hari-hari rasa nak update, dah bukak siap2, dah klik New post tapi tetaaaapppppp nan ado! hahahah....
okeh kandungan dah nak masuk 24 minggu means dah nak masuk 6bulan..
Baby progress ::
owh sekarang dia sangat aktif menandang, bermain guling-guling dalam tummyland. Early in the morning, katakan aku tersedar ayam-ayam pon dia dah bagi 1 morning kick, macam " assalamualaikum mummy..." heheeh..then bila aku bersiap-siap tu tak terasa. Bila sampai office, bila aku duduk je tak da buat kerja, maka dia pon memulakan misi tendang-tendang dengan jaya ;D. Waktu paling aktif adalah malam, lepas makan, masa tengah tengok tv, masa tu siap boleh nampak perut aku terjungkit-jungkit. Sayangnya tiap kali daddy dia nak tengok mesti dia senyap jek..huhuh..frust daddy tau cayang.heheheh
Mummy progress ::
kalau aku punya progress, alhamdulillah alahan dah langsung tak ada, kecuali loya di pagi hari & bau2 yang menusuk hidung tak kira wangi atau busuk, tu tetap mengundang uwekkkkk.... hahahah...
Berat setakat ni dah mencecah 58kg huhuhuh...kiranya dari berat check up yang lepas naik 2kg, alhamdulillah...
Mengalami sakit rusuk kiri dan kanan, jadi tidur kene la terlentang, untuk selesa aku selitkan bantal kecik bawah badan di kiri kanan. Pastu pusat pon sakit..hahahha..apakah kesakitan itu aku pon tak tau, yang penting sakit. Bila tanya mak aku, dia suruh letak handyplast jek, sebab pusat aku akan rasa berdenyut2 even hanya bergesel dengan baju ** pusat ai terkeluar yer...auuwww!! hahahah **
Keperluan baby ::
Owh aku dah beli barut, bedung & tilam kekabu untuk my little love. Aku beli online jek. Adalah sangat bertuah kalau ada mom2be yang mak dia tolong buatkan barut & bedung, ai tak leh, mak ai bizi jadi ai beli jek. Segalanya di hujung jari heheeh...dan dah pon menerima kesemua barangan itu...
Barut & bedung boleh di beli dari sini mybabycomel
Tilam kekabu boleh beli dari sini manjakucomel
Barut&bedung tu jahitan dia sangat kemas dan kain dia lembut.
Tilam kekabu tu gebu dan best, macam nak baring je huhuhu...
Keperluan mummy tidak ada langsung buat masa sekarang, sebab barang mummy benda senang nak cari tak kesah rupa apa pon. ;p
ps:: mummy tak sabar nak jumpa awak sayang!
Acik Wawa pon nk jumpa kamu juga. Nanti boleh kawan ngan Brader Ilham k?
ReplyDeleteacik wawa saba yer..nnt sy da kuar acik wawa bwk abg ilham dtg tau. ;D
ReplyDelete