Monday, June 4, 2012

dah besar, gini rupa peel dia!

Uoolllsss....monday blues ke uoollsss...

hari ni mak kurang busy sket, sebab kawan seangkatan mak dah masuk kerja. hari tu kawan mak tak sehat, jadi mak mem'busy' sikitlah kan...


Nak cerciter sikit perihal anakanda kesayangan, uiiihhhh...mentang-mentang dah besar sikit punya banyak peel, mak oii! rasa geram nak geget geget je..

Seminggu lepas Ezekiel demam, banyak ulser dalam mulut..kesian sangat sedeh bila dia tak lalu minum, tapi makan lalu seperti biasa. Sudahnya ke An nur dapat OralAid, titik malam tu jugak, lepas sejam bibir dah tak merah, lepas 3 hari dah baik. Alhamdulillah...


daddy apprentices ;D


Sebaik je baik demam, sudah dapat akal baru, memapah. Eh! setiap kali demam, baik je mesti dapat akal lah senang citer. Owh! selain dapat akal baru, dapat gigi baru jugak.haha!! kan aku cakap gigi dia tumbuh 1 je, ni keluar lagi 1, so 1 gigi panjang, 1 lagi masih bantut. lawak je anak aku ni tau.

Sekarang merangkak dah kemain ligat, laju macam kartun, yang tak tahan dia tak boleh agak jarak. Bila nampak apak nak kejar beria-ia, nampak dinding konon dah habis elak la tuh, tup tup kedegang. ;p Tak kuat la, tapi dia berhenti sambil muka sengih-sengih suka. Kalau tengah merangkak, nak pegang something selalu tak dapat betul2 sebab salah anggaran kot. comel je.

Kalau dapat playpen uisshhhh kemain lagi berdiri, pastu lepas tangan ikut suka, eh bukan time berdiri je, time duduk pon sama. Ikut suka nak baring ke apa. heh! ikut sedap dia je. Memang tak boleh lepa langsung sangat merbahaya, takut esok-esok tau tau dah naik tangga, tup tup jatuh pulak, meraung aku kang. ;D

Suka gila tengok bola, tengok sampai mulut menganga melopong haha! ye ye je tau, kot tak puas hati merangkak pergi berdiri betul2 depan TV tapi versi melutut, lepas tu melanga je mulut tu. APTB tau! peel dah macam-macam, seronok tapi kadang penat nak melayan bila datang angin ribut dia.
 
cer tengok gigi dia, nampak tak tinggi bantut.haha!!
 
Paling baru, terbaru dari ladang, suka gila menangis meraung-raung, stok keluar air mata merembes rembes macam orang cubit, padahal nak aku dukung. eh apakah???? konpius mak nak!
Ikut apak tak nak, nak jugak jugak aku dukung. Kadang tak nak duduk nak berdukung, berdiri. Tak da pernah aku ajar dia berdukung berkelek, letihlah kalau berkelek je, bila masa nak buat kerja rumah. Tapi mana akal dia dapat nak berdukung je, tak boleh letak langsung, nak pakai diapers pon kadang boleh menangis beria-ria.ohohoh...HELP!!

Tapi kerana mu anak, mummy bahagia ;) tak boleh dijual beli. Tengok muka dia terus sejuk jiwa raga den. ;D apa pon bila meraung tak tentu pasal sebab nak berdukung terasa jugak ringan tangan nak lepuk montot tu, tapi ku tabahkan hati tak lepuk, huhuhu...hai la anak, sayang mummy kat kamu sampai ke hujung nyawa.

psssTTT !! esok anniberseri ioollssss uuollsss...2taon dah! ahaks!



No comments:

Post a Comment