Friday, February 20, 2009

best couple!

“ Woit! Sha!”
“ Aduh! Sakitlah bahlul…” rungut ku sambil mengosok-gosok kepala yang terkena cermin tingkap.
“ Alahai ko ni…baru panggil sket dah terkejut siamang..”
“ Eh! mangkuk tingkat ko ni reti tak panggil aku elok-elok, masuklah class aku cakap depan aku. Ni tak main panggil kat celah ni je’, pastu aku gak yang terkejut. Ni ai ni terkena tingkap, esok esok tingkap pecah tercucuk kepala aku ko nak ganti dengan kepala ko ke? “ marahku.
“ Ish! Ko ni macam mak nenek lah! Aku nak tanya sket dah jadi panjang lebar dengar ko bercakap berjela-jela.” Sungut si Romli panggilan khas untuk dia. Hua hua hua…
“ ko nak apa la ROMLI! “
“ wei! Ko jangan panggil aku Romli boleh tak. Benci siot aku nama tu…”
“ suka mulut aku lah! Bukan aku pinjam mulut ko pun! Ha! Yang ko dok panggil aku ko nak apa ni?” soal ku
“ Ala…aku cuma nak mintak gula-gula je dari ko..nak pegi berasap nih…”
“ Lorh…nak mintak gula je la ni? Aku ingat nak apa la tadi, eh asal ko tak nak pegi beli sendiri ah?kan hari-hari ko dok melepak kat kedai mamak tu, ko belilah gula sendiri. Ko ingat aku kilang wat gula ke apa” becok aku bercakap sambil tangan ku menghulurkan gula-gula yang diminta.
“ ala apa guna ada kau kan…mekasih…esok aku mintak lagi. Rehat nanti jumpa ek” katanya berlalu. Aku cuma mengelengkan kepala. Mamat tiga suku betul, hari-hari kerjanya mintak gula pada aku, kadang tu aku rasa dia ada gula-gula tapi tetap jugak nak mintak pada aku.
“ Mira! Dah pi duduk tempat ko sana. Suka sangat sebok tempat aku.” halau si Yana. Aku bangun tersengih-sengih.
“ Tapikan Yana tempat ko memang puaka la. Masuk ni dah 3 kali kepala aku terkena tingkap tu, cam ne ko boleh tak terkena ek? Nasib baik tingkap tu tak jatuh keluar, kalau tak saja je aku kena bayar ganti rugi, tak pasal-pasal berhutang dengan sekolah” ujar ku
“ Ko tu duduk tempat aku mengelepar, tak reti diam. Pastu orang panggil sket terkejut cam cimpanzi manalah tak terhantuk” sempat lagi mengutuk aku cam cimpanzi tadi si Romli cakap aku siamang. Apa diorang ingat aku ni adik beradik dengan binatang bertangan panjang tu ke? Sikit punya comel mak ayah aku punya acuan ada ke diorang samakan aku dengan mahluk tu. Syukurlah dapat kawan dengan orang comel cam aku nih, omel ku dalam hati.
“ ha! Tu nak wat muka tak puas hatilah tu!” Yana bersuara.aku cuma menjelirkan lidah. Uwek!
“ cantik sangatlah muka ko cam tu…malas nak pujuk”
“ tak nak pujuk sudah!” kataku sambil berdiri dan berlalu pergi.
“ Mira! Alahai…janganlah majuk..ko ni..dengan aku pun nak majuk!cam nelah pakwe ko nanti ek? Jangan majuk eh..kejap lagi aku belanja ko mee rebus! Tadi makcik kantin cakap tengah hari nanti ade mee rebus. Ko suke kan.” Pujuk Yana.
“ Hahahaha….tau ko takut..wei gelilah aku nak majuk-majuk ni. Aku nak pegi toiletla tu pun sebok kejar2, nanti orang ingat kita wat drama hindustan versi lesbian lak.” Kataku sambil menyambung tawa cam haram jad. Yana menarik muka masam. Aku menarik tanganya sambil memberi senyuman paling manis.
