hoyey!!! 2 hari bercuti...
best ker?? sangat tak best okeh...kalau cuti tu kerana sihat best jugak ni cuti sebab sakit..rasanya dah semakin parah je aku ni..hari tu aku cakap nak pergi amik injection untuk release muscle pain aku...yes! i did it!! tapi malangnya ia tidak berkesan langsung pada aku.. =(
lepas injection perut aku rasa macam masuk angin jer..sebu semacam..balik kerja terus pergi rumah my vitamin ajak keluar makan, tapi tak leh makan pun. =(
masa nak balik rumah perut makin sakit,sampai nangis2..my vitamin???gila terkejut la dia tetiba je aku menangis, dengan kadar paling segera terus pergi hospital putrajaya **klinik sume tutp,lagipun hospital dah dekat maka terjah ke hospital je la**...punyalah ramai orang dekat rawatan kecemasan, tak boleh blah betul aku tengok.
perut aku dah macam nak putus urat dah rasanya.sakit yang amat. bila dapat masuk bilik Tiagre kena dok dalam 1 ruang menunggu lagi, adeh!!
sampai masa kena check up diorang bagi aku minum ubat untuk gastric ** ye, aku kena gastric pula ** aku tak suka ubat jenis cecair okeh...aku telan kemudian keluar balik.hoyey!! aku berjaya dapat renungan maut dari kakak misi..huhuhu..sowi...tak lama lepas tu dia bagi injection pula pada aku. adeh!! saya takut okeh! dah lah tengah hari kena injection, ni kena lagi??tak pelah aku redha je..hulur tangan, mulut kumat kamit baca bismillah, mata pejam rapat2..tetiba ubat dah masuk tangan rasa gatal2..yey!!aku elergic rupanya...macam2 hal betul. sudahnya kakak misi suruh aku baring dulu. aku dengan senang hati baring nasib baik elergic tu tak teruk, dalam 10 minit gatal2 tu hilang.
kakak misi dah tolong register nama untuk jumpa doctor, dengan senang hati keluar dari bilik tu duduk kat luar tunggu doctor panggil...masa menanti di luar pukul 3 pagi..dapat masuk jumpa doctor pukul 6.30 pagi..sangat seronok menunggu kan?? my vitamin siap nak mengamuk dah, kami boleh keluar pergi minum dulu dekat mamak, balik semula ke hospital tapi masih tak panggil2 lagi patient...Ya Allah..sabarlah hati...
gastric??ye mula2 dah ok tapi dia datang semula, disebabkan itu aku gagah juga menunggu walau dah subuh.tepat pukul 6.30 pagi
JUNAIDAH !! Sila masuk pintu A
aku dengan lenggang kangkung berjalan masuk pintu A, nampak doctor senyum2 melambai kearah aku...dalam hati geram je..tak pe sabar tu separuh dari iman...
dia soal2 itu dan ini...
rupa-rupanya kesan dari ubat untuk muscle release tu, menyebabkan aku gastric semula, sebab dah hampir 2 tahun aku tak kena gastric lagi..ubat tu punyai dos yang kuat dat y aku boleh kena gastric lagi..itu mengikut kata doktor lah..aku akur saja...
tiba-tiba ada pembantu perubatan lelaki datang pada aku dengan membawa 2 batang picagari..aku pandang muka dia n tanya..
" itu untuk saya ke??"
" Iyer..ini untuk awak"
" Kenapa sampai 2?"
" satu untuk gastric, satu lagi untuk release ur muscle"
" tapi dekat luar tadi dah cucuk dah"
" tapi sekarang dah sakit semula kan perut tuh? dan muscle awak masih sakit lagikan?"
" aah..dah sakit semula..muscle pun tak kurang pun sakitnya even dah amik injection siang tadi"
" ok sebab tu nak inject lagi.." aku pulak??hanya mampu angguk je la...tanpa rela hulur jugak tangan untuk dicucuk...
mula2 cucuk kanan..adeh!! sakit okeh..dia xjumpa aku punya vain..ubat masuk dekat tissue je...tangan bengkak...lagi satu ubat cucuk tangan belag kiri pulak, guna jarum untuk kanak2, dia cakap vain aku kecik sangat, okeh saya yang ikut perintah..hulur lagi tangan tanpa rela..sekali dia cucuk masih xmasuk lagi...dia tarik,dia cucuk, dia goyang2 jarum tu...aku??aku menangis lah..apalagi...sakit okeh...rasa nak sepak je dia tuh...sebab tu aku takut kena injection!!menci!!tangan aku berdarah2 bagai,ubat dah settle sume,panggil my vitamin ajak balik..dia pula sakit hati tengok tangan tunang dia bengkak kena cucuk.tak pelah...janji dah xsakit lagi..dia hantar aku balik umah, dia pun amik cuti separuh hari, mana larat nak pergi kerja lagi, semalaman dia tak tidur.
dan aku??sampai hari ni masih lagi tak sihat, masih lagi sakit, dah tak rupa orang dah ni...hurm..tangan??bengkak giler...kalaulah aku dapat cucuk balik orang tu kan bagus!huh!!
dan kerana sebab2 dan cerita2 diatas aku pun di anugerah Surat Cuti Sakit dari pihak Hospital Putrajaya bahagian KECEMASAN..bestkan
apakah???
No comments:
Post a Comment