Wednesday, August 29, 2012

syawal di Terengganu & Johor Bahru


eh? cerita raya lagi deq non???

iyer lah....semalam cerita raya yang tak best, kenalah cerita raya yang best pulak, sambil tayang gambar raya yang tak seberapa. korang layankan je dah lah yer? sayang korang!!

Khamis dah sampai Terengganu. Kak ipar yang duduk KL dah sampai dari hari Rabu, Kak ipar dari Johor sampai petang, so time berbuka memang meriah. Makanan banyakkkkkk... terrrrrrrpaling paling best! dapat makan bubur lambuk MIL haku buat. setap oiii!!! Ezekiel pon ku sumbatkan jugak bubur lambuk, kemain lagi berselera anak aku nyam nyam...sekali sekala bukan selalu aku bagi dia makan cenggitu. Selalu bubur tawar tu jugaklah anak aku makan. Selera jugak dia makan, janji makanan yang disuap, suka aje sepet tu. hihihi!!

Jumaat pagi tu lepas pergi klinik neb Ezekiel, aku pergi Desa Murni kot, kedai tudung. Memboronglah tudung aku dengan kakak2 ipar ku...ni yang best ada kak ipar or adik ipar perempuan, hobi boleh dikongsi bersama. ahaks!! tapi aku tak ada adik ipar la kan, dah hubby ku itu anak bungsu, tapi kakak ipar aku ada ramai, 4 orang. ;D
Tapi tidaklah aku memborong sangat, dalam 5helai je tudung aku beli, yang simple dan sedap pakai. Semua jenis cotton je aku beli. Beli dan pakai time raya.hahah!! tak senonoh di situ. ;p
Mula asal konon nak cari syria double layer/3 layer, konon2 nak pergi Jalan TAR, tapi vitamin aku cakap kita cari kat Terengganu je, sudahnya tak ada pon double layer bagai tu, bukan tak ada, ada, cuma kurang menarik dihati. So capai aje lah apa yang sedap mata memandang.
Petang pulak aku pergi bazar dekat Manir. Best oooo bazar kat sana, dah lah banyak makanan, pastu best2 ler pulak. Rambang mato den ni haaa...semua makanan elok je dia bungkus, kemas je.

Sabtu dah busy buat raya prep, nak bungkus ketupat palas, nak masak nasi dagang, masak2 lah apa yang patut, tapi kali ni aku tak dapat join sangat. Tahun pertama dulu, bergigih jugaklah aku membungkus ketupat, tahun ni turunlah jugak ke tanah tengok orang buat kerja bila anak tidur, tapi tak dapat kebenaran untuk menolong, takut pegang macam2 kang Ezekiel gatal2 or tiba-tiba menangis tak sempat nak berlari kejar anak. So jadi pemerhati je la, tak best hokeh. Tak meriah tau tak dapat nak tolong itu ini, tak dapat feeling nak beraya. Kita dah tua-tua ni yang seronoknya masa hari akhir berpuasalah kan, busy prepare macam-macam.
Malamnya pulak berdemaman anak beranak. Anak-anak buah semua main bunga api mercun. Seronok sangat tapi dengar dari dalam bilik je lah. Kalau kat Terengganu malam raya memang macam perang. Dentam dentum sana sini, berlawan-lawan, happening je. Then FIL aku pulak bila malam raya memang dah jadi kemestian buat BBQ, bakar daging, ayam, ikan, cicah sambal kicap/air asam...mabelessss!!
Tapi tulah, orang demam tak delah mabeless mana. Dalam pukul 10 gitu aku bangun, Ezekiel pon bangun bawak dia keluar tengok sepupu dia main mercun, sukalah si kecik tu, excited je muka. Aku pulak lemau je muka. Bukan muka je, suara juga kedaung. garau semacam, tekak sakit macam nak tercabut rasa. heh! -.-"

