Wednesday, April 3, 2013
Makanan berkhasiat yang sedap nyum nyummyy!! untuk ibu mengandung
hamek kemain lagi panjang berjela tajuk, bedal je la.
Time mengandung memang pengambilan makanan teramat-amat di titik beratkan.kan.
Kena makan ksimis, kurma, buah, susu, sayur, bijirin pendek kata apa saja yang berkhasiat maka makanlah kau! kihkih!! so jadi ibu mengandung memang heaven sangat bab bab makan ni, lagi-lagi hasben sekalian pon memang pantang isteri sebut memang berdezup cari apa isteri nak. Sayang isteri sayang anak :D
Tapi even kita memang tau sangat dah time preggy ni kena makan benda berkhasiat tetap kadang-kadang tekak ni bukan boleh terima semua makanan berkhasiat tu, contohnya aku ni lah, tak yah contoh orang lain diri sendiri pon cukup dah. Cukup payah nk makan kismis padahal sebelum ni ko bagi sekotak sehari je aku boleh selamatkan dalam perut, bagi kurma, lagi2 kurma ajwa tu, sedapnyaaaaaa tapi kali ni susah sangat aku nak makan, buah pon gitu, aku cuma suka tembikai merah n tembikai susu je lain2 buah ku pandang sebelah mata, mengada sangat. Tapi alhamdulillah kali ni aku boleh je minum susu plain tu, tak perlu nak perisa bagai, so sekarang aku consume dutch lady low fat ngehngehngeh..low fat ni bukan sebab mak incek nak maintain kurus ye anak2 akak2 sekalian sebab low fat ni kurang berlemak ditekak, kalau full cream tu melekat2 rasa dia tu kat tekak ni, loya haku. Susu materna tu harap maklum memang tekak haku tak leh masuk, berlemak bebenor, mual.
So....... oleh kerana tekak aku sangat mengada-ngada diwaktu ini meh aku share bagi yang ada masalah serupa atau bagi ibu preggy yang nak cari makanan sampingan yang berkhasiat lagi sedap mihmihmih!!
1. Quaker Oat Cookies Raisins
Mula2 risau jugak tak sedap, sebab kadang biskut oat ni dia boleh buat tekak macam gatal2 gitu, tapi yang ni memang sodappppp! dan 2 in 1 la kan, ada bijirin+raisins lagi, so sangat bagus la pada aku, lagi bagus untuk tekak mengada2. ;p
2. Quaker Oat Cookies Choc Chips
Pon sama macam raisins sedapppp sangatt, tak terlalu manis, sedang2 je. Sesuai makan pagi2 nak breakfast tu or lepas2 breakfast pastu rasa lapar lagi so boleh makan sementara nak lunch, dari makan biskut kering.kan. heheheh...
3. yogood - yogurt bar la senang citer
ada perisa blueberry/cranberry, strawberry dll lah, tapi yang 2 ni je sedap di tekak aku.
4. Nestum 3 in 1 / Nestum bancuh manual hehehe
Yang ni terpulang nak bancuh sendiri atau 3 in 1, aku suka bancuh sendiri je, kat opis bancuh pakai creamer letak sugar sikit, dekat rumah boleh pakai susu manis or susu tepung ibu mengandung.
5. Quaker oat
Ohooo..aku memang penggemar quaker oat sangat2. Morning before pergi kerja buat segelas quaker boleh rasa kenyang dalam sejam la then boleh amik any breakfast, terpulanglah nasi lemak ke, mee goreng ke, sandwich ke suka hatilah apa je. Malam before tidur pon boleh buat segelas lagi kalau boring minum susu. Kalau tak nak buat air boleh masak so jadi likat dan mengenyangkan. Tak caya cubalah.
6. Jus Buah Delima
Yang ni korang try la cari dekat kiosk yang jual2 kurma, madu tu, insyallah jumpa, dari harga murah sampai yang mahal pon ada. Kalau yang ni murah je sekotak dalam RM6-RM7 je, ok la kan.
Kita pon tau ramai cakap makan buah delima bagus untuk baby juga untuk ibu. Delima ni boleh tambah darah, selain dari sayur2 hijau like bayam. Nak cari buah delima bukan senang so marilah minum air dia.sodapppp u!
antara info berguna :
Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
sumber mamashealth
Setakat ni, inilah makanan sihat yang sedap bagi ibu mengandung yang cerewet macam aku. 1st pregnancy rasanya bab makan aku ok je, ada lah sikit2 yang tak ok, tapi adik baby ni mami agak pening kepala, so bila ada yang tekak aku bergumbira menerima so aku sangatttttt senang hati. So mommies out there boleh cari cepat2 dan mari gembirakan tekak kita bersama. :D
Kat entri INI pon aku ada share sikit pasal diet pemakanan ibu mengandung, mana2 yang takut overweight korang boleh jugak try.
Till then!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oat bar, oat cookies munch2 time opis hehehe..ha musim skg dh kembali susah cari buah delima..asal aku preggy je musim delima habis..kat umah pun stok jus nar nectar ni n jus2 jenama lain hari2 minum..kot2 leh elakkan jaundis cam ameer dulu..
ReplyDeletenice blog
ReplyDeletesalam singgah
done following you...
=)
As salam..info yg sgt menarik..sy tgh preggy 31mgu..tp brat bdan amat mbimbngkan..xdpt nk cntrol mkn..hehe..skg dh sbuk2 cri entry cra utk cpt kyg..then sy jmpa blog awk..so skg nie nk try mkn oat..:-)
ReplyDeleteAs salam..info yg sgt menarik..sy tgh preggy 31mgu..tp brat bdan amat mbimbngkan..xdpt nk cntrol mkn..hehe..skg dh sbuk2 cri entry cra utk cpt kyg..then sy jmpa blog awk..so skg nie nk try mkn oat..:-)
ReplyDeleteAs salam..info yg menarik..
ReplyDeleteSy tgh preggy 30mgu tp brat bdn amat mbimbangkn..huhu
Now,sy akn cb mkn oat..:-)
Saya tgh preggy jga..tp xlalu makan..stkat ni boleh telan asam anggur..limau..syur sawi..mee goreng n bhun goreng ja..yg lain mual2 klo mkn..ayam ikan bau pun kembang tekak..camna ea..tkot xckup khasiat
ReplyDelete