2 heroes in my life. i love you!
Tup tup dah 2bulan lebih dah tuan kecik aku, ragam pon dah macam-macam.
Paling kuat mengamuk, kalau tengah feeling tunduk-tunduk tengok lantai ke, kaki seluar ke, jangan sekali-kali angkat betulkan kedudukan dia, harus dia 'uwaaaaaaaaaaaaaaa' sekuat hati hohohohoh....
Pandai merajuk, entah dia merajuk ke tak tak tahu lah kan, tapi aku anggap dia merajuk la hiks! Bila nak menyusu aku saja lambat-lambat cium-cium dia, mesti sambil susu, sambil merungut.kikikiki comel, kadang siap kerut-kerut kening sambil tenung muka aku.
Hari tu bawak klinik untuk 2month jab, jerit kena cucuk sekuat-kuatnya, lepas pujuk sikit terus sambung tidur huhuhu...nasib baik tak demam, balik rumah terus bagi ubat, masukkan sikit dalam EBM. Bekas kena cucuk tuam-tuam kan. Alhamdulillah ok..
2month jab! sian anak mummy..
Malam-malam tidur pakaikan celak, ikut kata mak aku, supaya bila orang jumpa dia, 1st orang akan tegur kening dia dulu, baru lah tegur diri dia...bila dah bercelak macam Sinchan plak aku tengok tuan kecik aku ni.hahahah
tuan kecik tidur bercelak..my little sinchan (~.~)
Baru-baru ni bawa balik JB, boleh tahan meragam jugak la. Lambat serasi dengan tempat baru, Asyik menangis je, sudahnya masa dekat rumah ayah aku, aku masukkan dalam buai, macam MAGIC!! TING!!! senyap sunyi sepi, tidur dengan lena-selenanya..lama ok.....dari pukul 6-9 malam koooo..tu pon bangun sebab nak susu, lepas susu sambung lagi tidur. Masa dia mengamuk memang risau plus sedih sangat hati aku ni. Kesian tengok dia asyik menangis tak henti-henti, tak tahu nak pujuk macam mana. Sudahnya buai adalah jawapan hiks! tapi bila dah balik rumah tidur bawah semula la... ;p buai tu reward sekali sekala. ahaks!
Little caliph with cik gurl, nak keluar makan ikan bakar Tip Top! sodappp uoolllssss...tempat dia area Sg Chat, kalau datang JB singgah lah yer! eh?? iklan makan plakss! ;p
Sekarang bila time nak tidur dah pandai nak daddy dodoikan, cewahhhh...tak laku dah mummy dia ni.hepp!! mummy is your priority tau! no mummy no susu! hahahahah...meroyan mummy. Tapi kalau dah stok mengamuk tak hengat donia, akhirnya ke pelukan mummy jugak la...heheheh...
lena..tilam empuk katakan..
Lepas tu bila time susu, cewah...dah pandai kemam-kemam, ketap-ketap gusi, maka.....paham-pahamlah! bila dia ketap gusi, mummy pon picit hidung dia bagi lepas gusi tu, pastu dia tengok muka aku sambil sengeh2.voley? Hobi hisap jari, dapat hisap jari memang diam tak berkutik lah dia. Siap pakej bunyi bunyian lagi, chup chup chup!
Diam-diam rupanya nyot-nyot yer....
Paling latest, tidur nak pakai bedung. pulakkkk dahhhh...time kecik2 jangan engkau bedung daku! daku panas mummy!! huhuu...dah 2-3 hari ni, plissss bedung mummy...adik nak tidur! katakan kena bedung je, tak da nak meronta-ronta ok....mata terus layu, tepuk2, nyanyi2 sikit..terus lelap. Anak-anak....kamulah pengarang jantung mummy n daddy. Kadang-kadang rasa geram, sekejap tu Ya Allah...sayangnyaaaaaaa....
Tengoklah rupa budak besau kena bedung, tak muat okeh...heheheh...tomel!
ps :: Ezekiel pliss jangan cepat besar sayang...mummy rindu awak masa baby, eh??sekarang pon baby lagi kan? ahaks! tapi semua cakap dia dah macam 4-5 bulan.wuwuwuwuw...
wahhh...nak berbedung...mesti tdo lena...hehe..
ReplyDeletememang lena la lepas bedung tu..kalau x..dok merengek jek.huhuh
ReplyDeletesekejap je nanti dh besar..sometimes rasa cepatnya..slalu cakap2 ngan husband cam tak caya tgk anak 1st boleh panjat tangga,main bola..boleh mengajuk ibu membebel...rasa mcm br semalam tgk terbaring golek2 je =)
ReplyDeletepart bedung tu, sama la mcm Baby Z.. masa kecik, x mahu bedung.. sedaya mungkin dier keluarkan tangan dari bedung.. skang ni, nk bedung pun xde hal.. apa la budak kecik ni kan..
ReplyDeletesaya pun rindu masa baby baru lahir..hehe
ReplyDeletealoh.. so cute. tak sabar lah nak tunggu baby lahir nanti! :)
ReplyDeleteryy.han :: tu la, ni pon rse mcm kjpnye da bsr..rse nksuruh hold dlu jgn cpt bsr.msih nk pgg dia mse bby.
ReplyDeleteZaila :: tu la hal nya, masa kecik kemain marah, dah besar ni suka pulak dia.diam je...hehe
S@R@ :: kan kan..
Thalha :: saba yer..bila dah lahir mmg indahnya perasaan tu. heee