Showing posts with label Hari Bahagia Ku. Show all posts
Showing posts with label Hari Bahagia Ku. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Airis si bunga cinta :: 4bulan :D



Airis bunga cinta bambam mamy dady, sekejap sangat rasa jaga sikecik ni. tau tau dah masuk 3 bulan, esok dah 4 bulan si bulat tembun sorang ni.

Alhamdulillah jaga bunga senang sangat. Paling melegakan hati bunga tak macam abang setakat ni, abang masa baby lagi dah selalu batuk demam selesema, bila anak tak sihat hati mak pak memang gundah gulana. tido tak lena, kt opis pon susah hati mengenangkan si anak. Mudah-mudahan bunga tak de asma macam abang dengan ami.

Setakat nak masuk 4 bulan ni si kecik tembun ni memang banyak mulut, membebel aje kerjanya, suka senyum, mata belum buka dia dah tersenyum-senyum bila bangun pagi. Dah mula nak meniarap, dah banyak kali jugak meniarap tapi belum betul2 pandai lagi.

Bila hari ami kerja, dia cool je.. balik school golek2 lepas rindu dulu cium ketiak ami, dalam pukul 8-8.30 dia tidur, bangun tak bangun pukul 4am nak susu.
Tapi kalau hari ami cuti, dia punya melekap...hadoiiiiii....manja sangatttt... ami nak kemas rumah nak masak pon susah. Sekejap sekejap dia nak susu, sekejap kang nak tidur tapi ami kena ada sebelah, nak baring tengok tv pon nak baring atas riba tak nak atas toto dia. cewahhhh... lepas rindu betul ni kekdahnya.

Alhamdulillah ami masih BF cik bunga lagi.. kurang meriah macam abang ezekiel, tapi alhamdulillah cukup menampung demand cik bunga.

Meh la layan gambar mek putih kata tok mi dia, sebab susah beno nak panggil airis tihani tu.. :D




abang ezekiel memang sayang adik
pantang adik muntah, cepat2 cari kain lap mulut adik. good boy.

check up 3 bulan

jalan-jalan alamanda je pon..

ketap gusi, macam orang gatal gusi je.

cik pipi geboh 



Monday, October 21, 2013

AirisTihani Lim :: birth story



assalamualaikum!!!
fuh!fuhh!fuhh! bersawang habis rumah kami hehehe.. sory la yer... :)

lama sangat rumah kena tinggal banyak cerita dah jadi basi, slow2 daku update yer..
entri raya pon tak berupdate haihhh...

ok la. aku nak abadikan *waaaahh sangat ayat abadikan huehuehue*  pengalaman bersalin bidadari kecil kami sekeluarga, Airis Tihani Lim. Macam yang dijangka oleh aku sendiri, kali ni pon aku bersalin overdue but this time sampai 10 hari lewat. penantian memang menyeksakan, hati ni tak sabar nak jumpa si kecik tapi si kecik suka benar duduk dalam perut ami. Dalam pada tu aku berdoa supaya sakit tu datang naturally, kalau boleh tak mau induce, tapi siapalah kita..semua ketentuan DariNya..

30-8-2013 aku kena admitted, ezekiel MIL bawak pergi rumah kak ipar. pertama kali berpisah dengan anak rasa sayu sangat. bila siap daftar semua just duduk je la seharian. petang tu doktor datang nak VE,if tak ada bukaan dia akan paksa bukaan tu dengan harapan akan ada natural birth sign.

lepas VE dan bukaan secara paksa dibuat aku baring la semula.. tak sakit tak ada apa2 so janggal betul rasa dok melanguk dalam wad. Dalam pukul 8++pm aku dah start ada rasa contraction, very mild, agak consistant 1 in 10. Sampai ke tengah malam dan bawa ke subuh macam tu aje la contraction yang aku rasa. tido pon tido ayam je..dah acaner nak tido kalau 10min sekali sakit kan.heeee

31-8-2013 pagi pukul 7 aku dah siap mandi segala, semangat nak bersalin hahaha..tapi dalam hati tetap takut... orang cakap lain anak lain sakitnya. elok pukul 9 doktor datang buat VE, sayangnya progress tak cun baru buka 2cm, so kena induce jugak, before induce doktor ada beritahu risiko bila induce dan sakit induce lebih kuat dari biasa. tak ada pilihan aku terima je la asalkan baby lahir dengan selamat. Tapi instead of 2 biji procyn aku cuma dimasukkan 1biji je, kalau masih poor progress after 6hours akan masukkan lagi 1biji. jangan tanya kenapa doktor buat cam tu, mungkin sebab muka aku tak meyakinkan kott.

lepas induce doktor akan datang cek pukul 3. sementara tu contraction masih sama tak de perubahan. lebih kurang pukul 1.30 nurse buat ctg,  almost 1jam jugak sbb baby tido. tapi waktu tu contraction makin kuat tp jarak masa sama je cuma sakit tu semakin kuat. tak lama lepas tu tiba2 sakit jadi 2 in 10, sakit dia Ya Allah... sakit yang memang tak boleh nak digambarkan. mengigil satu badan, menitis jugak air mata dek kerana menahan sakit. kali ni sakit paling kuat dibahagian pinggang dan tiap kali sakit mintak hubby gosokkan belakang, aku genggam tangan dia sekuat hati yang boleh. serius sangat sakit jauh beza masa nak bersalinkan abang.

lebih kurang 3.15 aku nak ke toilet nak buang air kecik, dah selesai lepas 10 minit nak kench lagi, kali ni elok bangun je sakit contraction tiba2 menggila sampai tak boleh nak berjalan, nak bukak pintu bilik air pon menggeletar rasa tangan kaki. Dapat je keluar dar toilet terus peluk laki aku sekuat hati, dia pon gegas ambil wheelchair, cari doktor nak suruh VE. Tapi almaklum je la hari cuti merdeka...doktor tak ramai, nurse pon boelh dibilang jari dan paling malang masa tu tak tahu mana pergi semua nurse, doktor sorang je.
Mula-mula doktor tu tak nak buat VE atas sebab apa tak tau, dia suruh tunggu sampai doktor yang sepatutnya in charge datang. Laki aku pon mula la berangin 1 badan, dia risau kalau aku punya bukaan tiba2 dah buka besar, sebab 1st baby macam tu.

