Bisik ku pada angin,
angin andai rindu ini miliknya
kau sampaikanlah salam cinta ku
angin andai masih bersisa kasih buatku
katakanlah padanya aku tetap menanti disini
sayang ku masih utuh seperti dulu
namun...
andai tiada lagi rindu dihatinya
kau simpanlah titipan cinta ku untuknya
kiranya hapus sudah kasih untuk ku
lupakanlah setiap bait puisi indah yang kukarang
biar aku disini terus setia menanti
seperti setianya ombak dan pantai...
Helaian putih yang penuh dengan coretan hati ku, aku tutup perlahan, tubuh ku henyak ke tilam empuk ku, badan ku iringkan ke kanan, kepala ku alas dengan lengan, mata merenung ke luar jendela menatap hening malam dengan taburan bintang di dada langit. Sayangnya hati ku tidak seindah malam yang ditaburi berlian ciptaan-Nya, hati ku nestapa berladung duka.
“ Bin..” hush! Siapalah sibuk sangat malam-malam ni..aku baru nak ambil mood cerita sedih ni, penat aku mengarang ayat jiwang, kacau daun betul. Laptop sony vaio berwarna putih pearl ku tutup perlahan. Kaki ku hayun melangkah perlahan menuju kepintu, dengan malas memulas tombol.
“ Ada apa mummy..kacau daun keladilah mummy ni..”
“ turun..makan...babah dah tunggu dari tadi lagi...sakit tekak mummy dok menjerit panggil kamu, kamu tak korek telinga ke?” aku mula garu kepala yang tak gatal dan sengihan bersalah aku hadiah untuk mummy terchenta.
“ Sorry..Bin tengah buat kerja tadi..leka..jom makan, mesti babah dah buat muka singa lapar kat bawah” laju tangan ku menghela mummy turun, sebelum mummy bukak radio era+hot+hit+fly = radio buruk baik aku ajak dia dulu, kalau tak, mahu tanggal telinga.
“ Pandailah tu..takut mummy membebel cepat je dia ajak kita turun bawah” aku tersengih macam kerang busuk.
“ Assalamualaikum babah..Bin minta sorry eh..tak sengaja buat babah tunggu lama-lama” ringan tangan ku memeluk babah dari belakang. Tak mungkin babah marah padaku, aku kan satu-satunya puteri ratu hatinya, kerana akulah satu-satunya anak perempuan yang mummy dan babah ada, aku punya 2 orang abang dan seorang adik lelaki. Abang ku yang sulung Sharimin, ke-2 Shamizan, dan yang bungsu Shazimin, aku pula yang ke-3 Qaseh Shabeena. Nama-nama mereka semua mengikut nama babah bermula dengan SHA, hanya nama ku bermula dengan nama mummy. Qaseh Indah Bt Awang Jalak, cukup unik nama mummy walaupun nama mummy dan datuk sering dijadikan bahan usikkan teman tapi aku cukup suka dengan nama 2 insan yang memberi erti dalam kehidupan ku, bagi ku nama itu cukup indah dan sempurna buat mummy, mummy yang sememangnya cantik dan penuh dengan kasih sayang.
“ Udahlah manja-manja dengan babah..duduk makan, mummy ni yang geram dengan Bin, Bin sibuk pujuk babah pulak” aku mengangkat kening arah babah, sebagai isyarat yang mummy dah merajuk.
“ Ala mummy..janganlah merajuk..mummy jugak yang cakap kat Bin babah dah tunggu lama tadi..ha..ni mesti kes babah tak ada apa-apa mummy yang marah kat Bin ni...ok I'm sorry mummy..Bin bukan sengaja nak buat my tunggu lama-lama..so sorry...” dengan buat muka sekupang ala-ala orang tak laku tepi jalan dan tangan ku kaup rapat ke dada berserta mata berkelip-kelip, akhirnya mummy tersenyum dengan tingkah ku. Kacang je pujuk mummy ni..
“ Elok sangat pujuk mummy dengan muka macam tu”
“ Bang long, bang ngah ngan acu mana my? Dorang tak makan sekali ke?”
