Tuesday, September 21, 2010

Resepi : Laksa Johor Mudah

Eh??? resepi lagik????dah leh tukar blog masak2 aku ni kan? hahahha

Tak la..tak salahkan kongsi untuk korang semua...sok sok mana B2B yang dah jd isteri mesti semangat nak masak untuk husband, bagi yang macam aku ni, masak pandai yang ala-ala mak enon jek, haruslah kejenyer meng'google' resepi jek...huhuhu...meh layan laksa johor mudah ala june ;D


nyum nyum tak???huhuhu

Bahan-bahan (4-5 orang makan)

spegetthi/laksa biasa ** aku pakai laksa biasa jek...**
ikan selayang 7 ekor - direbus
udang kering 1 sudu
bawang - 1 labu
bawang putih - 3 ulas
halia - 1/2 inci
santan 1 kotak
serbuk kari
cili boh

Ulam

Timun dipotong panjang2/dadu kasar
cili merah di potong bulat2
bawang dihiris nipis
kacang panjang di rajang
kacang boto di hiris ** aku tibai jek...hahahah



Sambal (tumbuk kesemua bahan hingga lumat)

Cili merah 5 batang
cili padi merah 2 butir
bawang putih - 2 ulas
gula 1/2 sudu
garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus spegethi/laksa

Rebus ikan, masukkan sedikit garam, kemuadian asingkan isi dengan tulang, dan tumbuk lumat.

Bawang, bawang putih , halia, udang kering di tumbuk lumat.

Mula2 masukkan cili boh, goreng hingga garing, campur bahan yang telah di tumbuk, kacau hingga naik bau. Setelah itu masukkan isi ikan yang telah di tumbuk, campurkan sedikit air, kacau. Akhir sekali campurkan santan dan masukkan rempah kari setengah peket. Kacau dan masukkan air mengikut kesesuaian, masukkan garam dan pak aji yer.... tunggu hingga didih dan matikan api. ;P

senangkan???? serius tak susah...bahan asas jek..rasa tak mngecewakan. ;D

2 comments:

  1. akan cuba bila dah hidup berdua nanti. heheh
    nyum. nyum ;p

    ReplyDelete
  2. Mrs Hazlin :: cuba jgn xcuba... ;D

    ReplyDelete