Hari-hari dari umur 2bulan ++ sampai sekarang dah cecah 11 bulan tinggal lagi tambah tolak 2minggu masuk 1tahun, aku bersama Ezekiel dalam kereta pergi balik kerja selama 30minit, macam 30minit bersama Ustaz Don ensem tuh ;p Tapi 30minit bersama Ustaz Don tak terasa ye sebab best dengar dia bercakap dan mengajar, tapi 30minit bersama Ezekiel penuh cabaran dan dugaan tapi seronok jugak kenkadang ngahaha!!
1st time duduk dalam car seat 31 Dis 2011::2m19d
Masa mula-mula struggle kot, raungan pekikan si kenit memang selalu buat aku gelabah. Derr..ko bayangkan lah, sekali dia jerit muka merah padam, semput haku menengoknya, kang tiba-tiba biru muka haru hakaq tau. acaner???
Baru balik dari school :: 5Jan2012 ::2m24d
aloooo debabnya time nih... rindu!!
tengoklah orang kenyang, mentido! kenyang kan, sedaplah tido.hihihi
Masa Ezekiel baby ambil je dari school aku akan berhenti pump station untuk susukan dulu, so sebaik je perut kenyang, tambah pulak berhayun dalam kereta pastilah dia ketiduran kan? agak berjaya jugaklah, tapi kadang-kadang bila tak berjaya maka meraung2lah dia keseorangan..telinga aku ni macam dah kebal dengan tangisan dia selepas 2 3 bulan bersama mengharung 30minit bersama.
budak debab :P
letak toys supaya dia leka ;D
dekat cermin tingkap ada angry bird tergantung huhuhu
Datangkan angin dia baik, berbual lah dia sensorang dalam seat dia tu, kadang-kadang nangis-nangis, tetiba kang diam, rupanya tidur sudah...kadang tu sebok ajak ami berbual sekali. Kadang tu aku ni ada perangai mendengki sikit, dia nangis sikit je aku marah-marah hahahah!! kang dia marahlah aku semula, lagi aku tinggi suara lagi kuat dia nangis, pastu aku terkekeh kekeh sensorang, apa punya perangai pon tak tahulah ;p macam nak lempang diri sendiri pon ada. ngaaaa....
feeling sangat minum susu, susu tak sempat habis tuan susu tidur sudah...zZzZZzz
Tapi bab failed bila naik dengan daddy, ini memang spoiled habis, pantang anak hek sikit suruh angkat, anak kuek sikit suruh amik. Tak boleh langsung anak berbunyi memang apak dia cepat2 suruh pegang. Dia tak boleh tengok anak nangis, kesian katanya. Ewah2, macam mak tiri pulak hakaq rasa diri ini sebab macam sanggup tadah telinga anak menangis meraung. Tapi percayalah, tak tahan sebenarnya tengok dia menangis tapi kalau dah sorang-sorang drive mestilah eh bukan mesti lagi, WAJIBlah tahan telinga.kan?
Dah menjenguk usia setahun ni dah semakin ok dah, travel ke Terengganu pon dia boleh lepak-lepak enjoy dalam car seat dia, tau-tau je dah tidur. Lagi pun dari segi keselamatan, car seat amat dan teramatlah penting, cuma kita ni orang Malaysia memang lagi suka pangku anak dari letak dalam car seat.kennnn... Bila di peluk di pangku baru bonding lebih sikit. Penyayangkan..hahak!
Tips::
Biasakan dari baby, kena trained awal-awal, kadang dah ajar awal pon boleh nangis jugak bukan langsung tidak. Jangan ingat dah ajar awal langsung dia baik yer.
Kalau menangis distract dengan mainan so that dia akan ralit sikit.
Pastikan perut dia kenyang, bila perut kenyang baru hati senang, gitu kekdahnya.
Baca surah2 pendek / nyanyikan nursery rhymes, kadang baby akan rasa tenang dengar suara ibu dia.
No comments:
Post a Comment