---
Shamira! Aku suka dengan perempuan ni, tapi dia ni lain sket. Garang dengan lelaki tapi taklah anti-lelaki, tapi kalau kena gayanya dia ok je…cute sangat masa dia ketawa walaupun kadang-kadang dia ketawa macam haram jad, lepas tu suka sangatlah ponteng kelas, sesekali dia ponteng kelas dengan aku-aku sekali join tempat dia ponteng, yang tak tahan siap dia boleh beli roti sambal ikan bilis dengan air sirap kat kantin lagi. Perangai memang hampes tapi bila dia dah bagi nasihat taik telinga aku rasa nak cair. Ada je yang tak kena kat mata dia, kasut aku kotorlah, baju kena masukkan dalam, rambut kena potong, janggut jangan bela. Serba-serbi kena elok, tapi dia sendiri bukanlah elok sangat kasut sama je hitam cam kasut aku, tapi tu jela yang tak kemas yang lain sume perfect, cun je selalu. Yang paling aku suka dia panggil aku ROMLI. Entah mana dia dapat nama tu aku pun tak tahu, sesedap rasa ajinomoto je dia panggil aku, punyalah baik makna nama aku mak bapak aku bagi dia boleh gelar aku ROMLI sebab dia cakap aku ni muka orang lama-lama. Hai…lah Shamira….
---
“ Romli!” hish! Entah dari celah mana ntah dia ni tetiba je muncul depan aku.
“ Weh! Ko tak pandai bagi salam eh?” soal ku malas melayanya.
“ Yelah…aku kuar baliklah…” ujarnya sambil melengang keluar kemudian mengetuk pintu “ Assalamulaikum….boleh saya masuk Incik Ridhwan Adam…” Sha memberi salam sambil buat lawak bengong.
“ Waalaikumsalam..masuklah Cik Puan Shamira..boleh saya bantu” saja aku buat muka poyo kat Sha.
“ Incik Ridhwan Adam..boleh tulun Cik Shamira tak? “ jawab Sha poyo sama poyo macam aku, dengan muka konon2 serius.
“ Ya..my pleasure…” kenkunun macho ah.
“ aku dah tak kentut 3 hari la…apa nak …” aku dah pun bangun nak hempuk kepala pompuan tak cam pompuan nih.
“ Wakakaka…buat lagi ko punya poyo tuh!!” jerit Sha sambil ketawa-ketawa. Aku berhenti separuh jalan bila tengok Sha makin laju ke depan. Hampesnye budak! Aku merengus masuk ke kelas semula. Baru jejak tempat duduk “ Romli! Aku tau ko sayang aku kan! Janganlah marah..tengah hari nanti dating dengan aku kat kantin ek. Makan mee rebus ko belanja” kata Sha sambil tersengih tapi masih ternengah-mengah. Tu lah lari lagi cam orang tak cukup tanah.
“ Erm..yelah…oi! loceng dah bunyilah, dah abis rehat. Ko pegi masuk kelas sana! “ halau ku. Sha buat muka seposen duduk depan aku.
“ Ko ni kan suka sangat garang-garang dengan aku. Kang aku garang dengan ko baru tahu. Huh!” katanya sambil bangun menuju ke kelasnya. Aku hanya tersenyum dan “ aku tau ko sayang aku, ko tak kan wat cam tu kat aku kan” Sha menoleh menjelir lidah, aku mengenyitkan mata.
----
Hish! Apalah Romli nih ade ke pegi kenyit mata kat aku. Dah lah aku ni dah nak terjatuh ati tergolek-golek kat dia. Mempermainkan perasaan aku betullah! Rungutku dalam hati.
“ woit! Yang ko terkuamt-kamit cam orang baca jampi ni asal?” sergah Yana.
“ Oi!! mak kau meletup!!” latahku. Yana dan Sally dah berdekah ketawakan aku. Aku ni memang ada sindrom latah sket tak tahulah ikut sape.
“ ko ni..muda belia lagi dah melatah” ujar Sally bila tawanya reda.
“ Alah..aku terkejut je..bukan melatah sungguh pun..” aku membela diri.
“ Ha! Yang kau bercakap sensorang tadi tu kenapa?” Yana mengulang pertanyaanya.
“ Ada ke aku cakap sensorang?” soal ku semula. Ade ke aku cakap sensorang?? Konfius lak eh…
“ Yana!Sally! tadikan….Eh! tak yah lah.entah-entah aku je perasan sensorang.” Terus aku pandang depan buat muka tak bersalah kat dua mahluk yang tengok aku macam rimau tak makan sebulan.
“ eh! Ko ni memang tau suka sangat menyakitkan ati aku! Cancellah makan mee rebus!” ugut Yana.
“ alah…ok ok…aku cite eh..tadi…Romli dia kenyit mata kat aku…tapikan kalau ko tak belanja pun Romli boleh belanja aku lah..tak heran pun” terus lancar je ayat bongkak sombong dari mulut aku.
“ ngeh ngeh ngeh..si Romli kenyit mata kat ko pun ko nak jatuh hati ker….” Ujar Sally sambil buat muka cam termakan tosey basi. Hish! Tak basi pun dah masam, kembang tekak aku.
“ ko ni..manelah aku nak tau..aku tetiba rasa cam aku tersuka, aku sukalah kat dia…” kataku jujur sejujur jujurnya. Yana dah tayang gigi nak ketawakan aku takutlah tu.
“ dah tu ko nak wat pe? Ko tak nak bagi tahu dia ke?” soal Sally bodoh.
“ wei…aku cuma cakap aku cam suka kat dia je..bukan nak pegi berterus terang pada dia. Lagipun dia cuma anggap aku ni kawan dia je la..cukup baik dia nak cakap baik2 dengan aku, dari dia maki hamun aku macam Noni hari tu lagilah haru hidup aku nanti”
“ aku cuma bagi ko cadangan je..dah ko cakap ko suka…” Sally membela diri. Sally ni memang blur sket berbanding aku ngan Yana. Aku dengan Yana hanya tersenyum menengokkan kawan aku yang blur ni.
---
Semakin hari hubungan aku dengan Sha makin rapat. Semua orang panggil dia Mira, tapi aku saja nak panggil Sha, kenkunun special la sket, tapi minah tu dia wat dunk je dengan kelainan panggilan aku tu, cam tak de kesan apa-apa pun pada dia. Hari tu aku kenyit mata kat dia pun dia leh jelir lidah kat aku…hish! Shamira..Shamira…lampi tul lah.
“ Hai…Sha kelas ko tak de cikgu ek?” soal ku menonong masuk ke kelasnya sebab tak de cikgu dan kebetulan kelas aku juga tak ada cikgu yang masuk.
“ Ko nampakkan cikgu tak de, lagi nak tanya mamat poyo ni” selamber kodok je dia sembur muka aku.
“ Ko ni kan…makin montellah geram aku tengok” sambil laju je tangan ku mencubit pipinya. Ya Allah hai tangan…gatalnya ko ni..ada kang aku kena flying kick dengan dak garang nih.
“ Ish! Ko ni..main cubit-cubit lak. Blah lah pegi kelas ko” marah dia perlahan.
“ Aku nak gula, nak berasaplah” mintak ku.
“ Nah! Baju jangan lupa masukkan. Macam orang dari utan!” hulurnya sambil mulut membebel. Aku tersengih macam kerang wangi. Alahai Sha…dulu aku rimas tapi sekarang aku makin senang dengan suaranya. Aku selesa dengan dia walaupun dia suka tegur aku macam-macam tapi aku pulak cam kena sampuk dek jembalang ikut je apa dia suruh. Dia suruh basuh kasut, walau lambat tetap aku basuh, dia suka aku bau wangi, so ayah aku punya pefume pun aku rembat je, asalkan wangi. Sume sebab Shamira. Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa.
Masa berlalu pantas, hubungan kami bertambah baik sampilah aku dapat tau Sha kawan dengan Zamil, budak paling nakal dalam sekolah aku. Apa dah hilang akal gamaknya minah ni, dengan si Zamil pun dia boleh kawan padahal aku depan mata dia leh buat don’t know je. Sha masih seperti biasa, mesra dengan aku tapi aku pula yang cuba melarikan diri denganya, dalam pada tu aku mula rapat dengan Zati kawan baik Zamil. Bertambah renggang hubungan kami. Selalunya aku perhatikan Sha dari jauh. Dia nampak happy walaupun aku dah jauh dari dia. Sehinggalah…

“ wan! Mira bagi nih kat kau” hulur Sally.
“ Apa nih?” soal ku sambil tangan ku menyambut huluran Sally.
“ Fir mana? Aku nak bagi dia ni ha. Ko bagikan kat dia eh?”
“ aku tanya apa ni…” soal ku lagi.
