Monday, October 19, 2009

Adakah Si dia MrRight?

Salam...

setelah 4 bulan aku menjadi tunangan kepada My vitamin persolan ini tetiba timbul di kepala.Adakah dia MrRight aku??kenapa aku fikir camtu??ahaks!!
mungkin relationship aku dan my vitamin agak huru hara selepas bertunang, sebulan sahaja hubungan aku dan dia ceria dan indah, setelah itu hubungan kami bagai pantai, sekejap tenang sekejap lagi gelora malah kadang2 tsunami..

hubungan aku dan my vitamin mencecah 3 tahun,dan aku rasa sepanjang tempoh itu kualiti dalam dirinya cukup untuk buat aku rasa dia adalah yang terbaik untuk aku. mungkin tidak sesempurna yang aku impikan tapi dia cukup untuk buat aku rasa 'penuh' dan tidak ada ruang kosong yang perlu di isi lagi.

Namun dalam keadaan sekarang, hati aku yang tak menentu dan hubungan kami yang bagai dilanda badai,aku harus banyak bersabar dan setiap yang berlaku aku anggap hanya dugaan..orang cakap darah manis..
apa itu darah manis???

apa yang boleh aku list out antaranya( sebab ini yang berlaku pada aku..huk huk)

- suddenly orang yang minat dekat dia ramai sangat - rasa agak mencabar di sini dan ini antara punca gelora dan rasa percaya itu turun dan naik..hahah
- perkara kecil selalu jadi besar - aku atau dia pasti akan mempersoalkan sesuatu yang selama ini kami anggap tidak penting untuk di gaduhkan
- ex's tiba-tiba membuat panggilan manja - hahahhaha...cerita lama adalah sekadar ingatan bukan untuk diulang lagi
- kewangan yang membuat otak serabut - mengalir macam air terjun..
- saudara mara tiba-tiba murah hati nak rekomenkan anak daranya - boleh gitu???haish!!!
- emosi aku yang sangat tidak stabil, mudah marah, merajuk ntah apa2 - atau ini cuma perasaan aku saja
- mula terasa dia berubah itu dan ini sedangkan tiada apa yng berubah - haih!!!

itu katanya darah manis...tapi kalau ikut kata orang tua2 merangkap kata FMIL
bila bertunang ni orang pandang kita manis lain dari selalu, dugaan untuk bertengkar dan selisih faham memang akan kerap berlaku, tak sefahaman, tiba-tiba yang dulu kata tak boleh hari ni kata boleh, sabar dan beralah itu perlu samada dia atau aku.

Jadi mengapa aku tanyakan adakah dia MrRight??
sebab kadang kala bila dalam bergaduh diamuk emosi yang tidak stabil hati tiba-tiba merasakan "KALAULAH yang dulu pasti dia tidak begitu,tidak begini" hati mula memikir "KALAUlah dulu aku tidak begitu pasti sekarang aku begini" jahat sungguh pemikiran dan hati dikala emosi tidak selari dengan akal.hingga ke satu tahap aku memikir tajuk diatas itu..haih!!! betapa jika diikut perasaan pasti mati, hilang sudah yang dibina hanya kerana ikut hati,sedangkan kualiti yang ada itu belum tentu ditemu lagi.

ohooho..aku sekadar bercerita bukan untuk membuka pekung di dada. ini yang aku alami sepanjang usia bertunang yang singkat ini, terasa sungguh dugaan dan gelora yang dikata yang disebut orang, mungkin dugaan dan ujian kita lalui tidak sama tidak serupa, jangan pula ada yang membaca cerita beku aku ini jadi takut untuk melalui tingkat pertunangan itu, alamilah kerana setiap apa yang berlaku berbeza setiap insan, tidak sama tidak serupa. Allah itu adil dan saksama, jika diberi pahit sekarang mungkin manis diberi juga nanti cuma bila tidak pasti..

salam

2 comments:

  1. hhhmmm...biasa je rasa mcm tu
    tapi jgn peduli sgt ngan rasa tak yakin tu
    kita kena buat hati kita kata 'inipilihan terbaik aku'
    kena yakin mmg dia lah mr right kita
    tak kan ada yg lain, sendiri kena percaya

    lagipun org kata dugaan bertunang ni sedikit hebatkan
    tapi terpulang pada kita jugak nak settle kan camne, jgn besarkan perkara kecik
    bagi dia ruang untuk diri dia jugak..

    *ye..ye bila dah tunang, pikir hal kawin mmg boleh jadik gaduh, tapi yg penting 'komunikasi'

    ReplyDelete