erlow..
Heh! tajuk tak tahan..make up artist...
ye la kan, aku tak de amik MUA untuk majlis resepsi nanti, bukan setakat MUA, freelance pun tak, semua aku amik dalam 1 pakej dengan pelamin, segala mak nenek yang perlu dah dalam pakej tu. Tapi untuk majlis bertandang, aku ambil pemekap** pinjam ayat huda** freelance.
Masa majlis bertandang, aku n my vitamin tak de pelamin atau tempat duduk sambut menantu** ye kot, gitulah yang aku dengar bridal tu cakap**, kami cuma buat makan beradab dan aku akan duduk di meja itu jek, bila duduk dekat pelamin, lepas bersila lama2 aku punya lutut akan alami masalah sedikit. Aku kan gagah berani dulu, bawak motor laju2, jatuh gedebuk, lutut koyak, akibatnya bila duduk bersila atau bersimpuh lama lutut aku akan sakit yang amat sangat.
hamboi...panjang lebar penerangan..hiks!
setelah berlegar-legar, berpusing kesana sini mencari pemekap di area Kuala Terengganu akhirnya bertemu dengan anis. Eceh! ayat nak bertemu, bukan bertemu empat mata, cuma bertemu dialam maya je..aku terjumpa FP anis. Suka tengok makeup dia, sederhana dan cantik. Banyak juga yang lain aku survey tapi so far aku suka make up anis.
Bincang-bincang, berchit chat dengan anis dan akhirnya aku dah bayar deposit pada anis...so pemekap bertandang -DONE! so untuk side my vitamin, apa yang perlu kami uruskan sebagai urusan pengantin dah pun selesai...lega!
urusan resepsi di Johor???adeh!
opss!! ada lagi 1, door gift untuk VIP juga dah selesai, malam ni akan pick up barang pada Nardea from Ole-ole manis..Thx Nad. Jumpa malam nanti ek..
No comments:
Post a Comment