Monday, May 23, 2011

stretch mark??

Hi All....

Para ibu yang sedang mengandung atau dah pon bersalin atau baru bercadang nak mengandung mesti ada fikir tentang scarcth mark ni kan. Lagi la kalau jenis kulit cam aku yang tak berapa nak moist ni.

Aku ni memang jenis kulit kering, maka losyen dengan aku tak leh dipisahkan, sentiasa kena ada, walaupun sebenarnya tak ada aku ni rajin sangat pakai. ;p tapi sejak mengandung memang amatlah aku titik beratkan...aku tak nak lah, kulit perut aku lepas bersalin mengerutu. Takut oooo... at least kalau pun ada scratch mark sekurang2nya aku dah cuba prevent. Tak lah aku kesal sangat.

Bila korang start pakai losyen? Ada yang cepat, ada yang lambat, tapi ikut aku, sebaik je aku tau aku pregnant, perut dah nampak sikit membulat, belum pon kandungan aku cecah 2 bulan, aku dah start sapu losyen. Biar cepat, jangan terlambat.kan?kan?

Jadi apakah lotion pilihan yang para ibu atau bakal ibu ada untuk di buat pilihan? Meh aku share sikit.


Cocoa Butter memang selalu menjadi pilihan, tapi aku kurang suka dengan bau dia. Tak la sampai busuk, tapi kurang senang di hidung tapi elok kalau di sapu di perut. ;D



Bio oil memang sangat menjadi pilihan para ibu mengandung, even aku sendiri pakai bio oil, tapi bukan di perut tapi di muka, untuk hilangkan kesan2 dan parut2 jerawat. ahaks! Aku suka bio oil ni, dia tidak melekit dan berminyak, cepat absorb ke kulit kita. Tapi kalau untuk scar memang terbukti, dia memulihkan semula texture kulit kita tu, cuma ianya lambat nak nampak. Kena la bersabar sikit.



Nivea creme ni mak aku pakai every time dia pregnant. Yang aku ingat masa mak aku mengandung adik aku no 4 dia pakai creme Nivea, pastu yang no 5 pon mak aku tetap pakai yang ni jugak, tapi dia selang seli dengan cocoa butter. Tak silap salah sorang kawan aku pon ada pakai jugak creme ni. So aku beli jugak yang ni. hahaha..Tamak tak aku? ;p


Yang ni aku kurang pasti adakah ia menjadi pilihan atau tak. Tapi ia jadi pilihan no 1 aku. Aku rasa ia sangat sesuai untuk orang yang kulit kering. Aku sejak mengandung masalah kulit kering aku bertambah teruk, since aku sapu losyen ni, kulit aku dah moist, kulit kaki aku pon dah tak kering lagi. Alhamdulillah, setakat ni aku pakai, kulit perut aku masih tiada scratch mark, tapi nak sampai ke hujung tak tau la.mudah2han tak ada.

Tapi ROSKEN ni memang satu-satunya losyen yang mendapat kredit dari hubby aku, sebab dia cakap, " pasni tak yah beli losyen lain, pakai yang ni, kulit awak pon makin bersih" cait! macam la kulit aku berkerak sangat. Stetment sentap tau! hahahah...

Jadi untuk ibu di luar, kalau ada losyen lain yang korang guna bolehlah kongsi kat komen box yer. Apa yang aku list ni cuma losyen yang aku kerap nampak makcik2, kawan2 aku pakai, yang lain2 aku tak da pulak nak google. ;D

5 comments:

  1. asna guna plamers from 4 months an above bru start pakai hehe. alhamdulilah.. sekrg xnampak pun strek mark teruk. just mild jer.

    ReplyDelete
  2. i use modernmum anti stretch mark oil..suggested by my colleagues (as it was proven worked for them)so i put it since 5 months of pregnancy..skali bile nak masuk 7 bulan..stretch mark muncul jugak..adoii

    ReplyDelete
  3. yun pkai body butter body shop je,alhamdulillah still no stretch mark..tp sbb lupe sapu kat montot,die kua kat c2..huhuhu!

    ReplyDelete
  4. aku pun pakai bio-oil je so far. dah masuk botol kedua dah hari2 tenyeh perot & montot ;D hahaha.

    palmers pun ok jugak kot. kawan aku ade pakai ok jugak aku tgok. tapi sebab dah start bio-oil jadinya malas nak tukar2~

    ReplyDelete
  5. emy pakai palmer tuh..so far ok lah..but kt blkg bdn ni mcm ada tanda2 je..nk kata tk sapu tu sapu..cuma mngkin leps sapu tu kene kt baju kot.hehe

    ReplyDelete