“ Semua tak ada, keluar pegi tengok movie...”
“ Hah!! tak ajak Bin pun...” aku mula menguis-nguis nasi dalam pinggan, mati selera ku.
“ Apa pulak tak ajaknya..tadikan acu ajak Bin, Bin yang cakap tak mahu sebab konon-konon nak buat novel cerita dongeng Bin tu”
“ Ye ke? Bin lupa pulak”
......
“ Mummy betul ke Bin cuma anak angkat?”
“ Apa pulak ni Bin…cerita karut mana pulak Bin dapat ni…”
“ Ini apa?” surat pengesahan anak angkat terawang-awang di depan mata Qaseh.
“ Mana Bin dapat nih??”
“ Betul ke mummy? Bin bukan anak mummy dengan babah ke? Habis tu Bin anak siapa?”
“ Betul Bin, Bin bukan anak mummy….” Esakan Shabeena semakin kuat, hatinya tidak bisa menerima kenyataan yang terlontar dari bibir ibunya. Qaseh indah menarik tubuh gebu anak kesayangannya ke dalam pelukan, di peluk erat agar anak itu tahu dia sangat menyayangi dirinya tanpa berbelah bagi.
“ Jadi Bin anak siapa mummy….” Mengongoi dia dalam pelukan Qaseh. Akhirnya rahsia yang disimpan harus dibongkar. Perlukah???
21 tahun lalu anak itu dijumpai di celahan sampah di belakang rumahnya, perasaan belas kepada bayi yang masih merah itu, lalu Qaseh mengambilnya dan dibawa ke hospital. Disinilah bermula kisah Qaseh Shabeena.
“ Doktor bayi ini saya jumpa dibelakang rumah saya, tolonglah selamatkan dia, tolonglah doctor”
“ Iya puan, puan jangan khuatir saya akan berusaha sedaya yang saya mampu”
“ Abang, Qaseh sedih tengok bayi tu…Qaseh teringatkan anak kita…”
“ Qaseh..anak kita disayangi Allah..jangan ratapi dia Qaseh..redhalah”
“ Abang kita ambil bayi tu bang, kita bela, kita besarkan dia”
“ Tapi Qaseh…apa kata Kak Long nanti…anak saudara bang Long kita tak mahu, tapi anak ini pula kita ambil, pasti akan jadi ungkitan satu hari nanti Qaseh…”
“ Tolonglah bang..sekali ini je bang…inilah permintaan Qaseh, tolonglah bang..”
“ Baiklah abang akan uruskan” Benarlah penantian satu penyiksaan, menanti perkhabaran tentang bayi itu membuat hati Qaseh walang. Sedih dengan perlakuan manusia tidak berhati perut, membuang zuriat tanpa rasa kemanusiaan, sedangkan dia kehilangan anaknya diratapi bertahun-tahun. Di manakah rasa keinsafan dalam jiwa insan? berbuat keji tanpa memikirkan dosa dan pahala, melakukan zina dan membuang kurniaan terindah dari Allah, harta yang tidak terbeli seluruh alam, carilah kehujung dunia jika Dia tidak berkehendak maka tiada bertemunya.
“ Puan Qaseh..puan…”
“ ha!! Iya, iya doctor? Macam mana dengan anak saya?” kerutan kecil muncul di dahi doctor muda itu.
“ Bayi itu selamat, nasib menyebelahinya, Allah masih mengingkannya melihat keindahan dunia milikNya”
“ Syukurlah…saya nak tengok anak saya doctor”
“ Tapi puan...”
“ Benarkanlah doctor..saya nak sangat tengok keadaan dia”
“ Baiklah tapi jangan disentuh”
Sebaik melihat bayi perempuan itu hatinya menjadi semakin sayang, terasa ingin dipeluk tubuh kecil itu, badannya subur, mongel dengan kulit putih merah, terasa dekat dihati dengan bayi kecil itu,mungkin Allah ingin memberiku peluang memiliki kurniaannya ini.
