Airis bunga cinta bambam mamy dady, sekejap sangat rasa jaga sikecik ni. tau tau dah masuk 3 bulan, esok dah 4 bulan si bulat tembun sorang ni.
Alhamdulillah jaga bunga senang sangat. Paling melegakan hati bunga tak macam abang setakat ni, abang masa baby lagi dah selalu batuk demam selesema, bila anak tak sihat hati mak pak memang gundah gulana. tido tak lena, kt opis pon susah hati mengenangkan si anak. Mudah-mudahan bunga tak de asma macam abang dengan ami.
Setakat nak masuk 4 bulan ni si kecik tembun ni memang banyak mulut, membebel aje kerjanya, suka senyum, mata belum buka dia dah tersenyum-senyum bila bangun pagi. Dah mula nak meniarap, dah banyak kali jugak meniarap tapi belum betul2 pandai lagi.
Bila hari ami kerja, dia cool je.. balik school golek2 lepas rindu dulu cium ketiak ami, dalam pukul 8-8.30 dia tidur, bangun tak bangun pukul 4am nak susu.
Tapi kalau hari ami cuti, dia punya melekap...hadoiiiiii....manja sangatttt... ami nak kemas rumah nak masak pon susah. Sekejap sekejap dia nak susu, sekejap kang nak tidur tapi ami kena ada sebelah, nak baring tengok tv pon nak baring atas riba tak nak atas toto dia. cewahhhh... lepas rindu betul ni kekdahnya.
Alhamdulillah ami masih BF cik bunga lagi.. kurang meriah macam abang ezekiel, tapi alhamdulillah cukup menampung demand cik bunga.
Meh la layan gambar mek putih kata tok mi dia, sebab susah beno nak panggil airis tihani tu.. :D
abang ezekiel memang sayang adik
pantang adik muntah, cepat2 cari kain lap mulut adik. good boy.
check up 3 bulan
jalan-jalan alamanda je pon..
ketap gusi, macam orang gatal gusi je.
cik pipi geboh
No comments:
Post a Comment