Wednesday, June 30, 2010

5th: Dewan & Hadiah Pintu :D

salam...selamat hari rabu..kui kui...

Puan June nak menhapdet ai ni...eceh! puan...heheheh...

Kita hapdet pasal setting dewan & hadiah pintu dulu la yer...cerita reception nanti kita citer...adoyai...banyak siri betul :P

Sambil tunjuk gambar sambil cerita la yer...


pelamin dan main table, simple deco, sebenarnya dekat atas meja tu patut di letakkan english lamp

lebih kurang macam ni lah sepatutnya, tapi entah kenapa benda alah ni tak ada, malas nak tanya2, malas nak kecoh2, apa yang ada cukuplah, dari tak ada langsung. :P! Lagipun cantik dah tu...heheheh...pelamin dan dewan setting dari ANH Bridal. - Recomended! akak yang baik, banyak tolak ansur, serba sedikit yang kurang itu perkara biasa, nama pun kita manusia. Tapi servis dan kerja memuaskan hati.


ini rupa keseluruhan dewan, aku berpuas hati dengan deco tu, dan di setiap meja di tambah bunga rampai, seperti ini :

Bunga rampai dalam mangkuk tu hasil usaha makcik2 kesayangan aku semua, diorang lah tukang menghiris daun pandan yang satu beg plastik hitam. Kesannya??? sesiapa yang duduk di meja makan akan terbau haruman bunga rampai, baru feeling kerja kawen kan??hehehhe...sorry ini je picca yang ada, stand folwer tu adalah centerpiece dari ANH bridal, dewan setting semua dari bridal house, catering hanya uruskan food sahaja dan susun atur perlatan di main table dan meja VIP.


VIP table, peralatan di susun atur oleh Along catering, table setting dari ANH bridal.

signage yang di sediakan oleh aku untuk pihak lelaki, alhamdulillah, sangat membantu, keluarga mertua terus ke meja makan walaupun tiada pengiring ** patutnya ada, tapi dalam kesesakan dan kebizian melampau, floor manager merangkap makcik kesayangan aku terlupa** tapi tiada masalah di situ kerana ada signage. :D



Ini pula setting di tempat ambil makanan. Aku berpuas hati, siap ada buah hiasan yang diukir, bunga, tempat makanan yang bersih dan kemas, pelayan memakai seragam. Paling penting FOOD SEDAP! Recomended! untuk b2b dari JB boleh contact Along Catering. suami isteri yang lembut dan baik sangat, easy to deal with. :)

dan sekarang hadiah pintu pula...jeng jeng jeng...ihiks!

Ada 3 jenis :
1. VIP (keluarga pihak lelaki)
2. Tetamu
3. kids
4. Family terdekat

VIP Gift


taraaaa..... kotak aku beli dari ole ole manis, Nad! ramai puji kotak awak yang comel nih! heheh..congratulation on ur wedding, RED n BLACK! Glam and gothic! :D opsss! sambung semula, TQ tag tu hasil air tangan ai.auuuwwww!

rupa TQ tag amba..simple jek.. :)

Tetamu Gift

**rupa asal**
Jams yang aku beli dari gourmandine, kalau area KL boleh ambil terus di Tropicana Club. Deco tu aku buat sendiri tapi atas bantuan makcik dan pakcik2 aku...terharu! :P

Kids Gift


Jelly tu saja gift untuk kids, tapi entah kenapa jams dalam tu kurang pasti, mungkin nak bagi bakul penuh kot. Jelly memang menjadi permintaan, tiap2 budak2 mesti pegang 3 batang paling kurang.heheheh...orang dewasa pun ada yang mintak.huhuhuhu....Jelly aku beli dari NSK Balakong.Murah! :P!

Family Gift


Sepatutnya yassin di beri waktu nikah, tapi aku sendiri terlupa nak bawa ke masjid. Dalam keadaan yang tergesa2, nak bergegas sudahnya yassin tertinggal di rumah, so di hari persandingan, all my family dan keluarga terdekat diberikan Yassin. Semua hadiah pintu aku habis selesai cuma tinggal sekotak Jams sahaja, sebab memang aku beli berlebih2.. :P
maka aku bawa balik dan berikan pada teman terdekat yang tak dapat hadir. :d

huhs!! tamat sudah...panjang berjela...korang habis baca semua ke??
syabas bete!!!

muah!!! later update pasal reception erk...

Tuesday, June 22, 2010

4th: hantaran dan sesi gedix! :P i like! yawww!

Olla...

sayangssss..sorry lambat menghapdet...busy sangat..kat office aku ada buat open day yang tak berapa nak berjaya event nya.huhuhu....

