Tuesday, June 12, 2012

Cameron Highland Part 1

konon nak update pagi pagi cepat cepat sudahnya nan hadoooo...

pepetang pon bolehlah kan...dari tak do langsung.
sepi je blog aku ni. 2minggu tenggelam 2minggu timbul..pastu tenggelammmmm berminggu minggu.hihihi...

i oolss pergi cameron hari minggu baru ni. Naik cameron memang bikin pitam yeh? pusing-pusing macam ulau melingkau atas pagau. Pastu bas bas lori lori stok tak henggat dunia, bawak laju giler himpit himpit kereta orang. Low manners!! ish! kalau accident cam ne?
eh?? bebel plak. ;p

Aku tak la duduk hotel, motel pon idok ler..kita duduk Apartment, sebab pergi dengan sepupu aku, so apartment la best, leh duduk satu rumah fefeeling rumah sendiri di cameron kan... Aku booking tru agoda. gud deal yaw! Apartment 3bilik RM300. ok la kan.

Apartment dia memang cosy, bersihhhhhhhh...paling suka bab bersih. Bilik tak la taraf hotel, tapi bersih, alas bantal tak la berbau ke apa.ok semua ok. Ada Astro, tapi basic channel n ada sport channel jugak. So aku kan tamak haloba maka bawak Astro card sendiri boleh tengok HBO bla bla bla ** ko ni nak berjalan ke nak tengok tv???** ;p dah kata nak feeling rumah sendiri kan? haha!!

Tapi datang sini kenalah bawak segala keperluan sendiri yer. Towel tak ada disediakan. Yang ada basic cooking je. Water heater, pinggan, cawan, thermos etc. Peti ais ada juga, microwave tak de pulak. Tapi dah ok sangat dah tu bagi aku.

ni hall dia, ok kan? cosy, tak de pulak gambar langsir terbuka. nyaman uii!!
 
TV. ok la kan..
 
ni bahagian dapur. Kemas n bersih. dah berapa kali bersih aku cakap ek? tapi memang bersih sebab tu suka. tak ada habuk langsung. SUKA! 

nama Apartment ni Silverstar Apartment, Greenhills. Worth it!

 Sampai je Tanah rata, check in, lepak2, yang suami suami tidoq...yang isteri isteri gosippp girlssss...haha! Makan makan nom nom nom..lepas makan spagethi, makan pulak sambal sardin dengan roti, sat lagi nugget pulok, lepas tu makan lagi apa yang ada dibawak. haishhh!! gemok tak jugak ** gemuk bebel, tak gemuk bebel, teruklah ko ni** ;p

Dalam pukul 5.30pm baru keluar jalan-jalan.

Mula, pergi Strawberry farm, konon nak hand pick la konon...tak dapekk la jangggg...storberi habes dah kena petik dek budak-budak cuti sekolah.

Aku suggest pergi KASIMANIS farm kot tak silap nama dia, best. Ekrim sodap, fresh stoberi mashaammmm..tapi syrup dia memang yammo. Banyak lagi Strawberry farm dekat situ, korang boleh je terjah.

Lepas dari KASIMANIS, dekat area RRP(gomen punya rumah) ada Strawberry farm jugak, boleh petik-petik gitu..tapi aku pergi ni tak bolehlah. Mana-mana pon farm pon tak boleh. Stoberi semua kenit-kenit, baru nak mintak nyawa.haha!!

Muka happy nak kuar berjalan, selepas dapat berbaring-baring dalam rumah. budak ni memang suka duduk rumah, sebab boleh buat road tour dengan jayanya. ;p



My sayangssss...

lawa kan...suka. Rasa nak beli tapi macam rajin sangat nak jaga. Buat ezekiel lepuk je cactus tu. 
Owh ada ladang cactus jugak. tapi aku tak pergi. malas. i feeling sejuk je dah mencukupi.hahah!!
 

my little k-pop star.haha!! budak ni sejuk yang amat, sampai belikan sarung tangan, sebab asyik bersin then tersedu-sedu. nyomel.

Ni kat area Brinchang. Ada kedai-kedai jual souvenir tapi mahal lah. baik pergi Kea Farm, nanti story eh.


sedap tak???terliur tak??? hahaha!!  ;p
 

Bila malam kita lapo...uii JOHO betul ayat. Haruslah keluar mencari makanan. Maka pergi lagi ke Brinchang, ke Kedai PAK NIK IKAN BAKAR. sodapppppppp!!!
Kedai dia belakang Hotel Green Garden. Kedai ni bukak sampai lewat malam, kedai lain area Tanah Rata tu pukul 10 dah agak sepi jugaklah. 

Lepas tu balik rumah, eh eh rumah pulak..balik apartment sewa itu, layan bola Italy-Spain = Draw. Malam tu tidur baru nak feeling lena, tapi my k-pop kenit demam pulak. Ezekiel memang tak boleh pindah randah, cepat je badan tak sihat. Tapi tak serius pon, panas sikit badan dia, bagi ubat demam then dia tidur, esok baik sudah demam nya. 

Mana lagi tempat best? Esok lah story. ahaks! macam banyak sangat tempat aku pergi khennnn... ;p
 
 












3 comments:

  1. Bestnya jalan-jalan..sudahlah ada k pop kenit hensem..BESTA jadinnya.=)

    ReplyDelete
  2. Balkidz :: jalan ilgkan stress..huhuh..
    Yong :: mmg BESTA berganda sebab ada k-pop kenit.hihihi...

    ReplyDelete