Friday, July 3, 2015

Telah kau beri dan kau ambil semula : Keguguran di usia kandungan 17 minggu Part 3

29/5/2015

Doktor decide pukul 2pm perlu D&C so kena start puasa. Masa dengar kena puasa rasa nak nangis sebab aku lapar..... Breakfast makan nasi lemak sesuap dua dengan air milo pastu minum air masak jek dan rasa frust sebab perlu D&C pulak, sedihnya rasa.

Kebetulan masa doktor pakar cek tu mr.Husband pon sampai, dia inform la husband aku kena D&C sebab ada darah beku lagi. Nurse pulak suruh cepat2 amik baby untuk diuruskan, lagipon hari Jumaat nanti forensic tutup pulak. mr.Husband pon kenalah tinggalkan aku untuk urus jenazah anak.

Lebih kurang pukul 12pm urusan Nurul Aiman selesai, selamat dimandikan, dikapankan dan dikebumikan. Alhamdulillah sangat2 senang urusan anak syurga aku. mr.Husband cakap masa dia sampai memang ada orang di pejabat masjid, orang tu la yang tolong mandikan dan kapankan serta kebumikan. Allah..rasa tak mampu nak teruskan.......

UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA.

soalan pertama yang aku fikir. macam mana urusan baby ni. Selalu jumpa kes gugur 8 minggu - 12 minggu senang cakap 1st trimester, bila masuk 2nd trimester dah di tahap stabil dan selamat. Aku pulak keguguran kandungan 17 minggu (4 bulan 1 minggu). Mengikut jumhur ulamak di tiupkan roh pada 120hari bersamaan 4 bulan. Maka urusan bayi mestilah tidak serupa dengan kandungan yang gugur sebelum 4 bulan.

Soalan; Bayi yang gugur ketika berusia empat bulan di dalam kandungan, adakah wajib disolatkan?

Jawapan;

Soalan ini secara amnya berkait dengan hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan;

السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
“Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. 


Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Kesimpulannya, merujuk kepada soalan di atas; bayi yang berusia empat bulan di dalam kandungan jika keguguran tidak perlu disolatkan mengikut mazhab Syafi’ie. Kecualilah jika ketika gugur itu terdapat tanda-tanda hidup, maka wajiblah disolatkan. Namun hal tersebut tidak pernah kita saksikan.
  
Setelah selesai urusan jenazah, mr.husband hantar gambar kubur anak. Syukur dan sayu pada masa yang sama. Allah lebih sayangkan dia dr aku.

2 pm

Aku ditolak ke OT, doktor anesthetic adalah perempuan, pembantu semua perempuan, hanya waktu pasang alatan jek doktor lelaki yang buat, lepas siap sedia  alatan dia keluar. Doctor pon start cucuk tulang belakang (Spinal Analgesia) dan ia tidak sama dengan epidural walau melalui proses yang sama iaitu cucuk tulang belakang. 

Tak sampai 5 minit kaki dah kebas, doktor lain pulak start procedure D&C, memang tak rasa apa sakit pon di dalam tapi still rasa sentuhan, tak lama pon urusan dia sekejap je. Lepas selesai semua aku di tolak semula pergi wad. Sampai wad terus tido dengan kaki yang rasa berat macam kayu balak. 

Lebih kurang 8 pm aku dah boleh bergerak dan makan malam mr.husband bawakkan food dengan kopi O panas. Walau kaki dah boleh gerak dan bangun aku still tak mampu pergi toilet sendiri, masih rasa pitam, nak buang air kecik pon nurse bantu pakai bekas. Tidurlah lagi 1 malam di hospital.

Kesan Spinal Analgesia ni hilang je kebas sakit sangat kat tulang belakang. Kena makan pain killer. Beberapa hari jugaklah sakit tulang belakang tu. 

30/5/2015

Selamat discharge dengan berbekal MC 10 hari termasuk hari stay di hospital. Tak paham sungguh bab ni kenapa Hospitalization tak separate dengan MC. Kalau kira semula aku cuma dapat 6 hari jek Mc. tebiat sungguh. Lepas habis tarikh MC aku sambung lagi seminggu. 

15/6/2015

Kembali bekerja. 

Terima kasih semua akak2 dan kawan2 yang bertanya kabar.

Minta maaf juga pada kawan blogger yang hanya tahu dari blog ni jek.. June memang tak ada update apa2 dalam FB, ada sikit2 dalam IG. Apa pon terima kasih atas ucapan dan ingatan. Insyallah aku dapat terima semua yang berlaku. 

Nurul Aiman anak syurga ami, ami akan sentiasa ingat dan doakan Nurul Aiman. Tunggu ami sayang.

Untuk makluman aku lahirkan anak lelaki, atas nasihat seorang ustaz kalau dah tentu jantina boleh letak nama mengikut jantina, tapi aku memilih untuk letak nama yang boleh digunakan kedua-duanya. 

Telah diberi dan diambil semula, dan kau hadiahkan suatu yang berharga buat ku. 

Cukup setakat ini. Boleh klik link bawah untuk baca jumpa lagi lain kali korang.

Part 1
Part 2

2 comments: