Wednesday, March 9, 2011

Pertama kali muntah

ollaaa....

owh nak hapdet blog adalah seperti suruh minum susu yer puan puan cik cik...sangat malas dan seksa ;p

Aku bukanlah jenis takut minum susu ke apa, tapi sejak akhir akhir ni, bau susu adalah sangat memualkan tekak, namun ku telan jua...tapi tak lah sampai muntah. Pertama kali aku muntah time preggy ni dalam minggu lepas kot, masa makan ubat. Owh aku juga bukan penakut ubat, hati sangat gembira dapat ubat kecik secoit, konon boleh telan dengan selamba ya ya..
Tapi ada 1 pagi tu, dok nak makan ubat la ni, semua 4 biji ubat2 kecik tu aku sumbat dalam mulut, terus minum air, tapi ada 1 ubat maha degil tak nak masuk tekak, dok legar legar dalam mulut, rasa ubat tu.....owwwhhhh ampun....sudahnya termuntah muntah la aku..
Kaluau dah namanya june yang muntah, haruslah bersekali dengan tangisan.wawawawa...menangis-nangis okeh...dengan rasa ubat, siap ubat-ubatan lain aku makan pon terkeluar sisa-sisanya. Perit ya ampun...rasa tobat nak makan ubat. huk huk...

So lepas kejadian ubat tersangkut tu, esoknya aku makanlah jugak..tak lah terus takut makan ubat pon. Time kena je la gedik cakap tobat. huhuhuh...Ubat lain aku makan sekaligus, tapi ubat yang dok tersekat aku makan asing. Seyes seriau aku tengok ubat tu, terasa-rasa dalam mulut rasa pahit, payau ubat tu.urghhh!!!



lambatnya nak tunggu peyot becarr cam ni....;p

Syukur alhamdulillah, aku tak ada muntah-muntah setakat ni, muntah pon gara-gara ubat tu. Kalau hari-hari aku muntah, mau laki den soh benti keje dok umah diam-diam. ;p
Kenkadang perasaan tak selesa datang rasa nak nangis jek..huhuhu..lembik kah aku?
Tapi kuatkan jugak hati ni...sebab masih beruntung bila rasa tak sehat tu, hubby ada. Bila balik kerja ada orang temankan..malam-malam ada orang jaga. Bila kenangkan orang lain yang hubby jauh..yang in LDM jadi aku selalu bersyukur aku tidak dalam situasi itu, so......haruslah lebih kuat..kan kan...tak boleh lemah and lembik-lembik.lagipun setiap ibu mengandung rasa benda yang sama, betul tak?

untuk ex B2B yang tengah pregnant, yang berada di 1st Trimister chaiyokkk!!

2 comments:

  1. insyallah xde pape tue. masuk 2nd trism insyallah semua muntah xsedap badan tue hilang ;)

    ReplyDelete
  2. me pun dalam 1st trimester. nak makan ubat pun cuak2 sbb pil kalsium yang doc bagi tu besar sgt. and part tak best sbb saya n hubby LDM. kite sama2 chaiyok ye =)

    ReplyDelete