Sudahnya doktor suruh tolak masuk bilik VE, tengah dia dok mem'VE' aku, nurse pon masuk. Seperti yang dijangka, bukaan dah 7cm, mungkin doktor yang cek tu baru lagi kot, nurse buat sekali lagi confirmkan, bila nurse buat VE, bukaan dah pon 8cm. Masa tu pembantu hospital terus pergi ambil katil, tak de der naik wheel chair. Aku plak memang dah tak tertahan lagi dah, memang rasa nak meneran sangat, sakit jangan tanya, Allah je tahu.

Sampai labour room, pindah katil, alhamdulillah memang bilik kosong dan doktor memang ada dalam bilik tu. Masa doktor tengah VE nak cek bukaan rupanya aku dah pon fully dilated, kepala baby pon dah nampak, terus dia suruh push. Push kali pertama kantung air ketuban yang keluar, so pecahkan dulu, push kedua keluar kepala, kali ketiga lahirlah Airis Tihani Lim pada pukul 4.13pm ;) Alhamdulillah...

This time memang betul2 neutral, dah macam bersalin dekat rumah, tak de gunting, tak de drip, semua tak ada, sebab memang dah tak menyempat lagi, dek kerana tak menyempat sangat maka berlakulah koyakan, 1st degree tear, dalam tak ada koyakkan, tapi skin terkoyak dan koyakkan tu tak serata. Jahit kali ni SUMPAH sakit! dah bius pon sakit huuuaawwwaaaaa!!!!

elok siap jahit semua, jumpa je muka laki aku, terus cakap 'ami tak nak pregnant lagi..tunggu 4 5 tahun lagi' huuauahuhauhau..dalam pada tak nak, nak jugak tu..kihkihkih...

Kiranya tempoh sakit agak panjang berbanding Ezekiel.
Kali ni dari 8.30 mlm hingga 4.13pm esoknya total 20jam
Tapi sakit yang betul2 buat air mata keluar dari pukul 1pm hingga detik kelahiran lebih kurang  3jam 13minit
Alhamdulillah, urusan kelahiran si kecik bunga kebahgiaan kami ni senang dan mudah, cuma sakit tu yang berbeza.

Lain anak lain sakitnya, lain orang lain rezekinya.

aku doakan untuk kawan-kawan yang sedang mengandung, yang tengah menghitung hari untuk melahirkan, semoga urusan kalian di permudahkan.Jangan pulak takut lepas baca cerita aku ni, sebab setiap orang tak sama dan serupa, masing2 Allah dah tetapkan bahagiannye. Kita berdoa moga bahagiaan kita adalah yang terbaik. Amin.. :)
Airis Tihani Lim :: Bunga Kebahagiaan :: 31082013 :: 1613 :: 



Thursday, May 23, 2013

check up @27weeks

olla!!

Tadi pagi pergi check up adik baby, alhamdulillah...kesihatan ami dia meningkat dengan jaya hehehe.. ami dah berjaya menaikkan berat sebanyak 3kilo dari 55kg naik ke 58kg, syabas ami!! total kenaikan sepanjang mengandung dah cecah 6kilo. bagus! ;p maka lagi 2 minggu ada appoinment MGTT atau lagi mudah paham minum air gula, sekian. jadi kena make sure jangan naik lebih dari 1kilo dan mudah2an tak da diabetis.

HB kali ni kurang ok, menurun 10.6 je. Tapi jumpa doktor cakap agak normal masa 2nd trimester Hb menurun sket tapi make sure kena naikkan semula, takut makin turun pulak. Tak elok untuk ibu dan kandungan. ai ai doc!
Tapi tu la ami mengandung kali ni tersangat suka minum kopi O, kalau dapat minum memang senyum sampai telinga, dan akibatnya tu lah, Hb pon turun...haishhh! boleh lupa plak minggu ni ada check up baby, baru je 2 3 hari lepas minum kopi O, pastu bantai minum teh. ish!ish!ish! no good!


Suppose tadi ada scan baby tapi tak jadi, tangguh masa minum air gula tu pulak. Akan tetapi.......tidak mengapa la...ami dah tau dah...hehehehe..cer teka cer teka.kihkih!! tunggu ami dah pukul canang dekat family baru ami story mory kat cni eh....jangan marah uolls.... :D

Sabar itu separuh dari iman~~~ :)



Mana satu pilihan anda??? hikhik!!

Friday, January 11, 2013

Lil pumpkin inside mommy's womb ^^,



Syukur Alhamdulillah...
Semoga semuanya selamat sehingga melahirkan.
Selamat beradu sayang hingga ketemu nanti.
Mommy Daddy Abang Love u so much!!

Dikala berusia 7minggu :) :: 31/12/2012


Doa buat adik baby. 



Tuesday, November 6, 2012

my toddler :: birthday sepet ^ Cookie Monster katanya...

uollsss..

Sabtu baru ni aku ada buat majlis hari jadi Sepet, kecil-kecilan je..jemput pon kawan-kawan terdekat and rapat.

