Tuesday, November 6, 2012

my toddler :: birthday sepet ^ Cookie Monster katanya...

uollsss..

Sabtu baru ni aku ada buat majlis hari jadi Sepet, kecil-kecilan je..jemput pon kawan-kawan terdekat and rapat.

Alhamdulillah semua ok je dan berjalan lancar even sebelum tu hujan dengan lebatnya. Hujan tu kan rahmat. Alhamdulillah.

Birthday Sepet 12/10 tapi dek kerana dah nak Raya haji kan, so kitorang buat lambatlah sikit, ye la kang orang sebok nak raya haji aku laki bini sebok ajak datang rumah, lagi2 mak mertua & family aku kan. Kesian dorang, dah lah jauh. So kalau lepas raya mudahlah sikit. :)

Aku buat theme jugekk... pikir punya pikir punya pikir

ramai sangat dah buat rainbow theme sebab rainbow ni macam sesuai je utk lelaki atau perempuan kan, sebab mula2 aku macam terkenan dengan rainbow theme ni, banner for donlod pon berlambak ada, FREE kihkih. So aku tak mau lah rainbow lagi, kita cari yang macam boboi sket. Sudahnya aku berkenan dengan Cookie Monster..mulanya cari-cari design cake, tengok cake cookie monster macam comel plak. Aku proceed je la dengan theme Cookie Monster ni.

Then mulalah google segala mak nenek, mak nenek lah sangatttt...padahal google banner birthday je hihihih... Aku jumpa macam2, tapi yang Cookie Monster semua pon kena beli, ai kan kedekut, jadi ai nak free je.kihkih... aku jumpa theme circus kot, for free, aku edit lah sket. Maka jadilah banner Cookie Monster sdn.bhd ;D

Inspired by katanyaaaa..gitewwww!!

moh le kita layan gambar yerk

asal boleh je deco nyer. Tak sempatlah nak deco ye ye sangat. Almaklum sendiri masak, terus jadi huru hara sikit timing tu. Kena pulak hujan lebat, terusssss kedaung deco-deco kitew. udahlah kedaung, belon pulak asyik meletup sebab kena air hujan, dab tak balance pulak...merah banyak, biru sikittttt....kihkih!!

Banner atas tu la, aku donlod free banner circus theme, pastu aku editkan aje, masukkan Alphabet yang aku donlod jugek. hehe!!

 Sepet adalah kuat mengarok ye hari tu, dengan semua orang pon tak nak, asyik nak menangis je. fitammmmss mak incik.



mummy dukung je terus mood baik, cer orang lain dukung, waaaaa!!!!! alololo..nak anje anje la tew!

taraaaa!! cookie monster!! red velvet cake, sumpah sedap!! 
nak order boleh pergi sini k Mc'Kie's Cupcake.
aku tempah dengan wife office mate aku, sedap. Area Seri Kembangan. 

Sepet tak de der dia layan tiup-tiup lilin, dia sebok dengan pisau cake je.sebok sangat nak potong cake. 
 

percayalah cake ni SEDAP!! nyum nyum!!

Makanan untuk majlis hari jadi ni aku telah mengikut konsep jemputan 50orang masak untuk 30orang SAHAJA. Sebab, percayalah bukan semua 50orang kita jemput semua datang...macam kita jugakkan, kadang dapat datang kadang tak dapat nak datang. Mula-mula masak tu risau jugak tau, kang tetiba-tiba semua pon datang menangislah haku makanan tak cukup.matiklah jemput orang tapi masak sikit. ;p
Tapi alhamdulillah..makanan cukup untuk tetamu cukup juga untuk orang didalam rumah.

Menu ::
Spaghetti Bolognese - snd bhd
Laksa Johor - sdn bhd
Roti Jala - tempah
Kari daging -sdn bhd
Sosej roll - tempah
Karipap - tempah
Creampuff - sponsored
Buah-buahan - belila...
custard pudding - sdn bhd

Air blue lemon - sdn bhd

Spagetthi kena masak 2kali sebab kuali kecik, tak muat nak masak semua. Laksa sedang-sedang elok, cukup-cukup je, tu pon time masak pakai 1periuk sederhana besar, dengan kuali, kalau tak memang kena masak 2kali jugak, fuihhh!!!. 
Lepas tu dek kerana hujan turun di saat aku tengah nak susun makanan, so tak jadi nak susun, letak dalam rumah semula, jadi bila hujan berhenti, orang dah sampai terus mak incik terlupa nak keluarkan karipap dengan sosej roll.boleh??? aduhaiiii....

Bila orang yang hujung-hujung datang barulah karipap dengan sosej roll aku keluarkan. haishhh!! ralat rasa. Tapi tak pe lah, habis jugak akhirnya...sebab dah petang-petang dekat area rumah aku tu ramai je budak-budak main dekat padang depan rumah. Aku panggil je dorang makan. Macam sekelip mata semua pon clear. syabasss!! kanak-kanak!!

ni video dia, tengoklah budak yang sebok nak main pisau cake.ish!!ish!!


3 comments:

  1. Yeayyy!! Sepet dah turn 1!! Ahad ni merasalah mama Aidi pulak berpeluh ketiak semua nak sambut besday Aidi Episod 1. Ohh nebess!!

    ReplyDelete
  2. Hamboih, tingin aih tgk kek tu! Hehe...

    ReplyDelete
  3. yong :: selamat berpeluh ye yong, sumpah lekit2.haha!!

    tiramisu :: dap dap!! hakhak!!

    ReplyDelete