Friday, October 12, 2012

1 tahun yang lepas

Setahun yang lepas dalam pukul 12 tgh hari tu aku dah mula rasa sakit, mild je boleh tahan lagi sambil-sambil ambil gambar tunjuk peace pada my vitamin.

Setahun yang lepas lepas je waktu asar rasa sakit tu hanya DIA je yang tahu. Tapi percayalah tak ada setitik pon air mata yang keluar, punyalah nak tabahkan hati, takut bila menangis terus hilang semua kekuatan yang aku kumpul.

Setahun yang lepas, doktor yang buat VE tu lelaki dan hensem ngahahaha.. tapi ketahuilah masa doktor perempuan buat VE aku macam nak lempang je doktor tu, sesuka hati dia rodok kuat-kuat. Lembut sikit tak boleh ke??

Setahun yang lepas aku masuk labor room tak sampai pon 15minit tau tau je dah nak meneran sangat dah aku rasa.

Setahun yang lepas tepat 5.41pm lahirlah seorang putera dihati aku dan husben. Putera yang aku tunggu-tunggu, putera yang buat aku nangis-nangis pujuk dia keluarlah jangan duduk lama-lama lagi dalam perut.

Setahun  selepas 12/10/2011, memberi aku dan hasben kebahagiaan yang memang tak ada ganti.

Setahun dah pon berlalu. Macam sekelip mata. Macam sekelip mata bahagia yang Allah dah berikan pada aku. Bahagia sangat! Syukur!

Ariq Ezekiel Lim mommy daddy sayang sangat dekat Ezekiel. Mommy daddy doakan semoga Ezekiel jadi anak yang baik, yang mendengar kata, yang menyejukkan hati mommy daddy, moga Ezekiel tahu sayang mommy daddy pada Ezekiel sampai hujung nyawa.

12 oktober 2011

12 oktober 2012 

4 comments:

  1. salam kenal

    tahniah,.. heppi birthday buat anak...

    ReplyDelete
  2. happy birthday ezekiel!!
    be a good boy to mommy n daddy ok:)

    p/s: asl rmbut ezekiel cm dipakaikn klip rmbut??hahaha

    ReplyDelete
  3. aimaniman :: salam kenal dear.. tq ;)

    Yumie :: aah mmg klip rambut pon, rambut depan pjg sgt.kasi klip sket,heheheeh

    Maria :: besar dah..sekejap je masa berlalu.

    ReplyDelete