Alhamdulillah semua ok je dan berjalan lancar even sebelum tu hujan dengan lebatnya. Hujan tu kan rahmat. Alhamdulillah.

Birthday Sepet 12/10 tapi dek kerana dah nak Raya haji kan, so kitorang buat lambatlah sikit, ye la kang orang sebok nak raya haji aku laki bini sebok ajak datang rumah, lagi2 mak mertua & family aku kan. Kesian dorang, dah lah jauh. So kalau lepas raya mudahlah sikit. :)

Aku buat theme jugekk... pikir punya pikir punya pikir

ramai sangat dah buat rainbow theme sebab rainbow ni macam sesuai je utk lelaki atau perempuan kan, sebab mula2 aku macam terkenan dengan rainbow theme ni, banner for donlod pon berlambak ada, FREE kihkih. So aku tak mau lah rainbow lagi, kita cari yang macam boboi sket. Sudahnya aku berkenan dengan Cookie Monster..mulanya cari-cari design cake, tengok cake cookie monster macam comel plak. Aku proceed je la dengan theme Cookie Monster ni.

Then mulalah google segala mak nenek, mak nenek lah sangatttt...padahal google banner birthday je hihihih... Aku jumpa macam2, tapi yang Cookie Monster semua pon kena beli, ai kan kedekut, jadi ai nak free je.kihkih... aku jumpa theme circus kot, for free, aku edit lah sket. Maka jadilah banner Cookie Monster sdn.bhd ;D

Inspired by katanyaaaa..gitewwww!!

moh le kita layan gambar yerk

asal boleh je deco nyer. Tak sempatlah nak deco ye ye sangat. Almaklum sendiri masak, terus jadi huru hara sikit timing tu. Kena pulak hujan lebat, terusssss kedaung deco-deco kitew. udahlah kedaung, belon pulak asyik meletup sebab kena air hujan, dab tak balance pulak...merah banyak, biru sikittttt....kihkih!!

Banner atas tu la, aku donlod free banner circus theme, pastu aku editkan aje, masukkan Alphabet yang aku donlod jugek. hehe!!

 Sepet adalah kuat mengarok ye hari tu, dengan semua orang pon tak nak, asyik nak menangis je. fitammmmss mak incik.



mummy dukung je terus mood baik, cer orang lain dukung, waaaaa!!!!! alololo..nak anje anje la tew!

taraaaa!! cookie monster!! red velvet cake, sumpah sedap!! 
nak order boleh pergi sini k Mc'Kie's Cupcake.
aku tempah dengan wife office mate aku, sedap. Area Seri Kembangan. 

Sepet tak de der dia layan tiup-tiup lilin, dia sebok dengan pisau cake je.sebok sangat nak potong cake. 
 

percayalah cake ni SEDAP!! nyum nyum!!

Makanan untuk majlis hari jadi ni aku telah mengikut konsep jemputan 50orang masak untuk 30orang SAHAJA. Sebab, percayalah bukan semua 50orang kita jemput semua datang...macam kita jugakkan, kadang dapat datang kadang tak dapat nak datang. Mula-mula masak tu risau jugak tau, kang tetiba-tiba semua pon datang menangislah haku makanan tak cukup.matiklah jemput orang tapi masak sikit. ;p
Tapi alhamdulillah..makanan cukup untuk tetamu cukup juga untuk orang didalam rumah.

Menu ::
Spaghetti Bolognese - snd bhd
Laksa Johor - sdn bhd
Roti Jala - tempah
Kari daging -sdn bhd
Sosej roll - tempah
Karipap - tempah
Creampuff - sponsored
Buah-buahan - belila...
custard pudding - sdn bhd

Air blue lemon - sdn bhd

Spagetthi kena masak 2kali sebab kuali kecik, tak muat nak masak semua. Laksa sedang-sedang elok, cukup-cukup je, tu pon time masak pakai 1periuk sederhana besar, dengan kuali, kalau tak memang kena masak 2kali jugak, fuihhh!!!. 
Lepas tu dek kerana hujan turun di saat aku tengah nak susun makanan, so tak jadi nak susun, letak dalam rumah semula, jadi bila hujan berhenti, orang dah sampai terus mak incik terlupa nak keluarkan karipap dengan sosej roll.boleh??? aduhaiiii....

Bila orang yang hujung-hujung datang barulah karipap dengan sosej roll aku keluarkan. haishhh!! ralat rasa. Tapi tak pe lah, habis jugak akhirnya...sebab dah petang-petang dekat area rumah aku tu ramai je budak-budak main dekat padang depan rumah. Aku panggil je dorang makan. Macam sekelip mata semua pon clear. syabasss!! kanak-kanak!!

ni video dia, tengoklah budak yang sebok nak main pisau cake.ish!!ish!!


Friday, October 12, 2012

1 tahun yang lepas

Setahun yang lepas dalam pukul 12 tgh hari tu aku dah mula rasa sakit, mild je boleh tahan lagi sambil-sambil ambil gambar tunjuk peace pada my vitamin.

Setahun yang lepas lepas je waktu asar rasa sakit tu hanya DIA je yang tahu. Tapi percayalah tak ada setitik pon air mata yang keluar, punyalah nak tabahkan hati, takut bila menangis terus hilang semua kekuatan yang aku kumpul.

Setahun yang lepas, doktor yang buat VE tu lelaki dan hensem ngahahaha.. tapi ketahuilah masa doktor perempuan buat VE aku macam nak lempang je doktor tu, sesuka hati dia rodok kuat-kuat. Lembut sikit tak boleh ke??

