Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Ketulusan Hati

“ Ayah..Ibu mana?? “ soal si kecil. Aku merenung wajah layu anakku. Aiman…apalah yang mampu ayah buat untuk menghilangkan rindu di hatimu sayang…rintih hatiku. Maria…awk kat mana??kenapa awak sanggup buat macam ni Maria?apa salah saya?apa salah Aiman? Tak sayang ke awak pada anak kita?buah cinta kita?rezeki dan harta yang Allah bagi untuk kita, amanat yang Allah serahkan pada kita? Maria awak lupakah pada janji kita Maria….

“ Ayah…” tersentak aku dari lamunan ku.

“ Ye sayang..Aiman nak apa? Aiman nak makan?” soal ku lembut. Aiman hanya mengelengkan kepalanya.

“ Aiman nak ibu…” rengeknya lagi.

“ Kita pergi rumah nenek ye sayang. Kita jumpa atuk dengan nenek. Aiman main-main dengan Kak Nisa ye” pujuk ku lagi. Harap-harap menjadilah. Aku dah buntu memujuk anak ku ini. Sejak dua bulan yang lalu Maria pergi meninggalkan aku tanpa sebab, aku bagai hilang arah tujuan. Manakan hendak menjaga Aiman, manakan aku perlu bekerja, siapa nak menjaga anakku. Siapa nak menjaga makan pakai ku. Sedangkan selama sepuluh tahun ini semua Maria lah yang menjadi “Lady Boss”. Dialah yang memastikan semuanya berjalan dengan lancar, segala keperluan di rumah dialah yang akan pastikan lengkap, aku hanya perlu mencari duit dan semuanya Maria akan uruskan.

Apa salah abang Maria….terguriskah hatimu selama ini? Abang punya silapkah Maria? Kenapa tidak kau berterus terang Maria? Kita boleh berbincangkan, selama ini kita selalu berbincang. Kenapa tiba-tiba Maria? Kenapa?? Semua itu hanya berlegar dalam benakku, tiada satupun mampu ku utarakan. Bagaimana mungkin kuluahkan sedangkan hanya aku dan Aiman yang mukim di rumah sepi ini, sesepi hatiku kini..

-----

“ Sham..”

“ Ye mak”

“ Kamu masih tak dapat hubungi Maria?”

“ tak lagi mak. Sham sendiri dah tak tahu mana lagi Sham nak cari. Semua kawan-kawan dia Sham hubungi, mama dan papa pun dah tak tahu siapa lagi diorang nak bertanya.”

“ Kamu dah cuba hubungi abang Maria di Australia?”

“ Dah..abang Hamka cakap Maria tak de hubungi dia dah lama dah. Dia sendiri terkejut bila dapat tahu Maria dah tinggalkan saya” ada sayu di hatiku. Maria….

“ Sabarlah Sham..ni dugaan untuk kamu. Mak pun tak tahu pertolongan apa yang boleh mak bagi. Aiman tu kamu tinggallah dekat sini, biar mak yang jaga. Kalau tinggal dengan kamu nanti dia rindu pulak dekat ibunya. Dekat sini dia ada jugak kawan-kawan, lama-lama lupalah nanti dia pada Maria” pujuk mak. Aku tahu mak sakit hati bila Maria meninggalkan aku dan Aiman. Maria bukanlah menantu pilihan keluarga ku, tapi aku berkeras, aku tetap ingin Maria menjadi suri hidupku. Bagi ku dialah segala-galanya. Akhirnya keluarga ku menurut kemahuan ku memperisterikan Maria. Tapi kenapa ini balasan Maria atas segala yang telah ku pertaruhkan untuk hidup dengannya…

“ Mak…Sham minta maaf sebab tak dengar cakap mak dulu. Sham dah lukakan hati mak dan abah. Maafkan Sham mak” ujar ku tiba-tiba, kukucup tangan ibuku.

“ sudahlah Sham…mak dah lama maafkan kamu. Kamukan anak mak…kamu jangan pulak fikir mak tak restu perkahwinan kamu, dah lama mak restui kamu dan Maria.” Jawab ibu dengan linangan air mata.

----

Salam…

Abang maafkan Maria, rasanya Maria dah tak mampu menipu diri sendiri, Maria tak bahagia bersama abang. lupakan Maria, halalkan makan minum Maria, maafkan segala kesilapan dan kesalahan Maria. Maria minta abang lepaskan Maria, abang jagalah Aiman. Maria tak perlukan kalian lagi.

Maria.

Aku menangis lagi, setiap kali surat yang ditinggal Maria aku baca pasti air mata lelaki ku ini murah sekali. Entah dimana silapku, hingga Maria berubah hati.

“ Tahniah! Pn Maria dan En Hisham akan menjadi ibu dan ayah” ujar Doktor Malik sambil menghulurkan tangan.

“ Terima kasih doc, terima kasih banyak-banyak” ucapku gembira. Ya Allah akhirnya setelah sekian lama kau hadiahkan juga kepada ku cahaya mata yang aku impi-impikan selama ini.

“ mulai saat ini Pn Maria kena jaga pemakanan, jaga kesihatan apa lagi di awal usia kandungan, jangan buat kerja berat dan yang penting makan setiap ubat yang saya beri mengikut masa yang ditetapkan”

“ Terima kasih sekali lagi doc”

“ abang..Maria bahagia bang. Akhirnya kita akan dapat anak. Dah lama Maria tunggu bang. Maria nak jadi seorang wanita yang sempurna, selama ni Maria rasa Maria tidak sempurna sebagai wanita” luah Maria sebaik sahaja kami berada didalam kereta.

“ Maria..abang tak pernah anggap Maria tak sempurna. Maria cukup sempurna bagi abang, tapi pastinya abang gembira dengan kehadiran si kecil kita nanti” sedikit memujuk aku berkata. Memang selama ini Maria selalu merasa dia tidak sempurna untuk ku. Manakan tidak perkahwinan kami telah pun menjangkau usia 7 tahun tapi kami masih tidak mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa ku selama ini.

“ Terima kasih sayang “ ucapku pada Maria. Maria tersenyum bahagia.

-----

“ abang..Maria rasa Maria dah cukup hari dah. Tapi kenapa masih tak bersalin lagi yer?” soal Maria padaku.

“ Mana kad klinik , biar bang tengok due date” Maria menghulurkan kad ditanganya.

“ Erm..lagi 2 hari…esok lusa la kot..” kataku menyedapkan hati isteri kesayangan ku. Maria memasamkan mukanya bila mendengarkan jawapan dari ku.

“ Ok..kita pergi klinik sekarang yer…kita jumpa doctor Malik” pujuk ku lagi. Segarit senyum di bibirnya.

Sesampai di klinik ….

“ Salam..doc” sapaku.

“ Silakan duduk, ada yang boleh saya bantu”

“ Macam ni doc, my wife risau dengan kandunganya. Due date lagi 2 hari tapi dia masih tak bersalin lagi” doktor Malik sekadar tersenyum.

“ Puan..puan jangan risau ye. Kadang-kadang ada yang cepat melahirkan, ada yang lambat. Insyaallah malam ni atau esok puan akan terasa nak bersalin” aku memandang wajah isteriku. Dia tersipu-sipu. Malulah tu, tadi orang cakap muka nak muncung cam itik.

“ Ok doc..thanx..isteri saya dia tak puas hati kalau tak dengar dari mulut doktor sendiri” saja aku mengusik isteri ku. Tiba-tiba “ Abang..doc..ada air keluar….” Jerit Maria.

“ Ok..Puan Maria jangan panik ye…nampaknya dah sampai masanya” ujar doktor Malik. Maria di naikkan ke atas stretcher dan di bawa ke labour room.

“ Hello…Mama…Maria di hospital sekarang, mama datang ye”

Lagu Sempurna kedengaran. Hish! Jauhnya lamunan ku. Pantas ku capai handphone

“ Salam…” aku memberi salam kepada pemanggil

“ Abang”

“ Maria…mana Maria pergi? Kenapa Maria tinggalkan abang? kenapa Maria? Maria dekat mana? Maria ok? Maria sihat?” bertubi-tubi soalan dari mulutku, tetapi hanya tangis Maria yang kedengaran dihujung sana.

“ Abang…Maria nak abang lepaskan Maria sekarang jugak”

“ Tapi kenapa Maria…apa salah abang…” sekali lagi air mata lelaki ku mengalir kerana Maria.

“ Maria...tak bahagia bang. Maria dah bosan dengan kehidupan kita. Maria inginkan kebebasan”

“ kenapa setelah ada Aiman??Maria tak sayangkan Aiman?”

“ Aiman anak abang, abang yang inginkan dia, bukan Maria. Ceraikan Maria, Maria ingin berkahwin dengan kekasih Maria.”

“ Maria betul rela? “ soal ku tenang, mencari kekuatan diri.

“ Ye”

“ tapi kenapa Maria menangis??” soalanku tak berjawab, kedengaran gagang diletak.

----

Sham..maafkan Maria…aku tersedu sendiri. lebih dua bulan yang lepas di rumah mak mertua ku mengadakan kenduri doa kesyukuran untuk kami seisi keluarga, lagipula suami ku dinaikkan pangkat. Apabila semua tetamu beransur pulang aku ke bilik untuk melihat putera kesayanganku, semasa melalui bilik mertua terdengar perbualan mereka..

“ abahnya..Sham dah naik pangkat lagi. Saya nak suruh dia kahwin lagi satulah, dia pun dah terlebih dari mampu” bagai ada arus elektrik mengalir dalam badan ku. Serta merta air mata ku jatuh, namun kaki ku terus terpaku.

“ Eh! Kenapa pulak Milah…apa kurangnya Maria tu..”

“ memang tak ada kurangnya..tapi saya tetap nak jugak si Sham berkahwin dengan Salina tu..kesian saya tengok dia sampai sekarang tak kahwin gara-gara Sham kahwin dengan Maria” tanpa rasa bersalah mertua yang kuanggap ibuku sendiri menutur kata. Mak..bukankah mak juga seorang wanita. Tergamaknya mak menutur kata yang mencarik hati wanita ini.

“ Milah..Sham tak kan setuju, lagipula tak de kurangnya Maria tu. Awak nak cucu, dah ada cucu pun sekarang. Apalagi alasan awak…” sedikit marah abah bersuara.

“ yelah, dah bertahun-tahun baru ada sorang. Orang lain cucu dah berderet, saya baru merasa satu je” terdengar rungutan dari ibu mertua ku.

“ Awak ni…syukurlah dengan kurnia dari-Nya..jangan ditarik balik…” terdengar keriutan dari pintu bilik mak dan ayah, namun aku masih lagi terkaku disitu dengan rembesan air mata. Ada riak terkejut di wajah mereka.

“ Maria, apa Maria buat dekat sini” aku hanya tertunduk tanpa dapat menahan sebak yang semakin membukit dihati.

“ Maria dah dengar semuanya ayah, mak. Maafkan Maria, bukan niat Maria mencuri dengar” jawab ku sambil tangan mak dan ayah ku capai dan kucium sejenak.

“ Maria…abah minta maaf..abah tak berniat nak lukakan hati anak abah ni”

“ Alah..abang ni..biarlah lagipun dia memang bukan pilhan saya” tersentak aku dengan pengakuan dari mulut ibu mertuaku.

“ Milah! Jangan sampai Sham terdengar….” Aku memotong kata-kata abah “ tak pe bah, Maria paham, biarlah Maria mengalah”

Itulah kali terakhir aku dirumah ibu mertua ku. Sebaik sahaja subuh menjenguk diri aku keluar dari rumah meninggalkan insan yang menjadi tunggak hidupku, meninggalkan pelengkap jiwa ku.

---

Perkahwinan ku dan Salina selamat dilangsungkan, Maria tidak dapat kujejaki. Panggilan yang kuterima dulu adalah yang pertama dan terakhir. Keluarga mertua ku datang semasa majlis perkahwinan ku berlangsung, ada sayu di wajah mama dan papa. Salina memang isteri yang baik menjaga aku sebaik mungkin tapi sayangnya tak ada rasa kasih dalam hati ini untuknya, hanya rasa tanggungjawab dan hormat yang membuatkan rumah tangga kami kekal harmoni. Mak adalah orang yang paling gembira bila Salina akhirnya menjadi menantunya. Kini Aiman punya mammy baru maka lengkaplah kekurangan anakku itu. Aiman sudah pun berusia 7 tahun bermakna telah 5 tahun Maria tidak dapat kukesan dan hingga kini aku belum sekali menjatuhkan talak padanya malah aku juga tidak menerima apa-apa surat dari pihak Maria.

“ bang..” panggilan dari Salina mengejutkan aku.

“ Lin..ada apa Lin?”

“ Ada surat, tak tahu pulak siapa pengirimnya. Tak bersetem pulak tu, Lin tak berani nak buka lagipula bukan untuk Lin” surat dihulur kepada ku. “ Lin masuk dulu bang, nak tengokkan Aiman” aku sekadar menganggukkan kepala. Surat ku buka, tulisan tangan yang cukup ku kenal.

“ Salam…kehadapan suamiku Mohd Hisham dan puteraku Mohd Aiman…

Maria minta maaf andai kehadiran surat ini mengganggu kebahagiaan abang sekeluarga. Maria ucapkan semoga berbahagia untuk abang dengan kak Salina. Maria doakan kebahagiaan abang dari kejauhan. Tujuan Maria bukanlah untuk merampas kebahagiaan itu cuma Maria ingin abang ketahui satu hal, semasa Maria meninggalkan rumah kita dulu, Maria berbadan dua dan Maria selamat melahirkan Marlissa. Jika abang ingin melihat Marlissa datanglah ke Australia, Marlissa kini dibawah jagaan abang Hamka dan memang selama ini Maria bersama dengan abang Hamka. Maria juga yang minta di rahsiakan semua tentang Maria dari abang malah dari mama dan papa. Abang apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Maafkan Maria.

