Thursday, February 19, 2009

kau, aku dan dia

Hari ini ramai sungguh yang datang untuk interview dekat company aku,letih di buatnya. Tak menang tangan aku,dah lah bos aku ni cerewet lepas tu yang buat aku bertambah penat nak melayan kerenah budak-bdak yang datang interview. Ada ke patut datang interview pakai seluar jeans.nak marah dah besar kalau tak marah aku pulak yang kena marah.

Tiba-tiba ada budak cute datang tegur aku, “ kak nak tanya kalau nak minta tempat untuk LI boleh tak? “ aku dengan muke serius tapi cute “ boleh, adik kena hantar resume dan borang permohonan dari tempat belajar adik” kataku sambil tersenyum. Senyum tu kan sedekah.

“ok kak.terima kasih” dalam hati aku bermonolog comel je budak ni datang nak tanya pasal LI, budak-budak nak datang interview sumua muka macam samseng. Hish!!

“ Hilmi! Awak boleh masuk , tapi baju awak tu tolong masukkan dalam, hish!cubalah kemas sikit. Tak paham betul aku tengok korang ni nak mintak kerja, tapi macam minta kerja kontrak je” aku dok membebel. Yang ada kat situ tersengih-sengih macam kerang busuk.
---
Seminggu berlalu,seramai 20 orang juruteknik komputer masuk ke pejabat ,dan aku selaku koordinator untuk diorang. Ada ke patut budak-budak ni panggil aku cikgu besar. Di sebabkan aku suka sangat membebel kalah nenek aku kat rumah. Kata dioranglah bila aku tany akenapa panggil aku cikgu besar. Ada yang aku panggil nasi lemak sebab dia jual nasi lemak dekat opis aku.nasib baik nasi lemak dia sedap. Macam-macam ragam diorang ni semua,berbagai kerenah. Tiap-tiap pagi aku ni dah macam orang tak betul,dengan nak sediakan check list barang untuk juruteknik pergi buat job. Ada pulak nanti yang mintak borang itu la ,borang ini la,padahal semua boleh ambil sendir,tapi nak jugak mulut aku ni berleter baru nak bergerak ambil,tapi dengan diorang ni la yang selalu buat aku ketawa melupakan kelukaan yang aku alami. Segala duka yang aku rasai dapat aku lupakan sejenak dengan kerenah diorng ni. Walaupun kena marah,kena tengking dengan aku,tapi mereka semua suka buat lawak yang tahap cipan,sampaikan dengan aku sekali kena masuk bilik meeting kena marah dengan bos,sebab counter receptionist bising macam pasar tani.

Tapikan aku ada terperasan dengan sorang mamat ni,dia selalu senyap dan jadi pemerhati bila aku kena buli dengan budak-budak yang lain,tapi bila belakang aku ada pulak suaranya. Setiap kali aku suruh buat kerja dia ikut dan tak pernah membantah pun. Bagus betul, kalau tengok mukanya bukan main garang lagi,apatah lagi dengan scar dekat matanya tu. Tapi mata itulah yang telah buat aku jatuh hati sekali lagi. Sekaligus mencarik luka dalam hati aku.

Disini lah bermula kisah antara aku dan dia….

“ ju boleh advance tak?”
“ kau nak berapa?aku ni da macam ceti tau tak?Cuma bezanya aku ni pompuan yang cute bukan macha bawak payung hitam pakai kain putih” punya lah panjang mukadimah aku dekat budak tu. Terkelip-kelip mata mamat ni pandang aku.
“ erm…nak pinjam seposen je…”
“ aik??” aku dah buat muka konpius “ seposen pun nak pinjam ke???”
“ tak…nak pinjam RM 10 je..” dengan muka malu-malu tapi mahu.
Sebenarnya aku saja nak kenakan dia.aku suka tengok muka dia yang selalu tersipu bila aku dapat tangkap dia curi-curi pandang aku.
“ alahai..aku saja je tu..nah amik ni” tersengih-sengih dia mengambil wang dari aku. Tapi tiba-tiba “ kita keluar malam ni?boleh???”
Terasa degup jantung ku macam orang kena kejar dengan anjing,punyalah laju. Tapi belum sempat aku jawab dia dah jalan. So,aku la pulak yang terkebil-kebil. Hampesnya mamat ni tak sempat aku nak jawab dia dah blah dulu.
“ Hello, Hilmi ada?”
“ Hilmi …dia da pergi kerja”
“ Dah lama ke? “
“ Dah lama dah..”
“ Tak pe lah,nanti kirim salam kat Hilmi ya,cakap kat dia Cikgu Ju kirim salam” kata ku dengan nada geram, sebabnya aku tahu dia masih di rumah dan hari ini mesti dia ponteng kerja. Kerana dia aku asyik kena marah, sebabnya dia dibawah aku dan tugas aku kena pastikan dia buat semua kerja yang aku dah sediakan setiap hari. Dah lah telinga aku ni naik tebal kena dengar ceramah free tiap-tiap pagi dari cikgu-cikgu yang buat laporan kerosakan komputer, campur lagi dengan kena bebel dengan bos aku yang garang kalah singa tu.hish! alangkah tension nya aku…

“ Hilmi! Sini kejap! Aku ni sakit hati betul lah dengan kau ni. Kau boleh tak tolong buat kerja betul-betul sikit. Aku ni bukanya banyak sangat masa nak betulkan salah kau ni” jerkahku padanya. Si Hilmi ni pulak buat muka seposen je kena marah,bertambah angin aku satu badan.

“ Semua dengar sini,aku nak sebelum engaku orang semua bagi job form ni,engkau orang tolonglah double check. Aku penatlah asyik nak kena betulkan” kataku pada semua juruteknik yang ada depan aku masa itu. Tapi yang buat aku rasa nak jerit je dekat sekor-sekor umat tu semuanya buat muka dunno je. Last-last aku merajuk, boikot bercakap dengan semua orang. Sampaikan kak gee pun terkena tempiasnya.

“ Ju kenapa ni..” Tanya kak gee pada ku. Aku pulak buat muka sedih je. Rasa macam nak menangis je. Tapi tak da lah sedih sangat, tapi bila ada orang concern rasa terharu lak.heheh…
“ Habis tu kak,semua buat tak tahu je bila Ju cakap.sibuk main chess pulak. Nanti Ju jugak yang kena marah dengan En. Firus. Sakit hati je sebenarnya.” Ucap ku dengan suara ala-ala nak nangis tapi tak nangis. Kak gee Cuma tersenyum.
“ tak pe la Ju,biar akak je yang cakap,budak-budak tu takut sikit kalau akak yang cakap” cadang kak gee.
“ Ala dik,you tu baik sangat dengan budak-budak tu semua,sebab tu la diorang cam tu. Tak takut dengan you” sampuk kak shiela.
“ Dah tu kalau I garang sangat nanti diorang boikot pulak dengan I,I juga yang susah nak buat kerja nanti kak” sangkal ku membela diri. Padahal memang betul pun apa yang dikatakan kak shiela. Aku terus berlalu ke tempat duduk ku, dan kak shiela mengikuti aku hingga ke depan.
“ Ala dik biar je la, diorang dengar la tu,tapi saja je buat-buat tak tahu” pujuk kak shiela lagi. Aku sekadar menganggukan kepala ku. Mungkin benar kata kak Sheila. Hilmi yang ada di tempat duduk tetamu hanya memandang pada ku dan dia menghadiahkan senyumnya pada ku. Aku sekadar menunudukkan kepala.

“ Ju kau marah ke kat kita orang, ye la..aku dengar kau cakap tadi,janganlah merajuk sunyi bila kau tak berleter hari ini. Jom aku belanja minum. Budak-budak ni semua nak pergi minum dekat mamak “ pujuk Boyot. Aku terasa nak ketawa je masa tu,tau pulak nak pujuk aku. Ni yang nak demand ni.
“ Em, yela tapi kau kena belanja aku minum dengan makan sekali” aku menyegih.
“ Ok, tak de hal la, small matter. Kau tu bukan makan banyak pun”
“ Woi !! cikgu besar dah tak merajuk!!!” jeritnya pada semua. Aku buat muka comel je la. Hilmi hanya tersenyum melihat aku yang dah hilang merajuk. Sebenarnya aku geram je, tak pulak minta di pujuk.