Okeh..tak yah bebel cerita yang tak berapa best tuh! mari kita cerita tentang hantaran!!! hoyeh!

Kedua-dua belah hantaran di gubah oleh AKU! eceh! ehheheh..bukan...oleh my dear aunty... :D

theme hubby to me : purple orchid, dan theme from me to hubby : pink,white roses. bunga adalah artificial yeh... :D i loikeee my own hantaran.

start! n go!


mulakan dengan muka kami dulu bersama2 dengan hantaran kedua pihak...al maklum dalam masjid ramai orang jadi kami dapat elok2 di hujung masjid, so hantaran di susun semuat tempat yang boleh.

Ok, hantaran hubby to me:

Tepak sirih: tepak pinjam pada Kak Ida (bridal) di gubah oleh my aunty n my bff.

duit mas kawen dan cincin. Origami tu my bff yang buat, bebola tu adalah bunga2 bulat2 yang comel tapi telah di potong tamgkainya untuk letak cincin. Tapi pic ni cincin telah selamat di jari aku. huhuhu

set barang kemas.

set mandian dan wangian.

kasut sanding sebenarnya ni, kasut yang patut dalam hantaran telah di reject kerana warna. :P warna kuning terang! hiks! jadi aku redha jek kasut dalam dulang aku, kasut vincci.hahahaha.

baju yang telah siap di tempah dan telekung.

handbag and purse! hoyeh! suka!

and now presenting my own hantaran..... :D

sirih junjung fresh flower, sirih yang telah di buat pada malam sebelum nikah dan di buat sekitar 1 pagi. :P macam2 hal jadi.huhuh

belt and wallet : timberland.

jam tangan : Roscani

mandian dan wangian : suka!!!

bekas cincin : comel sangat..huhu

kemeja dan seluar : G2000
owh! lihat manik2 yang sudah tertanggal.mencik!

baju melayu johor : kami ada sepasang, boleh buat raya! hahahaha...

pic untuk sejadah tak ada, tapi bekas untuk sejadah sama seperti baju di atas dan pic untuk kek tak yah la tunjuk, tiada hiasan pun. Kek dari secret recipe.

Hantaran di gubah khusus oleh my aunty, mah tengok orangnya yer....

love her so much!

lepas je majlis nikah, kami ada wat outdoor sket, rite afta dat terus ke rumah ayah aku untuk jamuan makan sikit.








sikit jek la eh...banyak dah upload gambar. enjoy!

3rd: Majlis Nikah dilangsungkan

mornink!!

ha...hapdet secara berterusan tanpa henti..wahahahha...jangan bosan yer...

keh!sambung! Majlis nikah dijalan secara beramai2. Sungguh memang bukan dalam dugaan aku yang aku akan dinikah secara beramai2. Sesi pagi ada 5 pasangan termasuk aku, dan sebelah petang ada lagi 5-6 pasangan. Hebat bukan??5.june.2010 menjadi pilihan ramai. Malah ada diantaranya sepatutnya bernikah di rumah tapi diminta hadir ke masjid, kerana tok kadi bizi. :D

Nak citer panjang sangat...tengok picca je keh.. :P


Tengah dengar khutbah nikah


Ijab dan Qabul : Alhamdulillah.


Majlis penyerahan tanggungjawab ayah.


Inilah penyebab aku menangis tanpa dapat di tahan2. Bila seorang ayah sebak untuk melepaskan anaknya kedalam tangunggan orang lain, apa mungkin aku cuma tersenyum. :(


Penyerahan mas kahwin. :P


Dah boleh senyum dah time ni..heheheh


Alhamdulillah kini aku halal bagi dirinya.


Sekali lagi moment yang buat aku nangis, sedihnya...

Tak moh letak pic nangis...malu...hik hik...letak pic sarung cincin jek keh...


Akhirnya tersarung di jari manis ku.


cincin untuk kesayangan ku.

fuhh!!! banyaknya gambar!!! hehehehe...jangan muntah yer...

majlis nikah aku tidaklah indah seperti bernikah dirumah, apatah lagi dengan adanya pasagan lain,maka tiada priority pada mana2 pasangan. Tapi aku tetap lega.

Satu perasaan saat bergelar seorang isteri ialah LEGA! huhuhuh...

ps:: sehingga kini belum terasa isteri, rasa masih bercinta-cinta.hehehe

2nd: on the day

sambung lagik!!! ;D

aku tidur pagi tu dalam pukul 3.30am kot....bangun semula around 6.30am. Ngantuknya adoyai...tapi sangat magic aku rasa pagi tu, sebab aku langsung tak lapar sedangkan aku hanya makan pagi semalamnya. perut rasa kenyang jek.huhuhu...