Setahun yang lepas aku masuk labor room tak sampai pon 15minit tau tau je dah nak meneran sangat dah aku rasa.

Setahun yang lepas tepat 5.41pm lahirlah seorang putera dihati aku dan husben. Putera yang aku tunggu-tunggu, putera yang buat aku nangis-nangis pujuk dia keluarlah jangan duduk lama-lama lagi dalam perut.

Setahun  selepas 12/10/2011, memberi aku dan hasben kebahagiaan yang memang tak ada ganti.

Setahun dah pon berlalu. Macam sekelip mata. Macam sekelip mata bahagia yang Allah dah berikan pada aku. Bahagia sangat! Syukur!

Ariq Ezekiel Lim mommy daddy sayang sangat dekat Ezekiel. Mommy daddy doakan semoga Ezekiel jadi anak yang baik, yang mendengar kata, yang menyejukkan hati mommy daddy, moga Ezekiel tahu sayang mommy daddy pada Ezekiel sampai hujung nyawa.

12 oktober 2011

12 oktober 2012 

Tuesday, June 5, 2012

2 tahun cinta kami

Hari ni cukup 2 tahun

2 tahun penuh cinta dan kasih

terima kasih kekasih 
untuk cinta yang tak berbelah bagi
untuk layanan yang masih seperti dulu
untuk hadiah terindah dalam hidup 

Kalau nak ucap terima kasih memang tak pernah cukup ucapan tu.

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun kedua, setelah 4 tahun menyulam kasih, 2 tahun membaja cinta, 6 tahun penuh makna, berlalu sekelip mata tak pernah rasa dah lama, selalu rasa baru kenal, baru je bercinta padahal tua sudah usia. 


2 tahun bahu ini menjadi tempat aku berlagu ria dan duka.

Semoga kamu tetap menjadi Adam ku dan aku bidadari mu hingga ke syurga. 

Monday, June 4, 2012

dah besar, gini rupa peel dia!

Uoolllsss....monday blues ke uoollsss...

hari ni mak kurang busy sket, sebab kawan seangkatan mak dah masuk kerja. hari tu kawan mak tak sehat, jadi mak mem'busy' sikitlah kan...


Nak cerciter sikit perihal anakanda kesayangan, uiiihhhh...mentang-mentang dah besar sikit punya banyak peel, mak oii! rasa geram nak geget geget je..

Seminggu lepas Ezekiel demam, banyak ulser dalam mulut..kesian sangat sedeh bila dia tak lalu minum, tapi makan lalu seperti biasa. Sudahnya ke An nur dapat OralAid, titik malam tu jugak, lepas sejam bibir dah tak merah, lepas 3 hari dah baik. Alhamdulillah...


daddy apprentices ;D


Sebaik je baik demam, sudah dapat akal baru, memapah. Eh! setiap kali demam, baik je mesti dapat akal lah senang citer. Owh! selain dapat akal baru, dapat gigi baru jugak.haha!! kan aku cakap gigi dia tumbuh 1 je, ni keluar lagi 1, so 1 gigi panjang, 1 lagi masih bantut. lawak je anak aku ni tau.

Sekarang merangkak dah kemain ligat, laju macam kartun, yang tak tahan dia tak boleh agak jarak. Bila nampak apak nak kejar beria-ia, nampak dinding konon dah habis elak la tuh, tup tup kedegang. ;p Tak kuat la, tapi dia berhenti sambil muka sengih-sengih suka. Kalau tengah merangkak, nak pegang something selalu tak dapat betul2 sebab salah anggaran kot. comel je.

Kalau dapat playpen uisshhhh kemain lagi berdiri, pastu lepas tangan ikut suka, eh bukan time berdiri je, time duduk pon sama. Ikut suka nak baring ke apa. heh! ikut sedap dia je. Memang tak boleh lepa langsung sangat merbahaya, takut esok-esok tau tau dah naik tangga, tup tup jatuh pulak, meraung aku kang. ;D

Suka gila tengok bola, tengok sampai mulut menganga melopong haha! ye ye je tau, kot tak puas hati merangkak pergi berdiri betul2 depan TV tapi versi melutut, lepas tu melanga je mulut tu. APTB tau! peel dah macam-macam, seronok tapi kadang penat nak melayan bila datang angin ribut dia.
 
cer tengok gigi dia, nampak tak tinggi bantut.haha!!
 
Paling baru, terbaru dari ladang, suka gila menangis meraung-raung, stok keluar air mata merembes rembes macam orang cubit, padahal nak aku dukung. eh apakah???? konpius mak nak!
Ikut apak tak nak, nak jugak jugak aku dukung. Kadang tak nak duduk nak berdukung, berdiri. Tak da pernah aku ajar dia berdukung berkelek, letihlah kalau berkelek je, bila masa nak buat kerja rumah. Tapi mana akal dia dapat nak berdukung je, tak boleh letak langsung, nak pakai diapers pon kadang boleh menangis beria-ria.ohohoh...HELP!!

Tapi kerana mu anak, mummy bahagia ;) tak boleh dijual beli. Tengok muka dia terus sejuk jiwa raga den. ;D apa pon bila meraung tak tentu pasal sebab nak berdukung terasa jugak ringan tangan nak lepuk montot tu, tapi ku tabahkan hati tak lepuk, huhuhu...hai la anak, sayang mummy kat kamu sampai ke hujung nyawa.

psssTTT !! esok anniberseri ioollssss uuollsss...2taon dah! ahaks!



