Monday, October 31, 2011

Ariq Ezekiel Lim birth story..

Salam peeps!!


Hari ni nak cerita pengalaman melahirkan ezekiel.

Selepas melewati tarikh EDD terus terang aku memang susah hati,apatah lagi kawan2 seangkatan dah melahirkan,malah ada yang EDD lewat dari aku pon dah selamat melahirkan. Owh! Jiwa mak tertekan nokkk..haha..

Sampai 1 tempoh aku menangis2,jenuh my vitamin memujuk. Orang kelililng dah tanya2, lagi tambah risau huhuhu..tapi my vitamin bagi semangat,jangan fikir bukan2, doa, mudah2an semua elok je..

Dalam tempoh menunggu tu aku buat semua yang orang suruh. SEMUA. cakap je apa,semua buat.:p

Akhirnya pada *skema betul ayat huuhu..* 12.10.2011 pukul 8am, tengah aku baring2, tiba2 aku dengar bunyi 'pop' dari dalam perut di bahagian ari-ari, tak lama tu terasa air keluar. Terus aku kejut my vitamin,kebetulan dia nak pergi kerja lewat pagi tu.

Aku :: dy..bgn dy,my rasa air ketuban my pecah. Dy bgn mandi k.

Melompat hubby aku,huhuhu..aku pon cepat2 berdiri dekat alas kaki,nasib baik aku dah mandi awal2 pagi tu,selalunya kalau tak pukul 10am jangan harap aku nak mandi.:p!

Aku terus call bff aku,tanya nak buat apa. Dia suruh pakai modest and pakai maternity dress,senang.

Dalam perjalanan aku call mak aku,mak mertua,ayah,adik perempuan aku beritahu aku dah nak bersalin dan masa tu aku masih boleh ketawa2. Takut tapi gembira finally penantian terjawab.

Sampai hospital, doktor buat VE,serius SAKIT!!!! sampai terjerit aku masa tu,aku dah kene 2x VE sebelum ni tapi tak sakit pon,cuma rasa senak sikit,ini memang sakit.

Lepas VE rupanya belum ada bukaan, dalam pukul 10.30am doktor tu masukkan ubat induce,supaya ada bukaan. Lepas 4 jam,dia akan cek bukaan lagi,dan aku pon masuk wad..

Sampai wad,duduk berbual dengan hubby sekejap,masih belum rasa sakit. Sampailah pukul 2pm aku mula rasa contraction. Only mild contraction, 2 in 10 min. Masih boleh control,rasa macam sakit senggugut je.

2.30pm doktor datang,doktor lelaki, chinesse. Hemsen nokkk!! Malu ahkak.. Hubby temankan masa tu, alhamdulillah VE kali ni tak sakit langsung. Doktor baru rasanya,budak je muka.




Masa ni belum sakit sangat..tu yg peace sangat tu gambarnye..:-P

Bukaan baru 3cm,tak boleh masuk labour lagi,dia suruh tunggu,petang dia dtg cek lagi.

My vitamin dah kene keluar,tinggal sorang2..masa ni dah sakit..masih 2 in 10,tapi sakit dah makin kuat. Masa ni aku mula gunakan teknik pernafasan. Sakit datang je aku tarik nafas dalam2 then lepaskan slow2..aku cuma biarkan sakit tu tanpa menahan. Bila tak sakit aku baca doa syifa' dan doa nabi Yunus as.

Sepanjang tempoh tu, aku rasa sejuk je.. Menahan la sakit sampai waktu melawat sebelah petang.my vitamin masuk wad semula dalam 4.45ptg, masa ni sakit dah 4-5 in 10. Kadang belum sempat hilang sakit,datang lagi. Sampaikan badan ni menggigil,even masih lagi guna teknik pernafasan sakit tu memang dah tak boleh nak let it be tu yang sampai menggigil tu.

Dek kerana tak tahan sangat aku panggil nurse suruh buat VE, mulanya nurse macam menolak tapi hubby tegaskan nak jugak doktor cek. Masa nak berjalan ke bilik pemeriksaan, entah berapa kali berhenti sebab sakit sangat. Sampai bilik,bila cek bukaan rupanya dah buka 6cm. Dalam hati dah lega sangat.. Aku tanya doktor lagi berapa lama nak kene tunggu, dia anggarkan lagi 2jam. Fuhhhh!!! Luluh hati ni. Rasanya dah tak tertanggung lagi,sakit yang amat. Time tu memang rasa nak menangis,tapi aku tahankan jugak. My vitamin dekat sebelah pon aku dah tak hirau,aku lebih melayan raa sakit.

Sampai labour room...




Esok sambung la ek..panjang sangat dah..heeeee

Published with Blogger-droid v2.0

My new born

Salam all..

Lama betul aku da hapdet yer? Heeee

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan hero yang dinanti 19hari yang lepas..

My little hero lahir on 12102011, at 5.41pm, p.o.b PPUKM,KL. Setelah melewati 6hari dari tarikh EDD.

Lets meet my hero!



Ariq Ezekiel Lim B Mohd Abdul Halim




3.04kg




PPUKM,KL

pengalaman melahirkan? Later ya peeps!!

Published with Blogger-droid v2.0

Sunday, October 2, 2011

Adakah ini post terakhir??

Salam semua... Lama dah xupdatekan. Tak ada mood nak update,malas. Heeee.... Aku dah masuk 39minggu 4hari, lagi 3hari cukup 40minggu tapi sikecik belum lagi menunjukkan tanda-tanda nak keluar jumpa mummy n daddy dia.. Huhuhuu. Owh sayang keluar la sayang.. Mummy tak sabar nak jumpa awak, kawan2 awak keluar dah semua. Baby Amel,baby aunt Anne&Ash,baby Adri, baby aunt Anne Burn, baby Qasyaf, tinggal tomel mummy je belum nak keluar lagi yer. Take time yer sayang... Keluar bila sampai due date ok. Ok dah cakap dengan baby dah. :p Aku start cuti masa 38w, doktor bagi MC seminggu sebab ada contraction and they expect aku bersalin during that weeks,tapi rupanya lepas 3 hari sakit beria, sakit tu hilang macam tu je. Puufffftt!! Hilang. :p Lepas dah hilang sakit,cuti pon dah seminggu aku decide cuti je terus sampai bersalin, dan sekarang masih lagi dalam tempoh penantian... Debaran. Masa sakit contraction tu atau lagi mudah false alarm, sakit dia memang tak tertahan, pinggang sakit, bawah ari2 sakit teramat, jalan duduk baring semua sakit. Tapi sakit tu cuma sekadar sakit... Hehehe.. Kemudian dengar berita seorang demi seorang bersalin, hati aku pulak yang gembira kemain huuuu.. Tahniah to all yang dah bersalin n dah selamat menjadi ibu, mama, ummi or mummy. Selamat berpantang uoollss!! Jadi aku pula berharap kalian doakan aku dengan my baby pulak yer..mungkin ini post terakhir sebelum bersalin, dan mungkin ada lagi menyusul lepas hari rabu nanti. Huhuhuu... Di harap baby aku tidak overdue. Korang!!! Doakan yer!! Dan dikesempatan ini diharap maafkan salah silap kalau ada celoteh aku yang kurang menyenangkan hati korang.. Yela, kadang aku ni merapu je lebih. :p! Tq semua! Lebiu!!