“ La…amik je la..ade rupa pembungkus belacan ke tu, sampai banyak sangat tanya?” soal Sally semula. Loyar buruk lak minah nih sama je cam Sha. Dah nama pun kembar siam sepusat sepusing mak bapak asing-asing memanglah gitu gamaknya ye.
“ aku tanya je..susah sangat nak jawab” Sally terus berlalu. Aku membuka kertas yang di beri …Erm..Sha ni ingat aku perempuan agaknya siap bagi kad kreatif tapi tak berapa nak kreatif nih. Siap tulis-tulis pakai pen color2 lagi. Hai kalau dah perempuan memang cam ni lah. Aku baca yang di tulis …

Salam…
Wei! Wan naper ko dah tak tegur aku lagik?? Ko marah pada aku erk? Kenapa ko dah lain skang?? Kalau kau marah pada aku, aku mintak maaf la..ppe pun aku nak jumpa ko face to face...
‘ sayang ko’
‘ study hard wa smart ‘
‘ jangan luper aku ‘

Shamira

Aku tersenyum..Sha kenapalah kau hadir bila aku sudah punya yang lain??
----
“My crazy bedroom”
Ridhwan Adam..kenapalah kau dah berubah skang ni??ko dah xnak kawan lagi ker ngan aku…aku rasa kehilangan lah..kenapalah kau x cuba phm aku ni…xkan lah aku nak terhegeh-hegeh pada kau…Wan…knp ko blh plak kwn dengan Zati tu? Dah tak de org lain ke? Aku jeles tau..aku yang kwn dengan ko tetiba ko kwn ngn orang lain. Tapi..aku pun kwn dengan Zamil jugak skang nih. Alah..aku cuma kawan sebulan je!!dia yang gila sangat dekat aku, aku layan je la janji pasni de tak kaco hidup aku lagi. WAN!!!! Mehlah kawan ngan aku semula..wa!!!!

Fuh!! lega…semua aku dah luahkan. Semuanya tersimpan kemas dalam diari aku ni, padahal dulu tak pula aku sebok berdiari mairi ni, tapi sejak aku kawan dengan si Romli ni, lagi tepat sejak aku jatuh hati pada Romli aku mula ada diari aku sendiri. Semua yang terpendam aku tulis dalam ni, hanya inilah tempat aku curah segalanya. Kat mahluk dua ekor yang tak berekor tu pun ye jugak aku luahkan perasaan tapi kekadang suka betul mempermainkan perasaan aku yang suci lagi bersih nih.
---
Setahun berlalu kini aku bukan lagi di tahun honeymoon, aku dah nak SPM. Kelas pun dah pindah kat depan sekali. Puaslah kami sekelas mengemas, azam baru konon tak nak lagi jadi kelas paling corot bila setiap kali pertandingan kelas tercantik kami dapat kelas terkotor, malulah wei..kelas top 3 tapi dapat kelas paling kotor. Huhuhuhu….tahun baru azam baru, baju baru , beg baru, kasut baru serba serbi baru tapi Romli je yang masih lama bertapa dalam hati aku. Romli..Romli…
“ Mira!”
“ Oi!! Romli ku sayang!!” latahku lagi merapu dari selalu. Pantas mulut ku tutup. Hantu dua ekor tu dah ketawa cam siamang.
“ Hoi!! Korang reti-retilah bagi salam. Suka buat aku jadi mak nenek tau, cam ne lah latah aku nak ilang kalau korang selalu jadi siamang sesat” bebelku terus.
“ Ok Ok …sori ye…tak tau lak ko boleh pulak sebut nama Romli, nasib dia tak de tau. Aku ada cerita baru nih! Hangat di pasar malam permai beb…” kepoh mulut Sally bercerita.
“ Apa dia..cerita je lah, panjang sangat mukadimah kau tu” masih lagi bersisa marah dalam nada suara ku.
“ Mira! Romli dah putus dengan Zati! Sebelum abis paper lagi diorang dah tak kawan..Zati dah ada orang lain..” Yana meneruskan cerita Sally.
“ Mana ko dapat tau??” soal ku berminat. Wah…bestnye…tak lah aku sakit mata bila terserempak diorang kat town atau dimana-mana saja.
“ Ala..semua dah tau..ko je yang buta tuli” slumber bomba Sally sound aku.
