Monday, October 21, 2013

AirisTihani Lim :: birth story



assalamualaikum!!!
fuh!fuhh!fuhh! bersawang habis rumah kami hehehe.. sory la yer... :)

lama sangat rumah kena tinggal banyak cerita dah jadi basi, slow2 daku update yer..
entri raya pon tak berupdate haihhh...

ok la. aku nak abadikan *waaaahh sangat ayat abadikan huehuehue*  pengalaman bersalin bidadari kecil kami sekeluarga, Airis Tihani Lim. Macam yang dijangka oleh aku sendiri, kali ni pon aku bersalin overdue but this time sampai 10 hari lewat. penantian memang menyeksakan, hati ni tak sabar nak jumpa si kecik tapi si kecik suka benar duduk dalam perut ami. Dalam pada tu aku berdoa supaya sakit tu datang naturally, kalau boleh tak mau induce, tapi siapalah kita..semua ketentuan DariNya..

30-8-2013 aku kena admitted, ezekiel MIL bawak pergi rumah kak ipar. pertama kali berpisah dengan anak rasa sayu sangat. bila siap daftar semua just duduk je la seharian. petang tu doktor datang nak VE,if tak ada bukaan dia akan paksa bukaan tu dengan harapan akan ada natural birth sign.

lepas VE dan bukaan secara paksa dibuat aku baring la semula.. tak sakit tak ada apa2 so janggal betul rasa dok melanguk dalam wad. Dalam pukul 8++pm aku dah start ada rasa contraction, very mild, agak consistant 1 in 10. Sampai ke tengah malam dan bawa ke subuh macam tu aje la contraction yang aku rasa. tido pon tido ayam je..dah acaner nak tido kalau 10min sekali sakit kan.heeee

31-8-2013 pagi pukul 7 aku dah siap mandi segala, semangat nak bersalin hahaha..tapi dalam hati tetap takut... orang cakap lain anak lain sakitnya. elok pukul 9 doktor datang buat VE, sayangnya progress tak cun baru buka 2cm, so kena induce jugak, before induce doktor ada beritahu risiko bila induce dan sakit induce lebih kuat dari biasa. tak ada pilihan aku terima je la asalkan baby lahir dengan selamat. Tapi instead of 2 biji procyn aku cuma dimasukkan 1biji je, kalau masih poor progress after 6hours akan masukkan lagi 1biji. jangan tanya kenapa doktor buat cam tu, mungkin sebab muka aku tak meyakinkan kott.

lepas induce doktor akan datang cek pukul 3. sementara tu contraction masih sama tak de perubahan. lebih kurang pukul 1.30 nurse buat ctg,  almost 1jam jugak sbb baby tido. tapi waktu tu contraction makin kuat tp jarak masa sama je cuma sakit tu semakin kuat. tak lama lepas tu tiba2 sakit jadi 2 in 10, sakit dia Ya Allah... sakit yang memang tak boleh nak digambarkan. mengigil satu badan, menitis jugak air mata dek kerana menahan sakit. kali ni sakit paling kuat dibahagian pinggang dan tiap kali sakit mintak hubby gosokkan belakang, aku genggam tangan dia sekuat hati yang boleh. serius sangat sakit jauh beza masa nak bersalinkan abang.

lebih kurang 3.15 aku nak ke toilet nak buang air kecik, dah selesai lepas 10 minit nak kench lagi, kali ni elok bangun je sakit contraction tiba2 menggila sampai tak boleh nak berjalan, nak bukak pintu bilik air pon menggeletar rasa tangan kaki. Dapat je keluar dar toilet terus peluk laki aku sekuat hati, dia pon gegas ambil wheelchair, cari doktor nak suruh VE. Tapi almaklum je la hari cuti merdeka...doktor tak ramai, nurse pon boelh dibilang jari dan paling malang masa tu tak tahu mana pergi semua nurse, doktor sorang je.
Mula-mula doktor tu tak nak buat VE atas sebab apa tak tau, dia suruh tunggu sampai doktor yang sepatutnya in charge datang. Laki aku pon mula la berangin 1 badan, dia risau kalau aku punya bukaan tiba2 dah buka besar, sebab 1st baby macam tu.

Sudahnya doktor suruh tolak masuk bilik VE, tengah dia dok mem'VE' aku, nurse pon masuk. Seperti yang dijangka, bukaan dah 7cm, mungkin doktor yang cek tu baru lagi kot, nurse buat sekali lagi confirmkan, bila nurse buat VE, bukaan dah pon 8cm. Masa tu pembantu hospital terus pergi ambil katil, tak de der naik wheel chair. Aku plak memang dah tak tertahan lagi dah, memang rasa nak meneran sangat, sakit jangan tanya, Allah je tahu.

Sampai labour room, pindah katil, alhamdulillah memang bilik kosong dan doktor memang ada dalam bilik tu. Masa doktor tengah VE nak cek bukaan rupanya aku dah pon fully dilated, kepala baby pon dah nampak, terus dia suruh push. Push kali pertama kantung air ketuban yang keluar, so pecahkan dulu, push kedua keluar kepala, kali ketiga lahirlah Airis Tihani Lim pada pukul 4.13pm ;) Alhamdulillah...

This time memang betul2 neutral, dah macam bersalin dekat rumah, tak de gunting, tak de drip, semua tak ada, sebab memang dah tak menyempat lagi, dek kerana tak menyempat sangat maka berlakulah koyakan, 1st degree tear, dalam tak ada koyakkan, tapi skin terkoyak dan koyakkan tu tak serata. Jahit kali ni SUMPAH sakit! dah bius pon sakit huuuaawwwaaaaa!!!!

elok siap jahit semua, jumpa je muka laki aku, terus cakap 'ami tak nak pregnant lagi..tunggu 4 5 tahun lagi' huuauahuhauhau..dalam pada tak nak, nak jugak tu..kihkihkih...

Kiranya tempoh sakit agak panjang berbanding Ezekiel.
Kali ni dari 8.30 mlm hingga 4.13pm esoknya total 20jam
Tapi sakit yang betul2 buat air mata keluar dari pukul 1pm hingga detik kelahiran lebih kurang  3jam 13minit
Alhamdulillah, urusan kelahiran si kecik bunga kebahgiaan kami ni senang dan mudah, cuma sakit tu yang berbeza.

Lain anak lain sakitnya, lain orang lain rezekinya.

aku doakan untuk kawan-kawan yang sedang mengandung, yang tengah menghitung hari untuk melahirkan, semoga urusan kalian di permudahkan.Jangan pulak takut lepas baca cerita aku ni, sebab setiap orang tak sama dan serupa, masing2 Allah dah tetapkan bahagiannye. Kita berdoa moga bahagiaan kita adalah yang terbaik. Amin.. :)
Airis Tihani Lim :: Bunga Kebahagiaan :: 31082013 :: 1613 ::