Love;

Maria”

-----

Pertemuan antara aku dan abang Hamka membuatkan aku rasa semakin terluka. Sampainya hati mak melakukan Maria begitu. Tiadakah kasih buat isteri ku itu, tiadakah sekelumit sayang untuk menantunya itu, seperti mana sayangnya dia pada Salina. Anak ku Marlissa sudah pandai berkata-kata, dia seriras Maria, apalagi rambutnya yang ikal dan hitam lebat persis sekali ibunya. sayang sekali insan yang kurindui tak kunjung jelma. Maria benar-benar menjauhkan diri dari ku. Maria abang akan bawa kamu pulang kepangkuan keluarga kita sayang. Hatiku tekad, senekad sewaktu aku mengahwininya dulu.

“ Mak..Sham ada perkara nak bincangkan dengan mak ” tutur ku lembut walaupun dalam hatiku bergolak.

Akhirnya persemukaan antara aku dan mak menjadikan hubungan kami kembali retak seperti mana dulu. Mak berkeras dengan keinginannya bermenantukan Salina walaupun hingga kini Salina tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia mengandung sedangkan alasan mak dulu ingin aku berkahwin dengan Salina selain dari menjadi pengganti ibu kepada puteraku ialah untuk mendapat lebih ramai cucu supaya lebih meriah keluarga kami. Aku tak mengerti kenapa mak yang juga seorang wanita mampu menyakiti hati wanita lain. Aku kesal dengan apa yang berlaku. Maria, abang berjanji Maria akan kembali pada abang.

----

Abang mengertilah apa yang Maria buat semata-mata untuk abang. Aiman maafkan ibu sayang. Ibu sayang Aiman, Aimanlah permata hati yang ibu tunggu selama ini tapi sayangnya ibu perlu berkorban demi orang yang telah ibu anggap emak.

Hati ku merintih bila terkenangkan Aiman, walaupun aku sedar Kak Salina akan menjaganya tapi hati ibu mana yang mampu menahan derita bila terpaksa berjauhan dengan anak sendiri, hanya dari kejauhan Aiman ku perhatikan. Segala yang ku katakan pada Hisham hanya penipuan semata-mata, aku tidak pernah menetap dengan abang Hamka, aku masih di KL malah dekat sekali jarak kami, cuma aku lebih bijak mengelak dari dia. Bertahun-tahun aku menjauhi hidupnya, tetapi akhirnya aku sedar melihat tidak sama dengan benar-benar memberikan. Aku rindui kasih Hisham dan aku rindu pada putera kami. Merampas semula kasih mereka, itu tak mungkin tapi bagaimana kasih ku yang dirampas??? Hati ku berperang sendiri, Marlisaa juga perlukan kasih seorang ayah, Malissa juga perlukan keluarga yang sempurna bukan pincang seperti sekarang. Akulah ibu dan akulah bapa. Sanggupkah aku merampas seorang anak dari ibunya seperti mereka merampas anakku dari aku yang juga seorang ibu?? Merobohkan tempat untuk aku berteduh selama ini??

----

“ Maria???”

“ Abang…Maafkan Maria bang..Maafkan Maria…”

“ Ya..abang tak pernah sekali pun marahkan Ya. Abang yang sepatutnya minta maaf pada Ya, abang yang sepatutnya menjaga Ya” tubuhnya kuraih kedalam pelukan.

“ Sham..bawalah Maria balik..cukuplah apa yang telah kamu berdua lalui, mulakan semula hidup kamu,lupakan apa yang berlaku” ujar abang Hamka.

“ Tapi bang..Mak tak suka Maria..” gusar Maria bersuara.

“ Ya..dengar sini sayang. Mak bukan tak suka cuma dia kesian pada Salina. Maafkan mak ye sayang. Ya balik dengan abang ye, kita besarkan Aiman dan Marlissa sama-sama.” Pujukku pada Maria.

“ Kak Salina macam mana??boleh ke dia terima Maria?” soal Maria tenang namun dapat aku rasakan ada sendu dihati isteriku itu.

“ Ya bagaimana?Ya sanggup terima Salina sebagai madu? Bukanlah abang ingin menyakiti hati Ya, tapi Salina juga isteri abang, dia juga tanggungjawab abang. Abang harap Ya paham…” lemah suara ku menuturkan kata-kata.

“ Ya, sanggup bang. Ya rela” ucap Maria dalam esak.

----

Kepulangan aku dari Australia kali ini memberi impak besar dalam keluarga ku terutama sekali Aiman. Aiman tampak keliru, dia seperti tidak bisa memilih antara Maria dan Salina. Meski selama ini aku mahupun Salina tidak pernah menyembunyikan siapa ibu kandungnya. Maria tenang menerima penerimaan Aiman, sama seperti penerimaan Marlissa pada ku pertama kali bertemu. Mak pula seakan tidak boleh menerima yang Maria kembali semula bersamaku, abah sebaliknya menerima dengan tangan terbuka begitu juga Salina. Baru kini aku sedar yang Salina mempunyai hati yang mulia, dan aku sebagai suami seharusnya memberinya kasih sayang sama seperti aku menyayangi Maria, dia juga berhak seperti Maria. Terasa kerdil diri ini bila melihat ketulusan Salina.

Khabar gembira ini kusampaikan kepada mama dan papa, ternyata mereka gembira walaupun mereka sedar dengan hakikat yang Maria terpaksa dimadu. Ku rahsiakan apa yang berlaku untuk kebaikan semua, lagi pula ini adalah permintaan Maria sendiri. Betapa aku dikurniakan isteri-isteri yang berhati suci.

“ Mak, Sham minta maaf kerna sekali lagi Sham melukai hati mak, tapi mak cubalah pahami hati Sham. Sham berjanji Sham tak kan sia-siakan Salina mahupun Maria” perlahan ku capai lembut tangan tua itu. Aku genangan air dikolam matanya.

“ Sham..mak minta maaf pada Sham dan Maria jugak, mak tahu mak bersalah, tapi tak terniat dihati mak untuk meruntuhkan rumah tangga kamu. Mak cuma ingin….”

“ Dahlah mak, perkara dah lepas tak perlu diungkit. Maria juga minta maaf kerana menderhaka pada mak, sedangkan Maria sedar yang ibu mertua itu sama tarafnya dengan ibu kandung. Maafkan Maria mak” pantas Maria memotong kata-kata mak. Tubuh Maria dirangkul kejap, terdengar sedu sedan dari ulas bibir tua ibuku. Suasana rumah menjadi hening melihatkan adegan yang berlaku.

----

Setahun berlalu…

“ Ya!! Lin!! Aiman!! Lisa!! Mari turun makan, ayah masak special hari ini” panggil ku pada kekasih-kekasih hati ku kini. Tenyata untuk mengecap bahagia bukan semudah itu, apabila telah Allah janjikan sesuatu yang baik buat kita bukanlah kita boleh kecapi tanpa melalui dugaan darinya. Sesungguhnya dialah sebaik-baik perancang. Ya Allah aku bersyukur dengan limpahan kasih sayang mu, aku bersyukur atas kurniaan mu yang tak terhingga ini. Amin….

Tuesday, May 12, 2009

Andai kasih itu milikku

Bisik ku pada angin,
angin andai rindu ini miliknya
kau sampaikanlah salam cinta ku
angin andai masih bersisa kasih buatku
katakanlah padanya aku tetap menanti disini
sayang ku masih utuh seperti dulu

namun...
andai tiada lagi rindu dihatinya
kau simpanlah titipan cinta ku untuknya
kiranya hapus sudah kasih untuk ku
lupakanlah setiap bait puisi indah yang kukarang
biar aku disini terus setia menanti
seperti setianya ombak dan pantai...

Helaian putih yang penuh dengan coretan hati ku, aku tutup perlahan, tubuh ku henyak ke tilam empuk ku, badan ku iringkan ke kanan, kepala ku alas dengan lengan, mata merenung ke luar jendela menatap hening malam dengan taburan bintang di dada langit. Sayangnya hati ku tidak seindah malam yang ditaburi berlian ciptaan-Nya, hati ku nestapa berladung duka.

“ Bin..” hush! Siapalah sibuk sangat malam-malam ni..aku baru nak ambil mood cerita sedih ni, penat aku mengarang ayat jiwang, kacau daun betul. Laptop sony vaio berwarna putih pearl ku tutup perlahan. Kaki ku hayun melangkah perlahan menuju kepintu, dengan malas memulas tombol.

“ Ada apa mummy..kacau daun keladilah mummy ni..”

“ turun..makan...babah dah tunggu dari tadi lagi...sakit tekak mummy dok menjerit panggil kamu, kamu tak korek telinga ke?” aku mula garu kepala yang tak gatal dan sengihan bersalah aku hadiah untuk mummy terchenta.

“ Sorry..Bin tengah buat kerja tadi..leka..jom makan, mesti babah dah buat muka singa lapar kat bawah” laju tangan ku menghela mummy turun, sebelum mummy bukak radio era+hot+hit+fly = radio buruk baik aku ajak dia dulu, kalau tak, mahu tanggal telinga.

“ Pandailah tu..takut mummy membebel cepat je dia ajak kita turun bawah” aku tersengih macam kerang busuk.

“ Assalamualaikum babah..Bin minta sorry eh..tak sengaja buat babah tunggu lama-lama” ringan tangan ku memeluk babah dari belakang. Tak mungkin babah marah padaku, aku kan satu-satunya puteri ratu hatinya, kerana akulah satu-satunya anak perempuan yang mummy dan babah ada, aku punya 2 orang abang dan seorang adik lelaki. Abang ku yang sulung Sharimin, ke-2 Shamizan, dan yang bungsu Shazimin, aku pula yang ke-3 Qaseh Shabeena. Nama-nama mereka semua mengikut nama babah bermula dengan SHA, hanya nama ku bermula dengan nama mummy. Qaseh Indah Bt Awang Jalak, cukup unik nama mummy walaupun nama mummy dan datuk sering dijadikan bahan usikkan teman tapi aku cukup suka dengan nama 2 insan yang memberi erti dalam kehidupan ku, bagi ku nama itu cukup indah dan sempurna buat mummy, mummy yang sememangnya cantik dan penuh dengan kasih sayang.

“ Udahlah manja-manja dengan babah..duduk makan, mummy ni yang geram dengan Bin, Bin sibuk pujuk babah pulak” aku mengangkat kening arah babah, sebagai isyarat yang mummy dah merajuk.

“ Ala mummy..janganlah merajuk..mummy jugak yang cakap kat Bin babah dah tunggu lama tadi..ha..ni mesti kes babah tak ada apa-apa mummy yang marah kat Bin ni...ok I'm sorry mummy..Bin bukan sengaja nak buat my tunggu lama-lama..so sorry...” dengan buat muka sekupang ala-ala orang tak laku tepi jalan dan tangan ku kaup rapat ke dada berserta mata berkelip-kelip, akhirnya mummy tersenyum dengan tingkah ku. Kacang je pujuk mummy ni..

“ Elok sangat pujuk mummy dengan muka macam tu”

“ Bang long, bang ngah ngan acu mana my? Dorang tak makan sekali ke?”

“ Semua tak ada, keluar pegi tengok movie...”

“ Hah!! tak ajak Bin pun...” aku mula menguis-nguis nasi dalam pinggan, mati selera ku.

“ Apa pulak tak ajaknya..tadikan acu ajak Bin, Bin yang cakap tak mahu sebab konon-konon nak buat novel cerita dongeng Bin tu”

“ Ye ke? Bin lupa pulak”
......

“ Mummy betul ke Bin cuma anak angkat?”

“ Apa pulak ni Bin…cerita karut mana pulak Bin dapat ni…”

“ Ini apa?” surat pengesahan anak angkat terawang-awang di depan mata Qaseh.
“ Mana Bin dapat nih??”

“ Betul ke mummy? Bin bukan anak mummy dengan babah ke? Habis tu Bin anak siapa?”
“ Betul Bin, Bin bukan anak mummy….” Esakan Shabeena semakin kuat, hatinya tidak bisa menerima kenyataan yang terlontar dari bibir ibunya. Qaseh indah menarik tubuh gebu anak kesayangannya ke dalam pelukan, di peluk erat agar anak itu tahu dia sangat menyayangi dirinya tanpa berbelah bagi.

“ Jadi Bin anak siapa mummy….” Mengongoi dia dalam pelukan Qaseh. Akhirnya rahsia yang disimpan harus dibongkar. Perlukah???

21 tahun lalu anak itu dijumpai di celahan sampah di belakang rumahnya, perasaan belas kepada bayi yang masih merah itu, lalu Qaseh mengambilnya dan dibawa ke hospital. Disinilah bermula kisah Qaseh Shabeena.

“ Doktor bayi ini saya jumpa dibelakang rumah saya, tolonglah selamatkan dia, tolonglah doctor”

“ Iya puan, puan jangan khuatir saya akan berusaha sedaya yang saya mampu”

“ Abang, Qaseh sedih tengok bayi tu…Qaseh teringatkan anak kita…”

“ Qaseh..anak kita disayangi Allah..jangan ratapi dia Qaseh..redhalah”

“ Abang kita ambil bayi tu bang, kita bela, kita besarkan dia”

“ Tapi Qaseh…apa kata Kak Long nanti…anak saudara bang Long kita tak mahu, tapi anak ini pula kita ambil, pasti akan jadi ungkitan satu hari nanti Qaseh…”

“ Tolonglah bang..sekali ini je bang…inilah permintaan Qaseh, tolonglah bang..”

