Tuesday, November 2, 2010

harga ucapan maaf

"saya mintak maaf"

"i'm sorry "

"forgive me"

"maafkan saya"

mudah tak?
mudah untuk diucapkan, mudah dilafazkan. senang. MAAF!

tapi orang yang ingin memaafkan tu? semudah orang yang meminta maaf ke?
"awak saya minta maaf"
"ye, saya maafkan"

nak minta maaf memang senang, tapi untuk memaafkan ada yang ambil masa seminit, ada pula yang ambil masa bertahun tahun. Kadang aku rasa ucapan maaf yang di minta murah, tapi mahalnya maaf yang hendak diberi.

ada sorang kawan aku ni, dia cakap;

" aku mungkin boleh lupakan tapi aku tak pernah maafkan, sampai satu masa nanti aku akan maafkan jugak tapi bukan sekarang"

selepas bertahun aku tanya lagi:

"ko dah maafkan?"
"belum"
"ko tak lupa lagi ke?"
"dah"
"tapi kenapa dah lupa tapi tak maafkan lagi?"
"sebab aku bukan pemaaf, nak mintak maaf memang senang tapi nak maafkan tak semudah ko minta maaf"

mahalnya harga sebuah kemaafan.

kadang kala dalam membuat satu perkara tanpa sedar kita dah pon sakitkan hati orang lain, mungkin mak ayah, adik akak, kekasih, suami/isteri, kawan2 dan dalam ke tidak sedaran itu kita leka menyakiti hati dia, dan dia yang menerima, menelan sakit tu. Tiap kali di tegur baru rasa bersalah, mulut pula mudah je ucap maaf, tak buat lagi, maaf, tak sengaja, tapi tidak ada kesedaran untuk berubah supaya perkara yang sama tak berulang. Kalau berulang lagi, sekali lagi maaf diunjur di hujung bibir.

Itu bagi kemungkinan kita tak sedar. macam mana pulak dengan sedar? kita sedar perbuatan kita itu akan menyakitkan hati orang. kita sedar perbuatan kita itu pasti ada impaknya. kita tahu benda tu tak sepatutnya berlaku.

Bagi aku kesalahan yang pertama adalah kerana khilaf, kemudian berulang kali kedua, mungkin tak sengaja, tapi kalau dah kali ketiga kesilapan serupa berulang adakah itu khilaf? adakah tak sengaja? fikirkanlah!

Kalaulah perbuatan itu kecil mungkin maaf tu mudah diperolehi, kalau perkara yang berlaku itu memang benar2 mengocak rasa sabar? apa mungkin ucapan maaf diterima dengan hati terbuka seperti selalu? semudah yang meminta maaf?

contoh perkara kecil :

adegan somi istri ber-sms.

somi :: abang balik lambat ok
istri:: ok, jangan lewat sangat, syg tgu abg blk mkn sama2
somi:: ok syg

pukul 10

istri:: syg da lpo, abg lewat ke?
somi:: aah, makan dulu, blk kang abg mkn syg msk
istri:: hurm..ok,jgn lwt sgt k

pukul 11

istri:: dah pukul 11.xblk lg?
somi:: kjp ek..nak blk dah

seterusnya istri tido kroh kroh...

bangun pagi somi mintak maaf sebab balik lewat. Istri merajuk, somi pujuk, mintak maaf, dah berbaik semula.

silap kecil yang boleh diberi maaf dengan seminit cuma.

contoh perkara besar?

aku tak nak bagi contoh, takut menggangu sensitiviti orang lain pulak, tapi aku pasti setiap kalian pernah menyimpan rasa marah yang sukar nak padamkan.

aku?? dulu ada, sangat2 marah, siap pakej benci lagi. Tapi percayalah hanya kerana satu ucapan maaf korang akan rasa beban di bahu tu hilang, sebab benci dan dendam tak bawa kemana, hanya rasa sakit je yang meghimpit. Tapi harga sebuah kemaafan tersangat mahal, tak semurah meminta maaf.

lets forgive and forget. mesti hidup korang peace!

bezakan? satu huruf yang sama, punya fungsi yang berbeza, bawa makna yang berlainan, perbandingan nilai yang jauh!

MAAF, antara mengharap sebuah kemaafan atau memberi kemaafan.

dah! penat seyes! jom dengar lagu ni ;D



ps:: layan jugak lagu ni. :D

5 comments:

  1. betul tu, bukan senang nak memaafkan..biar dah lama berlaku tp kesan tetap ada

    ReplyDelete
  2. pn syg :: sy maapkan kamuk.. ;p
    fara:: kan kan..

    ReplyDelete
  3. sangat mendalam tu.. =)

    tp memang betul..dan pernah jugak merasa

    kesan sampai sekarang..*sigh*

    ReplyDelete
  4. rose:: kesan tu lagi susah nk ilg kan? hurm!

    ReplyDelete