Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Friday, February 17, 2012

Kehendak ke keperluan?

Salam semua...

Apa yang ada dekat bawah ni semuanya merambangkan biji mata aku ni. Mata anak tak rambang langsung, tapi mata mummy buat botak kepala daddy.hahahah....




ni botol mimijumi, eh berkenan sangat lah! sesuai untuk baby yang BF. Aku rasa ni sangatlah KEHENDAK semata-mata ;p botol Ezekiel ada 6biji lagi belum guna. -_____________-"

 Lagi 2 bulan Ezekiel dah boleh makan, so sangatlah feeling kalau dapat benda alah ni. Cam senang jek. kan??


Ni sama je la fungsi dengan yang kat atas tu, cuma beza pada flow teat dia je kottt...aku tak baca habis dia punya keterangan. Tapi macam mudah, ye tak. Letak je puree or nestum dalam tu, then ko picit jek la, kurang comot pon ye. Nak basuh pon sonang. :D

KEPERLUAN ke KEHENDAK??



Benda alah ni ponnnnnnn i loooikkeeeee uoollsssss...
kalau pakai blender rumah macam kesian sangat anak aku, nak beli blender baru macam membazir ** macam lah benda ni tak membazir kannnnnnnn** ;p 
Nak lenyek2 macam malas ** tu yang sebenarnya ** hua hua hua...
Harga tak mahal sangat pon dalam RM68 kalau tak silap aku. Berbaloi tak ek?

KEPERLUAN ke KEHENDAK??
 


 Eh!! comel sangat! gerammmm!! bath tub baby ni boleh detect samada air tu sejuk or over heat, kalau air tu dah cukup sesuai temperature dia, ada button akan tukar pada color blue. 

KEHENDAKkkkkkk sangat june oiiiiii!! hahahahah


tengok baby ni, aku bayangkan Ezekiel bam bam pakai..oloh oloh comeinye anak mummy! hiksss!!

CD memang dah lama menjadi idaman kalbu, since Ezekiel dalam perut lagi dah cakap kat daddy dia, nanti bila baby dah keluar nak bagi pakai CD. cantik, comel, save cost, loveeeee green, tapi leceh sikit.huhuhuhu...
mungkin kalau pakai pon, time hari minggu then up lagi, hantar ke nursery. Pakai DD malam2 jek & time travelling. ok tak??

KEHENDAK ke KEPERLUAN?? keperluan kotttt..... kan?? ;p

Excersaucer. Perlu tak? aku suka jenis macam ni, kalau kaki belum sampai, boleh dia dok terkinja-kinja atas ni kan. Lagi pulak Ezekiel dah sebok melompat-lompat skang, pantang diri, nak melonjak je keja dia. Keluar muscle mummy jadinya.hehehe..


aku suka cam ni jugak, 2 in 1. :D


Tapiiiiii...bright start or Fisher Price punya rege...humakaiihhhhh... cari biasa2 or preloved je kot. kot lah....heeeee....

KEPERLUAN ke KEHENDAK?? 



 Cer tolong bagi jawapan sikit....heheheheh

dah dah..meh layan video buah hati hamba, terkinja-kinja dalam rocker, sampai beralih-alih rocker tu dibuatnya. Main toys pon pakai kaki je, terkuis-kuis. heh!


video

Thursday, February 16, 2012

sama tapi tak serupa

Ramai cakap muka adik bungsu aku sama macam aku masa kekecik, eh dah besar pon sama jugak ;p . Mula memang aku rasa tak ada, tapi bila dia makin besar aku rasa sama pulak. apa kata korang??

muka kak long, jangan tak tau kak long garang tau, tapi kesayangan jugak. ;D

si bungsu, cu sara nama dia. sama macam kak long katanya, paling serupa aku rasa tang bibir terbelah tu.

owhohohohoh...rasa nak lempang lempang geram dekat cu sara ni. mengada sangat muka tu ;p
video 
cu sara kesayangan semua.


video 
rindu dgn budak kepoh nih!


Dah lah muka sama, satu benda yang SANGAT serupa ialah ini !!!

cara pegang pensil atau pen. SEBIJIK!!! aku tak tau mana dia belajar, tapi memang itulah gaya aku pegang pen. pelik tak? tak eh? heheheheheh... percayalah, si kecik ni serupa dengan aku walaupun kami berlainan ibu, tapi pak nyer sama. heeeeee.......

Tuesday, February 14, 2012

5 minit punya hal, 3 jam tunggu!

salam uolllssss....

hanginn!!! lagi hangin sebab kena paksa amik EL! urggh!!

Pagi ni check up Ezekiel my little pumpkin ** eh! marah2 sempat lagi nak manja2 ;p** 4 month, besar dah bujang ai yu. Hilang dah bau paling sedap dalam dunia ** Bau baby** tapi tetap bau wangi, tetap sedap nak cium masam ucuk dia tu.huhuhuhu....


budak masam ucuk!! ;p

Pagi, sampai klinik dekat pukul 9 kot, lebih kurang lah. Masuk je memang ramai yang amat orang dalam tu, tapi kononnnnn nyer ada sistem APPOINTMENT, siapa ada APPOINTMENT dapat masuk cepat, tapiiiiiii nan adoooooo.....

Tunggu punya tunggu punya tunggu lepas 1jam lebih baru panggil nama bagi nombor giliran, hebatkan??? lepas 1jam ok. Anak aku pon dah sempat meraung nak tido. Ok la dia tidur. Lepas dapat nombor pergi timbang, ukur sana sini, settle.

Then, tunggggguuuuuuuuuuuuuu lagi, sampaikan Ezekiel mengamuk sakan, melalak lalak, panas even ada aircond dalam tu pon dia tetap berpeluh, bagi botol tak nak jugak, pujuk bawak jalan-jalan tak nak jugak, sudahnya masuk dalam kereta bukak aircond kuat-kuat, BF, baru senyap.

Ok dah senyap, tenanglah hati ni. Suara anak aku tu kalau dah mengamuk mak aiiihhhhh bisa copot jantung loe...hahahaah...

So dia main-main dalam kereta, gelak-gelak, suka-suka, tapi dek kerana lama sangat, dia start boring, kembali start engine nak mengamuk, nak susu, bagi susu, terlepas je dari mulut meraung. adoyaiiii...makin bertambah hangin lah aku dengan KK ni. Ezekiel dok melalak-lalak, sampai dah tak tau nak pujuk macam mana, aku peluk je dia, sambil dia meronta-ronta, menangis bersungguh-sungguh sampai keluar air mata, sudahnya penat mengamuk, dia tertidur. owh la anak...kesian.

Pukul 12.30 lebih kurang baru dapat masuk, jumpa nurse 5minit je pon............. tanya baby oktak, ada ruam ke tak, dah pandai apa, masih susu ibu ke, lepas cakap kali ni tak ada cucuk, then DONE!! ko tengok ko tengok!! kejap hokeyyy!! eeehhhh geramlah!!!

Bertambah geram kena paksa amik EL sebab keluar office lebih 4 jam.waaa!!! benci! sentap tau!

Kenapa mesti pergi KK?? sebab aku rasa KK lagi elok dari swasta, lagi lagi lepas baca blog Harz yang mengatakan klinik gomen ni lebih ketat procedure pemberian ubat-ubatan berbanding private. Maka pilihlah gomen, tapi gomen lemmmmmsssss....hua hua hua..geram!geram!geram!

Aku geram pasal anak aku mengamuk, meraung sampai tertidur tidur, tapi aku tak mampu nak tenangkan dia, aku sedih. Aku geram pasal, tak memasal kena amik EL, padahal cuti aku dah lah sememangnya seciput. grrrr!!!!

ps:: ni citer semalam, tapi hari ni baru dapat sambung tamatkan cerita.hua hua hua...