“ Mummy…mummy….mummy…” bergegar rasa bahu, melayang jauh semua kenangan yang berputar ligat di minda. Muka dipaling merenung anak gadisnya yang dulunya kecil kini telahpun dewasa dan satu hari nanti pasti anak ini juga bakal menjadi ibu sepertinya, namun akan terjadikah? Mampukah dia berterus-terang tentang asal-usul anak ini?
“ Bin dengar sini sayang…siapa pun Bin, mummy tetap sayang dan mummy sangat menyayangi Bin, Bin tahukan” dagunya ku angkat perlahan supaya menatap muka ku. Telah aku curah segala kasih sayang padanya, tidak sekelumit pun kurang dari anak-anak ku yang lain, malah berlebihan kasih yang tumpah untuknya. Hati ku dipagut pilu melihat bening dimata anak ini.
“ Bin tahu mummy..tapi Bin juga berhak tahu dimana asal usul Bin..siapa ibu ayah Bin, kenapa Bin diserah pada mummy…”
“ Sayang..cukuplah kalau mummy katakan yang Bin mummy ambil dari rumah anak yatim, pertama kali menatap mata bundar ini mummy dah pun jatuh sayang, masa itu Bin masih bayi lagi” tanganya menyentuh lembut pada hujung mata Shabeena.
“ Bin ni anak pungut ke mummy?” bergegar rasa jantung dengan soalan itu. Matanya merenung jauh ke dalam mata Shabeena. Ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapi perkara ini.
“ Mummy tak tahu sayang, yang pasti mummy ambil Bin dari rumah anak yatim. Bin, sebelum mummy mengambil Bin, mummy pernah mempunyai seorang anak perempuan…”
“ Mana dia? Siapa nama dia?”
“ Namanya Indah Shabeena dan dia dilanggar lori semasa pulang dari sekolah tadika, perkara itu berlaku di depan mata mummy sendiri.
“ Ha???”
“ Bertahun-tahun mummy menderita, sehinggalah babah bawa Bin pulang.Pertama kali mummy nampak Bin tersenyum pada mummy dengan mata bundar bening, hati mummy rasa terpaut, mummy bagai mendapat 1 semangat yang baru, sedangkan Bin bukanlah yang pertama kali babah bawa pulang, kerana itulah mummy mengambil Bin sebagai anak mummy dan mummy namakan sempena nama Shabeena, hanya pangkalnya sahaja yang berlainan tapi masih lagi bermula dengan nama mummy. Bin tahu kerana senyum Bin dan mata bening inilah yang memberi seribu makna dalam kehidupan mummy dan babah”
“ Terima kasih mummy..tapi kenapa mummy tak pernah cerita pada Bin yang Bin ni cuma anak pungut?”
“ Sshh…jangan cakap macam tu sayang..sedih hati mummy..mummy tak pernah anggap Bin anak angkat, mummy anggap Bin sama macam nyawa mummy. Bin pernah rasa kurang ke dengan layanan mummy dan babah?”
“ Tak pernah..tapi…Bin sedih, Bin tak sangka sebenarnya Bin bukan anak mummy and babah..sorry mummy…Bin janji Bin tak tanya lagi pasal ni..Bin tahu mummy dengan babah sayang sangat pada Bin..I’m sorry..” ku dakap erat Shabeena ke dalam pelukan. Maafkan mummy sayang, mummy terpaksa bohong pada Bin. Mummy tak sanggup sayang, mummy tak mampu berterus terang pada Bin.
----------
Oktober 1988
Hati ku bagai di toreh belati
melihat bening mata itu meruntun jiwa ku
Mengapa ada manusia hina di muka bumi ini
Manusia yang memakai topeng menutup kekotoran diri
Salah apakah pada mata bundar itu
Dibuang tanpa rasa simpati
Dibiar embun malam hari yang sejuknya menikam ke tulang hitam
Apa itu namanya manusia?
