Friday, August 6, 2010

Masalah rambut gugur

salam...

hye uollsss...nampaknya dekat facebook masih lagi sebok tentang hal si Azita Osman tu. tak tahulah nak cakap kesian ke tak, tapi kesian jugaklah, kerana mulut badan binasa, cakap tak pandang2. Harap2 ni jadi pengaran untuk diri aku jugak. Kita ni manusia, kadang kala kita tak sedar percakapan atau perbuatan kita menyakitkan hati orang lain...

Ok! STOP! aku bukan nak celoteh pasal Azita. Aku nak kongsi sesuatu dengan korang semua. Terutamanya yang ada masalah rambut macam aku ni, Gugur tak sudah2...duit dah beratus2 ** baru ratus dah kecoh kan??hahah** tapi ye la aku bukan banyak duit nak habis duit beribu semata-mata kerana rambut, tapi rambut tu penting, kalau botak aku tak kisah lagi orang nak tengok tapi macam mana plak dengan hubby aku? eh??hubby ek?hehehhe..malu ai..

Dulu rambut aku memang lebat, kalau panjang tu bila nak ikat naik lenguh tangan, getah rambut selalu jek terputus sebab rambut tebal dan berat, tapi sekarang rambut aku mula menipis, terutaman bahagian depan. Rambut belakang masih maintain, tapi bahagian depan dan tengah dah mula menunjukkan potensi rambut ku menipis. sedih oooo....

note:: rambut perempuan akan lebih banyak gugur di depan berbanding belakang. Rambut belakang punyai salurang darah yang banyak berbanding di atas kepala.

So aku cuba pergi Yun Nam dengan harapan nak buat dekat sana. Kononlah kan...hati suci bersih jek pegi sana, bajet kat situ murahlah, paling koman kene RM2k aku mampu lagi nak effort, tapi bila dia cakap dekat RM8k, terus jiwa luka, time tu jugak. Gila ko nak buat rambut mahal macam tu, macam nak buat duit kawen!

Then aku pergi salon aku selalu gunting or wat pape la kat rambut aku ni, aku amik treatment kat situ, sambil tu pakai la produk diorang..Alhamdulillah ok..dandruff memang dah tak ada, cuma rambut gugur masih ada cuma berkurangan, tapi sampai bila aku nak buat kat situ kan? Tak terlaratlah mak nok...mak bukan anak orang kaya.

So, aku cubalah satu shampoo ni...BERKESAN!
rambut aku kalau 2 hari tak cuci** aku cuci rambut 2 hari sekali..** memang bila cuci tu akan gugur banyakkkkkkk sangattttt...nak nangis aku tengok rambut2 tu. Hubby aku pun naik risau, even masih dalam treatment rambut still gugur. Tapi lepas pakai shampoo BA WANG, rambut aku gugur sikitttt je....time sikat pon tak ada yang tertinggal dekat sikat, cuma bila mandi je akan gugur. Memang secara purata rambut kita akan gugur 100 helai sehari, tapi kes aku ni, baby hair aku tidak kukuh dan gugur sekali, jadi macam mana rambut yang gugur tu nak ada rambut kalau baby hair aku dok jatuh sekali kan? hehhe..



Kalau korang ada masalah keguguran rambut and dandruff boleh cuba shampoo BA WANG, harap2 ia sesuai dengan kulit kepala. Kita tunggu result rambut aku yer selepas 3 bulan, aku nak pegi scan tengok samada rambut aku regrowth ke tak. okeh?

ps:: setiap syampu bukan semua sesuai dengan kulit kepala, mungkin ada yang tidak berkesan. cuba gunakan botol kecil dulu.

pss:: bau syampu ni berbau herbal tapi tidak menyengat. Selamat mencuba! bersama kita membenteras rambut gugur!! gambate!

8 comments:

  1. awak.. shampoo tu ada bau bawang tak? huuu.. kt nak try dah lama tapi takot bau tak sedap.. huuu

    ReplyDelete
  2. ctfza:: xla darling..heheh.comel la kamu.nama de je bawang..bukan bau bawang..dia berbau herba n ginseng.tapi bau tu tak lah menusuk ke hidung sangat tapi tidak pulak wangi macam shampoo pantene or sunsilk ke. so far june pakai mmg ok, hubby pon ckp bau de xd la busuk pon. give it a try darl!

    ReplyDelete
  3. hehe june.. kt dah try shampoo ni.. setakat ni mcm ok.. thanks tau june :-)

    ReplyDelete
  4. salam... kt mne blh dapat.....?

    ReplyDelete
  5. u taw brape harga shampu 2 ?

    ReplyDelete
  6. Brapa btol smua..dia siap an trapi dia skali ker??sbb pala saya dah botakk :(:(:(

    ReplyDelete