Wednesday, January 4, 2012

2nd day @ nursery ??

ehhh??? ko nak cerita hari-hari ke pasal nurseri ni june????
wahahahah..tak lah...

hari ni cerita bergambar sikit.. ;p gedixxxxxx!!

Semalam hantar lewat, pukul 8 baru nak hegeh-hegeh keluar dari rumah, pukul 8 tu jugaklah time tuan kecik menyusu, so agak kelam kabut. Nak susu kan dia lagi, nak bawak barang masuk kereta, dengan segala jenis benda nak bawak. Tilam, beg baju, beg EBM, warmer, toys letak dalam kereta so gambar segala mak nenek tak do la den sompeknya nak ambik..ngeh hehehe...

Maka dengan itu, makkk gigih noookkkkk bangun pepagi..dah tak ada bangun pukul 3 nak mengepam, bangun pukul 5 jam-jam tu jugak aku pam susu dulu, prepare segala EBM tuan kecik, beg baju, sidai baju malam tadi basuh, kemas rumah apa yang patut, gosok baju kerja *ni memang peel aku, baju kerja gosok pagi, tak reti nak gosok untuk seminggu ;p*, mandi. Siap mandi, turun bawah lagi, buat sarapan, kalau buat sebelum mandi sejuk pulakkk...buat air. Naik semula kejut Bos Besar a.k.a daddy Tuan Kecik ngehhhh....

Ok..settle!

 EBM tuan kecik 7botolx3oz. Aku tulis nombor je kat botol, tak da tarikh2, botol bertarikh lain, lagipun aku pam susu simpan dalam storage bag.


 Beg baju & EBM cooler bag.


Dah tu, kejutkan tuan kecik, tukar diapers.. dia pon celik mata sebulat-bulatnya, sambil sengeh-sengeh..owh penyejuk hati mummy di pagi hari. Hilang terus mengantuk mata ni. Ye la nokk, sebelum ni bangun pagi pukul 7.30, lepas subuh aku tidur balik auuwwww!! kurang asam sungguh di situ ;p sekarang pukul 5 okehhhh...termamai mamai mak nak bangun, tapi alah bisa tegal biasa, apa saja untuk mu sayang.



Dok main sorang-sorang, mummy ke hulu ke hilir ;p

Dah sarapan dengan cepat dan pantas, terus masuk dalam kereta, letak kat car seat, syukur alhadmulillah, hari ni dia tak mengamuk macam semalam, 5 minit je ok lepas tu dah menangis. huiiiii...cam no la mummy nak bawak awak sorang-sorang pegi taska ni?

Dalam seminggu dua ni bos besar hantar anak dan isteri tersayang pergi kerja, sebab taska tuan kecik dekat putrajaya, near sikit dengan cyberjaya tempat kerja aku, tapi perjalanan dari rumah aku ke putrajaya lebih kurang 1/2 jam, lama tuuuuu...tu yang kurang berani nak bawak tuan kecik sorang2, so kena biasakan diri dan perlukan bantuan daddy dia dulu.


Muka gembira je, umpan dengan angry bird color yellow & wrist rattle hahahah..asal boleh je, nama pon wrist rattle lagi mau letak kat seat belt kan? ;p janji tuan kecik diam.. toys dia dekat bilik asyik lupa nak bawak ;D


Seperti yang dijangka pukul 8 dia dah mula merengek, ok sumbat botol terus tapi 2oz je, tak yah banyak-banyak kang lepas mandi kat nurseri mesti dia minum lagi. Aku risau betul anak aku consume banyak sangat susu. haishhh!! 21-24oz tu dia selamba je.

Tak pe la janji dia sihat dan setakat ni tak ada masalah apa-apa pon. Selagi mampu, aku sediakan untuk tuan kecik heeee....

Bila tinggal kat teacher tadi dia diam je sebab ngantuk, dalam kereta pon mata dah layu2. So sekarang yang buat aku risau, mampu ke aku berdua je dengan dia pergi balik kerja. Pukul 8am time dia susu, time tu pulak tengah dalam kereta, perlu pergi lagi awal ke? tak kan pukul 7.30 dah letak kat nurseri kot? lagi lama tu tempoh dia ada kat sana dan aku pulak masuk kerja awal 1/2 jam? haihhh!! tak tau la, tunggu je la nanti macam mana. Serba tak kena! nak nursery dekat dengan aku, jauh pulak nak bawak dia, nak nurseri dekat dengan rumah lambat pulak ambil dia nanti. Serba tak kena serba tak jadi.

dah lah..malas nak pikiaq! kita cuba juga sampai jaya gambate!!


2 comments:

  1. mesti hati sedey bangatkan nk tinggalkan si kecik tu kt nursery..cm ne la time sy nti..huhuhu..eh, kejap je june dh stat keja blk..rs br2 je lagi bc entry psl june bersalin n pantang2 tu..neway, selamat sume!!mummy kuat..yeay!!

    ReplyDelete
  2. Mrs Farhana :: da kje da..tu kjp je rse kan! heee.. ;)

    ReplyDelete