“ Erm..yelah..aku lah buta tuli korang semua celik tak pekak…”
“ Tak lah..ko tu yang tak nak amik tau pasal Romli, bila orang cerita kau angkat kaki. Bila aku bukak mulut ko suruh diam cam ne nak cakap. Eh! Tapi kenapa hari ni ko boleh sudi lak nak dengar erk?” soal Yana.
“ entahlah! Aku rindu dia kot” jawab ku bersahaja. Dah memang aku rindu dia, walaupun aku sakit hati bila dia buat tak tahu pada aku bila dia kawan dengan Zati.
---
Sha…aku nak sangat tegur kau Sha..tapi beratnya mulut ni..aku dah tak kawan dengan Zati Sha..Sha…tegurlah aku Sha..tegurlah..kalau kau tegur confirm aku baik dengan kau Sha..please Sha….
Ah! Tu semua hanya mampu aku suarakan dalam hati je. Bila bertembung aku tak pernah senyum pun malah pandang pun tidak. Egonya aku nih….Eh! tu Sha lah…aku mesti tegur dia hari ni! Aku mesti! Tekad hati ku.
“ Hai Wan! Hapi bday ek” katanya sambil lalu sambil memberi ku senyuman yang paling aku dambakan. Aku hanya memandang tanpa sempat berkata-kata. Sha..kau ingat birthday aku Sha..Eh! hari ni birthday aku ke??? Kan hari ni 26/2 birthday aku kan tahun lompat. Hish! Budak ni memang suka kenakan aku tau. Jaga kau Sha..patutlah dia gelak-gelak tadi. Hampes!!
“ Hoi! Wan! Kau asal tetiba berangan tengah-tengah jalan ni? Dah lupa jalan balik kelas ke?” sapa Fir
“ Erm..aah! tunjukkan aku jalan, jom!” Fir terpinga-pinga. Aku dah tergelak-gelak sambil jalan menuju ke kelas. Alahai Fir..kau ni memang sesuai dengan Sally, sama-sama blur.
----
Pagi-pagi lagi aku dah nampak Sha tengah menyapu dalam kelas dia. Awal pulak dia ni datang sekolah.
“ Morning Sha” sapaku perlahan, takut dia melatah ada dia hempuk aku pakai batang penyapu tu, abis suwey aku sepanjang hari, bukan boleh kira dia ni.
“ Eh! Romli..opss!! azam baru aku nak panggil ko Wan” ujarnya.
“ Sha..balik nanti aku tunggu kau ek. Aku tunggu kat kedai mamak Ali tu”
“ Ala..tak nak lah nanti kene gosip liar, tak kuasa aku nak jadi glamor” tolaknya
“ ok..cam ni..kau jalan je la nanti aku ikut dari belakang erk” cadang ku
“ Ok Rom..eh! Wan”
“ Thank sayang” sambil aku mencuit hidungnya. Sha kelihatan terpinga-pinga dengan tingkah ku. Sha..aku harap kau dapat rasa apa yang aku rasa.

Di kelas Mira..
“ Eh! Korang..dengarlah ni..nanti balik Wan, Eh! Romli nak balik sekali dengan aku…” sedikit excited aku bercerita. Seronoklah katakan…
“ Mira, aku rasa dia suka kat kau lah” si Yana membuat kesimpulan sendiri.
“ Yup! Sokong 200% beb..” celah Sally.
“ Ish! Tak kot..kan aku memang rapat dengan dia dari dulu lagi..cuma last year je ada masalah dalaman sket…” sangkal ku
“ Ko tak caya..tunggu hujung tahun nanti confirm dia sound stead ngan ko..trust my word lady!” ujar Yana bersemangat. Poyo je minah ni kekadang tau. Aku terdiam sendiri. Mungkinkah??
----
Sejak dari hari tu hubungan aku dengan dia semakin baik dan kami semakin rapat malah lebih rapat dari dulu. Setiap hari time rehat Romli akan datang kelas aku, dok berbual dengan aku itu pun kalau aku tak pergi kantin la. Tengah hari pulak balik sekolah kiteorang balik sama-sama, bila terserempak Zati muka dia macam nak telan aku gamaknya. Huh! Baru dia tahu, aku dulu lagi sakit hati tau!