“ Baiklah abang akan uruskan” Benarlah penantian satu penyiksaan, menanti perkhabaran tentang bayi itu membuat hati Qaseh walang. Sedih dengan perlakuan manusia tidak berhati perut, membuang zuriat tanpa rasa kemanusiaan, sedangkan dia kehilangan anaknya diratapi bertahun-tahun. Di manakah rasa keinsafan dalam jiwa insan? berbuat keji tanpa memikirkan dosa dan pahala, melakukan zina dan membuang kurniaan terindah dari Allah, harta yang tidak terbeli seluruh alam, carilah kehujung dunia jika Dia tidak berkehendak maka tiada bertemunya.

“ Puan Qaseh..puan…”

“ ha!! Iya, iya doctor? Macam mana dengan anak saya?” kerutan kecil muncul di dahi doctor muda itu.

“ Bayi itu selamat, nasib menyebelahinya, Allah masih mengingkannya melihat keindahan dunia milikNya”

“ Syukurlah…saya nak tengok anak saya doctor”

“ Tapi puan...”

“ Benarkanlah doctor..saya nak sangat tengok keadaan dia”

“ Baiklah tapi jangan disentuh”

Sebaik melihat bayi perempuan itu hatinya menjadi semakin sayang, terasa ingin dipeluk tubuh kecil itu, badannya subur, mongel dengan kulit putih merah, terasa dekat dihati dengan bayi kecil itu,mungkin Allah ingin memberiku peluang memiliki kurniaannya ini.

“ Mummy…mummy….mummy…” bergegar rasa bahu, melayang jauh semua kenangan yang berputar ligat di minda. Muka dipaling merenung anak gadisnya yang dulunya kecil kini telahpun dewasa dan satu hari nanti pasti anak ini juga bakal menjadi ibu sepertinya, namun akan terjadikah? Mampukah dia berterus-terang tentang asal-usul anak ini?

“ Bin dengar sini sayang…siapa pun Bin, mummy tetap sayang dan mummy sangat menyayangi Bin, Bin tahukan” dagunya ku angkat perlahan supaya menatap muka ku. Telah aku curah segala kasih sayang padanya, tidak sekelumit pun kurang dari anak-anak ku yang lain, malah berlebihan kasih yang tumpah untuknya. Hati ku dipagut pilu melihat bening dimata anak ini.

“ Bin tahu mummy..tapi Bin juga berhak tahu dimana asal usul Bin..siapa ibu ayah Bin, kenapa Bin diserah pada mummy…”

“ Sayang..cukuplah kalau mummy katakan yang Bin mummy ambil dari rumah anak yatim, pertama kali menatap mata bundar ini mummy dah pun jatuh sayang, masa itu Bin masih bayi lagi” tanganya menyentuh lembut pada hujung mata Shabeena.

“ Bin ni anak pungut ke mummy?” bergegar rasa jantung dengan soalan itu. Matanya merenung jauh ke dalam mata Shabeena. Ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapi perkara ini.

“ Mummy tak tahu sayang, yang pasti mummy ambil Bin dari rumah anak yatim. Bin, sebelum mummy mengambil Bin, mummy pernah mempunyai seorang anak perempuan…”
“ Mana dia? Siapa nama dia?”

“ Namanya Indah Shabeena dan dia dilanggar lori semasa pulang dari sekolah tadika, perkara itu berlaku di depan mata mummy sendiri.

“ Ha???”

“ Bertahun-tahun mummy menderita, sehinggalah babah bawa Bin pulang.Pertama kali mummy nampak Bin tersenyum pada mummy dengan mata bundar bening, hati mummy rasa terpaut, mummy bagai mendapat 1 semangat yang baru, sedangkan Bin bukanlah yang pertama kali babah bawa pulang, kerana itulah mummy mengambil Bin sebagai anak mummy dan mummy namakan sempena nama Shabeena, hanya pangkalnya sahaja yang berlainan tapi masih lagi bermula dengan nama mummy. Bin tahu kerana senyum Bin dan mata bening inilah yang memberi seribu makna dalam kehidupan mummy dan babah”

“ Terima kasih mummy..tapi kenapa mummy tak pernah cerita pada Bin yang Bin ni cuma anak pungut?”

“ Sshh…jangan cakap macam tu sayang..sedih hati mummy..mummy tak pernah anggap Bin anak angkat, mummy anggap Bin sama macam nyawa mummy. Bin pernah rasa kurang ke dengan layanan mummy dan babah?”

“ Tak pernah..tapi…Bin sedih, Bin tak sangka sebenarnya Bin bukan anak mummy and babah..sorry mummy…Bin janji Bin tak tanya lagi pasal ni..Bin tahu mummy dengan babah sayang sangat pada Bin..I’m sorry..” ku dakap erat Shabeena ke dalam pelukan. Maafkan mummy sayang, mummy terpaksa bohong pada Bin. Mummy tak sanggup sayang, mummy tak mampu berterus terang pada Bin.

----------

Oktober 1988

Hati ku bagai di toreh belati
melihat bening mata itu meruntun jiwa ku
Mengapa ada manusia hina di muka bumi ini
Manusia yang memakai topeng menutup kekotoran diri

Salah apakah pada mata bundar itu
Dibuang tanpa rasa simpati
Dibiar embun malam hari yang sejuknya menikam ke tulang hitam
Apa itu namanya manusia?
ataukah manusia pada nama tapi bertopengkan syaitan yang bertuankan nafsu
Sedang aku yang menatapnya pertama kali
Menjadi kaku, kelu dengan keindahan miliknya
Ciptaan yang maha indah dari-Nya
Yang tidak terjumpa dimana-mana
Tidak boleh dinilai intan permata…


Qaseh Sabeena…anak itu aku namakan Qaseh Shabeena sama seperti nama Indah dan panggilan manjanya juga aku ingin ia sama seperti Indah, Bin. Hati ku di runtun pilu sewaktu melihat tubuhnya membiru kesejukkan, tangisnya yang tiada lagi kedengaran suara, kejamnya manusia. Siapa duga disebalik timbunan sampah terselit seorang bayi yang baru lahir. Menitis air mata ku melihat anak ini menangis perlahan, kesejukkan tubuhnya membuat aku menjadi kalut, tiba-tiba terbit satu perasaan tidak mahu kehilangan.

Penantian itu satu penyiksaan, dan seksa itu sama seperti waktu aku kehilangan Indah Shabeena. Aku sendiri tidak dapat menafsir perasaan yang hadir ini. Ianya agak asing kerana selepas ketiadaan Indah aku bagai mati perasaan pada kanak-kanak, aku seakan takut jika aku menyayangi dan mengasihi aku akan kehilangannya, tetapi sebaik sahaja wajah kecil itu dapat ku tatap serasa segala beban yang selama ini membelengu diri ku hilang bersama tenangnya wajah mongelnya. Akhirnya aku mengambil keputusan membela bayi itu, bukan niat menganti tempat Indah Shabeena kerana Indah Shabeena ada tempatnya yang tersendiri di hati ibu ini, cuma sekurang-kurangnya hadirnya Qaseh Shabeena mengubat duka yang telah lama terpalit di jiwa.

Ya Allat ya Tuhanku kepada mu lah aku berserah kepada mu juga aku mengadu dan aku bersyukur dengan pemberian mu ini. Amin…

Terketar-ketar tangannya menutup helaian diari lama itu. Air mata yang sejak tadi mengalir tidak henti merembes keluar. Matanya dikelip-kelipkan, pipinya ditampar-tampar, mula perlahan semakin lama semakin kuat tamparannya. Sakit dipipi tidak di hirau lagi kerana sakit hati lebih menusuk bagai di tikam belati tajam. Kepala digeleng-geleng tidak percaya. Tidak!!!! Tidak!!! Tidak !!!!!

Kenapa aku Ya Allah, kenapa aku??? Kenapa bukan orang lain? Kenapa mesti aku anak haram itu? Kenapa aku bayi busuk itu? Kenapa aku anak pungut?? Kenapa??? Kenapa??

“ Eh Ngah, anak pungut kamu tu mana?”

“ Isk! Long ni..apa pula cakap macam tu..anak SAYA, bukan anak pungut”

“ Alah..betullah..budak tu kamu jumpa dekat tempat sampahkan..lepas kamu pungut jadikan anak kamu, hidup senang lenang, macam puteri raja, tak sedar diri yang dia tu anak pungut je, apa salah ke cakap aku ni?”

“ Long ni..cakap sebarangan je..tak kira mana saya jumpa dia, yang penting dia anak saya sekarang ni dan tak ada siapa boleh cakap dia anak pungut ke anak busuk ke, saya jumpa dekat tempat sampah ke, dalam longkang ke. Dia tetap anak saya! Kalau Long datang rumah saya sebab nak menghina anak saya baik Long balik je la”

“ Eh! Yang kau nak marah sangat tu kenapa? Kamu dah lupa ke pada anak kamu yang dah mati tu?”

“ Baliklah Long saya tak kuasa nak bertekak dengan Long ni. Saya pun tak tahu apa salah anak saya tu sampai Long sakit sangat hati dengan dia”

“ Mana aku tak sakit hati Ngah oi…anak sedara abang Long kamu, kamu tak pulak mahu ambil dia jadi anak angkat, terang-terang kamu tahu asal usul dia ini tidak budak busuk yang tak tahu asal usul tu kamu ambil jadi anak kamu. Esok-esok dia palit lumpur dekat muka kamu macam mak dia baru padan muka kamu tu. Sakit hati aku ni tak hilang lagi, kecik hati abang Long kamu sampai sekarang kamu tak tahu. Keluarga sendiri diketepikan anak haram pulak yang dijunjung. Sudahlah aku nak balik, datang rumah kamu ni buat sakit hati aku je”

Setiap bait kata mak long Baiduri bagai terngiang-ngiang di kepalanya, tidak sesaat pun dapat dihapuskan. Kolam matanya bagai empangan pecah dulu kini semakin tandus. Apa perlu di tanya pada mummy tentang perkara ini, sanggupkah dia melorek duka di hati ibu yang telah membesarkanya. Tapi bagaimana dengan hatinya?
Tidak hairanlah pabila setiap kali pulang kekampung dia bagai terpinggir dikalangan sepupu-sepupunya samada lelaki atau perempuan, hanya abang-abang dan adiknya sahaja yang selalu menemani dirinya. Setiap kali rasa tidak puas hati diluah pada mummy, mummy hanya minta aku bersabar, kerana orang yang sabar akan mendapat ganjaran dari Allah. Allah sayang pada orang yang selalu bersabar dan bermohon kepadanya. Tapi sanggupkah aku bersabar kali ini? Mampukah aku?

-----
“ Cik Shabeena melalui pemeriksaan Cik Shabeena menghidapi kanser darah kronik iaitu Chronic lymfositik leukimia”

“ Kanser darah? Leukemia?” apalah malang nasib aku ini. Sudahlah anak pungut, anak haram kini diberi lagi ujian, mungkin memang sepaututnya aku mati sejak dilahirkan. Celaru di fikiran ku menguruhkan lagi waras akal ku.

“ Ya, lebih jelasnya leukemia kronik. Saya berharap Cik Shabeena elakkan diri daripada tercedera kerana ia akan membahayakan diri Cik Shabeena.”

“ Doktor, saya pasti selepas ini saya perlu menjalani rawatan lanjutan dan lebih rapi tapi satu permintaan saya, doktor rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mummy dan babah, jika tidak saya tidak akan menerima apa jua rawatan dari doctor dan segala perbelanjaan rawatan saya akan bayar sendiri ” bicara lembut berbaur ugutan kepada doctor separuh baya yang telah berkhidmat dengan keluargaku sejak abang ku yang sulong dilahirkan. Abang akukah?? Layak ke aku memanggilnya abang?

“ Tapi Cik Shabeena..”

“ Kalau doctor keberatan apa jua rawatan saya tak akan terima, biarkan saya mati dari terpaksa melihat wajah duka mummy dan babah”

“ Baiklah, kalau itu permintaan Cik Shabeena, tentang bil rawatan segalanya akan ditanggung pihak Tuan Shamrin kerana Tuan Shamrin telah pun menyediakan dana khas untuk rawatan bagi pesakit luar yang dalam kesusahan, jadi dana itu akan saya gunakan untuk Cik Shabeena”

“ Baguslah, saya memang pun orang luar, kan doc?”

-----



“ Babah..mummy rasa Bin jauh dengan mummy sekarang. Dia seolah-olah melarikan diri dari mummy”

“ Perasaan mummy je tu…babah tengok biasa je”

“ Babah ni ambil ringan je apa yang mummy cakap…lagi pun mummy tengok Bin pucat je, macam tak bermaya, mummy risaulah…mummy tak nak kehilangan dia..mummy takut bah..”
Qaseh sudah pun mula mengongoi dalam pelukan Tuan Shamrin, perlahan tanganya mengusap lembut rambut isteri kesayangannya.

“ Jangan fikir yang bukan-bukan Qaseh..esok awak tanyalah kenapa, apa masalah dia..”

Tuan Shamrin merenung jauh, apa yang dirunsingkan isterinya itu juga yang menyesak fikirannya. Sejak akhir-akhir ini sikap anak gadisnya banyak berubah. Tiada lagi riuh mulutnya mengomel tentang sikap abang dan adiknya, tiada lagi kecoh bertekak dengan Kak Som, tiada lagi rengek manja meminta itu ini daripadanya. Itulah yang membuatnya runsing. Setiap kali ditanya hanya gelengan jawapan yang diterima. Sementelah melihatkan pucat diwajahnya yang sebelum ini merah membuat hati bapanya terusik dengan pelbagai persoalan yang membuat jiwanya resah tidak menentu. Dia cuba berlagak tenang di depan Qaseh, isterinya itu lemah, dan bertambah lemah bila sesuatu itu melibatkan Shabeena, Shabeena ibarat nyawa bagi Qaseh. Sayangnya pada anak itu lebih dari dirinya sendiri.