Tuesday, July 26, 2011

Khas buat cinta hati

Cinta hati saya

saya nak awak tahu
tanpa awak pasti dunia saya gelap
saya nak awak tahu
dalam hati saya cuma ada awak
saya nak awak tahu
awak dah bagi bahagia dalam hidup saya
saya nak awak tahu
saya cinta awak sampai bila-bila

Cinta hati saya

bila awak tak ada
saya sunyi
bila awak tak ada
saya kosong
bila awak tak ada
saya hidup tanpa jiwa
bila awak tak ada
dunia rasa sepi

Cinta hati saya

kalau saya diam
bukan saya marah
kalau saya diam
kadang2 saya tengah rajuk
kalau saya diam
bukan saya kecil hati
kalau saya diam
kadang2 saya cuma mahu perhatian

Cinta hati saya

terima kasih
sudi jadikan saya sebahagian dalam hidup awak
terima kasih
beri saya kesempatan mencintai awak
terima kasih
menerima saya seadanya
terima kasih
untuk kasih dan sayang
terima kasih
untuk segalanya

Cinta hati saya

Di hari lahir ke 28tahun ni
Diharap bertambah lagi kebahagiaan di hati awak
kerana bakal menjadi seorang ayah kepada putera kecil kita
saya berharap bahagia yang Allah s.w.t pinjamkan pada kita
akan kekal hingga ke hujung nyawa hingga ke akhir hayat.

Cinta hati saya

Cinta saya hanya untuk awak

Selamat Hari Lahir CINTA

Monday, June 6, 2011

5.6.2011 - Setahun yang lepas




Hari ni cukup setahun kita bersama-sama menempuh alam baru, permulaan kisah hidup kita berdua. Mulanya keluarga kita nanti.

Setahun yang lepas, di saat lafaz ijab dan qabul itu, hati ini mengucap syukur kepada Allah kerana memberi kamu dalam hidup ku. Walau kau tidak sempurna, tapi cukup untuk menyempurnakan hidup aku.

Terima kasih kerana menerima diri ku seadanya, segala kebaikan, cacat cela, kekurangan diri ini. Terima kasih kerana pernah menghulurkan tangan dikala aku terkapai mencari makna hidup, dan sekarang kaulah makna hidup aku.

Terima kasih sayang.

Thursday, January 13, 2011

cinta kedua juga indah!

entry ni memang lovey dovey punya yer...korang kalau mual, aku mintak maaf. ;p

semalam berbual dengan hubby, cerita tentang perhubungan kami. tahun 2011 merupakan tahun ke 5 aku kenal dengan my vitamin. Seyes babe aku macam tak sangka, tak percaya. Aku tak pernah rasa macam " lamanya aku dah kawan dengan dia..." , " bosannya kawan lama2 ni.." atau apa saja yang menggambarkan LAMA.

Apa yang aku rasa, SEKEJAP. Seakan tahun2 yang berlalu tu macam tak terasa, terasa cepatnya masa berlalu. Sebenarnya aku tak tahu bila aku start seyes dengan my vitamin ni, apa yang aku ingat 1st time kami keluar masa birthday dia 26 july, masa tu aku baru patah hati kot. Dah lama dia dok usha, ajak keluar, ajak makan, bukan tak pernah keluar sama, pernah, tapi dengan budak opis, keluar ramai2, lepak mamak sama2, keluar berdua memang tak dapek la jang yo...

Masa 1st time keluar pon sebab ada budak opis aku wife dia bersalin, so ramai2 la kiteorang pergi melawat, time tu aku naik kereta dia, member wat muka cool jek.poyo.hahahah...
Masa nak hantar balik rumah tetiba kereta lalu jalan lain, terus tuju ke tasik, tasik tu dekat jugaklah dengan rumah aku, dan sejak dari hari tasik tu aku dengan dia mula berbaik, dan semakin lama makin mesra, aku rasa kami betul2 rapat bagaikan belangkas, bagaikan gam gajah dalam bulan febuari tahun berikutnya.

Pertama kali kami berdating?
dating di tasik, dating yang tak berapa nak romantik tu, dating tanpa sengaja, dia mengambil kesempatan dalam kesempitan, mentang-mentang tumpang kereta dia, peluang jangan di lepaskan.hahaha...my vitamin pakai baju putih, colar baju warna biru pekat, aku pakai t-shirt hitam kot. Tengok! baju dia aku ingat, baju sendiri tak ingat.kikikiki

Katanya ni lah besday present dia. malu sipu-sipu ai u.

Pertama kali dia belikan aku bunga?

itu pertama dan terakhir kot..hahahha..aku memang tak suka bunga dan dia pulak bukan mat bunga kot. ;p
Masa tu malam valentine, memang tak ada niat langsung nak sambut kebenda bagai, saja pusing kat area stulang, masa berhenti kat simpang ada la sorang budak cina jual bunga ros, sementara tunggu boleh jalan, my vitamin pon beli la sekuntum. Ros Putih. hati macam cair weiiii...padahal dulu kalau dapat bunga jawabnye kalau tak ke tong sampah, aku kirai-kirai jek kelopak bunga tu. Bila my vitamin bagi, hati kembang woooo...
Last, stop nak makan steamboat kat lori makanan ' orang jb mesti tau, tak reti nak cakap camne', tepat pukul 12 adala budak2 cina kat citu bakar bunga api...even dorang wat untuk gurlpren dorang, aku tumpang la 2 kaki kan...huhuhu..teruslah hati ini terpaut..owh!

