Wednesday, July 10, 2013

Cheesekut oh cheesekut..



Salam Ramadhan uolls...semoga ramadhan kali ni lebih baik dan membawa barakah untuk kita semua.

Sempena hari pertama sambut ramadhan ni aku nak jugekkkk kongsi resepi cheesekut ni ;p
Padahal ramai je yang dah share, tapi tetappppp aku nak share jugak..yelah blog hado tak hado aku ni ade jugak sedara sepupu sepapat yang membaca, kot dorang nak cuba resepi ni kan.kan kan kan..

Al maklum resepi senang sap sap soi cam ni sape yang tak suka kan. Aku ni memang orang yang paling sukalah, sebab nak buat dia tak sampai 1/2 jam pon, bahan-bahan pon senang nak cari, pastu ko tak yah nak bake ke apa. Ko campak2 bahan pastu sumbat dalam peti ais,dah sejuk kang ko ngap lah! aummmm!! sedappppppp.....

My vitamin plak memang penggila cheese, maka cheesekut ni telah menambat hati beliau auuww auuuwww!!
Dia cakap sedapnyeeeeee amiiiiiii... padahal kalau tengok bahan macam ye ke tidok benda ni sedap ;p

Meh kita share resepi dan gambar cheeskut tu ek, tapi biasalah ada la sikit2 aku ubah ikut suka hati ku

Bahan-bahan

 susu segar full cream - aku pakai perisa strawberri - 2 sudu je

susu pekat manis -1/2 tin
 
biskut -ikut korang nak pakai apa (cream creaker/biskut marie/ apa sajalah yang korang nak cuba)
 
cream cheese tatura/Philadelphia - 250gram (aku pakai tatura)

Cara-cara

1. pukul cheese dulu, pakai mixer or blender ikut koranglah mana yang senang and ada dekat umah. Pukul sampai kembang or mudah cakap cheese tu berubah warna pada warna putih/cerah dari warna asal gitu.
2. Masukkan susu manis 1/2 tin, cukup dah ni bagi aku, manis dia sedang elok je. Pastu sambung pukul sampai sebati, disamping masukkan 2-3sudu susu segar tu.
3. Pastu biskut tadi, xkiralah cream craker ke biskut marie ke, celup kedalam susu segar. Just celup and susun dalam bekas. Jangan lama-lama, celup terus susun. 
4. Susun biskut then layer dengan cheese tadi, then susun lagi biskut yang dah celup pastu layer lagi dengan cheese sampailah habis biskut dan cheese itu....topping dia aku pecahkan biskut then tabur je atas cheese terakhir tu.
5. Dah siap, masukkan dalam peti ais, aku letak kt freezer bagi keras pastu baru turunkan ke chiller. Dah tu potong dan ngap!! nyummssss!

Tapi hari tu, dek kerana biskut tu aku dah makan sikit, so lebihan cheese ada agak banyak, so aku improvise sket...dari biskut cream cracker aku tukar ke coklat yoss strawberri Ezekiel punya mix dengan cup cake coklat. Sama je kekdahnya tapi dari segi rasa dia terus rasa macam makan ice cream. dap dap bak kata Ezekiel.

Ini bahan yang aku ubah sikit. 

 
dengan 
 
 
 
aku patah2kan coklat tu, cup cake pulak aku pecah2kan then tabur atas coklat stick tu, tapi agak hazab jugaklah nak layerkan cheese tu, tapi aku lantakkan je... bila dah sejuk tetap sedappppp!!!
 
Rupa akhir cheesekut ku itew.....
 
yang putih suci murni cheesekut biasa yang guna biskut, yang kaler coklat2 tu cheesekut coklat with brownies gitewwww....

Time-time buka makan cheesekut sumpah sedap! nyum nyum!! nasib ada lagi kat rumah, buka kang boleh ngap! dap!!

Tq to mommy gojes yer.. Nadt
 
 
 

7 comments:

  1. Wow edit edit bahan eh.nyummm nya.xsbr nk buat weekend ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jgn xbuat..sejuk2 mmg nyaman je lalu kt tekak haha

      Delete
  2. oitt lg bgs improvise..boleh cuba lps ni.haha
    aduhh aku jd syg nk makan sbb takut habis.nsb laki xsuka.kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah!! aku punya masih ada separuh bekas lagi, laki ku makan sikit-sikit sayang katanya... sama la cam ko.

      Delete
  3. demam cheesekut melanda..memasing up entry ni..hehehe..maketty maleh..nk mintak sket cheesekut!!

    ReplyDelete
  4. simple n nice..boleh try...
    datang follow blog nie..hihihi

    ReplyDelete
  5. Saya dh buat n mmg sedap sgt resipi ni...saya bgi 5star..nyummy

    ReplyDelete