-----
Oktober 2009

Salam kasih buat mummy dan babah,
Assalamualaikum…

Mummy, babah pertama sekali Bin nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana menyayangi Bin tanpa perasaan belah bagi walaupun sebenarnya Bin ini hanyalah anak pungut, anak busuk yang mummy jumpa dilonggokkan sampah. Bukanlah niat Bin mencorek luka dihati mummy dan babah cuma Bin ingin meluahkan rasa kecewa di hati ini, Bin tertanya-tanya kenapa Bin yang dipilih untuk menjadi anak malang itu, kenapa Bin tidak diambil saja nyawa dikala itu supaya Bin tidak perlu melalui hinaan, kata nista dan benci membuak di dada mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan mummy, dan sekarang Bin dapat jawapanya, kerana Allah ingin menemukan Bin dengan seorang ibu yang sangat pengasih dan penyanyag, kerana Allah ingin tunjukkan kepada Bin bahawa anak pungut ini masih lagi disayangi dan di cintai oleh Pn Qaseh Indah dan Tuan Shamrin sekeluarga.

Mummy yang Bin sayangi sepenuh hati, Bin harap pemergian Bin ini tidak ditangisi dan diratapi kerana Bin bahagia dengan kasih sayang dari mummy, babah, bang long, bang ngah dan acu. Terima kasih semua kerana tidak pernah membuat Bin merasa terasing, meskipun Bin hanyalah anak yang mummy pungut dicelahan sampah. Bayi yang terhasil dari hubungan haram, bayi yang tidak diiktiraf kehadirannya di mata masyarakat. Terima kasih semua.

Babah yang Bin kasihi, Bin akan selalu menyayangi babah kerana babah tak pernah malu mengakui Bin sebagai anak babah, malah Bin diangkat sebagai puteri di hati babah. Terima kasih kerana memberi Bin kesempatan merasai kasih sayang seorang bapa.

Buat bang long, bang ngah Bin akan sentiasa merindui abang walaupun abang selalu buli Bin tapi Bin tahu bang long sangat menyayangi Bin begitu juga bang ngah, untuk acu yang Kak Bin sayangi, acu tolong jagakan mummy untuk Kak Bin yer..Kak Bin nak pergi jauh dan Kak Bin akan bawa semua cinta dari kalian dalam hati Kak Bin.

Mummy, babah, bang long, bang ngah, acu di sini Qaseh Shabeena Bt Abdullah ingin mengundur diri, ketika sampainya surat ini untuk tatapan kalian Bin telahpun tiada di alam ini, Bin telahpun meninggalkan kalian semua, restuilah pemergian ini. Kenangilah Bin dalam setiap doa kalian. Sebenarnya Bin telah menghidapi leukemia kronik dan Bin yang meminta Doktor Syaaban untuk merahsiakan perkara ini. Maafkan dia dan maafkan Bin. Terkahir kalinya, mummy Bin berterima kasih atas kasih dan sayang mummy pada Bin. Ampunkan segala salah dan silap Bin. Andai Bin boleh memutar semula semua yang berlaku Bin ingin lahir dari rahim mummy.

Salam kasih penuh rindu,

Qaseh Shabeena Bt Abdullah.

“ Babah..Bin…..” pandangannya gelap.


Ps : salam buat semua…maaf kalau cerita ini terlalu pendek, tapi saya harap kalian suka dengan cerita ini. Silalah beri komen…wink!wink!

Monday, February 23, 2009

could u be??

Unintended

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love
Before you

Aku tersenyum puas akhirnya aku dapat juga lirik lagu ini. Aku ni nak dikata buta IT tak lah buta, tapi aku cukup malas nak mengadap PC kat CC tu semata-mata nak cari ‘wording’. So dengan usaha tak seberapa nak keras aku dengar dari youtube lepas tu aku tulis sendiri. Kenkunun nak tunjuk terror. Aku memang suka gila dengan MUSE tapi lagu ni yang paling aku suka. Setiap baris lirik tu ada kaitan dengan aku. Ahh!! Semua tu cerita lama, tak perlu diungkit.

“ Baby!!!telefon!!” hish! Sape la yang ganggu aku tengah layan jiwang ni….potong stim betullah.
“Ala..Baby malas nak jawab..Mama cakap je Baby tidur…”
“La..Mama dah cakap Baby ada..jawablah..Lelaki. “ Lelaki???Sejak bila pula ada budak lelaki tahu nombor telefon rumah aku ni?

“Salam..Sape ni?”soal ku malas.
“Waalaikumsalam..Mya ke tu? Saya ni, Zaf. Mya ingat lagi?” Zaf??aku rasa macam nak pitam dengar nama tu. Patutlah aku rasa macam kenal je dengan suara tu. Tapi kenapa tiba-tiba dia hubungi aku semula? Aku kelu, tetiba aku rasa tepu je. Masakan aku lupa pada dia, dialah segala penyebab. Ye ke dia segala penyebab atau aku yang tak mengaku kesilapan tu berpunca dari aku juga. Ah!biarkan, bentak hatiku.
“ Mya, are you still there? Mya are you ok? Hello…”
“ Yup Zaf, I’m still here. How are you? Why suddenly called me? Ada apa-apa yang nak saya tolong? Kalau tak ada apa yang penting saya nak hang up.”kataku kasar. Aku pasti dia terkejut dengan perubahan aku. Dulu aku Mya yang hanya pandai menangis dan memendam rasa.
“ Mya, Mya!Hold on. Jangan hang up Mya. I nak minta maaf pada you Mya” pantas ku potong kata-katanya.
“ Lupakan Zaf, I dah maafkan you.” Terus aku menghempas gagang telefon. Mama hanya memandang ku dengan muka hairan.

Aku rasa macam satu kebetulan pulak, aku memang tengah ingat kat dia tetiba dia boleh call. Ha!! Ni mesti kerja si Yaya. Jaga kau Yaya.. aku berlari-lari turun ke bawah mencari Mama.

“ Ma, Baby nak pergi rumah Yaya ye. Pinjam kereta boleh?” pintaku.
“ Nak buat apa? Ayah balik nanti Mama nak jawab apa? Baby bukan ada lesen kereta. Mama pula yang kena marah dengan ayah kamu nanti”
“ Ala ma…sekejap je Baby pakai…boleh lah ma..mama tak kesian ke Baby nak kena naik bas…” aku buat muka kesian.
“ Alah mengada la tu. Baby naiklah teksi Mama bagi duit ..” tak sempat mama habiskan kata-kata aku menyampuk.
“ Ala…nanti Baby nak pergi JUSCO sekali…boleh lah ma..please…”aku masih merengek lagi.
“ yela..pergi ambil kunci dekat dalam bilik Mama. Manja sangat,nanti kena dengan ayah jangan mintak tolong Mama ye.” Bebel Mama padaku. Aku hanya tersengih.
“ Saaaayyyaaannnggg……Mama.Muah!!Baby pergi dulu yer Ma. Baby balik lewat sikit nak pergi tengok wayang “ jerit ku dari luar. Mama hanya menggelengkan kepala. Masakan Mama mampu marah padaku, aku merupakan satu-satunya anaknya, anak kepada Pn. Mayasari dan En. Haniff, Mya Hanani.
“ Hello! Yaya aku ni. Kejap lagi aku sampai rumah kau. Tunggu ek” kataku cepat, tanpa
sempat Yaya bercakap walau sepatah. Eheheh…aku saja nak bagi ‘suaspen’ kat Yaya. Jaga dia, ni mesti kerja dia bagi nombor telefon rumah aku pada Zaf. Mohd Zafril Mohd Hatim, orang yang paling aku benci tapi pernah aku sayang dan masih sayang sebenarnya Cuma aku je yang tak mahu mengakuinya. Zaf..kenapa kau hadir lagi..keluhku perlahan.
---
“ Assalamualaikum…makcik Yaya ada?” aku bertanya sambil menonong masuk kerumah Yaya tanpa segan silu. Alahai rumah Yaya dah seperti rumah kedua ku, mak dia sudah seperti ibuku sendiri, malah kalau dia dah start ON radio lagi lama nak berhenti kalah Mamaku.
“ Ada tu kat bilik, Mya datang naik kereta ke?kan Mya tak ada lesen?” alamak!,aduh…silap jawab mesti kena bebel.
“ Aah, makcik, Mya bawa kereta. Mama cakap senang nak balik nanti” tipu ku, tak pe la tipu sunat. Mama maafkan Mya..he..Mati kering aku kalau mama tau aku guna nama dia untuk selamatkan diri.
“ Yaya!!aku dah sampai ni, turunlah kita pergi JUSCO kejap” teriak ku dari bawah, malas aku nak naik keatas.
“ Ye la hantu…aku tengah bersiap la ni.” macam tahu je aku bawa kereta si yaya ni. Aku tertanya-tanya sendiri.

“ Mana kau tahu aku bawa kereta Ya?” soalku sebaik sahaja aku dalam kereta dengan Yaya.
“ Aku call Mama kau, dah kau tu bercakap macam ribut, tak menyempat aku bercakap kau dah letak dulu. Bila aku tanya Mama kau dia cakap kau drive kereta nak pergi JUSCO tengok movie. Itu yang aku bersiap, nasib baik aku dah mandi tau” panjang lebar si Yaya menjawab.
“ Mak ai…panjang betul jawapan kau, aku tanya sikit je. Ha! Ni aku nak tanya, Zaf ada jumpa kau? Kau jangan nak dalih dengan aku, aku tinggal kau tepi jalan ni nanti. Dia telefon aku tadi ” Saja aku buat muka serius pada Yaya. Hanya pada Yaya saja aku selalu meluah perasaan sayang ku pada Zaf. Tak ada seorang pun yang tahu perasaan sebenar aku pada Zaf, yang mereka tahu aku benci Zaf.
“ Erm…sebenarnya Mya….alah....mana kau tahu aku jumpa Zaf?” tanya Yaya dengan muka blur. Hish! Blur betullah minah ni,muka tak bersalah je dia tanya aku.
“ Dah tu kalau bukan kau yang dia cari siapa lagi. Bukannya aku ni ramai kawan pun,ko sorang je yang sudi kawan dengan aku yang malang ni. Lagipun bukan kau tak tahu mulut tempayan bocor kau tu” kataku disambut gelak si Yaya.
“ Aah..aku yang bagi ...tapi kau jangan marah eh. Aku tahu kau tak suka tapi kan kau jugak yang cakap kat aku kau masih mee cintan kat dia…sebab tu aku bagi pada Zaf nombor ko…tapi kan Mya, dia betul-betul dah menyesal Mya..pecayalah.kesian aku dengar suara dia semalam” beria-ria si Yaya bercerita. Aku hanya diam.
“ Owh..kau jumpa dia semalam la ni? Kenapa tak cakap dengan aku ?” soal ku tenang.
“ Kalau aku bagitau kat kau confirm aku kena marah, baik aku diam je aku tetap kena marah jugakkan. Tengok la ni,punya susah payah datang rumah aku, siap naik kereta lagi dah lah tak de lesen kena tahan polis padan muka “ cewah dia pulak nak berleter macam mak dia.
“ Ewah-ewah kemain ko nak berleter eh. Aku benti kang, suruh ko jalan kaki baru tau…” ugut ku.
“ Ok ,ok sorry ye Cik Mya Hanani Haniff..saya minta maaf sebab bagi nombor telefon Cik Mya pada En Zafril Hatim jejaka kesayangan Cik Mya” sengaja Yaya menyakitkan hati ku. Tapi hati kecil ku berbisik nama dia…
----
Mya, maafkan Zaf, keluhku sendirian. Kisah 2 tahun lalu berputar seperti wayang gambar.