Hilmi mendekati “ Awak nampak cute bila merajuk tapi lagi cute bila senyum” dan dia terus berlalu sambil mengeyitkan matanya. Aku cuma mampu tersengih. Hai,mata itulah yang buat aku jatuh hati. Kak gee dan Kak shiela hanya menggelengkan kepala melihat telatah ku yang kembali baik dengan budak-budak yang bagai tak cukup umur tu.
----
“ Ju , tolong akak boleh tak? Akak ada hal malam ni nak kena balik cepat. Ju tolong tutupkan office ye” pinta kak gee. Aku on je.
“ Siapa lagi yang belum balik kak?” soal ku.
“ Bulat dengan Amy “ jawab kak gee. Aku rasa berdebar bila nama Hilmi disebut. Selama ini aku belum pernah berbual mesra denganya. Perbulan kami hanya berkisar dengan hal kerja sahaja. Tapi hari ini aku rasa berlainan sekali.
“ Owh,yeke. Ok Ju tutup office nanti” kak gee menyerahkan kunci dan berlalu. Tinggalah aku seorang dalam office. Aku hanya melayari internet sementara menuggu Bulat dan Hilmi. Sedang aku leka aku terdengar bunyi yang biasa aku dengar. Rupa-rupanya budak berdua tu da sampai.

Bulat menegur “ Eh kak gee mana? Kenapa kau yang tunggu?”
“ Kak gee ada kerja la. Mana Amy?” soal ku pula. Si Bulat hanya menunjukkan kearah kereta. Jantung serasa mahu pecah bila aku memandang kearahnya.
“ Siapa tu Lat? Awek dia ke? “ Tanya ku dalam nada suara yang terkawal. Entah kenapa aku seperti hendak menangis, sedangkan antara aku dan dia tidak pernah ada apa-apa ikatan walaupun sekadar teman. Antara aku dan Amy hanya rakan sekerja,cuma mungkin ada ikatan dalam hati aku sendiri. Apa yang pasti Amy tidak tahu mengenai perkara ini.

Amy hanya jalan berlenggang kearah office dan dia masih tidak perasan akan kehadiran ku di situ, sangkanya pasti kak gee yang menanti seperti selalu. Bila dia mengangkat wajahnya, ada riak terkejut pabila dia melihat aku duduk di tempat ku dan bukan kak gee seperti selalu.