“ Sha..nak hujanlah macam mana ni? Nanti kau demam pulak. Nak redah je ke?” tanya Romli.
“ entah, redah jelah” putus ku. Berlari-lari aku dan Romli ke tempat menunggu bas.
“ Eh! tu bas kau dah sampai” ujar Romli sambil tangan melambai menahan bas agar berhenti.
“ Nasiblah tak yah tunggu lama-lama. Dah sampai rumah call aku tau” ucapku. Bas telah pun sampai, Romli sekadar menganggukan kepalanya.
Sesampainya aku dirumah mak ku menyapa..
“ Kakak, la..kenapalah tak balik naik bas sekolah..nak jugak naik bas tambang, dah tu susahkan diri. Tengok time hujan-hujan pun kena redah, lepas tu demam merengek cam budak tak cukup bulan” bebel mak ku sambil mengelap tubuh ku dengan tuala. Aku hanya tersengih-sengih. Demi Romli aku sanggup meredah hujan dan panas. Cewah! Dah keluar dah ayat poyo aku. Ahahha…
“ Ha! Yang tersegih tersenyum sorang-sorang tu kenapa?? “ sergah mak
“ Oi!! Mak! Kakak ingat Romli mak!!!” latah ku. Alamak ….mulut aku ni betul tak de insurans.
“ Sape pulak Romli…dah jangan nak merapulah. Pegi masuk sana, mandi. Demam pulak nanti” suruh mak ku.
“ Yelah..kakak memang nak masuk pun..mak tu yang tercegat depan kakak camne kakak nak lalu…” mak ku hanya tersenyum bila tersedar dia masih lagi depan ku, menghalang laluan. Baru kakiku melangkah telefon berdering, pantas aku mengangkat..
“ Hello..Salam…”
“ Waalaikumsalam…Sha..Wan ni…”
“ Erm..tau..kau dah sampai rumah ek. Dah mandi belum?” soal ku “ Kakak tu yang belum mandi jangan nak tanya orang…letak dulu cakap kat kawan tu nanti boleh call” bising suara mak ku di belakang. “ yer..kakak nak cakaplah ni..” sahut ku.
“ Wan, nanti Sha call semula ek. Mak bisinglah, lagipun Sha belum mandi, baru masuk rumah”
“ Owh! Ok ok…nanti malam macam biasa eh”
“ Ok…bye”
“ bye sayang” wan terus meletak telepon, aku pulak macam kena paku terkedu kat tepi telepon.
“ Kakak!!! Mandi!!!” jerit mak ku.
“ Ha?? Ok ok..” pantas ku meletak gagang. Hish!! Ko ni Mira…marahku pada diri sendiri.
----
Hari ini ada sambutan Hari Guru di sekolah ku, ramailah yang dok ke hulu ke hilir jadi ‘pengetua’ tak bertauliah, termasuklah aku dengan kengkawan aku yang lain. Dah penat kesana-sini aku ajak masuk kelas, bosan pulak bila dah tak de kerja ni. Penat aku merayau-rayau, nak join aktiviti semua untuk guru-guru. Aku masuk ke kelas, tengah duduk-duduk berbual dengan Yana n Sally aku ternampak Wan dengan Fir.
“ Wan!Fir! nak pegi mana?” soal Yana
“ tak tau lah, aku bosan dok…” Ujar Fir seraya melangkah masuk ke kelas ku. Kami duduk melepak di kelas ku,ada jugak budak2 dari kelas lain juga turut melepak di kelas ku, mungkin malas masuk ke kelas masing2, kebetulan kelas ku berada di depan sekali jadi kelas ku selalu menjadi sasaran diorang melepak. Sedang aku leka berbual dengan Wan tetiba…
“ Shamira! Ridhwan! Apa awak berdua buat dalam kelas ni berdua???” jerit Cikgu Azizah penolong kanan sekolah ku. Aku menoleh ke arah suara yang macam petir berdentum tu.
“ Eh! Cikgu..tapi tadi kami ramai-ramai dalam kelas…” jawab si Romli terketar-ketar. Aku pula diam seribu bahasa.
“ Mari sini kamu berdua, orang lain tengah ada majlis kamu buat benda tak elok dalam kelas? Kamu nak kena kawin ke???” soal Cikgu Azizah bengkeng.