Pertama hadiah dia bagi?

senang citer percintaan kami bukan lovey dovey pon, dia belikan aku jam tangan. Itu pun time besday aku kali ke 3.hahahha...masa 1st time dia xbagi apa2, padahal kalau orang lain mesti beria bagai, nak amik hati la katakan....dia? haram...ucap selamat pon aku dah syukur.hahahah kali ke2 kek coklat. ;p sempoiiiii punya boipren..apa je dia bagi ke, tak bagi ke,tetap kau di hati ku. ;D

Pertama kali jumpa mama & ayah?

selepas 2 tahun lebih kami berkenalan, bercinta, bergaduh, bertomoi, bermacam ber lagi, akhirnya hujung tahun, my vitamin bawa aku jumpa mama dan ayah. Kami hanya bersetuju jumpa mama & ayah bila kami berdua nak teruskan hubungan ini ke peringkat yang lebih baik. Alhamdulillah hubungan aku dengan my vitamin direstui...keluarga aku memang dah lama kenal my vitamin, hanya aku je tak pernah kenal keluarga dia. ;p

Pertama kali dugaan terhebat?

opsss!! hampir2 membuatkan aku ingin melupakan siapa dia dalam hati aku. Syukurlah aku tak lakukan itu. kalau tak haruslah aku kala ni sedang meraunggg...wooooooo.......'gaya ala2 tarzan gitu...' ;p

Pertama kali dia masak?

Aku kurang ingat bila, rasanya kiteorang dah bertunang masa tu, dia buat mee goreng...sedap woooo...sampai sekarang, kalau nak makan mee goreng, haruslah my vitamin tukang masaknya.

Pertama kali romantic dinner?

Juga time besday aku...besday aku setelah bergelar isteri. dia nampak comel sangat...sebab malu2. Dia malu bila dia rasa apa yang dia buat tu cam mat jiwa-jiwa.cute.

Pertama kali orang can read my silent.

Ya, dialah orang pertama yang boleh baca segala rasa aku, even aku tak berbunyi pon. Aku tak luahkan, aku kosong, tapi dia paham. Tak pernah gagal 'setakat ini la'.

Pertama kali aku pertahankan hak aku.

Dialah orang pertama yang aku pertahankan bersungguh-sungguh. Tentangan dari family aku hebat......tapi aku pertahankan, datang pula kekasih lama dia, juga aku cekal, tempuhi juga. Rasanya dengan dia banyak betul dugaan, tapi aku tetap harungi. Entah dari mana datang semangat tu tak tahu. Sebab aku orangnya selalu mengalah tanpa cuba bertahan.

eh dah berapa banyak pertama kali da....cukuplah. panjang lebar dah ni..mual2 pulak korang baca.hahahah...

end of the story...kalaupun cinta pertama gagal, tidak bererti cinta yang kedua tidak bisa mengatasi cinta pertama di hati. yang kedua juga indah malah bisa lebih indah. Kita tentukan sendiri. kan?


cinta hati saya..kalaupun bukan dia yang pertama, aku berdoa dia yang terakhir.

Thursday, January 6, 2011

Tahun baru, azam baru ke lama?


tahun baru makan kat sini, sambut birthday budak bawah ni...si halussss




apa azam tahun baru awak murid-murid...
uisssshhhh soklan peberet tiap kali masuk tahun baru. Kalau aku dulu tiap-tiap tahun macam-macam azam keluar, kadang repeat tahun lepas punya. Tapi rasanya tahun ni ada keinginan baru, yang memang aku nak sangat... aku nak menjadi IBU. doakan yer korang semua... tq in advance ;D

masuk tahun baru terus gatal nak gunting rambut, gila ko..rambut mak ni dah macam singa..kembang....bangun tido jek, cam sarang tebuan pon ado.hahaha...
pujuk my vitamin, nak gunting sikittttt jekkkk...
dia pon..okeh...gunting la yangggggg...tak bagi kang majuk.;p **majuk penting untuk dapatkan apa yang di idam** haha...

penghasilan pengguntingan rambut??


ini rupa rambut lama/sebelum digunting....korang jangan tertipu...rambut ni bersopan selepas aku mem'blow' sampai panas kepala ni haaa...merah2 muka aku panas kene hair dryer tu.dasar rambut berus dawai gitulah.hahaha



nampak kemas jek...sopan rambut kembang ai tau!
di sisi lain... kepala aku nampak besar dek kerana rambut cam singa! mencik!


hasilnya selepas beberapa jam, sila lihat rambut aku yang KEMBANG bagai sarang tebuan! pastu kering, tak bermaya,hujung2 rambut adalah sangat sedih ;(

dek kerana gambar2 di atas, dek kerana setiap kali nak keluar harus di blow, hingga menyebabkan rambut aku semakin kering bak berus dawai, even lumur minyak kelapa belum tentu boleh berseri menyinar, dek kerana aku dah penat nak gayakan rambut yang tak semenggah ni. MAKA! jom gunting ambut..... ;p

hasil rambut tahun baru mak?meh sini meh.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tengok si kepala besar ni...buruks! ;(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
di persembahkan......pau in the making! ;D


terus muka tukar dari singa kepada kueh pau! hahahahahhah

dah si pau berangan katy perry...


tengok si pau bajet hot..hahahhaha...

ps:: giler citer pasal tahun baru lagik...dah 6 hari dah pon...ade aku kesah? kakakak
pss:: cam ne nak bagi rambut jangan kering sangat? tak tau dah aku. -.-

Thursday, September 23, 2010

indahkan

Malam tadi ia indah
indah tak pernah terlihat
rasa syahdu dalam jiwa

dulu dia yang selalu jadi teman
bila nangis aku cari dia
tika suka aku tunggu dia

setelah kian lama aku membenci dia
tanpa salah tanpa dia tahu kenapa
semalam aku jatuh cinta lagi pada indahya dia

terangnya dia buat aku rindu
bersinar memberi senyum dibibir
Ya Maha Pencipta terima kasih

kau ku cinta
aku tak kan membenci kau lagi
sungguh aku jatuh cinta

benci itu dah padam
cinta berputik semula
maafkan aku indah

ps:: malam tadi bulan cantik sangat!! ** sebenarnya dah pagi pukul 4.45 am**

Friday, August 13, 2010

Custom Album: Story album

salam...