“ Hai” sapanya kaku, dan kelihatan seperti ada yang tak kena. Aku sekadar menjawab dengan senyuman.
“ Mana kak gee? Kenapa awak yang tunggu?” soalnya tapi reaksinya masih seperti tadi. Aku sekadar menjawab “ Kak gee ada hal, boleh tolong cepat tak? Aku nak balik ni. Dah lambat lagipun sakit mata” . Hilmi kelihat sedikit terkejut mendengar jawapan serta tone suara ku yang berubah. Mujurlah Bulat tiada disitu. Aku sendiri terkejut dengan tindakan ku. Hilmi hanya menunduk dan meneruskan kerjanya.
“Bulat kita pergi minum kat mamak ok. Boleh? Aku belanja.” Ajak ku. Bulat tersengih bila mendengar perkataan belanja. Dasar si Bulat kalau orang belanja cepat je.
“ Amy , kau tak join sekali ke? Tadi kau cakap kau lapar kan. Ala bawalah awek kau sekali..” aku rasa macam nak cekik-cekik je si Bulat ni. Pandai-pandai je dia ajak si Amy, aku kalau boleh nak lari dari dia. Amy hanya memandang, mengangguk pun tidak, mengia pun tidak. Selesai kerja kami terus ke mamak tempat biasa kami semua melepak melepaskan penat.
Amy hanya diam, hanya aku dan Bulat saja yang bercerita. Tapi yang buat aku rasa tak sedap hati bila awek Amy tak mahu turun minum dengan kami. Dia hanya duduk didalam kereta dengan muka masam.
“ Eh kalau kau nak balik, baliklah. Awek kau pun macam dah penat je tu.muka pun masam je” aku menyuruh Hilmi pulang saja,dari dia terus jadi patung cendana depan aku, dan membuat aku bertambah sakit hati.
“ Ok la aku balik dulu la” sekilas dia memnadang kearah ku “ malam ni pukul 9 saya datang rumah awak, awak tunggu” dan dia terus berlalu. Bulat memandang wajahku meminta penjelasan. Aku cuma buat muka cekodok je.
“ Oooo…kau ada skandal dengan mamat scar tu ek? Tak sangka aku. Sejak bila? Aku heboh kat office nanti…baik kau cakap kat aku sekarang” ugut Bulat.
“ Kau ni busy body betul la. Mana aku ada skandal” naïf ku. Sebenarnya aku sendiri terpinga-pinga dengan kata-kata Hilmi.
“ Jom balik , aku punya selera dah mati la” kataku sambil bangun dan berlalu ke kaunter.
“ aku belum kenyang lagi tau, dah ajak aku balik” bulat mengomel. Aku buat-buat tak dengar.
---
Hish! Cakap pukul 9 ni da 9.15 pun tak sampai lagi. Ini yang aku menyampah ni,nak kena tunggu. Pantang betul aku kalau bab-bab menunggu ni. Tiba-tiba…

“ Kak cik!!! Ada kawan datang!!!” panggil adik ku yang bungsu si Qalisha. Aik! Macammana aku boleh tak perasan pulak ni. Alamak jantung aku rasa nak pecah dah ni. Sebenarnya aku gabra sangat dari petang tadi lagi. Ya Allah selamatkan lah hambu ini. Eh! Macam lah nak jumpa rimau.

“ Sorry lambat sikit”
“ Tak pe,so ada apa kau nak jumpa aku ni?” soal ku. Cover je tu padahal dalam hati ni macam ada orang tengah palu gong.
“ Awak saya…saya…” gagap agaknya mamat scar ni.
“Saya apa!!” sergah ku.
“Saya suka awak!” dia terus tutup mulutnya. Terasa nak ketawa pun ada. Muka ganas tapi hati tisu rupanya. Tak pe, control jangan over. Relax.
“ So?? Apa kena mengena dengan saya? Eh! Aku? “ alamak macam mana lah aku boleh tersasul ni.
“ Tapi tadi kenapa awak marah?”
“ Bila masa pulak aku marah kau?? Jangan nak perasanlah” sangkal ku.
“ Kalau macam tu tak pe la. Saya Cuma nak awak tau saya suka awak” dia berlalu kearah keretanya. Pantas aku menahan “ Nanti! Tapi awak dah ada girlfriend.” Soal ku semula. Dia tersenyum mendengar soalan ku. Aku bagai tersedar dengan keterlanjuran kata-kataku. Hish! hampes betul mulut aku ni tau.tak pasal-pasal aku rasa muka aku tebal je.
“ Ya, tapi itu dulu, sekarang dia hanya kawan” akuinya.
“ Kawan? Kawan tapi layan macam girlfriend je saya tengok” kata ku ragu. Dia tak tahu hati aku dah bernanah petang tadi. Rasa nak je aku tanya masa tu jugak,tapi aku cover la kan. Ada jugak kantoi. Ntah-ntah aku ni perasan sensorang. Tapi sekarang dia dah luahkan perasaan dia. Sukanya aku. Tersengih-sengih aku.
“ Kenapa awak senyum-senyum ?”
“ Hah!” mak datuk,terkejut aku kena sergah. Alahai apa la aku ni buat malu betullah.

Kau, aku dan dia….