ataukah manusia pada nama tapi bertopengkan syaitan yang bertuankan nafsu
Sedang aku yang menatapnya pertama kali
Menjadi kaku, kelu dengan keindahan miliknya
Ciptaan yang maha indah dari-Nya
Yang tidak terjumpa dimana-mana
Tidak boleh dinilai intan permata…
Qaseh Sabeena…anak itu aku namakan Qaseh Shabeena sama seperti nama Indah dan panggilan manjanya juga aku ingin ia sama seperti Indah, Bin. Hati ku di runtun pilu sewaktu melihat tubuhnya membiru kesejukkan, tangisnya yang tiada lagi kedengaran suara, kejamnya manusia. Siapa duga disebalik timbunan sampah terselit seorang bayi yang baru lahir. Menitis air mata ku melihat anak ini menangis perlahan, kesejukkan tubuhnya membuat aku menjadi kalut, tiba-tiba terbit satu perasaan tidak mahu kehilangan.
Penantian itu satu penyiksaan, dan seksa itu sama seperti waktu aku kehilangan Indah Shabeena. Aku sendiri tidak dapat menafsir perasaan yang hadir ini. Ianya agak asing kerana selepas ketiadaan Indah aku bagai mati perasaan pada kanak-kanak, aku seakan takut jika aku menyayangi dan mengasihi aku akan kehilangannya, tetapi sebaik sahaja wajah kecil itu dapat ku tatap serasa segala beban yang selama ini membelengu diri ku hilang bersama tenangnya wajah mongelnya. Akhirnya aku mengambil keputusan membela bayi itu, bukan niat menganti tempat Indah Shabeena kerana Indah Shabeena ada tempatnya yang tersendiri di hati ibu ini, cuma sekurang-kurangnya hadirnya Qaseh Shabeena mengubat duka yang telah lama terpalit di jiwa.
Ya Allat ya Tuhanku kepada mu lah aku berserah kepada mu juga aku mengadu dan aku bersyukur dengan pemberian mu ini. Amin…
Terketar-ketar tangannya menutup helaian diari lama itu. Air mata yang sejak tadi mengalir tidak henti merembes keluar. Matanya dikelip-kelipkan, pipinya ditampar-tampar, mula perlahan semakin lama semakin kuat tamparannya. Sakit dipipi tidak di hirau lagi kerana sakit hati lebih menusuk bagai di tikam belati tajam. Kepala digeleng-geleng tidak percaya. Tidak!!!! Tidak!!! Tidak !!!!!
Kenapa aku Ya Allah, kenapa aku??? Kenapa bukan orang lain? Kenapa mesti aku anak haram itu? Kenapa aku bayi busuk itu? Kenapa aku anak pungut?? Kenapa??? Kenapa??
“ Eh Ngah, anak pungut kamu tu mana?”
“ Isk! Long ni..apa pula cakap macam tu..anak SAYA, bukan anak pungut”
“ Alah..betullah..budak tu kamu jumpa dekat tempat sampahkan..lepas kamu pungut jadikan anak kamu, hidup senang lenang, macam puteri raja, tak sedar diri yang dia tu anak pungut je, apa salah ke cakap aku ni?”
“ Long ni..cakap sebarangan je..tak kira mana saya jumpa dia, yang penting dia anak saya sekarang ni dan tak ada siapa boleh cakap dia anak pungut ke anak busuk ke, saya jumpa dekat tempat sampah ke, dalam longkang ke. Dia tetap anak saya! Kalau Long datang rumah saya sebab nak menghina anak saya baik Long balik je la”
“ Eh! Yang kau nak marah sangat tu kenapa? Kamu dah lupa ke pada anak kamu yang dah mati tu?”
“ Baliklah Long saya tak kuasa nak bertekak dengan Long ni. Saya pun tak tahu apa salah anak saya tu sampai Long sakit sangat hati dengan dia”
“ Mana aku tak sakit hati Ngah oi…anak sedara abang Long kamu, kamu tak pulak mahu ambil dia jadi anak angkat, terang-terang kamu tahu asal usul dia ini tidak budak busuk yang tak tahu asal usul tu kamu ambil jadi anak kamu. Esok-esok dia palit lumpur dekat muka kamu macam mak dia baru padan muka kamu tu. Sakit hati aku ni tak hilang lagi, kecik hati abang Long kamu sampai sekarang kamu tak tahu. Keluarga sendiri diketepikan anak haram pulak yang dijunjung. Sudahlah aku nak balik, datang rumah kamu ni buat sakit hati aku je”
Setiap bait kata mak long Baiduri bagai terngiang-ngiang di kepalanya, tidak sesaat pun dapat dihapuskan. Kolam matanya bagai empangan pecah dulu kini semakin tandus. Apa perlu di tanya pada mummy tentang perkara ini, sanggupkah dia melorek duka di hati ibu yang telah membesarkanya. Tapi bagaimana dengan hatinya?