“ Tak cikgu…tadi kami ramai-ramai..tapi tak perasan pulak semua dah tak ada” Romli cuba mempertahankan diri. Tapi memang kami tak buat apa-apa cuma Cikgu Azizah memang agak anti denganku kerana aku selalu kena tangkap dengan dia bila aku cabut kelas.
“ tak kira apa juga alasan awak, sekejap lagi saya kawinkan awak berdua. Biar ini jadi pengajaran untuk semua” ucapnya garang, bila dia melihat ke wajahku satu jelingan tajam dia hadiahkan. Setitis air mataku menitis.
“ Sha…janganlah nangis…Wan ada kan.” Pujuk Wan
“ Wan..Sha malulah nanti…mesti semua ketawakan kita…” ucapku. Terlihat dua buah kerus diletakkan di Dataran Kejat tempat semua selalu berhimpun.
“ Baiklah…Ridhwan Adam dan Shamira Adela sekarang sila naik atas pelamin awak!!” panggil Cikgu Azizah dengan mikrofon. Semua pelajar berkerumun di depan Dataran. Aku melangkah longlai….
Sebaik aku dan Romli meletakkan punggung satu tepukan gemuruh kami dapat, siap ada yang menjerit “ Woo!!! Best couple of the year!!!” “ cayalah cikgu!!!” Ya Allah..malunyalah aku…..si Romli pulak tersengih-sengih sebelah aku, dasar muka tepu betul mamat sekor ni.
-----
“ Kakak!!!call!” jerit mak
“ Mak ni..panggil je macam biasa..bukan kakak tak dengar..suka jerit tau “ omel ku. Dahlah aku tengah bengang kena denda hari tu, malu ku tak habis lagi dengan Romli-Romli sekali kena tempias angin kus-kus ku.
“ Hello!” sapaku garang. “ Kakak..cuba cakap elok-elok” bebel mak ku. Hish! Dengar ajelah mak aku ni tau, suka sangat pasang telinga.
“ Sha..Sha jangan letak ok…” cepat Romli berkata, sebab dah banyak kali dia call aku dah letak phone bila dengar suara dia.
“ Nak apa…”
“ Sha..kenapa Sha jauhkan diri dari Wan..apa salah Wan..ala pasal kena kawin tu janganlah pikir sangat..anggap je kita buat show ok?” apa punya blurlah mamat nih. Ada ke pujuk aku cakap aku just buat show hari itu. Romli…Romli…aku tersenyum sendiri.
“ Erm…yelah..Wan nak apa ni?” soalku tenang sedikit dari tadi.
“ Sha..esokkan sabtu kita pergi town nak?” ajaknya. Ish! Dia ajak dating ke???
“ Kita berdua je ke?” tanya ku semula.
“ Eh! Tak lah…dengan Yana, Sally and Fir..cam biasalah, diorang cakap nak ajak Sha tapi takut Sha marah pulak. Tengoklah tu awak ni kalau dah marah tak ingat dunia, semua dia nak boom macam Hitler” sedap je Romli mengutuk aku sambil cuba memujuk, entah siapa ajar dia kau pun tak tahulah.
“ Owh..ye ke??ok lah esok kita keluar, cam biasa eh. Tunggu tempat biasa ek. Ok Wan..Bye..” ucapku seraya meletak telefon.
----
Di town…
“ Yana! Romli mana? Tak jadi datang ke?” soal ku.
“ Dia dah sampai tapi pergi main snooker dengan Fir, dia cakap kita pergi jalan2 dulu nanti dia joinlah. Dia cakap pukul 4 tunggu kat mcD” aku cuma menganggukan kepala.
Setelah aku puas me’round’ satu shopping complex kami duduk melepak di mcD sambil menunggu dua mangkuk tingkat tu.
“ Hai..dah lama tunggu?” soal Fir sambil mengambil tempat di sebelah Sally.
“ Kalau boleh tumbuh janggut dah berjanggut dah kiteorang nih…” sindir ku. Mamat dua ekor tu hanya tanyang gigi je.
“ Sha..teman aku beli barang jom” ajak Wan sambil menghulur tanganya, aku bangun dan menyambut huluranya.
“ wah..couple of the year dah baik…” Fir bersorak, Yana dan Sally pula hanya gelak-gelak. Aku cuba buat muka serius tapi haram diorang tak heran. Last-last aku pun tergelak.
