Saturday, August 7, 2010

Resepi : Kerapu Masam Manis dan Terung goreng sambal

olla..

aku kebuhsanan ni...so saja lah nak berkongsi dengan kalian apa aku masak malam ni.hheeh...hasil dari meng'google' dapatlah masak masam manis, bukanlah tak pandai tapi memang tak reti and tak penah masak pon...wakakkaka..huduh betul jadi pompuan tapi tak pandai masak. ;P masakan ala-ala tu reti la mak nak masak, kalau hebat2 haruslah mak google dulukan. ;D

bahan-bahan:

Ikan kerapu ** apa-apa ikan yang sedap di masak masam manis pon boley**


sumber:: google

bawang merah 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili padi 4 biji **kalau nak pedas lebih
sos tiram 1 sudu
sos tomato 1 sudu
sos cili 1 sudu
sos thai linggams 1 sudu ** sangat recommended!! masak apa pun sodap!
cili boh

lobak 1/2 batang potong dadu
tomato potong dadu
nanas potong kecil
perahan limau nipis

cara-cara memasak::

goreng ikan ** jangan terlalu garing** kemudian alihkan ketepi.

masukkan bawang merah,bawang putih dan cili padi yang telah di tumbuk **aku suka tumbuk** goreng hingga bawang kekuningan, masukkan cili boh sedikit, goreng hingga garing, dan masukkan semua sos. Selepas itu masukkan lobak,tomato,nanas dan air perahan limau nipis, masukkan garam dan gula sedikit secukup rasa. Tunggu hingga mendidih, kepekatan ikut kesesuaian.

cara hidangan::

ikan di letakkan didalam pinggan, curahkan kuah masam manis tadi di atas ikan,dan hiaskan dengan salad. Siap!

Terung goreng sambal



sumber:: google

Terung di potong mengikut citarasa masing2

bawang merah 1/2 labu**jika besar
bawang putih 2 ulas
sos cili 1/2 sudu
sos tiram 1/2 sudu
sos c/thai linggams 1/2 sudu
cili boh


cara-cara memasak::
Bakar terung terlebih dahulu, atau layurkan tanpa minyak, kemudian angkat dan ketepikan.

Kemudian tumbuk bawang dan masukkan bawang, tumis hingga naik bau dan warna kekuningan, masukkan cili boh, goreng hingga garing, masukkan kesemua sos di atas, masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan terung yang telah siap di bakar, gaulkan hingga rata, dan angkat. Siap dihidang.

resepi ni ada yang aku ikut sedap aku, tapi jangan risau kalau korang cuba tak kan sakit perut okeh! heheheh...selamat mencuba!

ps:: hubby cakap " ami masak sedap ari2 sebab tu dy gemuk" hahahah...

2 comments:

  1. kt kedai runcit ade ke jual sos tu (sos thai linggams)ke ade jual kt kedai2 tertentu je?

    ReplyDelete
  2. anon:: so far sos cili tu jumpa kt mydin or pasaraya cam 4four,giant gtu la.kedai runcit jrg2 ada... ;).cubalah cari, masakkan mesti sedap!

    ReplyDelete