Tuesday, June 16, 2015

Telah kau beri dan kau ambil semula : Keguguran di usia kandungan 17 minggu Part 1

Assalamualaikum!

long hiatus 

Last entry 2013 ni dah pertengahan tahun 2015

Been busy with many things..alasan semua orang pon kan heheh...
Being a mother of two and busy bee in the office kadang dah bukak blog tutup semula, dah bukak tutup lagi  tak ada idea bila dah depan blog.

Aku nak share sesuatu yang bagi aku amat perit dan sedih untuk di kenang tapi perlu diceritakan untuk manfaat dan panduan sekiranya ada ibu yang mengalami perkara yang sama seperti aku.

Pertengahan bulan 1/2015 aku disahkan ada cyst tapi kecik dan tidak merbahaya dan selang beberapa minggu aku +ve mengandung melalui ujian pregnancy test kit. Agak terkejut jugak tapi itu rezeki masuk rumah baru dan tahun baru untuk aku yang Allah nak bagi, alhamdulillah.

Macam biasa setiap kali mengandung aku memang ada alahan yang teruk, ingatkan anak dah no 3 mak ni dapatlah horey horey, tidak ye anak2..mak tetap muntah setiap pagi, tak ada selera makan, pitam, pening dan seangkatan denganya, cuma bezanya anak dah no 3 mak gagahkan jugak diri ni makan even tak selera sebab pikir baby dan diri sendiri. 

31/3/2015
Masuk minggu ke 10 kandungan, aku pergi check up untuk tengok ada heart beat baby tak dan nak tengok tumbesaran baby, alhamdulillah baby ada heart beat dan progress dia seiring dengan tarikh last period. Tak tercepat atau terlambat. EDD 31/10/2015.

7/4/2015
Minggu ke 11 pergi bukak buku pink kat klinik kesihatan  dan untuk check up seterusnya nak check up private je, mak dah malas nak dok lama2 kat KK. Masa cek kt KK inform sekali tentang cyst tapi bila tengok scan sebelumnya doktor cakap tunggu kandugan 5 bulan kita review lagi. Terbaru untuk minum air gula yang tersangat sedap tu dah upgrade baru punya version, kena minum 2x sepanjang pregnancy. 12 minggu dan 28 minggu. Set appoinment minum air gula minggu depan dan aku tak datang huahuahua... mak tengah mabuk macam ke hapa nak soh minum air gula memang tak la...haruslah aku muntah right away lepas minum. Maka tak yah gigih sangat, lagipun memang nak pergi private jek lepas ni.

Next check up aku pergi private.

20/5/2015
Lepas amk darah dan semuanya yang patut aku masuklah bilik doktor. Sembang sikit, doktor suruh baring nak scan tengok baby. I was so excited sebab perut dah besar and nak tengoklah apa kabar baby ami kan.
Masa scan memang nampak baby growing, tapi bila doktor asyik scan pada 1 part jek kat perut aku rasa pelik lagipun agak sakit jugak. Then i ask the doctor why. Masa tu doc cakap ' i tengah cari jantung baby' masa tu aku terus fokus area jantung and i didn't see the heart, there is no beating. Doktor keep moving alat scan dia tu, then she try screening with colors, obviously there is no heart beat. After that she try use sound to detect the heart beat and its silence. That time aku cuma mampu nangis, nangis dan nangis non stop. Aku masuk sorang je dalam bilik doktor, mr. husband tunggu luar, the doctor call husband and explained. We have to go to general hospital for 2nd test untuk sahkan sekali lagi. aku dah 17 weeks and I didn't expect this to be happened.

Aku memang ready physical & mental sekiranya berlaku keguguran di awal mengandung atau 1st trimester, tapi mencecah 2nd trimester waktu ni kita dah tahu keguguran sangat jarang berlaku. Lagipula aku pergi klinik bukan sebab sakit tapi untuk monthly checkup, so this news memang satu kejutan besar untuk aku dan mr. husband. Aku tidak mengalami sebarang sakit, demam, bleeding, jatuh, terlanggar atau apa saja yang boleh menyebabkan keguguran.

After that kami pon pergi Hospital Putrajaya, tu la yang nearest pon kan.  Masa daftar terus refer ke O&G, then O&G putrajaya suruh pergi Hospital Bersalin Risiko Rendah di Presint 8 unit EPAU. Then pergilah sana, scan lagi sekali and doktor sahkan baby no fatal heart rate. According to doctor baby mungkin baru je meninggal sebab baby masih lagi berbentuk elok dan tidak membengkak malahan baby memang membesar. Doktor cakap ibu boleh datang hospital bila-bila masa saja untuk lalui proses melahirkan bayi. Bayi yang telah berusia 16 minggu tidak boleh D&C, ERPOC dan seangkatan denganya. Ibu akan di induce dan melahirkan baby seperti biasa sebab baby dah besar, dah cukup sifat proses diatas tidak sesuai diguna pakai. Bagi kes di bawah 20 minggu usia kandungan di kira keguguran. Jadi dalam kes aku ni adalah gugur walaupun aku melalui proses melahirkan.


 Hanya ini je yang ada buku pink tanda kamu pernah hadir

Aku mintak jasa baik doktor bagi masa beberapa hari sebelum di induce, mana tahu baby nak keluar sendiri tanpa paksaan dan ternyata semua anak-anak aku memang suka duduk dalam perut, kena paksa baru nak keluar. Cukup seminggu aku dimasukkan ke wad untuk next procedure. 

Bersambung Part 2


3 comments:

  1. Allah jun...etty baru tau..ni pon sbb kite pon jarang update...sabar ye jun..

    ReplyDelete