“ Hai ,Mya Hanani…panggil Hani boleh..” tegur ku. Dia merupakan pelajar baru di sekolah ku. Orangnya manis, putih, tinggi ,muka sedikit arab+melayu mungkin berdarah campuran arab. Kening lebat tapi hidungnya kecil tak berapa mancung, hidungnya macam bear ade jugak. Oppss! Termengutuk pulak. Dia agak popular walaupun baru seminggu mendaftar di sekolah.
“ Hai..sombongnya..” tegur ku lagi sambil menyaingi langkahnya. Dia hanya menoleh kepadaku dan memberikan senyuman tanpa suara sedikit pun. Ada emas agaknya dalam mulut dia.
“ Saya Zaf, nak kenal dengan awak boleh?”
“ Maaf ye Zaf, saya ke sekolah nak belajar bukan nak berkenalan “ cepat dia menjawab. Sombongnya mak datuk.
“ Uish! Pedasnya…tak pelah nak cari air la. Saya termakan cili kot” terus aku angkat kaki. Dalam hati menyumpah-nyumpah. Sampai di kelas.
“ Ha! Mat romeo dah masuk. Amacam dapat tak?” soal Saiful a.k.a Aput. Aku hanya menggelengkan kepala. Nak bercerita takut diketawakan pulak, jadi aku diam je. Jatuhlah air muka aku nanti.
---
“Kelas bangun..!” semua berdiri tegak. “Selamat pagi cikgu!” ucap ketua kelas.
“ Selamat pagi…Ok ni saya nak kenalkan…Eh!mana pulak budak ni” Cikgu Salmi tercari-cari.
“ Assalamualaikum…” ada suara memberi salam. Uiks! Mya Hanani la. Dia masuk kelas aku ke? Kenapa sebelum ni dia masuk kelas Sains. Aku tersenyum-senyum melihat dia. Mya masih belum perasan akan kehadiran ku di kelas itu.
“ Ha..Awak kemana? Kemari” panggil Ciksu Salmi.
“ Saya …saya…” tergagap-gagap Mya nak menjawab. Entah apa la yang dia buat sampai tertinggal di belakang.
“Erm, tak pelah lupakan je. Kenalkan diri awak ya. Ni kelas awak yang baru.”
Mya menganggukan kepalanya “ Saya Mya Hanani bt Mohd Haniff, tinggal di Taman Merak Ria ….” Tak sempat habis Mya perkenalkan diri ada yang menyampuk.
“ anak tunggal, panggilan manja BABY kan” tak sempat Mya memeprkenalkan diri si Aput menyampuk Dia ni memang suka menyampuk, kena sampuk agaknya masa mak dia lahirkan dia dulu.
“ Sudah!sudah!” jerit cikgu Salmi menenangkan keadaan. Mya hanya tertunduk.
“ Baby..meh la duduk sebelah saya..tempat saya kosong,tak ada orang duduk” sakat Aput lagi.
“ Saiful! Awak nak kena denda dengan saya ke?” soal Cikgu Salmi,macam lah Aput takut dengan denda dia tu. Setakat kena diri atas bangku je, tak de herannya…
“ alah cikgu..saya cuma nak beramah mesra je..kalau tak boleh jangan masuk kelas ni…” lantang Aput bersuara, menambah merah di wajah Mya.
“ Biarkan je Mya, mereka ni memang macam ni, nakal sikit..” Cikgu Salmi cuba menenangkan Mya.
“ Tak pe cikgu” jawabnya Mya sambil senyum. Alahai manisnya dia senyum..lupa terus apa yang dia cakap kat aku tadi.
---
“ Mya!” sengaja aku mengejutkan dia. Kemain garang lagi muka dia memandang aku .
“ Hish! Ko ni tak de keje lain ke ha?” marah Mya.
“ Ada. Tengah buat keje la ni. Keje tetap aku sebelum aku dapat keje sebenar untuk menangung ko bila ko jadi bini aku” jawabku selamba.
“ Menyampah!” jawabnya sepatah.

Itulah aktiviti rutin aku. Mengusik Mya sehinggalah pada satu hari….

“ Zaf, aku cabar kau dapatkan Mya” cabar Aput.
“ Ok..aku tak kisah, kalau aku dapat ko nak bagi aku apa?” soal ku.
“ Aku belanja kau makan dekat Kenny’s”
“ Erm…ok set…” semurah Kenny’s ke Mya? Itukah harga untuk seorang Mya? Hati ku bersoal jawab sendiri. Ah! Biarlah esok aku akan mulakan misi.
---
Hari pertama

Dari tempat duduk ku, aku memerhatikan riak wajah Mya bila mendapat coklat dan air Ribena pemberian ku, dan pastinya dia tidak tahu siapa pemberinya. Dari mana aku tahu dia suka coklat? biasanya perempuan tak suka makan coklat takut gemuk kenkunun. Tapi Mya pulak hari-hari aku tengok dia asyik makan Kinder Buenonya dengan air Ribena, macam budak kecik, ada ke air Ribena. Tapi hari ini dan seterusnya aku akan belikan untuk dia bersama-sama sekeping kad kecil. Alah bukan mahal pun kad tu sehengget je 1. Hari pertama dalam kad tu tertulis “ Senyum mu, mata mu alis mu cukup indah ciptaanNya “ ZH.

Hari Ke-2

Kad kecil ku bersuara “ Suaramu , tawamu menjadi igauan ku” ZH.

Hari ke-3

“ Langkah kaki mu, hanyunan tangan mu dan gerak tubuh mu perisi puteri dalam mimpi ku” macam tak sangka aku boleh sejiwang ni.

Hari ke- 4

“ Sinar dari matamu , tutur kata dari bibir mu bagai memukau aku untuk terus menatap indah di wajah mu” cantik betul bahasa aku. Cukup sebulan aku mengutus kad kecil ku kepada Mya, dan kad terakhir ku berbunyi

“ jika sudi bolehkah kita berteman wahai si gadis yang kupuja dari jauh? Aku nantikan mu di …………. “

Di tempat pertemuan…

“ Awak duduk sorang je ke? Tunggu seseorang?” sapaku innocent, dalam hati nak tergelak ade jugak. Kesian dia tak tahu orang yang di tunggu tu aku. Boleh tahan penyabar jugak dia ni, hampir 1 jam aku dok menyorok perhatikan dia.
“ Eh, ko rupanya. Tak adalah aku saja je duduk kat sini. Kenapa tak boleh ke?” jawabnya garang.
“ Mya, aku....sebenarnya aku lah ZH. Mohd Zafril Mohd Hatim. ZH. Kau tak perasan ke?” ujar ku berterus terang. Kesian aku tengok dia yang terkulat-kulat. Mana tak nye jawapan dia sungguhlah kurang logik, rumahnya di Taman Merak Ria, tapi sanggup datang ke Taman Ria semata-mata nak duduk-duduk. Aku saja je tak nak tempelak, kang malu seumur hidup pulak kang minah ni, dah rosak plan aku nak dapat makan Kenny’s. opss! Aku terlupa selama ni aku buat semua ni hanya untuk dapat belanja. Ada perasaan bersalah di hati ku.
“ Ha!!kau???” Mya jelas terperanjat dengan kenyataan aku. Dia nak berlalu, pantas aku menarik lengannya. “ Mya ! tunggu! Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni…janganlah terburu-buru…” pujukku lembut.
“ Kenapa kau buat macam tu? Kau nak buat aku perasan eh? Kau nak malukan aku?” ujarnya dengan suara yang tertahan, entahkan marah atau nak menangis. Aku tak dapat melihat wajahnya, dia hanya menunduk.
“ Bukan Mya…Aku nak kawan dengan kau. Aku hulur salam perkenalan, kau tolak aku mentah-mentah. Aku ikhlas nak kawan dengan kau, sebab tu aku suka kacau kau hari-hari. Yaya tak da cakap dengan kau ke pasal aku? Soal ku. Aku pernah minta pertolongan Yaya kawan baik Mya. Kemana saja pasti mereka berdua, macam belangkas lak. Tapi belangkas jantan dengan betina, tapi ni perempuan dengan pereampuan. Konfius aku.
“ Yaya tak ada cakap apa-apa pun pada aku” ah! Mya,kenapa perlu berbohong. Aku tahu pasti Yaya ada sampaikan tapi hati kau tu keras macam batu.
“ Mya, sudikah kau menjadi teman ku? Wahai gadis yang selalu ku puja? “ aku tersenyum dengan kata-kata ku sendiri. Meletus ketawa kecil dari bibir merahnya.
“ Erm..yela..tak sangka pulak aku kau ni memang betul-betul romeo kan. Berapa ratus buku sastera kau dah khatam ek, untuk karang ayat puitis? Aku suka baca ayat-ayat tu,tapi bila aku tau kau lah orangnya aku rasa nak muntah pun ada “ terus bergegar telinga aku dengar ketawa yang keluar dari Mya. Tak sangka aku dia cantik sangat bila ketawa.

Tapi segala tawanya dan mesranya hilang bila …..

“ Zaf aku tengok kau dengan si hati batu tu dah makin rapat je. Korang dah jadi steady couple ke? “ soal Aput. Memang aku akui aku dah semakin rapat dengan Mya dan tanpa sedar aku mula ikhlas sayang padanya.
“ Aah, aku dah couple dengan Hani eh Mya “ ish!macam mana aku boleh tersasul pulak ni.
“ Wow! Cair jugak hati si batu tu ye. Cayalah kau Zaf, so …bila kau nak pekena Kenny’s? aku rasa duit tabung aku dah cukup dah nak belanja tekak larong kau diatas kejayaan kau mencairkan hati batu tu. Eh!eh! wait!wait!tadi kau panggil apa Zaf? Hani?” terhambur ketawa dari Aput.
“ Wei! Diamlah! ketawa macam jin!” marahku. Sebenarnya aku marah pada diri aku sendiri, aku rasa bersalah pada Mya.
“ Ok,Ok…Nama manja lah kenkunun yek…hahahahha….”
“ Put!diamlah!dah-dah lah tu…” tiba-tiba tawa Aput terhenti, dengan mata membulat seolah-olah nampak hantu siang. Hati ku berdetak kencang, Ya Allah, aku dapat rasakan Mya ada di belakang ku. Aku berpusing 90 darjah dari tempat aku dan Aput bersembang.
“ Mya!” itu saja yang mampu aku suarakan. Lidah ku kelu,kaki ku terpaku. Mya berpusing dan terus pergi. Kesal dalam hati ku bersarang. Mya maafkan aku.. aku tak berniat untuk menyakiti hati kau.
----
“ Mama..kenapa Baby tak ada adik? Baby bosanlah sorang je kat rumah. Kalau rumah Yaya meriah Ma..adik-adik dia kecoh sangat. Ma..amiklah adik angkat untuk Mya… “ rengek ku pada Mama, tanpa menyedari ada sendu berlagu dalam hati Mama.
“ Erm, nanti Mama bincang dengan ayah ye, tapikan Baby, macam mana agaknya Baby nak jage adik ye kalau dah Baby sendiri dok me’landing’ kat riba Mama je? “ usik Mama. Aku hanya tersengih-sengih.
“ Ma, Baby naik atas dulu la. Selamat malam Ma, Salam..”
“ Waalaikumsalam..” jawab Mama perlahan.

Dibilik aku sendirian teringat semula kisah antara aku dan Zafril.

“ Hai ,Mya Hanani…panggil Hani boleh.…” tegur Zaf. Aku merupakan pelajar baru di sekolahnya. Aku hanya memandang sepi sapaannya.“ Hai..sombongnya..” tegurnya lagi sambil menyaingi langkahku, aku sekadar menoleh dan memberikan senyuman. Malas aku nak melayan.
“ Saya Zaf, nak kenal dengan awak boleh?”
“ Maaf ye Zaf, saya ke sekolah nak belajar bukan nak berkenalan “ pantasku menjawab. Lantaklah apa dia nak pikir.
“ Uish! Pedasnya…tak pelah nak cari air la. Saya termakan cili kot” terus Zaf berlalu pergi. Dalam hatiku bersorak, padan muka.

Aku dipindahkan ke kelas sebenarku, sebelum ini aku ditumpangkan di kelas Sains sedangkan aku aliran Akaun. Kaki ku melangkah perlahan mengikuti langkah Cikgu Salmi sambil tu aku berangan sampaikan aku tak perasan yang aku telah di tinggal jauh kebelakang. Cikgu Salmi telah masuk ke kelas yang sepatutnya aku duduki.
“ Assalamualaikum…” aku memberi salam. Dalam hati terasa berdebar-debar, maklumlah masuk kelas baru “ Ha..Awak kemana? Kemari” panggil Ciksu Salmi.
“ Saya …saya…” teragak-agak aku menjawab, tak pasti apa jawapan yang sesuai. Tak kan nak cakap aku tercicir kat belakang, ada juga kena gelak. “Erm, tak pelah lupakan je. Kenalkan diri awak ya. Ni kelas awak yang baru.” Ujar Cikgu Salmi. Fuh! selamat aku.
“ Saya Mya Hanani bt Mohd Haniff, tinggal di Taman Merak Ria ….” Aku memperkenalkan diri, belum sempat habis aku bercakap ada yang menyampuk.
“ anak tunggal, panggilan manja BABY kan” si tinggi lampai dah macam tiang aku tengok, dia tolong bagi pengenalan. Alamak! Aku terperasan mahluk yang kacau aku tadilah. Alahai..malang betullah.
“ Sudah!sudah!” jerit cikgu Salmi menenangkan keadaan.
“ Baby..meh la duduk sebelah saya..tempat saya kosong,tak ada orang duduk” eh!eh! berbunyi lagi si mangkuk tingkat ni. Riuh mulut Cikgu Salmi memarahi si tiang tu ataupun nama sebenarnya Saiful. Ok jugak budak-budak dalam kelas ni peramah, tapi yang paling peramah pastilah si Zafril. Di kelas ini jugalah aku mula rapat dengan Yaya yang menjadi kawan suka dan duka ku.
Hari-hari kerja si Zafril ialah mengganggu ketenteraman aku. Tak senang hidup dia kalau sehari tak mengusik aku. Kadang-kadang terhibur jugak dengan kerenahnya. Lagipula orangnya boleh tahan ensem, dan ada karisma tersendiri yang buat aku dalam diam senang dengan kehadiranya.

Sehinggalah pada hari itu …
“ Zaf, aku cabar kau dapatkan Mya” cabar Aput panggilan bagi Saiful.
“ Ok..aku tak kisah, kalau aku dapat ko nak bagi aku apa?”
“ Aku belanja kau makan dekat Kenny’s”
“ Erm…ok set…” Zafril memberi persetujuan tanpa dia sedari aku telah mendengar semua rancangan dia dan Aput. Hati kecil ku ada rasa sayu, kenapa Zaf sanggup buat aku macam ni.
Setiap hari aku akan menerima air Ribena dan Kinder Bueno kesukaan ku serta kad kecil dari Zaf. Kenkunun aku terkejutlah padahal aku dah tahu itu semua kerja dia. Yayalah yang jadi tukang ngendap. Air Ribena dan Kinder Bueno aku terima selama sebulan dan akhirnya Zaf ajak aku bertemu. Selepas pertemuan hubungan aku dengan Zaf semakin rapat. Aku sudah bercadang untuk memberitahu hal sebenar pada Zaf yang sebenarnya aku dah tahu semua rancangannya dan Aput, dan sekaligus ingin memautuskan hubungan kami. Sengaja ingin membalas dendam.

Petang itu…
“ Zaf aku tengok kau dengan si hati batu tu dah makin rapat je. Korang dah jadi steady couple ke? “ soal Aput pada Zaf. Aku sekali lagi terdengar perbualan mereka.
“ Aah, aku dah couple dengan Hani eh Mya “ Hani! Itulah paggilan Zaf pada aku, entah kenapa aku senang dengan panggilan itu.
“ Wow! Cair jugak hati si batu tu ye. Cayalah kau Zaf, so …bila kau nak pekena Kenny’s? aku rasa duit tabung aku dah cukup dah nak belanja tekak larong kau diatas kejayaan kau mencairkan hati batu tu. Eh!eh! wait!wait!tadi kau panggil apa Zaf? Hani?” terhambur ketawa dari Aput. Sakitnya hatiku mendengarkan itu. Aku rasa macam nak sepak je dua manusia ni. Aku sabarkan hati tapi makin aku tunggu hatiku makin sakit. Kenapa aku sakit hati. Aku bingung dengan perasaan ku. Jatuh hatikah aku pada Zafril?
“ Wei! Diamlah! ketawa macam jin!” marah Zaf.
“ Ok,Ok…Nama manja lah kenkunun yek…hahahahha….”
“ Put!diamlah!dah-dah lah tu…” tiba-tiba tawa Aput terhenti, mungkin terkejut dengan kehadiranku yang tiba-tiba didepannya. Zaf dari tempat duduknya berpusing menghadap ke arahku. Mukanya jelas terkejut melihat aku ada disitu. “ Mya!” itu saja yang ku dengar dari mulut Zaf, aku terus berlari meninggalkan tempat itu. Hati ku sakit, pedih aku sendiri tak mengerti. Hari-hari kemudian kami bagaikan musuh. Semasa aku ditingkatan 5 aku berpindah dari sekolah. Hanya Yaya saja yang masih ku hubungi.
“ Baby!!” mak datuk kau! Ya Allah terkejut aku. Habis terbang semua kenangan ku.
“ Ye Ma…” jawab ku dari atas.
“ Ayah panggil, ni ayah ada beli Pizza”
“ Kejap Baby turun..” wah! Pizza..shedapnye..yummy. itulah juga kesukaan aku dan Zaf. Ah! Zaf lagi.. Lupakan dia Mya.
----
Pagi-pagi lagi aku dikejutkan Mama, ada tamu katanya. Siapalah mahluk yang datang pepagi ni…ganggu aku beradu betullah. Sambil aku bersiap aku menjengah ke bawah. Terlihat kereta Honda EK berwarna putih di bawah. Huish!cara giler kereta dia, siapakah gerangan yang membawa kereta se’cara’ itu di pagi hari. Cewah!bermadah puisi la pulak aku..aku hanya memakai jeans dengan t-shirt putih, rambut yang baru ku gunting ‘bob’ kusisir biar kemas. Muka ku memang sejak dulu bebas make-up,rimas.

“ Morning Mama..siapa yang cari Baby Ma?” soal ku. Mama hanya tersenyum.
“ Orangnya ada kat luar tu. Owh..Baby dah ada boyfriend tak beritahu Mama ye…Mama nak merajuk la” saje Mama menyakatku. Aku hanya tersengih, tapi siapa yang datang. Aku mana ada kawan lelaki, kalau dekat kolej tu ada la.
“ Mana ada Ma..kawan kolej je tu” sangkal ku lembut.
“ Ye ke? Siap bawak ros putih lagi, tak kan kawan je kot?” mama tersenyum.
“ Erm..tak pe la Ma, biar Baby jumpa dia dulu “ kataku seraya berlalu ke depan.
Diluar aku tercari-cari mahluk yang datang tu. Dah lah Mama cakap siap bawak bunga, entah siapa-siapa je yang datang rumah aku ni. Dalam pada aku terjenguk-jenguk satu suara memanggil namaku
“ Hani “ suara yang cukup ku kenali.
“ Zaf!” terkejut aku melihat Zaf yang tiba-tiba muncul dari sudut rumah ku. Kenapalah aku tak terpikir dia menunggu di situ, sedangkan di sudut rumahku terdapat taman mini yang ayah buat khusus untuk Mama.
“ Zaf, mintak maaf sebab datang rumah Hani pagi-pagi ni…Zaf ….”
“ ha! Kenapa? Datang nak mintak maaf? Kan aku dah cakap aku dah maafkan kau. Apalgi kau nak? Ke ko nak dapat makan Kenny’s free lagi?” saja aku potong kata-katanya. Zaf kaku di depanku. Tapi hensem jugak dia sekarang. Dia hanya memakai seluar jeans dengan kemeja-T putih, eh! macam berjanji je pakai putih. Paling jelas dia nampak lebih hensem dari masa kami bersekolah dulu.
“ Hani, Zaf akui zaf salah. Tapi Hani, Zaf memang betul-betul suka pada Hani. Sebenarnya Zaf tak pergi pun Kenny’s masa tu, Zaf rasa bersalah sangat. Zaf nak berterus terang pada Aput hari tu tapi semua dah terlambat bila Hani dengar semua perbualan kami “ ujar Zaf dengan nada kesal.
“ Aku dah tahu sejak awal lagi Zaf. Sejak kali pertama Aput cabar kau. Pertama kali kau letakkan air dan coklat pun aku dah tahu. Sengaja aku diamkan, aku nak tengok sejauh mana permainan kau. Rupanya kau buat sampai aku benar-benar jatuh cinta kemudian kau nak hancurkan. Dendamnya kau padaku ya? Hanya kerana aku menolak salam persahabatan dari kau, kau sanggup membuat aku sebagai taruhan, dan yang paling sedih harga aku hanya senilai Kenny Rogers” dari kuat akhirnya suara ku merendah dan aku menangis di depan Zaf.
“ Maafkan Zaf, Hani, tapi kenapa setelah Hani tahu apa yang Zaf lakukan Hani masih lagi terus bersama Zaf? Hani juga mahu permainkan Zaf ya? Hani nak balas semula? Tapi sayangnya Hani telah pun jatuh cinta pada Zaf. Betulkan Hani? Yaya dah beritahu Zaf semuanya Hani. Semuanya. Tentang perasaan Hani, tentang rindu Hani pada Zaf. Hani dengarlah sekali kata Zaf, Hani sayangkan Hani…seikhlas hati ini “ ucap Zafril tulus sambil mengesat air mata di pipiku. Ros putih dihulur padaku. Aku hanya memandang sepi bunga di tanganya.
“ Hani…could u be my princess? Zaf bukan nak permainkan Hani, cukuplah Zaf terseksa dulu. Hani tiba-tiba berhenti sekolah masa kita form 5, puas Zaf tanya pada Yaya sikit pun dia tak nak bukak mulut. Tapi bila baru-baru ni Zaf tanya dia, baru dia beritahu di mana Hani. Hani jangan marah Yaya ye. Dia sayang Hani sebab tu dia beritahu. Dia tak nak kawan dia yang sorang ni terus jadi pungguk yang sombong, bulan ada dia buat tak tahu, bila bulan hilang baru nak cari “ usik Zaf. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Zaf. Memang dari dulu Zaf suka buat lawak sengal.
Akhirnya aku bersuara “ Zaf, Hani mintak maaf juga ya. Zaf janji Zaf tak kan sakitkan hati Hani lagi. Kalau tak jangan harap Hani belanja Zaf Kenny’s and I want be ur princess.. “ sambil tanganku mengambil bunga dari tangan Zaf. Terima kasih Yaya. Walaupun aku geram dia bocorkan rahsia hati aku. Zaf, I LOVE U!

Friday, February 20, 2009

best couple!

