Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



sapa yang tak pernah dengar lagu ni??? itu tipu okeh....100% korang dah dengar kan?? ehhehe

hari-hari pergi kerja lagu ni aku dok main dari HP, sampailah opis...jiwang tak?? hahahha...
sambil dengar sambil usap perut...ish ish...syahdu okeh...bagi aku apa yang Allah berikan, yang kini hidup dalam rahim ku adalah perkara terindah, teramat indah, dan aku memang sayang dia sedetik lebih selepas selamanya..waaaaaaaaaaaa....

semua ibu dan semua bakal ibu akan rasa macam tu kan...kan kan..

okeh, nak cerita pasal Merong tetiba citer pasal baby.hihik..

semalam pergi tengok wayang...lama giler okeh aku tak pergi tengok wayang, ada tak ada seingat aku....owh aku tak ingat.hahah..sebab dah lama giler. Nak pergi tengok cerita semua macam kureng jek, so malas. Merong ni memang dari trailer dia tahun lepas lagi aku dah dok berkobar-kobar nak pergi tengok.huhuhuh....

Cerita dia memang terbaikkk....kagum bila ada anak melayu kita nak tonjolkan kisah hikayat sendiri. Aku tengok dengan khusyuknya ok, hubby pon sama. comel plak bila dia layan cerita melayu macam tu.haha..sebab hubby aku, selalu tengok cerita melayu, kesudahan ialah dia yang jadi pengarah filem sebelah aku okeh. Ni dia pon sama-sama tekun. hiks!

Walaupun cerita di maha gempak dan hebat, tapi.....tetappppp nak ada tapi kannnnnn....
color range setiap scene agak mengecewakan....kejap terang, kejap kang gelap, tak konsisten. Itu agak buruk yer. lagi2 part last masa Sultan Muzaffar tu keluar dari istana, dengan kapal-kapal, telaga apa entah yang agak kesian rupa parasnya tu. Itu jek la pon yang tak best, tapi overall cerita dia adalah sangat best, kalau ada lagi pasni, pasti aku tengok.


part paling aku suka, bila mana pantun ibu Merong,

" Sampai masa tibanya waktu, Redup hati kamu berdua, Bila dua jasad bersatu, Hidup mati jadi bersama "

hushhhh...menusuk ke hati okeh...hahha...

aku rasa kalau cerita macam ni tak di keluarkan, silap2 anak2 kita dah tak tau, wujudnya hikayat sendiri. sodih. ye lah, sejarah, hikayat, cerita berangkai atau benda2 seumpama bukan benda yang menarik untuk diambil tahu kan? huhuhuh

ps:: kepada yang belom tengok pergi tengok eh...ke aku yang lembap? hahah

1 comment:

  1. Silap. Bukan 'Redup hati kamu berdua.'

    Tapi 'Redup hati KAUM berdua'

    ReplyDelete