“ Hoi! Perempuan! Kau kenal Hilmi kan? Kau tahu tak dia siapa?
“Orang lah. Kenapa kau tengok dia ada rupa kera ke?” boleh pulak aku nak melawak bodoh.
“ Kau jangan nak loyar buruk pulak..Kau tau tak dia tu boyfriend aku?”
“ Owh! Yeke? Tapi dia cakap kau Cuma BEKAS girlfriend dia je. So apa masalahnya?”
“ Kau ni memang perempuan tak tahu malu ek. Dah tak ada lelaki lain ke kat dunia ni?”
“ Memang banyak lelaki lain, tapi dia tak sama macam lelaki yang aku kenal. Sayangnya kau yang tak pandai nak hargai “ perempuan ni sekali aku sepak baru dia tahu tau. Hilmi memang tak pernah menceritakan keburukan bekas kekasihnya, tapi aku dapat tahu semua ini dari kawan baiknya.
---
“ Mira ada jumpa awak pagi tadi? Dia datang office ke? Awak tak a pa-apa?” cemas suara Hilmi bertanyakan soal Mira.
“ Aah..dia datang marah-marah. Awak apa kata awak balik je pada kekasih awak. Saya dah tak larat nak sabar lagi. Hari tu dia call marah-marah. Hari ni dia datang office. Esok lusa dia datang rumah saya bawak parang pulak.”
“ saya dah tak boleh terima dia lagi…dia dah nak bertunang dengan orang lain”
“ Owh! Sebab tu awak kawan dengan saya” sengaja aku menduga keikhlasanya.
“ Awak..jangan cakap macam tu. Jangan salah paham. Saya kawan dengan awak ikhlas. Bukan sebab dia nak bertunang, kalau dia tak bertunang pun saya tetap nak kawan dengan awak”
“ Ye la tu…” antara percaya atau tidak dengan kata-katanya. Tapi entah kenapa aku semakin sayang padanya.
---
“ Hello..Kenapa tak datang kerja hari ini? Bos Tanya awak tadi” geramnya aku dengan Hilmi ni, ikut suka dia je nanti aku jugak yang kena marah.
“ Awak saya ada hal, nanti saya call awak “ secara tergesa-gesa dia meletak telefon tanganya. Ada keraguan dari suaranya.
“ Kak gee, Ju nak keluar sekejap boleh? Ju nak pergi bank.” Izinku pada kak gee.
“ Ok. Tapi jangan lama sangat nanti bos datang semula lepas lunch”
“ Ok…thank kak gee..sayang kak gee…”
---
“ awak saya minta maaf, saya tak boleh kehilangan dia..dia cinta pertama saya..saya tak berniat nak tipu pada awak tapi saya tak tahu macam mana nak berterus terang “ ada riak kesal diwajahnya, tapi sikit pun tidak akan merubah apa yang telah berlaku. Kalaulah aku tidak pergi kerumahnya pasti sampai bila pun aku takkan tahu kecurangannya.
“ Tak apa Hilmi, saya tau saya Cuma sandaran tika awak luka. Terima kasih saya harap dia mampu menghargai awak. Jangan cari saya” ku tahan air mata agar tidak jatuh didepan dia,aku tak mahu nampak lemah walau hakikatnya hati aku terluka dan ia mengingatkan kembali luka lama ku. Ah!biarlah semua lelaki tu sama. Marahku dalam hati.
---
“ Kak cik nak makan? Ibu masak bubur. Kak cik suka makan buburkan. Makanlah sayang jangan buat ibu susah hati macam ni ya. Ibu tahu kak cik sedih tapi kak cik jangan la macam ni,sakitkan diri sendiri “
“ Tak pa bu, kak cik tak rasa lapar lagi nanti kak cik lapar kak cik makan eh “ terus ku berpaling dari ibu.
“ Kak cik!! Abang Amy datang!! “ jerit si Qalisha. Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Kenapa?? Kenapa dia datang lagi?? Puas aku mengelak diri dari berjumpa dia walaupun di tempat kerja. Segala urusan dia aku serahkan pada kak shiela. Berat kaki ku melangkah keluar.
