Wednesday, September 1, 2010

Resepi:: Puding caremel

salam uolssss....

sori...ai tu tak hapdet pon resepi puding..dan nak ucapakan selamat hari merdeka...tak da pic bendera yer..yang penting MALAYSIA dihatiku.;D

Ok ni bahan2 untuk puding sedaapppp ni yer...hubby ai suka sangat2!!! :p


ghupa dia macam nilah..tapi ni google image yer puan2.. ;D

Bahan-bahan

Puding::

4 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu tepung custard
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
3/4 sudu gula

Caramel::

Gula 1 cawan
Air 1 cawan

cara-cara ::

Untuk masak caramel dula la yer...

Panaskan kuali, masukkan gula, kacau hingga pekat, masukkan air sedikit demi sedikit, then kacau hingga bertukar warna keperangan. Ingat! bila masukkan air hati2, kadang gula akan meletup.

Setelah gula perang, masukkan di dalam loyang. Biarkan sejuk.

Untuk buat puding::

Pecahkan telur, esen vanilla, gula, pukul hingga sebati, pastikan jangan sampai berbuih, nanti puding berlubang ** aku punya puding pon berlubang ai tu..hahahah tapi tetap sedap...**
Kemudian masukkan tepung kastard, kacau sampai sebati, akhir sekali masukkan susu cair dan susu segar. Kacau kesemua bahan tadi rata-rata.

Setelah itu, tuangkan bancuhan puding di atas karamel dalam loyang. Lepas tu, kukuskan, hingga 30 minit...atau sampai masak...

nak tahu puding dah masak?? cucuk di tengah2 puding, jika tidak melekat, tandanya ia dah pun masak. okeh! :D

Dah siap kukus, masukkan dalam es box dulu, dah sejuk baru terbalikkan ke dalam pinggan. Barulah sodapppp!!!!

No comments:

Post a Comment