Wednesday, November 24, 2010

Apa korang nak jadi?

salam..

pernah satu masa dulu ayah aku tanya soklan ni....masa tu kami 3 beradik melanguk tengok tv.

" ayah nak tanya, apa yang along, angah, adik nak jadi? fikir dulu baru jawab"

aku pon dok pikir....pikir punya pikir adik aku yang tengah jawab " kita nak jadi orang kaya, nak hidup senang, nak senangkan mak ayah"

" alhamdulillah..." jawab ayah aku.

" kita nak jadi orang" adik lelaki aku jawab. ayah aku cuma senyum.

" along?"

" kejap...tengah pikir lagik"

lepas beberapa minit, aku jawab " kita nak jadi manusia setidak tidaknya, kalaupun bukan menjadi insan, tapi kita nak jadi manusia"

then ayah aku elaborate soklan dia tu.

dalam hidup kita cuma ada 2 pilihan, baik dan buruk, benar dan salah, perbaiki atau musnahkan. Setiap apa yang berlaku dalam hidup hanya ada 2 pilihan, tak kira apa pun. setiap satunya mesti datang dengan 2 pilihan.

sumtimes simple question came with complex answer. think wisely, choose correctly. dont simply jump to assumption, pikir, pikir, pikir, kemudian baru jawab, baru bertindak. tiap tindakkan pasti akan berserta dengan implikasi, maka tiap langkah perlu seiring dengan akal fikiran. setiap soalan kadang kala tampak biasa, tapi penerima jawapan boleh membaca ciri2 diri kita. cara kita berfikir, sifat kita, seperti apakah kita ni, dan tiap jawapan kadang2 beri impak besar pada orang yang mendengar jawapan tu.

kerana itu dia tanya apa kami nak jadi. tiap jawapan benar, tiap jawapan betul tak salah cuma kurang tepat. . sebab?? kurang tepat mengikut kehendak ayah aku lah.

sebenarnya tiap jawapan menggambarkan macam mana kita berfikir. fikir dalam2 atau fikir yang di depan mata, melalui fakta, melalui padangan visual, fizikal.

contoh:

adik aku jawap nak jadi kaya, itu cita-cita. Ayah aku kata dia seorang yang melihat sesuatu perkara hanya pada visual sahaja, pada perkara yang fizikal, yang ada di depan mata, bukan apa terkandung di sebaliknya. orangnya berpandu pada fakta. dia berfikiran realistik, bukan pemikir.

adik aku kata nak jadi orang, jawapan yang hampir tepat, bermakna dia melihat kedalam apa soklan itu, cara dia berfikir berbeza dengan adik aku lagi 1. ** adik aku yg bungsu ni memang banyak fikir skit**

aku jawap manusia, betul but to be precise INSAN. masih tidak tepat sebenarnya tapi ayah aku cakap aku orangnya suka fikir jauh2 sebab tu aku selalu migrain.hahahhaha....

ini bukan soal aku pemikir adik aku tidak, tapi menunjukkan tiap orang itu punya pendapat yang berbeza, cara pemikiran yang tidak selari dengan kita. kehendak dan impian kita tak sama. semuanya tidak serupa, tapi stilllllll kita perlu fikir sebelum menjawab sebelum bertindak. people will jugde u.

ps:: hati2 nak jawab soklan bila tengah appraisal review dengan bos yer! dah hujung2 tahun dah ni. hahahhaha

No comments:

Post a Comment