Alarm alert ON!!
Semalam 1st time pergi cek dekat PPUKM. Mula cadang nak ke Hospital Putrajaya tapi nak ambil FPP, since ada yang cakap FPP dah penuh, patut booking masa 7bulan, malas nak leceh2, tak jadi pergi Hosp. Putrajaya. Sekiranya emergency baru ke Putrajaya, ye la kita cuma merancang..mana nak tahu apa bakal jadi, cuma mampu berdoa segala urusan dipermudahkan Allah swt.
Masa pergi PPUKM, hampir2 tak dapat booking, nurse cakap 7bulan patut dah booking, mungkin hubby staff UKM so suka tak suka,terpaksa redha booking kan jugak..huhuhu...tapi tak de kena marah ke apa, cuma dia pesan lain kali datang cepat2, jangan lambat, takut2 si ibu ada masalah, doktor lambat tau..so bahaya untuk ibu dan anak.. begitu....
Bila cek tekanan darah, berat semua ok, kandungan gula pon ok, tapi...berat saya dah naik lagi 2kg!! baru minggu lepas 63kg ni dah 65kg!! OMGEEEEEE!!!! fengsan mak tengok berat sendiri. Tak tahu lah apa yang aku makan sampai macam tu sekali berat naik mendadak. Makan sekarang bukan macam dulu, makan sedang-sedang jek. Tapi...berat naikkkkk wuwuwuwuw.....
Then proceed to scan my little hero, semua ok..air ketuban ok, placenta ok, berat baby ok, kepala dah ke bawah, dah masuk saluran dah & yang buat aku agak terkejut, si kecik ni berat dah 3.1KG. woot! woot!! patutlah mummy rasa berat sangat awak ni sayang... dah 3.1kg rupanya. Tengok keadaan perut ramai cakap tak berapa nak besar, tapi rupanya kamu di dalam besar ye sayang. Mudah2han senanglah mummy bersalinkan kamu.
Bila turn jumpa doktor, doktor tersangatlah friendly, kecik comel je doktornya, tapi lupa plak nama siapa.voley?? huhuhuhu..
since aku tak ada major problem, next app lagi 3 minggu, betul2 jatuh pada EDD aku 5/10/2011. Sekiranya belum bersalin.... harap2nya time nak jumpa doktor tu aku dah nak bersalinlah. So doktor cakap aku boleh teruskan check up dekat KK Putrajaya, tak payah jauh-jauh ke PPUKM.
Current situation & condition::
Mummy::
Sakit di bahagian ari-ari/bawah perut semakin menjadi-jadi, lagi bila dah duduk lama, time tidur memang pengalaman yang adoyaiiiiiiii...huhuhuh...sangat susah nak cari posisi yang selesa, termengah-mengah kadang tu. Bila nak mengiring kena ampu perut dulu, sebab si kecik dah berat ;P. Pinggang memang sakit selalu, tiap malam my vitamin tolong gosok dengan minyak mestika, tak rasa panas pon, tapi cukup buat aku selesa. Paling obvious bila nak poo poo perut akan memulas macam nak rak, stok 2 3 4 kali pergi toilet tak ada hasil hahahahh... kadang cuak jugak. Tapi sentiasa perhatikan panties, kot kot la kan... gulp!
Beg mummy dah siap pack. Semua dah letak siap2 tepi katil. Agak2 sakit, terus grab jek. Takut kang mak tak ada pape si bapak yang huru hara.heheeheh..
cuma bag nak bawak balik kampung untuk confinement je masih dalam proses penyimpanan, by this week kena siap jugak, tak nak nanti dah bersalin baru nak hegeh2 minta hubby tolong kemas. Kesian, kang dia tak paham, dok tanya2, baik sedia siap2 lagi mudah kerja.
Ni tengah tunggu bengkung & jamu sampai, beli online je. heeee..
Bengkung aku beli yang lilit panjang2 tu & yang ikat macam tali kasut kot. My mom nak jugak yang lilit, dia cakap tu lagi bagus, yang ikat tu, untuk mudahkan aku bila waktu dia pergi kerja, tapi insyallah my mom akan ambil cuti seminggu dua untuk jaga aku.
ini bengkung lilit
ini bengkung tali tapi aku panggil bengkung ikat hahahah
bengkung ni aku beli online dari Mama Damia
set bersalin ibu halimah
Baby::Baby dah semakin berat, dah 3.1kg. Aktiffffff...... panjang aktif tu tau. Sekali dia kick, senget perut mummy. Sekali dia mengeras mummy macam nak pee ;p. Kadang tu perut macam tegang dan sangat penuh, keras. Tak tau lah apa aktiviti si kecik di dalam. selain dari tu, baby ok jek, alhamdulillah baby sehat.
Bag baby dah lama siap. Bag nak bawak balik kampung, masih dalam progress macam mummy jugak. Barang baby tak de lah banyak sangat, kot tak cukup baru cari kat kampung nanti ** cewah cakap kampung macam kampung sangat jek..hahah padahal rumah taman jugak ;p**
owh dah lah, panjang berjela, heeeee...terima kasih sudi baca sampai habis. @_@ wink wink!!
yun pkai bengkung ikat tuu!sedap sgt,and plng penting,cpt rampinggg!hehe~
ReplyDeleteowh bengkung ikat ek. jun nk pki yg ikat jek, tp mak nk jgk yg lilit..xp la kang dia letih nk lilit, pki je yg ikat.hehehe..moga2 jun pon cepat ramping mcm yun. skng da tembun amat nih.heheheh
ReplyDeletehuhuh june.. dah 38 minggu dah.. zaila baru 36 minggu.. set bersalin pun x beli lagi.. bengkung guna yg mak zaila dulu.. humang aiii.. 14 meter ok.. nk cari yg mudah pakai la.. kang kalau guna yg mak zaila punya.. ada yg malas kang.. my bb, at the moment 2.7 kg.. tp dier punya aktiffff... mmg senget benget perut.. anyhow.. semoga selamat semua nya June.. =)
ReplyDeletehye june,
ReplyDeletetd google2 psl pregnancy..kuar lak link u..bc2, seronok..happy for you...tggl beberape hari je lg ni..neway goodluck dear..:D