Eceh! tadi konon cakap tak ada nak hapdet, tetiba ada lagi. hehehhe...
Tadi dok belek2 henpon pastu, ternampak picca yang aku amik, picca wedding album aku..so nak share la ngan korang...cita basi dah...heheheh....


ini muka depan album aku, pakai clear crystal. Kan aku ada mention on my solemnization ada 5 pasangan sekaligus. Hubby aku paling menyerlah dengan baju dusty pink de.dok elok je tengah2.heheh...


oopsss! bantal nikah tertinggal dekat rumah, sebab dah kelam kabut, semua orang dah sampai, aku paling lewat, maka tergopoh2 lalu tertinggal, jadi duduklah di atas sejadah saja.. ;D


Ini make up session..untuk reception. aku tengok semua picca B2B mesti ada pic bride bercakap dekat phonekan?hehehhe bz sungguh!


Sesi outdoor di sekitar RJCC.


Sesi outdoor di Taman Merdeka, kemain ramai pengantin hari tu, sana sini dok amik gambar. meriah nokkk....

Cukuplah ek, tak yah banyak2 sangat...sekadar berkongsi, para pengantin lama/basi seperti aku, tunjuklah album kalian..mahu tengok jugak. hehhehe....

owh! sebelum menutup entry story album ni dari OP aku : MATLAN SOPAN
dia memang happening! weee!!!

ps:: aku tengok iklan raya petronas 2006, sedih! meleleh air mata, mudah2han aku tidak seperti itu kelak. hump!

Wednesday, August 11, 2010

puasa pertama sebagai isteri

Salam Ramadhan semua...

Auuwwww! tajuk ai!heheheh...

saja je nak kongsi cerita perasaan aku bergelar isteri.eceh!!

pagi tadi dengan penuh semangat bangun pukul 4.30 pagi untuk memasak lauk sahur pertama kami. Lauk ikan cencaru masak kicap dan telur dadar jek..heheheh...air teh o panas. Jadilah...sahur bukan nak kena makan sampai penuh perut kan...**alasan...;p**

Bangun tadi dengan mamai2, terhoyong hayang aku.hahahah..buruk beno perangai. Yalah, dulu masa duduk bujang paling koman aku bangun buat outmeal jek, tak pon aku makanlah pape cereal pon, pastu terus krohhhh....bangun subuh lewat2 sket...he...
Kalau kat kampung plak, mak aku yang huru hara masak, aku tau2 bangun, makan. Pas subuh tido semula.Heaven!



Tapi hari ni aku pulak dah jadi mak aku, bangun pagi2 masak untuk suami, dah siap masak, kejutkan dia semua dah terhidang, pastikan kurma,air manis dan air putih semua ada atas meja. Terasa sangat2 berbeza, tapi yang peliknya aku tak rasa susah pun, aku rasa happy, aku rasa seronok dengan apa yang aku buat, walau dalam keadaan mengantuk **nak jugak cakap mengantuk** ;p!

pengalaman pertama yang indah!lagi2 bila hubby cakap " bestnya puasa kali ni, mummy masak untuk daddy, tq sayang.." wawahahahha...rasa terbang kat kayangan.huhuhu..

Sebelum kawen, aku ingat puasa kali ni adalah puasa terakhir aku sebagai perempuan jomblo **Noe pinjam nama kamu yer** rupa2nya takdir Allah tu tak terjangkau, puasa kali ni aku sudah pun bergelar isteri dan sedang menjalani tanggungjawab. Mudah2han aku berjaya laksanakan segala tanggungjawab aku dengan baik dan mengembirakan hati suami. ;) aku juga doakan untuk kalian ;D

ps:: selamat berpuasa untuk semua, moga bulan ramadhan ini memberi barakah untuk semua.

Tuesday, July 20, 2010

1st: Majlis Bertandang

erloww lalink...

terasa sangat lembab kali ni aku nak menghapdet..ai banyak keje uollsss..bizi..

rasanya hapdet tentang majlis resepsi sudah pun tamat maka kita sambung ke majlis bertandang/ sambut menantu.

Majlis bertandang/sambut menantu ni di rai dengan sederhana..tak ada pelamin singgah sana raja sehari dua hari, hanya meja santapan dan mini pelamin **eceh! tadi kata tak ada.** tapi pelamin ni bukan aku n my vitamin yang pilih ia adalah pilihan kakak my vitamin. Katanya nampak janggal pula jika mak pengantin hanya duduk di meja makan beradap ketika tetamu bersalaman, rasanya lagi elok jika di dalam rumah. Maka terhasillah mini pelamin ku..sangat simple, tapi aku suka. ;D nampak klasik, duduk bersimpuh sambil tetamu masuk ke rumah untuk melihat pangantin **menantu** . malu ai..auuwww! ;p

jom layan picas...

owh untuk makluman majlis di terengganu tiada khidmat photog, hanya abang ipar my vitamin yang jadi photog, tapi picas yang aku bakal pamerkan ni hasil ikhsan makcik2 vogue aku..ihiks!

start with makeup dan seterusnya lihat sendiri yer....


wajah bulan aku sebelum makeup **mencik dengan bekas jerawat**


selepas di makeup. aku suka makeup ni, sangat soft. i loikee!!