Pagi raya bangun siap-siap segala, kenit bangun mandikan, siap berbaju kurung bagai. Sempatlah snap gambar dia sensorang sebelum adegan dia amukan sebab panas berpeluh, maka tak adalah gambar raya anak beranak. Bila kenit tidur barulah mak pak amik gambar berdua duaan, bertigaan tak ada...Jadilah....
pak aji kenit (^.^)v

Lagipun bila raya pertama rumah FIL aku memang rumah tumpuan, semua adik beradik MIL akan datang bertamu pagi-pagi raya. Elok je lepas sembahyang raya, tak lama lepas tu dorang pon sampai. Memang meriah sungguhlah masa tu. Ramai giler orang tak putus-putus. Dah tengah hari baru tak ada orang, kalau ada pon taklah seramai waktu pagi. Nak kata MIL aku anak pertama tak jugak, tapi memang sedara2 semua akan pergi rumah kami dulu. Bila dah petang barulah kiteorang pulak pergi beraya rumah orang lain.
berdua duaan sangat ami dengan daddy hahah!!

Raya Ke2, pagi tak kemana-mana sebab Ezekiel masih tak berapa nak ok, but getting better la. Petang-petang sikit baru nampak ok, so petang tu beraya jugak 1 2 rumah kot. Malam tak kemana, lepak je kat rumah layan TV.

  
tudung beli di Desa Murni.hahak!! jadilah dari tak ada..... ;p
Masa ni Ezekiel dah makin ok, tapi mood belum mari lagi.blur je muka bujang kenit aku.
 
kita beraya dengan kak ipar, anak buah dengan MIL je, hasben malas nak ikut, nak basuh keta katanya...suka hatilah D...basuhlah busuk manja selabu (nama manja keta dia kahkah!!) awak tu


Raya ke3, bersiap-siap balik ke JB. Kali ni balik tak lalu tepi pantai, kita lalu segamat. Lagi ok aku rasa, dari lalu mersing, ke kota tinggi baru ke JB.Jauh perjalanan bukan luas pandangan, tapi bertambah sakit pinggang hihihih
Daddy wif his Jr ;D
 
Raya ke4, pergi rumah mak aku dulu, bawak mak pergi beraya dekat Kota Tinggi rumah nenek sedara (adik bungsu arwah atok mak), pastu malam pergi rumah sepupu aku, tak tau nak kata sepupu macam mana. Kalau ikut urutan dah dikira sedara jauh, sebab aku ni dengan dia dah 3pupu, anak aku dah 4pupu kupu-kupu hahak!! tapi sebab kiteorang memang rapat dari kecik, so tak kiralah jauh ke tak jauh tapi kita tetap dekat. ;p
Hero kecik aku, tayang gigi 2 batang. Tak padan 2 batang suka gigit orang.
 
Raya ke5, lepak rumah ayah tak kemana-mana, bagi ayah aku luangkan masa dengan cucu dia.
Ni dekat rumah Atok Johan dia. Sekarang suka sangat buat muka macam ni. Mengada sungguh! 
 
Raya ke6, ambil mak aku bawak pergi rumah makcik aku rumah mama ana read:: tok ana , this time mak aku punya masa pulak dengan cucu dia.

mama ana bawak pergi rumah kawan, suka sangat lah tu ramai frens, tengok pulak fav cartoon.

Raya ke7, aku beraya rumah kawan-kawan rapat, nak pergi semua rumah tak leh lah kan, dah ada anak ni kena consider anak jugak, kita syok berjalan, tapi anak penat. Tu pon lepas beraya tu aku pergi makan dulu sebelum balik, dekat tempat makan je dia dah meragam, elok habis makan terus balik rumah. Mandikan, bagi makan, dia syok main sana sini, tidur malam sampai mengigau hahah!! tak padan kenit selalu ngigau. cute!

  
ami wif sayang sepet ;)
 
Raya ke8, pagi2 buta dah bertolak balik KL. Maka tamat sudah cuti raya. Marilah kita bekerja...pffttt!!

muka happy kan. ami je tak happy sebab dah habis cuti.heheheh...


1 comment: