Monday, June 6, 2011

5.6.2011 - Setahun yang lepas




Hari ni cukup setahun kita bersama-sama menempuh alam baru, permulaan kisah hidup kita berdua. Mulanya keluarga kita nanti.

Setahun yang lepas, di saat lafaz ijab dan qabul itu, hati ini mengucap syukur kepada Allah kerana memberi kamu dalam hidup ku. Walau kau tidak sempurna, tapi cukup untuk menyempurnakan hidup aku.

Terima kasih kerana menerima diri ku seadanya, segala kebaikan, cacat cela, kekurangan diri ini. Terima kasih kerana pernah menghulurkan tangan dikala aku terkapai mencari makna hidup, dan sekarang kaulah makna hidup aku.

Terima kasih sayang.

3 comments:

  1. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan june.. semoga kekal bahagia selamanye ok!!
    ^__^

    ReplyDelete
  2. Yong :: tq..kita sama kan...yong lg best dpt adiah dr mak. jeles u...heheh

    Qa :: tq qa..utk wa juga yer..

    ReplyDelete