“ awak nak apa? Kenapa datang cari saya lagi ? tak cukup lagi ke awak tipu saya selama ini? Apa lagi yang awak nak? Kalau awak nak kata maaf, saya dah maafkan awak. So baik awak balik je. Saya tak nak jumpa awak lagi “ ada rasa sayu dalam nada suara ku. Sebenarnya aku rindu pada wajah itu. Ada sendu di mata itu.
“ awak saya minta maaf buat awak terluka. Saya dah cuba banyak kali nak cakap dengan awak tapi awak mengelak. Semua tugas saya awak bagi pada Shiela, bila petang saya balik awak dah balik rumah dulu. Awak saya dah tinggalkan dia. Saya nak awak..saya tak boleh hilang awak. Saya dah cuba. Bila dia tak ada saya rasa ok, tapi bila awak pergi saya rasa macam orang sasau. Please Ju, maafkan saya. Saya janji saya tak tinggalkan awak lagi” rayu Hilmi.
“ entahlah Hilmi hati saya masih sakit “ aku terus masuk ke rumah, meninggalkan dia keseorangan.
---
“ Hello..”
“ Hoi!!kau ni memang tak faham bahasa ek. Jangan ganggu Hilmi lagi. Dia hak aku!!”
“ Eh! Apa masalah kau ek? Beri salam tak, tiba-tiba terus menjerit. Tak ada adab langsung kau ni ek.Eh Mira,aku tak ada cari dia tapi dia yang cari aku. Kau jagalah dia, kata hak kau” terus aku matikan panggilan. Sakitnya hati aku….rasa nak tampar je muka perempuan tu. Akhirnya sekali lagi aku menangis. Kenapalah ini semua berlaku. Aku mesti jumpa Hilmi petang ni.
Masa berlalu, aku menati penuh debar. Aku takut hati aku tidak kuat berdepan dengan Hilmi. Aku masih sayang dia.
“ Hilmi, saya nak jumpa awak sekejap” panggil ku. Dia menghampiri ku dengan wajah yang tak bermaya.
“ Ya, ada apa awak nak jumpa saya?” hatiku tersentuh melihat keruh di wajahnya. Aku tahu dia sedih tapi hatiku lebih pedih.
“ Tadi Mira call saya. Dia minta saya jangan ganggu awak. Sebenarnya saya nak minta maaf sebab hadir dalam hubungan awak berdua. Bulat ada cakap yang awak memang selalu gaduh dan berbaik semula. Tapi sebab adanya saya hubungan awak bertambah keruh. Saya harap awak relakan saya pergi, tolong jauhkan diri dari saya. Hati saya dah tak mampu menerima luka lagi” setitik air mataku akhirnya jatuh di depan dia. Biarlah ia mengalir untuk terakhir kalinya.
“ Ju saya sayang awak. Saya tak nak kehilangan awak, saya dah tak boleh terima dia. Saya perlukan awak”
“ Tak Amy, awak tak perlukan saya. Amy awak tahu tak awak jahat sebab awak tak menyayangi Ju sebagaimana Ju sayang pada awak. Saya tahu hubungan kita baru berbanding awak dengan Mira, tapi awak tahu tak lamanya hubungan bukan penentu dalamnya kasih dan sayang. Lupakan saya “ aku terus berlalu meninggalkan dia. Amy antara kau dan dia tak perlu ada aku.

Antara Kau dan Dia ada Aku
Aku yang selalu buat kau tersenyum tika Dia melukakan Mu
Aku yang selalu buat kau ketawa tika Dia menyakiti Mu
Aku yang sanggup lakukan semua asal saja kau gembira
Aku yang selalu memberi tetapi tidak pernah meminta
Sayangnya….
Antara Kau dan Aku ada Dia
Dia yang selalu melukakan aku tapi kau relakan
Dia yang selalu menyakiti aku tapi kau biarkan
Dia yang selalu membuat ku menangis tapi kau endahkan
Dia yang selalu meminta tapi kau berikan
Akhirnya…
Antara kita
Akulah yang mengalah
Akulah yang berkorban
Kerna antara Kau dan Dia tak perlu ada Aku.

No comments:

Post a Comment