“ Woit! Sha!”
“ Aduh! Sakitlah bahlul…” rungut ku sambil mengosok-gosok kepala yang terkena cermin tingkap.
“ Alahai ko ni…baru panggil sket dah terkejut siamang..”
“ Eh! mangkuk tingkat ko ni reti tak panggil aku elok-elok, masuklah class aku cakap depan aku. Ni tak main panggil kat celah ni je’, pastu aku gak yang terkejut. Ni ai ni terkena tingkap, esok esok tingkap pecah tercucuk kepala aku ko nak ganti dengan kepala ko ke? “ marahku.
“ Ish! Ko ni macam mak nenek lah! Aku nak tanya sket dah jadi panjang lebar dengar ko bercakap berjela-jela.” Sungut si Romli panggilan khas untuk dia. Hua hua hua…
“ ko nak apa la ROMLI! “
“ wei! Ko jangan panggil aku Romli boleh tak. Benci siot aku nama tu…”
“ suka mulut aku lah! Bukan aku pinjam mulut ko pun! Ha! Yang ko dok panggil aku ko nak apa ni?” soal ku
“ Ala…aku cuma nak mintak gula-gula je dari ko..nak pegi berasap nih…”
“ Lorh…nak mintak gula je la ni? Aku ingat nak apa la tadi, eh asal ko tak nak pegi beli sendiri ah?kan hari-hari ko dok melepak kat kedai mamak tu, ko belilah gula sendiri. Ko ingat aku kilang wat gula ke apa” becok aku bercakap sambil tangan ku menghulurkan gula-gula yang diminta.
“ ala apa guna ada kau kan…mekasih…esok aku mintak lagi. Rehat nanti jumpa ek” katanya berlalu. Aku cuma mengelengkan kepala. Mamat tiga suku betul, hari-hari kerjanya mintak gula pada aku, kadang tu aku rasa dia ada gula-gula tapi tetap jugak nak mintak pada aku.
“ Mira! Dah pi duduk tempat ko sana. Suka sangat sebok tempat aku.” halau si Yana. Aku bangun tersengih-sengih.
“ Tapikan Yana tempat ko memang puaka la. Masuk ni dah 3 kali kepala aku terkena tingkap tu, cam ne ko boleh tak terkena ek? Nasib baik tingkap tu tak jatuh keluar, kalau tak saja je aku kena bayar ganti rugi, tak pasal-pasal berhutang dengan sekolah” ujar ku
“ Ko tu duduk tempat aku mengelepar, tak reti diam. Pastu orang panggil sket terkejut cam cimpanzi manalah tak terhantuk” sempat lagi mengutuk aku cam cimpanzi tadi si Romli cakap aku siamang. Apa diorang ingat aku ni adik beradik dengan binatang bertangan panjang tu ke? Sikit punya comel mak ayah aku punya acuan ada ke diorang samakan aku dengan mahluk tu. Syukurlah dapat kawan dengan orang comel cam aku nih, omel ku dalam hati.
“ ha! Tu nak wat muka tak puas hatilah tu!” Yana bersuara.aku cuma menjelirkan lidah. Uwek!
“ cantik sangatlah muka ko cam tu…malas nak pujuk”
“ tak nak pujuk sudah!” kataku sambil berdiri dan berlalu pergi.
“ Mira! Alahai…janganlah majuk..ko ni..dengan aku pun nak majuk!cam nelah pakwe ko nanti ek? Jangan majuk eh..kejap lagi aku belanja ko mee rebus! Tadi makcik kantin cakap tengah hari nanti ade mee rebus. Ko suke kan.” Pujuk Yana.
“ Hahahaha….tau ko takut..wei gelilah aku nak majuk-majuk ni. Aku nak pegi toiletla tu pun sebok kejar2, nanti orang ingat kita wat drama hindustan versi lesbian lak.” Kataku sambil menyambung tawa cam haram jad. Yana menarik muka masam. Aku menarik tanganya sambil memberi senyuman paling manis.
---
Shamira! Aku suka dengan perempuan ni, tapi dia ni lain sket. Garang dengan lelaki tapi taklah anti-lelaki, tapi kalau kena gayanya dia ok je…cute sangat masa dia ketawa walaupun kadang-kadang dia ketawa macam haram jad, lepas tu suka sangatlah ponteng kelas, sesekali dia ponteng kelas dengan aku-aku sekali join tempat dia ponteng, yang tak tahan siap dia boleh beli roti sambal ikan bilis dengan air sirap kat kantin lagi. Perangai memang hampes tapi bila dia dah bagi nasihat taik telinga aku rasa nak cair. Ada je yang tak kena kat mata dia, kasut aku kotorlah, baju kena masukkan dalam, rambut kena potong, janggut jangan bela. Serba-serbi kena elok, tapi dia sendiri bukanlah elok sangat kasut sama je hitam cam kasut aku, tapi tu jela yang tak kemas yang lain sume perfect, cun je selalu. Yang paling aku suka dia panggil aku ROMLI. Entah mana dia dapat nama tu aku pun tak tahu, sesedap rasa ajinomoto je dia panggil aku, punyalah baik makna nama aku mak bapak aku bagi dia boleh gelar aku ROMLI sebab dia cakap aku ni muka orang lama-lama. Hai…lah Shamira….
---
“ Romli!” hish! Entah dari celah mana ntah dia ni tetiba je muncul depan aku.
“ Weh! Ko tak pandai bagi salam eh?” soal ku malas melayanya.
“ Yelah…aku kuar baliklah…” ujarnya sambil melengang keluar kemudian mengetuk pintu “ Assalamulaikum….boleh saya masuk Incik Ridhwan Adam…” Sha memberi salam sambil buat lawak bengong.
“ Waalaikumsalam..masuklah Cik Puan Shamira..boleh saya bantu” saja aku buat muka poyo kat Sha.
“ Incik Ridhwan Adam..boleh tulun Cik Shamira tak? “ jawab Sha poyo sama poyo macam aku, dengan muka konon2 serius.
“ Ya..my pleasure…” kenkunun macho ah.
“ aku dah tak kentut 3 hari la…apa nak …” aku dah pun bangun nak hempuk kepala pompuan tak cam pompuan nih.
“ Wakakaka…buat lagi ko punya poyo tuh!!” jerit Sha sambil ketawa-ketawa. Aku berhenti separuh jalan bila tengok Sha makin laju ke depan. Hampesnye budak! Aku merengus masuk ke kelas semula. Baru jejak tempat duduk “ Romli! Aku tau ko sayang aku kan! Janganlah marah..tengah hari nanti dating dengan aku kat kantin ek. Makan mee rebus ko belanja” kata Sha sambil tersengih tapi masih ternengah-mengah. Tu lah lari lagi cam orang tak cukup tanah.
“ Erm..yelah…oi! loceng dah bunyilah, dah abis rehat. Ko pegi masuk kelas sana! “ halau ku. Sha buat muka seposen duduk depan aku.
“ Ko ni kan suka sangat garang-garang dengan aku. Kang aku garang dengan ko baru tahu. Huh!” katanya sambil bangun menuju ke kelasnya. Aku hanya tersenyum dan “ aku tau ko sayang aku, ko tak kan wat cam tu kat aku kan” Sha menoleh menjelir lidah, aku mengenyitkan mata.
----
Hish! Apalah Romli nih ade ke pegi kenyit mata kat aku. Dah lah aku ni dah nak terjatuh ati tergolek-golek kat dia. Mempermainkan perasaan aku betullah! Rungutku dalam hati.
“ woit! Yang ko terkuamt-kamit cam orang baca jampi ni asal?” sergah Yana.
“ Oi!! mak kau meletup!!” latahku. Yana dan Sally dah berdekah ketawakan aku. Aku ni memang ada sindrom latah sket tak tahulah ikut sape.
“ ko ni..muda belia lagi dah melatah” ujar Sally bila tawanya reda.
“ Alah..aku terkejut je..bukan melatah sungguh pun..” aku membela diri.
“ Ha! Yang kau bercakap sensorang tadi tu kenapa?” Yana mengulang pertanyaanya.
“ Ada ke aku cakap sensorang?” soal ku semula. Ade ke aku cakap sensorang?? Konfius lak eh…
“ Yana!Sally! tadikan….Eh! tak yah lah.entah-entah aku je perasan sensorang.” Terus aku pandang depan buat muka tak bersalah kat dua mahluk yang tengok aku macam rimau tak makan sebulan.
“ eh! Ko ni memang tau suka sangat menyakitkan ati aku! Cancellah makan mee rebus!” ugut Yana.
“ alah…ok ok…aku cite eh..tadi…Romli dia kenyit mata kat aku…tapikan kalau ko tak belanja pun Romli boleh belanja aku lah..tak heran pun” terus lancar je ayat bongkak sombong dari mulut aku.
“ ngeh ngeh ngeh..si Romli kenyit mata kat ko pun ko nak jatuh hati ker….” Ujar Sally sambil buat muka cam termakan tosey basi. Hish! Tak basi pun dah masam, kembang tekak aku.
“ ko ni..manelah aku nak tau..aku tetiba rasa cam aku tersuka, aku sukalah kat dia…” kataku jujur sejujur jujurnya. Yana dah tayang gigi nak ketawakan aku takutlah tu.
“ dah tu ko nak wat pe? Ko tak nak bagi tahu dia ke?” soal Sally bodoh.
“ wei…aku cuma cakap aku cam suka kat dia je..bukan nak pegi berterus terang pada dia. Lagipun dia cuma anggap aku ni kawan dia je la..cukup baik dia nak cakap baik2 dengan aku, dari dia maki hamun aku macam Noni hari tu lagilah haru hidup aku nanti”
“ aku cuma bagi ko cadangan je..dah ko cakap ko suka…” Sally membela diri. Sally ni memang blur sket berbanding aku ngan Yana. Aku dengan Yana hanya tersenyum menengokkan kawan aku yang blur ni.
---
Semakin hari hubungan aku dengan Sha makin rapat. Semua orang panggil dia Mira, tapi aku saja nak panggil Sha, kenkunun special la sket, tapi minah tu dia wat dunk je dengan kelainan panggilan aku tu, cam tak de kesan apa-apa pun pada dia. Hari tu aku kenyit mata kat dia pun dia leh jelir lidah kat aku…hish! Shamira..Shamira…lampi tul lah.
“ Hai…Sha kelas ko tak de cikgu ek?” soal ku menonong masuk ke kelasnya sebab tak de cikgu dan kebetulan kelas aku juga tak ada cikgu yang masuk.
“ Ko nampakkan cikgu tak de, lagi nak tanya mamat poyo ni” selamber kodok je dia sembur muka aku.
“ Ko ni kan…makin montellah geram aku tengok” sambil laju je tangan ku mencubit pipinya. Ya Allah hai tangan…gatalnya ko ni..ada kang aku kena flying kick dengan dak garang nih.
“ Ish! Ko ni..main cubit-cubit lak. Blah lah pegi kelas ko” marah dia perlahan.
“ Aku nak gula, nak berasaplah” mintak ku.
“ Nah! Baju jangan lupa masukkan. Macam orang dari utan!” hulurnya sambil mulut membebel. Aku tersengih macam kerang wangi. Alahai Sha…dulu aku rimas tapi sekarang aku makin senang dengan suaranya. Aku selesa dengan dia walaupun dia suka tegur aku macam-macam tapi aku pulak cam kena sampuk dek jembalang ikut je apa dia suruh. Dia suruh basuh kasut, walau lambat tetap aku basuh, dia suka aku bau wangi, so ayah aku punya pefume pun aku rembat je, asalkan wangi. Sume sebab Shamira. Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa.
Masa berlalu pantas, hubungan kami bertambah baik sampilah aku dapat tau Sha kawan dengan Zamil, budak paling nakal dalam sekolah aku. Apa dah hilang akal gamaknya minah ni, dengan si Zamil pun dia boleh kawan padahal aku depan mata dia leh buat don’t know je. Sha masih seperti biasa, mesra dengan aku tapi aku pula yang cuba melarikan diri denganya, dalam pada tu aku mula rapat dengan Zati kawan baik Zamil. Bertambah renggang hubungan kami. Selalunya aku perhatikan Sha dari jauh. Dia nampak happy walaupun aku dah jauh dari dia. Sehinggalah…

“ wan! Mira bagi nih kat kau” hulur Sally.
“ Apa nih?” soal ku sambil tangan ku menyambut huluran Sally.
“ Fir mana? Aku nak bagi dia ni ha. Ko bagikan kat dia eh?”
“ aku tanya apa ni…” soal ku lagi.
“ La…amik je la..ade rupa pembungkus belacan ke tu, sampai banyak sangat tanya?” soal Sally semula. Loyar buruk lak minah nih sama je cam Sha. Dah nama pun kembar siam sepusat sepusing mak bapak asing-asing memanglah gitu gamaknya ye.
“ aku tanya je..susah sangat nak jawab” Sally terus berlalu. Aku membuka kertas yang di beri …Erm..Sha ni ingat aku perempuan agaknya siap bagi kad kreatif tapi tak berapa nak kreatif nih. Siap tulis-tulis pakai pen color2 lagi. Hai kalau dah perempuan memang cam ni lah. Aku baca yang di tulis …

Salam…
Wei! Wan naper ko dah tak tegur aku lagik?? Ko marah pada aku erk? Kenapa ko dah lain skang?? Kalau kau marah pada aku, aku mintak maaf la..ppe pun aku nak jumpa ko face to face...
‘ sayang ko’
‘ study hard wa smart ‘
‘ jangan luper aku ‘

Shamira

Aku tersenyum..Sha kenapalah kau hadir bila aku sudah punya yang lain??
----
“My crazy bedroom”
Ridhwan Adam..kenapalah kau dah berubah skang ni??ko dah xnak kawan lagi ker ngan aku…aku rasa kehilangan lah..kenapalah kau x cuba phm aku ni…xkan lah aku nak terhegeh-hegeh pada kau…Wan…knp ko blh plak kwn dengan Zati tu? Dah tak de org lain ke? Aku jeles tau..aku yang kwn dengan ko tetiba ko kwn ngn orang lain. Tapi..aku pun kwn dengan Zamil jugak skang nih. Alah..aku cuma kawan sebulan je!!dia yang gila sangat dekat aku, aku layan je la janji pasni de tak kaco hidup aku lagi. WAN!!!! Mehlah kawan ngan aku semula..wa!!!!

Fuh!! lega…semua aku dah luahkan. Semuanya tersimpan kemas dalam diari aku ni, padahal dulu tak pula aku sebok berdiari mairi ni, tapi sejak aku kawan dengan si Romli ni, lagi tepat sejak aku jatuh hati pada Romli aku mula ada diari aku sendiri. Semua yang terpendam aku tulis dalam ni, hanya inilah tempat aku curah segalanya. Kat mahluk dua ekor yang tak berekor tu pun ye jugak aku luahkan perasaan tapi kekadang suka betul mempermainkan perasaan aku yang suci lagi bersih nih.
---
Setahun berlalu kini aku bukan lagi di tahun honeymoon, aku dah nak SPM. Kelas pun dah pindah kat depan sekali. Puaslah kami sekelas mengemas, azam baru konon tak nak lagi jadi kelas paling corot bila setiap kali pertandingan kelas tercantik kami dapat kelas terkotor, malulah wei..kelas top 3 tapi dapat kelas paling kotor. Huhuhuhu….tahun baru azam baru, baju baru , beg baru, kasut baru serba serbi baru tapi Romli je yang masih lama bertapa dalam hati aku. Romli..Romli…
“ Mira!”
“ Oi!! Romli ku sayang!!” latahku lagi merapu dari selalu. Pantas mulut ku tutup. Hantu dua ekor tu dah ketawa cam siamang.
“ Hoi!! Korang reti-retilah bagi salam. Suka buat aku jadi mak nenek tau, cam ne lah latah aku nak ilang kalau korang selalu jadi siamang sesat” bebelku terus.
“ Ok Ok …sori ye…tak tau lak ko boleh pulak sebut nama Romli, nasib dia tak de tau. Aku ada cerita baru nih! Hangat di pasar malam permai beb…” kepoh mulut Sally bercerita.
“ Apa dia..cerita je lah, panjang sangat mukadimah kau tu” masih lagi bersisa marah dalam nada suara ku.
“ Mira! Romli dah putus dengan Zati! Sebelum abis paper lagi diorang dah tak kawan..Zati dah ada orang lain..” Yana meneruskan cerita Sally.
“ Mana ko dapat tau??” soal ku berminat. Wah…bestnye…tak lah aku sakit mata bila terserempak diorang kat town atau dimana-mana saja.
“ Ala..semua dah tau..ko je yang buta tuli” slumber bomba Sally sound aku.
“ Erm..yelah..aku lah buta tuli korang semua celik tak pekak…”
“ Tak lah..ko tu yang tak nak amik tau pasal Romli, bila orang cerita kau angkat kaki. Bila aku bukak mulut ko suruh diam cam ne nak cakap. Eh! Tapi kenapa hari ni ko boleh sudi lak nak dengar erk?” soal Yana.
“ entahlah! Aku rindu dia kot” jawab ku bersahaja. Dah memang aku rindu dia, walaupun aku sakit hati bila dia buat tak tahu pada aku bila dia kawan dengan Zati.
---
Sha…aku nak sangat tegur kau Sha..tapi beratnya mulut ni..aku dah tak kawan dengan Zati Sha..Sha…tegurlah aku Sha..tegurlah..kalau kau tegur confirm aku baik dengan kau Sha..please Sha….
Ah! Tu semua hanya mampu aku suarakan dalam hati je. Bila bertembung aku tak pernah senyum pun malah pandang pun tidak. Egonya aku nih….Eh! tu Sha lah…aku mesti tegur dia hari ni! Aku mesti! Tekad hati ku.
“ Hai Wan! Hapi bday ek” katanya sambil lalu sambil memberi ku senyuman yang paling aku dambakan. Aku hanya memandang tanpa sempat berkata-kata. Sha..kau ingat birthday aku Sha..Eh! hari ni birthday aku ke??? Kan hari ni 26/2 birthday aku kan tahun lompat. Hish! Budak ni memang suka kenakan aku tau. Jaga kau Sha..patutlah dia gelak-gelak tadi. Hampes!!
“ Hoi! Wan! Kau asal tetiba berangan tengah-tengah jalan ni? Dah lupa jalan balik kelas ke?” sapa Fir
“ Erm..aah! tunjukkan aku jalan, jom!” Fir terpinga-pinga. Aku dah tergelak-gelak sambil jalan menuju ke kelas. Alahai Fir..kau ni memang sesuai dengan Sally, sama-sama blur.
----
Pagi-pagi lagi aku dah nampak Sha tengah menyapu dalam kelas dia. Awal pulak dia ni datang sekolah.
“ Morning Sha” sapaku perlahan, takut dia melatah ada dia hempuk aku pakai batang penyapu tu, abis suwey aku sepanjang hari, bukan boleh kira dia ni.
“ Eh! Romli..opss!! azam baru aku nak panggil ko Wan” ujarnya.
“ Sha..balik nanti aku tunggu kau ek. Aku tunggu kat kedai mamak Ali tu”
“ Ala..tak nak lah nanti kene gosip liar, tak kuasa aku nak jadi glamor” tolaknya
“ ok..cam ni..kau jalan je la nanti aku ikut dari belakang erk” cadang ku
“ Ok Rom..eh! Wan”
“ Thank sayang” sambil aku mencuit hidungnya. Sha kelihatan terpinga-pinga dengan tingkah ku. Sha..aku harap kau dapat rasa apa yang aku rasa.