pic credit to : anis
with my bumbum..auuwww!!!


meja santapan, hidangan di sediakan oleh kakak my vitamin, sangat nyum nyum...sedap!! kalian nampak tak bunga pahar tu? itu dikatakan adat johor, kena bawak 1 pahar ke pihak lelaki sebagai cenderahati kot..kot la...aku kurang pasti. ;p


sorry pic penuh untuk khemah ni tiada dalam simpanan plak. purple+pink = suwwittt!!


my sis, my mom, love u all!!muah!


my hensem boy..kesayangan aku nih..


my dad n stepmother n my lil adikssss...ramaikan???ahaks!
owh! nampak tak mini pelamin ku itu...simple jek..ok la kan, atleast amik pic ade backdrop yg cantik.kan kan...


my mom n my MiL..love them both!


the last 1 my vogue da vass auntiess...dorang lagi vogue dari ngantin..camne nih???

jangan tanya kenapa baju pengantin sama dengan family, tak tahu nak jawab apa. Bila beritahu mereka tema pihak lelaki purple+pink, diorang pakat nak color purple, tup tup tengok baju sama ngan aku..adoyai..tak pe..redha...

Apa pun majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..syukur..penantian ku berakhir juga. Amin..

Next episode: acara bersama keluarga my vitamin **keluarga saya juga sekarang..suka!!**

Monday, July 5, 2010

K.A,M.I

salam....

hari ni tiada entry bergambar, hanya ucapan syukur ke hadrat ilahi kerana memberi dia untuk menjadi dahan ku berlindung, payung untuk ku berteduh.

sebulan sudah bergelar isteri kepada dia, semakin memahami dirinya, manjanya, cerewetnya,ragamnya. Ya Allah, semoga kami kekal hingga ke syurga. Amin.

Friday, July 2, 2010

tema perkahwinan

olla lalink...

fuh!!! saja jek... :D

hari ini ada baca satu tajuk yang aku kira menarik "penyerapan tema" dari blog xora b2b yang selalu memberi banyak buah fikiran untuk b2b yang lain, ada saja idea2 menarik dan bernas yang dikeluarkan. Tahniah untuk xora, jom tepuk tangan untuk xora!!! clap clap clap... :D

kerana tajuk itu, aku jadi terpikir adakah tema aku selari untuk majlis aku??

jom kita lihat dan kalian jadi pengadilnye okeh? macih..muah muah!!

seperti contoh-contoh yang telah diberikan oleh xora ** xora kita amik ek...**, ada yang bertemakan movie dan bakal puan T yang membawa tema ala-ala klasik yang sangat sesuai dengan kita sebagai orang melayu **eceh!aku melayu tapi nak tema english ngeh ngeh ngeh**

jom tengok tema kawin aku plak.selari ke berlari-lari??hahahah

pre wed :


english theme kah??


ada ciri2 ke?? macam tak ada jek....heheheh


Kad Jemputan :


masih dengan pertanyaan. adakah ciri2 tema aku??

Bunting :

english???sikit kot...wahahhaha....

pelamin?door gift?bride n groom attire?color? cake ?sila rujuk di gambar2 yang telah di ceritakan di episod lepas, sila nilai dan beritahu berjayakah aku dengan tema itu?? adakah selari atau berlarian???wahahahha...okeh yayang...puhlisssss......muah!

okey lah..tau malas nak tengok older post bagaikan...meh cik senah tunjuk sikit2 untuk kalian menjurikan nya yer...


pelamin aku. pink+white+red


baju kami = putih ;P


ini pic baju dibahagian depan. sikit jek la..tak ada pic penuh la. :P


berarak = tetiba ada budak zapin??english ke??tapi inikan budaya warisan, tak perlu dibuang walau nak ikut mat saleh...ngeh ngeh..**nak jugak kata diri sendiri betul...huhuhu..**


pic ni nak tunjuk baju pengapit.

my family members wearing coklat. english???naaaaa.....


my little angel, flower girl.


they supposed to be my flower ladies, untuk usher groom family, tapi di kesibukkan, mereka tercicir di belakang, maka groom family ke meja makan sendiri, nasib baik ada signage. :D


my wedding cake. in love with it! auuwwww!


door gift VIP : jams, telur n bahulu gulung nenas


door gift tetamu : jams [] door gift tetamu cilik : jelly

apa lagi yer??? tapi rasanya ada satu je yang macam kena sikit dengan tema kawin aku ni. jap jap.....





































taraa!!!!


abaikan si pengantin kepanasan terkena panahan matahari. pic ni hanya nak tunjuk keadaan di luar dewan/sebelah luar dewan. Ada pool dan meja untuk tetamu yang ingin suasana lebih santai. Dek kerana meja diluar ini, dewan tak berapa nak penuh sebab semua orang dok makan kat luar, sebab diorang kata best.hesh! ada2 jek.

Tapi di waktu peak time! dewan penuh giler!! meja diluar menjadi penyelamat keadaan. :D


pic ini sumber dari photog aku : faiq - recomended! banyak idea, kelakar,mesra alam, all my family suka dengan kedua2 photog aku.heheheh...

owh!! sudahlah tiap kali entry picca melambak giler...korang silalah jadi pengadil yer...apakah tema aku selari???
tapi kalau ikut pendapat aku: tak langsung!!! hahahahah...warna je agak selari :p! english wedding??nan ado.....wakakakkaka

ps:: kalau yang ni dikira update pasal reception aci tak???aci la eh...sebab nanti gambar yang sama jugak dok aku tayang.hehehehe....

pss:: saya sayang hubby moncit saya! :p