“ Dah lah korang, aku majuk lagi baru tau…” ugut ku.
“ heheheh..janganlah..nanti kesian kat orang sebelah kau tu, macam ayam berak kapur bila kau boikot jumpa dia” Wan tersegih-sengih cuma.
“ Jomlah, jangan layan diorang ni. Sampai sudah tak habis” ujar Wan sambil menarik tanganku.
Kami berjalan-jalan sambil berbual-bual kosong tentang pelajaran memandangkan kami akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
“ Sha..kalau kau dapat sambung belajar ko nak pergi mana?” soal Wan.
“ aku nak pergi Perak..aku nak cari pengalaman kat negeri orang, rimas asyik duduk Johor je” ujarku.
“ Jauhnya…kau rimas jugaklah dengan aku ek?”
“ Eh! Ke situ pulak kau ni..aku just nak tengok negeri orang je la…bukannya aku tak balik pun nanti..abis ko pulak?”
“ aku pulak tak kisah, mana-mana pun aku ON je. Kalau dapat kat JB jugak pun ok, kalau jauh pun ok”
“ Nanti..mesti bila kau dah belajar kau jumpa orang lainkan?” soalku. Ada rasa gusar dalam hatiku.
“ Sha…aku tetap milik kau, kau jangan risau ye” kata Wan sambil mengangkat sedikit dagu ku agar melihat wajahnya. Aku tunduk kembali dan meneruskan langkah. Romli..satu janjikah itu???
-----
Peperiksaan SPM dah pun berakhir, hari ini merupakan paper lukisan bagi yang mengambil lukisan. Aku memang tak terlibat langsung tapi Romli mintak aku datang ke sekolah dia ingin menemui ku katanya. Aku menunggu Romli di rumah Yana seperti biasanya.
“ Assalamualaikum..Yana…” kedengaran suara Romli di luar memberi salam.
“ Waalaikumsalam…kejap eh aku panggil Mira”
“ Mira!! Ni laki hang dah sampai!” jerit Yana
“ Yer..aku datanglah ni…suka je cakap laki aku” omel ku.
“ Jom Sha!” ajak Wan.
“ Yana, aku blah dulu ek. Apa-apa hal call aku tau. Bye..kirim salam kat mak kau” aku pamit dari Yana.

Di tempat menunggu bas…
“ Sha..aku ada benda nak cakap”
“ Apa dia?” soal ku, dadaku berdebar-debar.
“ Erm…macam ni…sebenarnya, Wan suka kat Sha, can u be my girl? Kita couple Sha? “ aku terkesima, tak mampu bersuara. Aku hanya tergelak-gelak untuk menghilang debar di dadaku. Wajahnya ku pandang sekilas, aku terasa pipi ku panas, serasa darah mnyerbu ke wajah.
“ Wan..r u serious with your word?” soal ku
“ Yup!!” cukup yakin jawapanya.
“ Bagi aku masa, aku terkejut sangat aku tak boleh nak bagi jawapan sekarang” ada riak hampa di wajahnya.
“ Ok..Esok kita keluar. Kita dah janjikan nak keluar once paper dah habis”
“ Ok..esok kita keluar”
“ Sha..bas kau dah sampai. This is for you, Happy Birthday sayang…walaupun kau kenakan aku sebelum birthday aku.” Ujarnya meningatkan peristiwa aku menegurnya pertama kali setelah sekian lama kami berperang. Aku hanya ketawa sambil tangan ku menyambut huluran hadiah buatku.
“ Thanks Wan, see you tomorrow” ucapku sambil naik bas, tangan ku lambai padanya.

Di bilik ku…
Hadiah ku buka ternyata ada sekeping bingkai gambar dan gambar di dalam adalah gambar “perkahwinan” kami di dataran kejat sekolah dengan word “BEST COUPLE OF THE YEAR”. Aku tersenyum sendirian. Siapalah yang baik hati ambil gambar kami ni. Sejarah betul!!
Telefon di tepi katil ku, ku angkat lantas nombor ku dail…deringan ku bersambut..
“ Salam…”
“ Sha..”
“ Wan..Sha terima Wan” ucapku ringkas.
“ Yahooo!!!”
“ n thanx for the BEST COUPLE OF THE YEAR”

No comments:

Post a Comment