Monday, October 31, 2011

Ariq Ezekiel Lim birth story..

Salam peeps!!


Hari ni nak cerita pengalaman melahirkan ezekiel.

Selepas melewati tarikh EDD terus terang aku memang susah hati,apatah lagi kawan2 seangkatan dah melahirkan,malah ada yang EDD lewat dari aku pon dah selamat melahirkan. Owh! Jiwa mak tertekan nokkk..haha..

Sampai 1 tempoh aku menangis2,jenuh my vitamin memujuk. Orang kelililng dah tanya2, lagi tambah risau huhuhu..tapi my vitamin bagi semangat,jangan fikir bukan2, doa, mudah2an semua elok je..

Dalam tempoh menunggu tu aku buat semua yang orang suruh. SEMUA. cakap je apa,semua buat.:p

Akhirnya pada *skema betul ayat huuhu..* 12.10.2011 pukul 8am, tengah aku baring2, tiba2 aku dengar bunyi 'pop' dari dalam perut di bahagian ari-ari, tak lama tu terasa air keluar. Terus aku kejut my vitamin,kebetulan dia nak pergi kerja lewat pagi tu.

Aku :: dy..bgn dy,my rasa air ketuban my pecah. Dy bgn mandi k.

Melompat hubby aku,huhuhu..aku pon cepat2 berdiri dekat alas kaki,nasib baik aku dah mandi awal2 pagi tu,selalunya kalau tak pukul 10am jangan harap aku nak mandi.:p!

Aku terus call bff aku,tanya nak buat apa. Dia suruh pakai modest and pakai maternity dress,senang.

Dalam perjalanan aku call mak aku,mak mertua,ayah,adik perempuan aku beritahu aku dah nak bersalin dan masa tu aku masih boleh ketawa2. Takut tapi gembira finally penantian terjawab.

Sampai hospital, doktor buat VE,serius SAKIT!!!! sampai terjerit aku masa tu,aku dah kene 2x VE sebelum ni tapi tak sakit pon,cuma rasa senak sikit,ini memang sakit.

Lepas VE rupanya belum ada bukaan, dalam pukul 10.30am doktor tu masukkan ubat induce,supaya ada bukaan. Lepas 4 jam,dia akan cek bukaan lagi,dan aku pon masuk wad..

Sampai wad,duduk berbual dengan hubby sekejap,masih belum rasa sakit. Sampailah pukul 2pm aku mula rasa contraction. Only mild contraction, 2 in 10 min. Masih boleh control,rasa macam sakit senggugut je.

2.30pm doktor datang,doktor lelaki, chinesse. Hemsen nokkk!! Malu ahkak.. Hubby temankan masa tu, alhamdulillah VE kali ni tak sakit langsung. Doktor baru rasanya,budak je muka.




Masa ni belum sakit sangat..tu yg peace sangat tu gambarnye..:-P

Bukaan baru 3cm,tak boleh masuk labour lagi,dia suruh tunggu,petang dia dtg cek lagi.

My vitamin dah kene keluar,tinggal sorang2..masa ni dah sakit..masih 2 in 10,tapi sakit dah makin kuat. Masa ni aku mula gunakan teknik pernafasan. Sakit datang je aku tarik nafas dalam2 then lepaskan slow2..aku cuma biarkan sakit tu tanpa menahan. Bila tak sakit aku baca doa syifa' dan doa nabi Yunus as.

Sepanjang tempoh tu, aku rasa sejuk je.. Menahan la sakit sampai waktu melawat sebelah petang.my vitamin masuk wad semula dalam 4.45ptg, masa ni sakit dah 4-5 in 10. Kadang belum sempat hilang sakit,datang lagi. Sampaikan badan ni menggigil,even masih lagi guna teknik pernafasan sakit tu memang dah tak boleh nak let it be tu yang sampai menggigil tu.

Dek kerana tak tahan sangat aku panggil nurse suruh buat VE, mulanya nurse macam menolak tapi hubby tegaskan nak jugak doktor cek. Masa nak berjalan ke bilik pemeriksaan, entah berapa kali berhenti sebab sakit sangat. Sampai bilik,bila cek bukaan rupanya dah buka 6cm. Dalam hati dah lega sangat.. Aku tanya doktor lagi berapa lama nak kene tunggu, dia anggarkan lagi 2jam. Fuhhhh!!! Luluh hati ni. Rasanya dah tak tertanggung lagi,sakit yang amat. Time tu memang rasa nak menangis,tapi aku tahankan jugak. My vitamin dekat sebelah pon aku dah tak hirau,aku lebih melayan raa sakit.

Sampai labour room...




Esok sambung la ek..panjang sangat dah..heeeee

Published with Blogger-droid v2.0

4 comments:

  1. Perut Wa plak yg rasa geli2x..Bila la agaknyer nk merasa pengalaman camni?

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa ngat citer sampai habes huhuhu

    ReplyDelete
  3. saya lak excited nak tau cerita selanjutnya!!! hahahaha... kire potong stim je tiba-tiba bersambung... huhuhu.. cepat updatee nak tau jugak nih...

    ReplyDelete
  4. ala baru semangat baca ni.dh bersambung.kecewa nya.hehehe.

    ReplyDelete