Tuesday, March 29, 2011

2nd check up!

salam semua.....

lama hamat baru nak hapdet yer... ;p

Ya Allah...seyes hari hari aku bukak blog yer, tapi langsung tak ada napsu nak update pape. Konon nak citer pasal Monsta kenit kesayangan, tapi harammmmm...gambar maseh elok dalam henpon.

Ok, dah melalut. ;D

Tadi pagi pergi check up. And u noe wat??? tak yah amek darah!! yeay!!! rasa nak terkinja kinja jek tadi. Aku dah dok merengek kat my vitamin takut kene cucuk hari ni, nasib baik tak payah. ;D dan tak tanya kenapa tak amek, sebab takut kang nurse soh pergi amek plak. so tunggu lah next check up yer. ;p

Sesampai jek, nurse kecik (U19) suruh test urine, then jumpa nurse besar (U29) pulak. Masa timbang, berat merudum yer...800g, nasib tak kena marah, tapi nurse suruh naikkan berat untuk next check up, sekurang-kurangnya 500g sebulan untuk bulan pertama hingga 5. Lepas tu 2 kilo dalam sebulan, owh itu menangis yer..harap tubuh badan memberi kerjasama, sebab badan aku jenis susah nak naik, tapi pregnant ni tak tau la kan, hormon semua berubah.

Nurse besar suruh baring, cek sana, cek sini, ok dah. Bagi ubat, jangan buat kerja berat and jangan letih sangat. Pastu , tak yah jumpa doktor, Siap!

Lepas check up terus menuju ke mamak dengan jayanya makan roti telur kari kambing bersama buah hati saya. ;D

Pasal selera makan.

sangat-sangat-sangat tak ada selera makan. ;( susah sangat nak makan, kalau tak kena dengan tekak mula la nak muntah, bau bau sebarangan pon boleh buat muntah. adeh! Tapi masih terkawal la.

Susu?

Minum...tapi kena paksa yer...siap pakej bebel lagi, hebat my vitamin membebel tau.hahahah..terkenan bini aku rasa. ;p kalau dia lupa, aku pun lupa. hahak! tapi minum jugak la..untuk anak kan..

Ubat?

Perghhhh!!! paling benci makan iron pil, urghh!! busuk, dan rasa pelik. Kalau makan selalu minum dengan jus, biar tak terasa sangat, tapi hari tu dah pergi beli Obimin. Sonang sebiji jek. Tapi cam tak cukup pulak, sebab iron doktor bagi 200mg kot, tapi dalam Obimin baru 30mg, so aku selang sehari makan iron with Obimin.

pil panjang, dan tidak besar sangat. ;D

Perut sudah membuncit, dan rasanya agak besar pulak padahal baru jek 3month, suka tengok. Hubby lagi la suka, so far seluar jeans boleh pakai lagi tapi yang zaman dulu time ala ala gemuk sikit. Seluar terkini semua dah simpan rapi ;p. Seluar pergi kerja langsung tak boleh pakai yer...dah beli pon seluar yang lagi sesuai, lembut dan besar, tentiba nampak macam aunt-aunt.huhuhu...


ps:: korang sabtu ni ada BBF jumpa di sana yer! ;D

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



sapa yang tak pernah dengar lagu ni??? itu tipu okeh....100% korang dah dengar kan?? ehhehe

hari-hari pergi kerja lagu ni aku dok main dari HP, sampailah opis...jiwang tak?? hahahha...
sambil dengar sambil usap perut...ish ish...syahdu okeh...bagi aku apa yang Allah berikan, yang kini hidup dalam rahim ku adalah perkara terindah, teramat indah, dan aku memang sayang dia sedetik lebih selepas selamanya..waaaaaaaaaaaa....

semua ibu dan semua bakal ibu akan rasa macam tu kan...kan kan..

okeh, nak cerita pasal Merong tetiba citer pasal baby.hihik..

semalam pergi tengok wayang...lama giler okeh aku tak pergi tengok wayang, ada tak ada seingat aku....owh aku tak ingat.hahah..sebab dah lama giler. Nak pergi tengok cerita semua macam kureng jek, so malas. Merong ni memang dari trailer dia tahun lepas lagi aku dah dok berkobar-kobar nak pergi tengok.huhuhuh....

Cerita dia memang terbaikkk....kagum bila ada anak melayu kita nak tonjolkan kisah hikayat sendiri. Aku tengok dengan khusyuknya ok, hubby pon sama. comel plak bila dia layan cerita melayu macam tu.haha..sebab hubby aku, selalu tengok cerita melayu, kesudahan ialah dia yang jadi pengarah filem sebelah aku okeh. Ni dia pon sama-sama tekun. hiks!

Walaupun cerita di maha gempak dan hebat, tapi.....tetappppp nak ada tapi kannnnnn....
color range setiap scene agak mengecewakan....kejap terang, kejap kang gelap, tak konsisten. Itu agak buruk yer. lagi2 part last masa Sultan Muzaffar tu keluar dari istana, dengan kapal-kapal, telaga apa entah yang agak kesian rupa parasnya tu. Itu jek la pon yang tak best, tapi overall cerita dia adalah sangat best, kalau ada lagi pasni, pasti aku tengok.


part paling aku suka, bila mana pantun ibu Merong,

" Sampai masa tibanya waktu, Redup hati kamu berdua, Bila dua jasad bersatu, Hidup mati jadi bersama "

hushhhh...menusuk ke hati okeh...hahha...

