Salam uollsss..
Entry ni of coz khas untuk mommies la kan,tapi bukan mommies pon boleh je baca,mak tak marah..heee
Berpantang atau ikut suka apa pilihan korang? Terpulang,tepuk dada tanya diri.
Ikut aku,lepas tepuk dada aku rasa sakit hua hua hua.. Ok tak kelakar.:p!!
Ikut aku, aku memilih untuk berpantang cara tradisional moden. Voley? Agak2 faham tak? Huhuhu
Ok ni antara cara aku berpantang. Apa yang dikatakan tradisional dan moden.
Day 1-7
Dari segi pemakanan aku stirct sikit waktu ni sebab badan masih sejuk,jadi perlukan makanan yang boleh panaskan badan.
Pagi dan petang anmum lacta + roti/ biskut jacobs, tengah hari dan malam ikan panggang,halia muda hiris dengan lada hitam. Air cuma air suam.
Hari-hari mandi air suam,pagi dan petang. 3 hari berturut mandi air daun-daun ( MiL yang sediakan) antara yang aku ingat serai wangi,daun sirih, kunyit, apa lagi tak tahu.huhuhu. Serius best mandi air daun ni,badan rasa segar.
Cucian sulit, guna air garam dan air sirih.
Aku mula bertungku since day 3,masa tu darah dah macam tak ada,lepas tungku terus keluar lagi. Lega.. Aku risau bila darah sikit sangat.heeee.. Bertungku ni untuk kecutkan rahim/peranakkan,lancarkan aliran darah,panaskan badan yang sejuk dan cepat kempiskan perut *tu yg penting tu* huhuhu
Pakai param kat badan,tujuan sama untuk panaskan badan. Aku pakai param Ibu Halimah,memang hangat je tubuh.
Bengkung start pakai day 4,berurut pon mula masa day 4-6. Tapi aku tak terus sengkak,aku takut.:p
Masa ni berat dah turun dari 68kg ke 60kg. Alhamdulillah.
bengkung moden. Yang lilit malas nak ambil gambar huhuhu..
Day 8 - 14
Pemakanan dah ubah sikit. Aku mula makan lauk berkuah macam singgang. Tapi bukan hari-hari. Selang-selang dengan ikan panggang. Masa ni aku tak ambil lauk lain selain ikan. Sarapan dan minum petang masih serupa. Jemu? Sikit la..
Masih mandi air suam even dah boleh mandi air sejuk. Gedik. :p
Bertungku dan berbengkung setiap hari. Bertungku pagi dan petang. Bengkung siang dan malam. Berparam dan pilis.
Berbengkung sapu limau+kapur,kadang2 sapu param Ibu Halimah je,tak pon Pati halia+limau Mustajab. Owh!ayah aku orang jawa maka bertungku,berbengkung,param,pilis memang hari2 dia tanya aku buat tak. Kalau tak buat muka dia macam nak telan aku. Huhuhu
dekat dahi tu pilis,suka pakai sebab berangin je,tapi tak suka sebab muka gatal2, sampai ke leher.
Tapi bio oil dan lotion masih aku pakai untuk kurangkan pecah2 yang berlakar indah dekat perut.huhu..
Day 10-12 berurut sesi ke2. Masa ni aku sengkak. Alhamdulillah rahim dah kecut since day 8 lagi. Jadi mudah nak sengkak, rahim dah kembali ke tempat asal.
Masa ni aku dah start minum air sunquick, elok untuk lawas dan kecutkan rahim. Minum suam2, pekat dan tanpa gula. Aku minum pagi petang. Air sarsi suam pon aku minum,biasanya masa makan malam. Mak.aku cakap elok keluarkan darah dan dari pembacaan ada yang kata boleh trigger air susu ibu. Alhamdulillah susu aku setakat ni boleh mengenyangkan my boy.
Anmum lacta dan sunquick. Pagi petang.
Day 15 - 21
Makan masih makan ikan, menu sikit berubah dan bertambah, dah mula makan ikan bilis goreng bawang, ikan goreng,ikan panggang cicah air asam,singgang,asam rebus,sawi putih. Sarapan masih lagi roti dan biskut dengan anmum lacta disertakan air sunquick. Bila jemu aku makan quaker oat,masak pekat2.
