Saturday, March 16, 2013

Fully wean -off

Putus susu badan.

Rasanya ramai ibu-ibu yang BF ada dilema nak putuskan or teruskan, lagi2 bila dah preggy anak yang ke-2 atau yang seterusnya, pulak tu yang abang/kakak masih menyusu dan belum cukup 2 tahun.

Tapi aku bukan nak cerita boleh atau tidak meneruskan ketika kita mengandung sebab jawapan dia adalah BOLEH sekiranya tidak membawa mudarat.
Sekarang aku just nak cerita pasal anak aku dah fully wean-off, Ezekiel dah putus susu badan tak lama selepas dia tidak menyusu malam.
Alhamdulillah mudah je. Aku tak perlu nak tengok dia tercari-cari, or menangis2 nak susu tapi aku pulak tak bagi. Aku mula stopkan bila terasa badan ni lemah longlai every time dia lepas menyusu. Terus tak bermaya, menggigil satu badan, sampai pitam-pitam, pulak tu air susu pon memang merudum until bila Ezekiel menyusu terasa perit dan sakit.

Masa tak mau bagi dia menyusu tu tak de lah mengejut, tiba-tiba tak bagi. Biasanya weekdays dia memang dapat menyusu bila balik dari school, aku plak balik kerja sampai rumah je dah pukul 7, balik tu dia menyusulah sekejap buat lepas rindu. Then nak tidur sekali lagi, maknanya weekdays sehari tu 2x, kadang sekali je, sebab malam dia dah tak bangun menyusu dah, samada DF or bottle. Jadi weekends je dia DF dalam 4x, sebab mesti ada 1 session tu aku bagi botol instead of DF, tak larat sangat rasa, lepas menyusukan mesti aku terlepek je, berpinar-pinar mato den.

Dalam 2 3 minggu macam tu aku try reduce dia DF masa hari minggu, aku just DF time dia nak tidur je, siang nap 2x, malam before sleep, then slowly nap siang bagi botol sambil aku peluk2 dia & pok pok je suruh tidur, malam je dapat DF. Lepas tu weekdays pulak balik kerja je DF nak tidur bagi botol, less than 2month Ezekiel fully wean-off tanpa merengek or menangis, sebab last-last dia sendiri yang DF tak sampai 5minit lepas tu 'dah dah sambil tutup baju mami'.

Bila dah tak DF kesan dia pada aku, rindu sangat pada anak sendiri, lagi pulak aku kurang melayan dia sangat dek kerana sickness, dia banyak dengan dady dia je. Malam je tidur nak peluk2 leher mami. Sedih, kadang rasa sayu je hati, sesekali macam merajuk kat anak sendiri. hohohoh!! memang ter'emo' sendiri. Sebab dah terbiasa kita tidur sambil dia pon menyusu, pastu dia tidur selit2 celah ketiak, tetiba macam hilang je rasa. Lagi pulak dah tak selit celah ketiak ami, tidur cari ketiak dady. Merajuk rasa hati.hahahahah...

Kesan pada Ezekiel pulak, he seem kuat merengek, merajuk mintak perhatian sangat2 tapi tak pulak mintak nak menyusu, cuma sesekali dia datang selak2 baju then muahhhh!! pastu tunjuk NAK! sampai sekarang pon rajin je dia nak tengok, tapi dia dok giggles je bila ami bagi tengok, malah sekarang ni dia pulak yang kekok bila kita baringkan macam nak bagi susu. Cepat2 nak bangun. Dia cuma suka tengok pastu muahh je, pastu dah tutup.

Alhamdulillah urusan stopkan menyusu Ezekiel dipermudahakan, sebab memang sedih bila tengok anak  susah nak stop menyusu, macam kerinduaan, sebagai ibu hati ni memang cepat rasa sedih, sayu hati. Bila urusan dipermudah alhamdulillah..

Semoga bila adik dah lahir nanti rezeki untuk adik ada, sebab mummy memang tetap nak susukan anak2 mummy selagi mampu dan diberi rezeki. :)

3 comments:

  1. june..alhamdulillah dipermudahkan..delisha now kalau nad tak bagi terjerit2 mintak..camne nak buat? nad konpius..i cant say no to her.. lebih 2 lagi kalau tgk adik die df..

    ReplyDelete
  2. as salam mommy. mcm mana cara wean off? anak sy 2 thn lum nak wean off lagi. makin galak pula.. agaknya nak perhatian ibu dia nih yg sibuk sakan.. (sakan la sgt!!):D.

    btw, jemput menjengah blog and folo too. TQ!
    http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/2013/02/adakah-anda-sudah-bersarapan-pagi-ini.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ibu yanie..

      masa june wean off tu, 1st skali waktu mlm xmoh kasi dah.kne stop dah stop mlm baru sng stop siang.

      kalau dia mintak tu kne alih perhatian dia, bagi dia leka, tp biasanya time nap tu mst dia nak jgk2 kan. slow2 la. so far anak june, june buat cam tu je, tp klu xberjaya minta maaf la yer. mungkin kena cuba petua2 lain mcm letak bnd pahit or pedas gitu.

      Delete