aku rasa kalau cerita macam ni tak di keluarkan, silap2 anak2 kita dah tak tau, wujudnya hikayat sendiri. sodih. ye lah, sejarah, hikayat, cerita berangkai atau benda2 seumpama bukan benda yang menarik untuk diambil tahu kan? huhuhuh

ps:: kepada yang belom tengok pergi tengok eh...ke aku yang lembap? hahah

Wednesday, March 9, 2011

Pertama kali muntah

ollaaa....

owh nak hapdet blog adalah seperti suruh minum susu yer puan puan cik cik...sangat malas dan seksa ;p

Aku bukanlah jenis takut minum susu ke apa, tapi sejak akhir akhir ni, bau susu adalah sangat memualkan tekak, namun ku telan jua...tapi tak lah sampai muntah. Pertama kali aku muntah time preggy ni dalam minggu lepas kot, masa makan ubat. Owh aku juga bukan penakut ubat, hati sangat gembira dapat ubat kecik secoit, konon boleh telan dengan selamba ya ya..
Tapi ada 1 pagi tu, dok nak makan ubat la ni, semua 4 biji ubat2 kecik tu aku sumbat dalam mulut, terus minum air, tapi ada 1 ubat maha degil tak nak masuk tekak, dok legar legar dalam mulut, rasa ubat tu.....owwwhhhh ampun....sudahnya termuntah muntah la aku..
Kaluau dah namanya june yang muntah, haruslah bersekali dengan tangisan.wawawawa...menangis-nangis okeh...dengan rasa ubat, siap ubat-ubatan lain aku makan pon terkeluar sisa-sisanya. Perit ya ampun...rasa tobat nak makan ubat. huk huk...

So lepas kejadian ubat tersangkut tu, esoknya aku makanlah jugak..tak lah terus takut makan ubat pon. Time kena je la gedik cakap tobat. huhuhuh...Ubat lain aku makan sekaligus, tapi ubat yang dok tersekat aku makan asing. Seyes seriau aku tengok ubat tu, terasa-rasa dalam mulut rasa pahit, payau ubat tu.urghhh!!!



lambatnya nak tunggu peyot becarr cam ni....;p

Syukur alhamdulillah, aku tak ada muntah-muntah setakat ni, muntah pon gara-gara ubat tu. Kalau hari-hari aku muntah, mau laki den soh benti keje dok umah diam-diam. ;p
Kenkadang perasaan tak selesa datang rasa nak nangis jek..huhuhu..lembik kah aku?
Tapi kuatkan jugak hati ni...sebab masih beruntung bila rasa tak sehat tu, hubby ada. Bila balik kerja ada orang temankan..malam-malam ada orang jaga. Bila kenangkan orang lain yang hubby jauh..yang in LDM jadi aku selalu bersyukur aku tidak dalam situasi itu, so......haruslah lebih kuat..kan kan...tak boleh lemah and lembik-lembik.lagipun setiap ibu mengandung rasa benda yang sama, betul tak?

untuk ex B2B yang tengah pregnant, yang berada di 1st Trimister chaiyokkk!!

Monday, March 7, 2011

PENGUMUMAN:: BBF GATH!!

BBF GATH!!


klik pada gambar untuk lebih jelas

BBF!! Jangan lengah-lengah!
Jom kita meriahkan lagi majlis ini!!




Wednesday, March 2, 2011

1st check up

As salam semua....

Ibu june hari ni nak sapu habuk, sawang nih.huhuhu...jaga-jaga korang, cepat tutup hidung, bersin kang. fuh!! fuhhhh!!

okeh, dah bersih. ;D

korang! semalam aku buat 1st check up. Perasaan adalah sangat teruja okeh...sebab dapat tengok baby....:)

gila ko...aku memang bersabar sungguh okeh, sebenarnya time dapat tau jek memang nak terus pergi scan, tapi bila fikir semula, baby kecik lagi..tak nampak pon kan... so sabarkan hati ni...tunggu baby stabil dan membesar dalam perut mummy dia dulu...

Check up semalam semua ok ok jek..cuma aku belum lagi ambil darah, sebab orang yang jaga makmal tak ada...kene tunggu next check up baru ambil darah. wuuuuu...takut.....sakit... ;(

Alhamdulillah semua baik2 saja...tekanan darah, kepekatan darah semua dalam keadaan normal dan baik. Lega.


buku pink saya!! ;D

doktor bekalkan ubat-ubat yang perlu aku makan sepanjang hamil ni. Ada 4 jenis, Iron, vitamin C, B complex & Folic Asid. Semua kecil2 belaka, so senang, letak semua dekat tapak tangan sekali ngap! huhuhu...


Perubahan diri terbaru. Aku sangat susah nak makan sekarang, contoh makanan yang aku dah makan macam nasi lemak, lepas tu tak habis, konon nak sambung makan semula, owh....ampun yer...aku tak kan boleh makan. Setiap makanan hanya sekali jek tekak aku boleh terima. Sekarang teramat susah nak cari makanan kena dengan selera, sebab semua makanan adalah tidak sedap di mata dan di tekak. adoyai...pening den.

So bila aku terasa nak makan apa-apa, hubby cepat2 cari or beli, takut kang lambat2 aku tak ada selera, pastu tak nak makan. Makan pon dalam kuantiti yang sangat sedikit. Sian kat baby :( tapi nak buat cam ne kan, harap2 lepas ni ok semula.

Rasa angin tu dah tak ada, cuma now sangat2 kuat sendawa hahahah...malu pon ada. asyik sendawa jek. Malam susah nak tidur, perut asyik tak sedap. Baby sayang...jangan notti2 eh comel. ;D

ps:: terasa seronok bila semua nak semua dapat.hahahah