Di kelas Mira..
“ Eh! Korang..dengarlah ni..nanti balik Wan, Eh! Romli nak balik sekali dengan aku…” sedikit excited aku bercerita. Seronoklah katakan…
“ Mira, aku rasa dia suka kat kau lah” si Yana membuat kesimpulan sendiri.
“ Yup! Sokong 200% beb..” celah Sally.
“ Ish! Tak kot..kan aku memang rapat dengan dia dari dulu lagi..cuma last year je ada masalah dalaman sket…” sangkal ku
“ Ko tak caya..tunggu hujung tahun nanti confirm dia sound stead ngan ko..trust my word lady!” ujar Yana bersemangat. Poyo je minah ni kekadang tau. Aku terdiam sendiri. Mungkinkah??
----
Sejak dari hari tu hubungan aku dengan dia semakin baik dan kami semakin rapat malah lebih rapat dari dulu. Setiap hari time rehat Romli akan datang kelas aku, dok berbual dengan aku itu pun kalau aku tak pergi kantin la. Tengah hari pulak balik sekolah kiteorang balik sama-sama, bila terserempak Zati muka dia macam nak telan aku gamaknya. Huh! Baru dia tahu, aku dulu lagi sakit hati tau!
“ Sha..nak hujanlah macam mana ni? Nanti kau demam pulak. Nak redah je ke?” tanya Romli.
“ entah, redah jelah” putus ku. Berlari-lari aku dan Romli ke tempat menunggu bas.
“ Eh! tu bas kau dah sampai” ujar Romli sambil tangan melambai menahan bas agar berhenti.
“ Nasiblah tak yah tunggu lama-lama. Dah sampai rumah call aku tau” ucapku. Bas telah pun sampai, Romli sekadar menganggukan kepalanya.
Sesampainya aku dirumah mak ku menyapa..
“ Kakak, la..kenapalah tak balik naik bas sekolah..nak jugak naik bas tambang, dah tu susahkan diri. Tengok time hujan-hujan pun kena redah, lepas tu demam merengek cam budak tak cukup bulan” bebel mak ku sambil mengelap tubuh ku dengan tuala. Aku hanya tersengih-sengih. Demi Romli aku sanggup meredah hujan dan panas. Cewah! Dah keluar dah ayat poyo aku. Ahahha…
“ Ha! Yang tersegih tersenyum sorang-sorang tu kenapa?? “ sergah mak
“ Oi!! Mak! Kakak ingat Romli mak!!!” latah ku. Alamak ….mulut aku ni betul tak de insurans.
“ Sape pulak Romli…dah jangan nak merapulah. Pegi masuk sana, mandi. Demam pulak nanti” suruh mak ku.
“ Yelah..kakak memang nak masuk pun..mak tu yang tercegat depan kakak camne kakak nak lalu…” mak ku hanya tersenyum bila tersedar dia masih lagi depan ku, menghalang laluan. Baru kakiku melangkah telefon berdering, pantas aku mengangkat..
“ Hello..Salam…”
“ Waalaikumsalam…Sha..Wan ni…”
“ Erm..tau..kau dah sampai rumah ek. Dah mandi belum?” soal ku “ Kakak tu yang belum mandi jangan nak tanya orang…letak dulu cakap kat kawan tu nanti boleh call” bising suara mak ku di belakang. “ yer..kakak nak cakaplah ni..” sahut ku.
“ Wan, nanti Sha call semula ek. Mak bisinglah, lagipun Sha belum mandi, baru masuk rumah”
“ Owh! Ok ok…nanti malam macam biasa eh”
“ Ok…bye”
“ bye sayang” wan terus meletak telepon, aku pulak macam kena paku terkedu kat tepi telepon.
“ Kakak!!! Mandi!!!” jerit mak ku.
“ Ha?? Ok ok..” pantas ku meletak gagang. Hish!! Ko ni Mira…marahku pada diri sendiri.
----
Hari ini ada sambutan Hari Guru di sekolah ku, ramailah yang dok ke hulu ke hilir jadi ‘pengetua’ tak bertauliah, termasuklah aku dengan kengkawan aku yang lain. Dah penat kesana-sini aku ajak masuk kelas, bosan pulak bila dah tak de kerja ni. Penat aku merayau-rayau, nak join aktiviti semua untuk guru-guru. Aku masuk ke kelas, tengah duduk-duduk berbual dengan Yana n Sally aku ternampak Wan dengan Fir.
“ Wan!Fir! nak pegi mana?” soal Yana
“ tak tau lah, aku bosan dok…” Ujar Fir seraya melangkah masuk ke kelas ku. Kami duduk melepak di kelas ku,ada jugak budak2 dari kelas lain juga turut melepak di kelas ku, mungkin malas masuk ke kelas masing2, kebetulan kelas ku berada di depan sekali jadi kelas ku selalu menjadi sasaran diorang melepak. Sedang aku leka berbual dengan Wan tetiba…
“ Shamira! Ridhwan! Apa awak berdua buat dalam kelas ni berdua???” jerit Cikgu Azizah penolong kanan sekolah ku. Aku menoleh ke arah suara yang macam petir berdentum tu.
“ Eh! Cikgu..tapi tadi kami ramai-ramai dalam kelas…” jawab si Romli terketar-ketar. Aku pula diam seribu bahasa.
“ Mari sini kamu berdua, orang lain tengah ada majlis kamu buat benda tak elok dalam kelas? Kamu nak kena kawin ke???” soal Cikgu Azizah bengkeng.
“ Tak cikgu…tadi kami ramai-ramai..tapi tak perasan pulak semua dah tak ada” Romli cuba mempertahankan diri. Tapi memang kami tak buat apa-apa cuma Cikgu Azizah memang agak anti denganku kerana aku selalu kena tangkap dengan dia bila aku cabut kelas.
“ tak kira apa juga alasan awak, sekejap lagi saya kawinkan awak berdua. Biar ini jadi pengajaran untuk semua” ucapnya garang, bila dia melihat ke wajahku satu jelingan tajam dia hadiahkan. Setitis air mataku menitis.
“ Sha…janganlah nangis…Wan ada kan.” Pujuk Wan
“ Wan..Sha malulah nanti…mesti semua ketawakan kita…” ucapku. Terlihat dua buah kerus diletakkan di Dataran Kejat tempat semua selalu berhimpun.
“ Baiklah…Ridhwan Adam dan Shamira Adela sekarang sila naik atas pelamin awak!!” panggil Cikgu Azizah dengan mikrofon. Semua pelajar berkerumun di depan Dataran. Aku melangkah longlai….
Sebaik aku dan Romli meletakkan punggung satu tepukan gemuruh kami dapat, siap ada yang menjerit “ Woo!!! Best couple of the year!!!” “ cayalah cikgu!!!” Ya Allah..malunyalah aku…..si Romli pulak tersengih-sengih sebelah aku, dasar muka tepu betul mamat sekor ni.
-----
“ Kakak!!!call!” jerit mak
“ Mak ni..panggil je macam biasa..bukan kakak tak dengar..suka jerit tau “ omel ku. Dahlah aku tengah bengang kena denda hari tu, malu ku tak habis lagi dengan Romli-Romli sekali kena tempias angin kus-kus ku.
“ Hello!” sapaku garang. “ Kakak..cuba cakap elok-elok” bebel mak ku. Hish! Dengar ajelah mak aku ni tau, suka sangat pasang telinga.
“ Sha..Sha jangan letak ok…” cepat Romli berkata, sebab dah banyak kali dia call aku dah letak phone bila dengar suara dia.
“ Nak apa…”
“ Sha..kenapa Sha jauhkan diri dari Wan..apa salah Wan..ala pasal kena kawin tu janganlah pikir sangat..anggap je kita buat show ok?” apa punya blurlah mamat nih. Ada ke pujuk aku cakap aku just buat show hari itu. Romli…Romli…aku tersenyum sendiri.
“ Erm…yelah..Wan nak apa ni?” soalku tenang sedikit dari tadi.
“ Sha..esokkan sabtu kita pergi town nak?” ajaknya. Ish! Dia ajak dating ke???
“ Kita berdua je ke?” tanya ku semula.
“ Eh! Tak lah…dengan Yana, Sally and Fir..cam biasalah, diorang cakap nak ajak Sha tapi takut Sha marah pulak. Tengoklah tu awak ni kalau dah marah tak ingat dunia, semua dia nak boom macam Hitler” sedap je Romli mengutuk aku sambil cuba memujuk, entah siapa ajar dia kau pun tak tahulah.
“ Owh..ye ke??ok lah esok kita keluar, cam biasa eh. Tunggu tempat biasa ek. Ok Wan..Bye..” ucapku seraya meletak telefon.
----
Di town…
“ Yana! Romli mana? Tak jadi datang ke?” soal ku.
“ Dia dah sampai tapi pergi main snooker dengan Fir, dia cakap kita pergi jalan2 dulu nanti dia joinlah. Dia cakap pukul 4 tunggu kat mcD” aku cuma menganggukan kepala.
Setelah aku puas me’round’ satu shopping complex kami duduk melepak di mcD sambil menunggu dua mangkuk tingkat tu.
“ Hai..dah lama tunggu?” soal Fir sambil mengambil tempat di sebelah Sally.
“ Kalau boleh tumbuh janggut dah berjanggut dah kiteorang nih…” sindir ku. Mamat dua ekor tu hanya tanyang gigi je.
“ Sha..teman aku beli barang jom” ajak Wan sambil menghulur tanganya, aku bangun dan menyambut huluranya.
“ wah..couple of the year dah baik…” Fir bersorak, Yana dan Sally pula hanya gelak-gelak. Aku cuba buat muka serius tapi haram diorang tak heran. Last-last aku pun tergelak.
“ Dah lah korang, aku majuk lagi baru tau…” ugut ku.
“ heheheh..janganlah..nanti kesian kat orang sebelah kau tu, macam ayam berak kapur bila kau boikot jumpa dia” Wan tersegih-sengih cuma.
“ Jomlah, jangan layan diorang ni. Sampai sudah tak habis” ujar Wan sambil menarik tanganku.
Kami berjalan-jalan sambil berbual-bual kosong tentang pelajaran memandangkan kami akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
“ Sha..kalau kau dapat sambung belajar ko nak pergi mana?” soal Wan.
“ aku nak pergi Perak..aku nak cari pengalaman kat negeri orang, rimas asyik duduk Johor je” ujarku.
“ Jauhnya…kau rimas jugaklah dengan aku ek?”
“ Eh! Ke situ pulak kau ni..aku just nak tengok negeri orang je la…bukannya aku tak balik pun nanti..abis ko pulak?”
“ aku pulak tak kisah, mana-mana pun aku ON je. Kalau dapat kat JB jugak pun ok, kalau jauh pun ok”
“ Nanti..mesti bila kau dah belajar kau jumpa orang lainkan?” soalku. Ada rasa gusar dalam hatiku.
“ Sha…aku tetap milik kau, kau jangan risau ye” kata Wan sambil mengangkat sedikit dagu ku agar melihat wajahnya. Aku tunduk kembali dan meneruskan langkah. Romli..satu janjikah itu???
-----
Peperiksaan SPM dah pun berakhir, hari ini merupakan paper lukisan bagi yang mengambil lukisan. Aku memang tak terlibat langsung tapi Romli mintak aku datang ke sekolah dia ingin menemui ku katanya. Aku menunggu Romli di rumah Yana seperti biasanya.
“ Assalamualaikum..Yana…” kedengaran suara Romli di luar memberi salam.
“ Waalaikumsalam…kejap eh aku panggil Mira”
“ Mira!! Ni laki hang dah sampai!” jerit Yana
“ Yer..aku datanglah ni…suka je cakap laki aku” omel ku.
“ Jom Sha!” ajak Wan.
“ Yana, aku blah dulu ek. Apa-apa hal call aku tau. Bye..kirim salam kat mak kau” aku pamit dari Yana.

Di tempat menunggu bas…
“ Sha..aku ada benda nak cakap”
“ Apa dia?” soal ku, dadaku berdebar-debar.
“ Erm…macam ni…sebenarnya, Wan suka kat Sha, can u be my girl? Kita couple Sha? “ aku terkesima, tak mampu bersuara. Aku hanya tergelak-gelak untuk menghilang debar di dadaku. Wajahnya ku pandang sekilas, aku terasa pipi ku panas, serasa darah mnyerbu ke wajah.
“ Wan..r u serious with your word?” soal ku
“ Yup!!” cukup yakin jawapanya.
“ Bagi aku masa, aku terkejut sangat aku tak boleh nak bagi jawapan sekarang” ada riak hampa di wajahnya.
“ Ok..Esok kita keluar. Kita dah janjikan nak keluar once paper dah habis”
“ Ok..esok kita keluar”
“ Sha..bas kau dah sampai. This is for you, Happy Birthday sayang…walaupun kau kenakan aku sebelum birthday aku.” Ujarnya meningatkan peristiwa aku menegurnya pertama kali setelah sekian lama kami berperang. Aku hanya ketawa sambil tangan ku menyambut huluran hadiah buatku.
“ Thanks Wan, see you tomorrow” ucapku sambil naik bas, tangan ku lambai padanya.

Di bilik ku…
Hadiah ku buka ternyata ada sekeping bingkai gambar dan gambar di dalam adalah gambar “perkahwinan” kami di dataran kejat sekolah dengan word “BEST COUPLE OF THE YEAR”. Aku tersenyum sendirian. Siapalah yang baik hati ambil gambar kami ni. Sejarah betul!!
Telefon di tepi katil ku, ku angkat lantas nombor ku dail…deringan ku bersambut..
“ Salam…”
“ Sha..”
“ Wan..Sha terima Wan” ucapku ringkas.
“ Yahooo!!!”
“ n thanx for the BEST COUPLE OF THE YEAR”