Ahad lepas aku dengan mr hubby buat operasi mengejut ke atas anak bujang kecik coet kami hua hua hua...
Kepala Ezekiel botak sudah...lalalalala
Aku dah lama suruh daddy dia botakkan kepala anaknya..buang rambut dalam perut, tapi dia takut, ngeri nak cukur rambut anak, lagipun sayang sebab rambut lembut katanya..haihhh..bapak oo bapak. Sayang sangat kat anak dia, macam mummy ni tak sayang pulak.
Lepas bincang, ceh!! nak botakkan anak pon nak bincang bagai...hahahahha...poyo kan.
Kenduri akikah insyallah nak buat dalam bulan 3, kalau ada rezeki lebih, insyallah...tapi kalau time tu baru nak botakkan dah susah, anak dah besar, lagi la kepala dia tak reti diam.Nak buat time tidur??? nehi nehi..harus dia terjaga...so decide buat je sekarang, lagi kan kecik, senang sikit. Itu pooonnnnnn...berkepit-kepit, menangis-nangis anak aku.
Sudahnya, masukkan dalam tab mandi dia, bagi dia main air, barulah dia diam sikit, sikitttttt je ok.....
Lepas tu mengamuk semula....allolololo...mesti dia rasa, apa ke hal aku ni mandi lama sangat, tak siap2.hahahah...
Sudahnya cukur sambil Ezekiel berpeluk dengan aku, siap akhirnya...terus mandikan, siap pakai baju, susu kan dulu, baringkan, tepuk-tepuk, selamaaaattttt ZzzzzZZzzzzzzzzZZZzzzz....
Sementara dia tidurkan diri dengan lena selepas berhempas pulas dengan mummy n daddy, aku pon berkemas rumah semua, mandi-mandi siap nak keluar. Konon nak shopping barang dia sikit kat warehouse Anakku, kononnnnnnnn...sekali dah sampaiiiii HAMPAGAS!! last day warehouse adalah hari sabtu bukan ahad. Emang dasaaarrrrrr!!!! ;p
Muka ceria je bangun tidur, mata bertambah-tambah sepet.
Dah siap-siap nak keluar dah si budak botak..muka tak boleh blah kalau tengok handphone ;p
Dalam kereta memang hobi dia tidur. Akibat dari kekecewaan untuk pergi warehouse dan perut yang sememangnya lapar, kami laki bini terus ke Jusco, Cheras Selatan. Layannnnzzz....
Mengisi perut di Kenny Rogers, nyuuummmm!! nyaman...dan 1st time ever aku NIP Ezekiel.Auwww!!! tak da pakai nursing cover okeh...huhuhu..tapi aku pakai tummy cover, alhamdulillah tak ada siapa perasan aku tengah nursing Ezekiel.yeayyy!!! Tapi aku tak de lah menyelak baju ke atas, aku turunkan sikit leher baju aku tu, angkat sikit inner dalam and there u go...huhuhuh..dapat bayangkan tak?tak dapat? tak dapat udah! hahahahah...
Ko tengok lah peel anak aku, letak terlentang macam biasa memang harammmm dia nak tidur, letak terlungkup barulah heavennnnnnn..tidur dengan lena, tapi semua orang lalu sebelah dok jengah anak aku, apa ke hal pelik tidur dalam stroller gaya tu. Janji anak aku lena sudah. ;D
Muka puas lepas susu.serius je muka anak teruna ai tau!
Jalan-jalan dalam jusco, cari baju si kecik botak ni tak ada yang berkenan di hati, sudahnya aku capai seekor lembu berwarna biru buat anak ku chenta i...maka tersengeh-sengeh lah anak itu dapat mainan baru, sampaikan tersenget-senget dalam stroller, hendak aku pakaikan seat belt itu amatlah marah hatinya.hua hua hua..okeh dah tebiat dah ni. cakap ala-ala Nilapura pulak! kikikiki...
Bruno Mars in da making!
daaaa..semuaaa..jumpa di lain entri! habis sudah idea nak melalut. ;D
hehe..cute nyer ezekeil botakk.. anyway anak I pun kalau tdo msti nak meniarap, kalau terlentang, mmg taknyer tdo lenaaa.. huhu..
ReplyDeletekann..ezekiel mmg xleh nk tidur mcm biasa, mst nk tiarap jgk.
ReplyDeletecomelnyer..geram tengok !! :)
ReplyDelete