Tidak hairanlah pabila setiap kali pulang kekampung dia bagai terpinggir dikalangan sepupu-sepupunya samada lelaki atau perempuan, hanya abang-abang dan adiknya sahaja yang selalu menemani dirinya. Setiap kali rasa tidak puas hati diluah pada mummy, mummy hanya minta aku bersabar, kerana orang yang sabar akan mendapat ganjaran dari Allah. Allah sayang pada orang yang selalu bersabar dan bermohon kepadanya. Tapi sanggupkah aku bersabar kali ini? Mampukah aku?
-----
“ Cik Shabeena melalui pemeriksaan Cik Shabeena menghidapi kanser darah kronik iaitu Chronic lymfositik leukimia”
“ Kanser darah? Leukemia?” apalah malang nasib aku ini. Sudahlah anak pungut, anak haram kini diberi lagi ujian, mungkin memang sepaututnya aku mati sejak dilahirkan. Celaru di fikiran ku menguruhkan lagi waras akal ku.
“ Ya, lebih jelasnya leukemia kronik. Saya berharap Cik Shabeena elakkan diri daripada tercedera kerana ia akan membahayakan diri Cik Shabeena.”
“ Doktor, saya pasti selepas ini saya perlu menjalani rawatan lanjutan dan lebih rapi tapi satu permintaan saya, doktor rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mummy dan babah, jika tidak saya tidak akan menerima apa jua rawatan dari doctor dan segala perbelanjaan rawatan saya akan bayar sendiri ” bicara lembut berbaur ugutan kepada doctor separuh baya yang telah berkhidmat dengan keluargaku sejak abang ku yang sulong dilahirkan. Abang akukah?? Layak ke aku memanggilnya abang?
“ Tapi Cik Shabeena..”
“ Kalau doctor keberatan apa jua rawatan saya tak akan terima, biarkan saya mati dari terpaksa melihat wajah duka mummy dan babah”
“ Baiklah, kalau itu permintaan Cik Shabeena, tentang bil rawatan segalanya akan ditanggung pihak Tuan Shamrin kerana Tuan Shamrin telah pun menyediakan dana khas untuk rawatan bagi pesakit luar yang dalam kesusahan, jadi dana itu akan saya gunakan untuk Cik Shabeena”
“ Baguslah, saya memang pun orang luar, kan doc?”
-----
“ Babah..mummy rasa Bin jauh dengan mummy sekarang. Dia seolah-olah melarikan diri dari mummy”
“ Perasaan mummy je tu…babah tengok biasa je”
“ Babah ni ambil ringan je apa yang mummy cakap…lagi pun mummy tengok Bin pucat je, macam tak bermaya, mummy risaulah…mummy tak nak kehilangan dia..mummy takut bah..”
Qaseh sudah pun mula mengongoi dalam pelukan Tuan Shamrin, perlahan tanganya mengusap lembut rambut isteri kesayangannya.
“ Jangan fikir yang bukan-bukan Qaseh..esok awak tanyalah kenapa, apa masalah dia..”
Tuan Shamrin merenung jauh, apa yang dirunsingkan isterinya itu juga yang menyesak fikirannya. Sejak akhir-akhir ini sikap anak gadisnya banyak berubah. Tiada lagi riuh mulutnya mengomel tentang sikap abang dan adiknya, tiada lagi kecoh bertekak dengan Kak Som, tiada lagi rengek manja meminta itu ini daripadanya. Itulah yang membuatnya runsing. Setiap kali ditanya hanya gelengan jawapan yang diterima. Sementelah melihatkan pucat diwajahnya yang sebelum ini merah membuat hati bapanya terusik dengan pelbagai persoalan yang membuat jiwanya resah tidak menentu. Dia cuba berlagak tenang di depan Qaseh, isterinya itu lemah, dan bertambah lemah bila sesuatu itu melibatkan Shabeena, Shabeena ibarat nyawa bagi Qaseh. Sayangnya pada anak itu lebih dari dirinya sendiri.