7.30am pemekap aku datang ;D i just called her Chacha. Masih new tapi not bad, suka gaya makeup dia, sesuai dengan aku yang suka something yang simple tapi nice.


rumah time tu macam kapal perang ade jugak, tapi apo nak dikato..redah jek.. ;P
pic credit to : Chacha

selepas melalui proses makeup selama 1jam setengah ** patutnya 2 jam aku minta dia cepat2 sebab nikah pukul 9am**


auuuwwww! ai dengan si pemekap. :D thanx darling!

bila dah bertolak ke masjid, dapat called " sayang, dady tertinggal samping nikah dekat hotel" kalau korang dapat panggilan macam tu korang rasa apa???? aku nak nangis uolllssss...marah dalam hati ni jangan di cakaplah...adoyai..tapi bila mak cakap " along dah cuba sediakan, dah usaha..kalau benda nak jadi jadi juga..jangan marah2..redha, yang penting nikahnya bukan sampinnya", walaupun masih marah aku reda jugak la..hurm..penat tau..macam2 sediakan, tapi...hurm....sob sob...


owwhhhh.lihatlah buah hati saya tanpa samping..huk huk..tak pe sayang janji awak berjaya dengan SATU LAFAZ! :P

saat2 ingin melafazkan ijab dan qabul, kaki aku menggeletar, jari jemari menggigil, dah macam aku pulak yang nak kena henjut tangannya dengan tok kadi. Sebaik lafaz sah pertama air mata tanpa dapat ditahan terus mengalir : dalam hati " syukur segala yang dinanti telah pun tertunai, kini aku bergelar isteri kepada MOHD ABDUL HALIM"

hari indah tapi penuh drama, sepanjang sesi keluarga sakinah aku menangis je..dari saat penyerah bapa hinggalah ibu, air mata tak henti2 keluar. Tapi aku bahagia.

:: yang tak indah cuma sampin, tapi sekarang semua jadi indah, walau dalam gambar sampin tak ada, aku tetap isteri kepada my vitamin. :D

ps:: hari2 makin cinta pada dia. ;P

Monday, June 21, 2010

1st : nite before

salam..

ihiks!! ntah pape je tajuk aku tu..wahahahha

mari kita mulakan update..

nites before majlis nikah: banyak malam la kan...ngeh..

masa pagi tu, aku pergi mandi bunga untuk menghilangkan gemuruh semua tu, semua aku buat sendiri means kesana sini sendiri, selama seminggu percutian aku di JB semua aku buat sendiri, walau di tegah, mak gigih nokss...mak tak nak kalau minta tolong orang lain di minta lain yang dapat.gila kuasa kan mak..hahahah

kalau orang bising aku cakap jek " ala pengantin moden.." negh..dorang boleh geleng kepala jek la gamaknya..huhuh...

nak citer semua panjang berjela. maka pendekkan..hanya cerita di malam sebelum nikah.

rumah aku memang meriah dengan makcik n pakcik aku. makcik2 memang tak heranlah kalau membantu, tapi kalau dah pakcik aku turun padang tolong balut2 kan door gift, tolong potong2 daun pandan memang aku rasa hebat sangat dah tu.hahahha...

ini jek sempat aku amik..mak tak ada masa nak amik gambar bizi sesangat..tu my auntie n my dear frens tolong ikat door gift, buat bunga rampai, sirih junjung, eh macam2 lagilah diorang buat...thanx semua...sayang sangat!!

di kala semua orang bizi dengan kerja masing2 yang waktu telah pun menunjukkan 2 pagi aku pulak aku terhegeh2 nak pakai henna..konon nak pakai inai tumbuk, sudahnya ke lauuutttt..pakai henna sudey...


ini henna aku..simple jek..tu pun buat selepas my vitamin suruh jugak buat sebab dia suka..ni aku buat dekat Plaza Angsana, petang sebelum hari nikah. :p


ini pulak kerja adik kesayangan aku..ada ke patut dia pergi selit pen and pencil color. cari tissue tak jumpa, malas punya pasal dia ambil pencil color adik sepupu aku dia bagi selit.adehh!!! alasan kukuh dia bagi kat aku " jari ko tu sempit sangat, pakai tissue pon boleh katup lagi" ces!!!

hasil henna malam itu, yang di buat hanya selepas tengah malam, di saat beberapa jam saja aku akan berubah status.

bukan main pekat lagi..huhuhu..tapi sekejap jek..nama pun henna kan..jadilah dari togel jek. :D

ko tengok tu orang cengeng, belum lagi hubby cakap pape aku dah sedih bagai.drama mak ai tu noksss...hehehhe..

air mata dalam kebahagiaan.

Alhamdulillah segalanya selesai. Amin.