27/5/2015
Malam pukul 8 aku check in Hospital Putrajaya. Nurse muka pelik pehal pompuan cekeding ni nak masuk wad sebab dalam masa seminggu perut aku yang besar semakin mengecil, kalau pakai blouse memang dah tak nampak perut lagi dah, perut aku nampak macam baru 2-3bln pregnant jek.
Tukar baju color pink, xlama lepas tu dia bagi baju hijau sebab aku bukan lagi ibu mengandung sob sob sedih kita tau.
Then doktor datang cek, baca rekod, tanya soalan2, bila cek perut dia cakap baby agak besar jugak perlu scan lagi sekali untuk confirm. Pergi scan baby still normal size, tapi bila pegang perut rasa besar, so delay masa nak insert ubat induce (cervagem), suppose kena insert subuh esok, tapi doktor request pakar untuk scan sekali lagi.
28/5/2015
The next morning tunggu pakar, lepas scan semua ok tak ada masalah, pakar cakap baby normal size tak ada masalah, schedule to insert cervagem at 12pm, only 1x for that day sepatutnya sehari perlu insert up to 5x per day. Boleh refer this Cervagem untuk tahu more tentang cervagem.
Kenapa banyak kali? sebab baby dah tak ada heart beat, so dia tidak ada respond yang sama macam baby yang hidup.
Kesan insert cervagem aku jadi cirit-birit, tak ada dizzy atau demam, alhamdulillah. Tapi sakit dia... Allahu.... tak terkata tak tergambar, jauh lebih sakit dari sakit nak melahirkan. Insert cervagem pukul 12pm start rasa contraction pukul 1pm, dalam pukul 4pm makin kuat, nasib masa tu mr.husband ada. Nak makan nak minum memang tak lalu dah. Around 7pm sakit makin kuat, time tu ada sikit rasa lega coz i thought baby is about to pop out rupanya hanya ketulan darah je yang keluar, subhanallah.. sakit sangat. Mulut ni tak putus baca doa dan zikir. Pukul 8pm mr.husband dah kena balik.
Nurse ada cakap boleh amik painkiller kalau tak tahan sangat atleast I can rest and sleep at night. Pukul 10++ I give up, I request for painkiller jab (pethidine), lepas dapat jab lega sikit, still rasa sakit tapi bearable and I can sleep.
Kesan amik pethidine ni aku muntah, tak kisahlah muntah janji acik tak perlu tahan sakit whole night coz tomorrow is another story of pain I have to bear, moral kena jaga jugak, tenaga kena ada jugak.
29/5/2015
Esok pukul 7am nurse datang kejut nak insert another cervagem. Masa tu dah tak larat nak bangun, lagi pulak kain penuh dengan darah. Tunggu nurse datang tolong tak le sampai2, pagi tu pon ward nampak kelam kabut sebab banyak emergency case. Then nurse bawak wheel chair pergi insert ubat dulu baru tukar apa yang patut. Masa kena tolak rasa ok lagi, before insert aku pergi toilet dulu cuci apa yang patut, tapi bila nak bangun aku dah tak larat, pitam and gelap mata, nak panggi nurse pon tak terkeluar suara, mujur nurse tu alert, bila dia tolak pintu toilet aku dah tersandar je kt tandas tak boleh bergerak. Bila tolak ke bilik procedure aku request another way untuk bersalin, aku tak mampu dah nak tahan sakit tu. Doktor nak cek dulu, dia pon agak risau nak teruskan procedure dengan condition aku waktu tu.
Doktor buat VE (vaginal examination), surprisingly dah fully dilated 10cm dah. Aku? tak tahu nak happy ke tak sebab tak perlu insert ubat, aku lebih kepada tak berdaya nak push baby, I have no energy at all. Doctor suruh jugak push sebab baby dah turun dari rahim tinggal jek. Nampak macam senang PUSH jek, tapi hakikatnya susah nak push coz u don't feel any surge, sakit pon dah tak ada how to push.
Doktor ajar cara nak push, tarik nafas tahan dekat dada and push kuat2, 5x kali push akhirnya selamat melahirkan Nurul Aiman Lim pada pukul 8 pagi, jumaat, 29/5/2015.
Syukur alhamdulillah semua dipermudahkan urusan ku. Jujur, aku dah tak larat nak tanggung sakit, moral memang dah down sangat pagi tu. Masa tu memang muka ni dah pucat lesi dah. Aku tanya nurse kenapa aku sampai jadi macam tu, nurse cakap mungkin tahan sakit terlalu lama. Doktor minta call husband untuk ambil baby di unit forensic.
Lepas masuk air sekejap and rest, nurse tolak masuk wad semula. Dapatlah minum air sikit then makan nasi lemak. Ko mampu makan nasi lemak lepas bersalin? Aku tak kira dah, makan jek, nasi jek la..sambal tak makan. Aku dah tak larat sangat, tak bertenaga langsung. Makan jugaklah sesuap dua, minum milo and makan biskut sikit. Lepas call mr.husband, terus tido. Dalam pukul 11am, doktor pakar buat round. Dia agak terkejut aku dah bersalin, cepat agaknya proses aku ni tak tahu, kuasa nak tanya. Then dia buat VE sebab aku ada kuar ketulan darah lagi lepas bersalin, kali ni VE sakit ye, ni betul2 dia seluk dan korek2 dalam tu nak make sure ada ketulan darah ke tak, dan memang ada lagi. Doktor decide perlu D&C pulak untuk cuci darah beku.
Perasaan? sedih, takut, letih, nak nangis semua ada.
Dah panjang sangat. Sambung Part 3 pulak ek. c u soon.
sedih lg.... rasa tkut plak nak bersalin ni...
ReplyDeletejangan risau.. insyallah tak ada apa2..
Deletesakit tu mesti sakit.. tapi doa minta dipermudahkan.. ok :)
jun...........aku lmbt tau ni...huhu...sorry for ur lost..nurul aiman tggu ko kat sana..berbahagia lah...
ReplyDeleteetty..sokey..aku mmg xd btau pape pon kt fb..ada la sesikit kt ig..
DeleteInsyallah ada rezeki lain..
June, br bukak blog. Sorry for your lost. Jap blur. Nurul aiman boy ke girl? Wuwuwu aku lak yg emo ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteNurul Aiman boy.. tp ustaz suggest letak la nama yg sesuai lelaki dan perempuan..
Deletemmg emo sgt masa baru2..tp ni da ok.. da blh terima..