Friday, February 19, 2010

Darjat dan Harta

Salam semua...

Hari aku nak kupas sedikit cerita tentang darjat dan harta. Zaman sekarang dalam pada kita anggap sudah moden dan serba maju, yang kita rasa soal darjat dan harta tidak lagi menjadi persoalan, tidak lagi menjadi ungkitan, tapi sebenarnya masih ada lagi segelintir pihak yang sangat2 mementingkan darjat dan harta.

Adalah si polan ini yang pernah bagi satu stetment " kalau aku tak jumpa pasangan yang sama macam aku, sanggup aku tak kahwin", ada pula " kalau dulu kita dapat tahap B, kemudian putus, tak kan kita nak cari pengganti tahap C, mestilah nak up lagi dan lagi", macam macam hal. Tahap B dan C yang dia maksudkan adalah rupa paras dan harta si dia.

Ada satu kisah pula, si polan dah berkahwin, si polan anak orang kaya tapi pasangan orang biasa2, bila datang rumah mertua si polan sanggup tidur hotel kerana rumah mertua tidak selesa bagi dirinya. patutkah???

Bukankah sebelum kita berkahwin seharusnya kita menerima segala buruk dan baik keluarga si dia terlebih dahulu, berkahwin bukanlah antara 2 insan untuk melengkapi satu sama lain, tapi kita juga berkahwin dengan keluarganya. bersusah payah keluarga si dia membela hingga besar panjang, kita tiba2 muncul nak merampas terus dari keluarganya. Apa pula perasaan si dia, bila kita enggan menerima keluarganya yang serba sederhana atau kekurangan itu. Bagaimana kalau kita di tempat si dia. Ya, mungkin si dia menurut kehendak kita dengan senyuman, tapi sampai bila. Perkahwinan bukan sehari dua, kalau boleh hingga ke akhir hayat. sekiranya perkara seperti ini berlarutan mampukan ia bertahan??bukan aku nak mempersoal takdir cuma logik fikiran.

Ada pula yang aku dengar, pada awalnya menerima dengan baik, apa saja sanggup, tapi bila sudah sah miliknya mula berubah. Bermasam muka, membuat musuh dalam senyum. terfikir aku, kerana harta, kerana darjat, semua boleh porak peranda.
Di lain cerita, kerana darjat, hantaran di minta melambung2, kononnya nak tahu kesanggupan si polan nak memiliki anaknya. di mana letaknya harga diri, apa yang di junjung darjat, apa yang ada pada harta, kenapa sanggup di hina, di susah payahkan orang yang kurang mampu. Tidak percayakah pada ketentuan Allah, pada qada dan qadarnya.

Banyak lagi kisah yang aku dengar, cerita yang aku lihat, sekadar berkongsi cerita, meluah pendapat. Terkadang aku rasa pepatah Enggang terbang dengan enggang jangan si pipit berangan hendak terbang bersama, adalah tepat. Si pipit manakan mampu berganding dengan enggang, enggang terbang tinggi sedang pipit hanya mampu terbang rendang. fikir-fikirkan. Tapi jika sudah jodoh siapa kita untuk menghalang.

ok ok...kisah berat dah boleh jumpa noktah, meh kita cakap pasal benda ringan dan seronok, terutamanya akulah yang seronok.hahahhah...

Hari tu aku ada cakap cuma baju nikah saja akan ditempahkan. Tapi nampaknya baju sanding juga perlu di buat baru, memandangkan di butik pengantin pilihan aku tu tak ada pula baju yang aku berkenan dan sesuai dengan tubuh aku, maka jalan mudah buat yang baru, nasiblah harga masih lagi di dalam bajet kemampuan ku..yelah, pada awalnya nak cari dekat bridal lain, tapi bila memandangkan cost untuk cari baju lain dan buat baru sama je, lebih baik dapat baju baru, baju pun aku orang pertama pakai, my vitamin pun dapat baju baru yang lebih sesuai dengan tubuh badan dia, maka dengan alasan tersebutso baju untuk reception adalah baru..hoyeh!!!

Oleh kerana tak pernah terfikir tentang design baju sanding, aku agak pening. terkial-kial mencari idea, nasib baik dalam butik kak ida banyak majalah pengantin, selak punya selak, belek punya belek, maka aku putuskan untuk design yang simple, elegent dan sopan...contoh baju adalah seperti di bawah, tak la seratus peratus tapi lebih kurang...


ini saja jek...contoh seperti di bawah


ia seperti ini, tapi sudah pasti tidak se-seksa itu ye kawan2..baju aku pastilah menutup aurat, bukan macam baju tak cukup kain...pengsan pulak semua orang datang majlis ai nanti..hahahha

ok tak macam ni?

xoxo

3 comments:

  1. sbb tu org kata 'carik yg sepadan' kan, yg sama taraf..senang, tak banyak hal di kemudian hari
    tapi kalau kena yg tak ngada2..ok lah
    kalau kena yg ngada2, mmg pening kepala la
    tu kalau boleh, sblum kawin
    bagi dia mix around ngan family kita
    bagi dia biasa ngan keadaan keluarga kita, sesuaikan diri..tak lah nnati rasa janggal ke apa

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya dpt baju baru, design sendiri lak tu..gooogle byk2 ye
    byk deisgn cantik2..

    ReplyDelete
  3. yup tul tu mommy dayu, setuju tu, bg dia biasa sket ngn family kita, atleast de dah tau serba sedikit fmly kita macam mana, lain kuarga lain carakan.

    nak mengoogle xsempat dah..huk huk,da choose design da pun..mungkin a bit simple tapi jun suka..xp la, nak buat macam manakan.klu baju tempah lambat2 kang xsempat meraung2 pulak ai.

    ReplyDelete