliau auuww auuuwww!!
Dia cakap sedapnyeeeeee amiiiiiii... padahal kalau tengok bahan macam ye ke tidok benda ni sedap ;p

Meh kita share resepi dan gambar cheeskut tu ek, tapi biasalah ada la sikit2 aku ubah ikut suka hati ku

Bahan-bahan

 susu segar full cream - aku pakai perisa strawberri - 2 sudu je

susu pekat manis -1/2 tin
 
biskut -ikut korang nak pakai apa (cream creaker/biskut marie/ apa sajalah yang korang nak cuba)
 
cream cheese tatura/Philadelphia - 250gram (aku pakai tatura)

Cara-cara

1. pukul cheese dulu, pakai mixer or blender ikut koranglah mana yang senang and ada dekat umah. Pukul sampai kembang or mudah cakap cheese tu berubah warna pada warna putih/cerah dari warna asal gitu.
2. Masukkan susu manis 1/2 tin, cukup dah ni bagi aku, manis dia sedang elok je. Pastu sambung pukul sampai sebati, disamping masukkan 2-3sudu susu segar tu.
3. Pastu biskut tadi, xkiralah cream craker ke biskut marie ke, celup kedalam susu segar. Just celup and susun dalam bekas. Jangan lama-lama, celup terus susun. 
4. Susun biskut then layer dengan cheese tadi, then susun lagi biskut yang dah celup pastu layer lagi dengan cheese sampailah habis biskut dan cheese itu....topping dia aku pecahkan biskut then tabur je atas cheese terakhir tu.
5. Dah siap, masukkan dalam peti ais, aku letak kt freezer bagi keras pastu baru turunkan ke chiller. Dah tu potong dan ngap!! nyummssss!

Tapi hari tu, dek kerana biskut tu aku dah makan sikit, so lebihan cheese ada agak banyak, so aku improvise sket...dari biskut cream cracker aku tukar ke coklat yoss strawberri Ezekiel punya mix dengan cup cake coklat. Sama je kekdahnya tapi dari segi rasa dia terus rasa macam makan ice cream. dap dap bak kata Ezekiel.

Ini bahan yang aku ubah sikit. 

 
dengan 
 
 
 
aku patah2kan coklat tu, cup cake pulak aku pecah2kan then tabur atas coklat stick tu, tapi agak hazab jugaklah nak layerkan cheese tu, tapi aku lantakkan je... bila dah sejuk tetap sedappppp!!!
 
Rupa akhir cheesekut ku itew.....
 
yang putih suci murni cheesekut biasa yang guna biskut, yang kaler coklat2 tu cheesekut coklat with brownies gitewwww....

Time-time buka makan cheesekut sumpah sedap! nyum nyum!! nasib ada lagi kat rumah, buka kang boleh ngap! dap!!

Tq to mommy gojes yer.. Nadt