-----
Oktober 2009
Salam kasih buat mummy dan babah,
Assalamualaikum…
Mummy, babah pertama sekali Bin nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana menyayangi Bin tanpa perasaan belah bagi walaupun sebenarnya Bin ini hanyalah anak pungut, anak busuk yang mummy jumpa dilonggokkan sampah. Bukanlah niat Bin mencorek luka dihati mummy dan babah cuma Bin ingin meluahkan rasa kecewa di hati ini, Bin tertanya-tanya kenapa Bin yang dipilih untuk menjadi anak malang itu, kenapa Bin tidak diambil saja nyawa dikala itu supaya Bin tidak perlu melalui hinaan, kata nista dan benci membuak di dada mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan mummy, dan sekarang Bin dapat jawapanya, kerana Allah ingin menemukan Bin dengan seorang ibu yang sangat pengasih dan penyanyag, kerana Allah ingin tunjukkan kepada Bin bahawa anak pungut ini masih lagi disayangi dan di cintai oleh Pn Qaseh Indah dan Tuan Shamrin sekeluarga.
Mummy yang Bin sayangi sepenuh hati, Bin harap pemergian Bin ini tidak ditangisi dan diratapi kerana Bin bahagia dengan kasih sayang dari mummy, babah, bang long, bang ngah dan acu. Terima kasih semua kerana tidak pernah membuat Bin merasa terasing, meskipun Bin hanyalah anak yang mummy pungut dicelahan sampah. Bayi yang terhasil dari hubungan haram, bayi yang tidak diiktiraf kehadirannya di mata masyarakat. Terima kasih semua.
Babah yang Bin kasihi, Bin akan selalu menyayangi babah kerana babah tak pernah malu mengakui Bin sebagai anak babah, malah Bin diangkat sebagai puteri di hati babah. Terima kasih kerana memberi Bin kesempatan merasai kasih sayang seorang bapa.
Buat bang long, bang ngah Bin akan sentiasa merindui abang walaupun abang selalu buli Bin tapi Bin tahu bang long sangat menyayangi Bin begitu juga bang ngah, untuk acu yang Kak Bin sayangi, acu tolong jagakan mummy untuk Kak Bin yer..Kak Bin nak pergi jauh dan Kak Bin akan bawa semua cinta dari kalian dalam hati Kak Bin.
Mummy, babah, bang long, bang ngah, acu di sini Qaseh Shabeena Bt Abdullah ingin mengundur diri, ketika sampainya surat ini untuk tatapan kalian Bin telahpun tiada di alam ini, Bin telahpun meninggalkan kalian semua, restuilah pemergian ini. Kenangilah Bin dalam setiap doa kalian. Sebenarnya Bin telah menghidapi leukemia kronik dan Bin yang meminta Doktor Syaaban untuk merahsiakan perkara ini. Maafkan dia dan maafkan Bin. Terkahir kalinya, mummy Bin berterima kasih atas kasih dan sayang mummy pada Bin. Ampunkan segala salah dan silap Bin. Andai Bin boleh memutar semula semua yang berlaku Bin ingin lahir dari rahim mummy.
Salam kasih penuh rindu,
Qaseh Shabeena Bt Abdullah.
“ Babah..Bin…..” pandangannya gelap.
Ps : salam buat semua…maaf kalau cerita ini terlalu pendek, tapi saya harap kalian suka dengan cerita ini. Silalah beri komen…wink!wink!
aduii pandainyer ju berkarya..tahniah la ek...mdh2an akn terus berjaya..
ReplyDeletethnx for da comment n terima kasih utk doanya... =)
ReplyDelete