Bertungkung dan berbengkung. Masih mandi air suam. Berparam dan pilis.
Day 17 berat aku semakin turun 56.7kg. Fuhh!! 2.3kg to go untuk berat before preggy, tapi another 4.3 kg untuk berat masa kawen. Chaiyokk!!
Tapi...even berat dah turun punggung adalah masih sebesar tempayan ye..hahah
Day 20 pertama kali aku makan ayam..sup ayam,tu pon sikit je. Tak la takut,cuma kurang berani huhuhuhu..padahal jahit dah baik,pusat baby pon dah lama tanggal. Tapi memikirkan aku ni menyusukan baby,jadi pemakanan perlu juga berkhasiat,maka aku makan juga ayam..
Owh day 21 aku dah mula mandi air biasa,no more air suam.badan dah mula ada tindak balas yang air suam tu macam tak mandi je rasanya.hua hua hua..
sapuan wajib setiap hari.
Day 22 - 24(hari ni)
Makan seperti menu diatas tapi dah makan ayam dengan berani,tapi sayuran sejuk jangan sentuh langsung,same goes to buah-buahan sejuk macam tembikai. Air sejuk jangan langsung. Minumlah air suam..
Tetap bertungku,berbengkung,param dan pilis ( pilis dah mula celup2,tak tahan muka naik bijik2, gatal!)
Keadaan perut dah mula kempis tapi tetap flabby,punggung dah kecik sikitttttt je...peha tetap lagi ayam KFC.hahahaha..
So perlu lagi meneruskan pantang tradisional moden aku ni lagi separuh jalan. Harap2 bila sampai penghujung boleh dapat figure asal,paling tidak peha tidak lagi ayam KFC. :p!
Perasan tak aku tak ada cakap pasal jamu pon? Owh aku sangat2 mahu makan,tapi my boy ada kuning,walaupun tak teruk tapi masih berlarutan hingga hari ni. Aku tak berani nak makan jamu,minum air akar kayu or apa saja. Harap2 lepas 30 hari kuning dia hilang. Bolehlah makan jamu..
Kenapa aku cakap berpantang tradisional moden?
Sebab dari segi pemakanan aku tidak terlalu strict, kalau strict sangat apalah nutrient yang anak aku dapat.betul tak? Jadi perlu juga makan benda yang bagi khasiat macam sayur,so banyak2 sayur, sayur sawi putih je yang boleh dimakan.tu je la aku bedal.
Pengambilan air pon tak terlalu sedikit tapi tak pulak banyak melampau, masih berpada-pada. Taklah sampai minum air 2 ruas ibu jari je.melampau sangat..dan tak jugak minum berbotol air sehari. Sedang2 je. Pesan orang tua kena juga ikut.
lagipun kalau sikit sangat air macam mana buah pinggang nak proses bahan kumuh?
Tradisional nyer..aku tetap berurut,bertungku hari-hari,berbengkung secara konsisten. Berparam,berpilis even pilis tu buat muka aku gatal2.
Kata mak bidan masa ni la nak jaga badan sebab badan tengah kembang,senang nak bentuk. Kalau tak jaga masa ni,nanti kembang susah nak kuncup,kalau nak kuncup pregnant la lagi.huhuk!!
Sebelum terlupa pakailah stokin sepanjang berpantang..angin masuk dari tapak kaki..dan duduk berlunjur..jangan macam aku sebok nak bersimpuh,dasar jakun.huhuhu jalan pon slow2,even dah sihat badan tu,jalan tetap hati-hati.
Rasanya lagi separuh tempoh berpantang yang bakal aku tempuh serupa seperti di atas, cuma yang mungkin ada perubahan berat badan dan body figure je. Samada akan dapat figure asal atau perlu kerja keras selepas pantang. Kita tungguuuu...
Benda paling aku tak suka sepanjang tempoh berpantang?
Asyik baring,duduk,baring,duduk. Apa semua tak boleh buat. Tepu!! Tu je aku tak suka, lain semua suka. Haha
So apa pilihan korang? Berpantang atau ikut suka? Apa pon sayangi tubuh badan kita! :D
No comments:
Post a Comment